Ramai tahu, kouta giliran haji yang dilaksanakan dalam negara adakalanya membuatkan kita tidak berkesempatan menerima panggilan haji kerana diuji sakit atau sudah meninggal dunia.

Kebiasannya, ahli keluarga akan membayar upah kepada syarikat pengendali umrah untuk melakukan badal haji bagi arwah.

Badal haji atau ganti haji bermaksud seseorang yang telah melakukan haji untuk dirinya lalu melaksanakan haji untuk orang lain sama ada seseorang yang telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh untuk melakukan ibadah haji ke tanah suci, sama ada dengan upah atau tidak.

Sejak dulu, kita diwar-warkan dengan kos serendah RM1500 untuk melakukan badal haji di mana selepas musim haji selesai, kita diberi sijil, air zam-zam dan kurma tanda arwah sudah disempurnakan hajinya.

Tapi adakah kos badal haji RM1500 yang diwar-warkan adalah betul atau ia didalangi sindiket pengurusan umrah untuk mengaut keuntungan semata-mata? KASHOORGA menemuramah pemilik bersama syarikat umrah terkenal, Andalusia Travel, Dato Ustaz Daud yang juga penasihat Tabung Haji mengenai kos RM1500 ini.

Semoga tiada lagi yang terpedaya dengan kos semurah ini di masa akan datang.

IKLAN

Berpengalaman lebih dari 30 tahun dalam bidang pengurusan haji dan umrah, Dato Ustaz Daud Che Ngah bukan satu nama baru. Jelasnya, kos RM1500 yang ditawarkan untuk badal haji adalah MENGARUT.

Jelasnya berdasarkan kajian bersama dibuat bersama pihak berautoriti, kos menunaikan badal haji paling logik adalah RM3000 ke atas. Ini kerana jika menggunakan rakyat yang tinggal di Arab Saudi, kos mengerjakan haji yang dikenakan juga agak tinggi. Malah rakyat tempatan sendiri perlu membayar permit agak tinggi (sekitar 350 riayal). Tahun ini kos mengerjakan haji untuk rakyat tempatan mencecah RM10,000 hingga ke RM16,000) namun ia dilaporkan berlaku penurunan harga sedikit berbanding tahun sebelumnya.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melaporkan, ada tiga pakej ditawarkan iaitu pakej pertama (Hospitality Upgraded Camps) kini berharga 9,098 Riyal Saudi (RM10,674.09), berbanding harga awal 10,238 Riyal Saudi (RM12,011.58).

IKLAN

Harga baharu bagi pakej dua (Hospitality Upgraded Camps) kini akan menjadi 11,970 Riyal Saudi (RM14,043.62), berbanding 13,043 Saudi Riyal (RM15,302.50).

Selain itu, harga potongan untuk pakej ketiga (Hospitality Mina Towers) ditetapkan pada 13,943 Saudi Riyal (RM16,358.42) berbanding 14,737 Saudi Riyal (RM17,289.96) sebelum ini.

“Kajian dapati ada syarikat pengendali umrah boleh untung RM500,000 (setengah juta) begitu saja. Mereka akan menghubungi pemastautin di Arab Saudi dan jika menerima banyak permohonan, seorang akan buatkan 10 nama untuk badal haji. Kalau ada 1000 permohonan, bolehkah dapat sampai sebegitu banyak orang laksanakannya. Ia banyak dianggotai permastautin di Arab Saudi seperti Pakistan, Myammar dan ramai lagi yang buat duit tepi.

IKLAN

Jelas Dato Ustaz Daud Che Ngah, syarat badal haji ialah seorang mesti buatkan satu penama saja dan tidak boleh pukul rata begitu saja,”katanya memaklumkan, apa yang perlu dibuat oleh waris yang ingin melakukan badal haji untuk arwah dinasihatkan perlu meneliti dua faktor ini.

“Pertamanya kos badal haji tak boleh terlalu murah. Angka RM3000 ke atas masih logik dan kedua ialah syarikat pengendali mestilah yang diberi tauliah oleh Tabung Haji untuk membawa jemaah haji. Kalau tak ada maknanya tidak sah juga badal hajinya.

“Ada yang kaut sampai setengah juta. Bagi saya ini aniaya bagi orang lain yang mungkin percaya hal ini hak waris sudah ditunaikan,” katanya ketika ditemui di Program TETAMU HARAMAIN KASHOORGA yang akan bersiaran dalam masa terdekat.

Program Tetamu Harmain Kashoorga ini memaparkan kisah-kisah menarik berlaku di Tanah Suci yang boleh menjadi iktibar buat semua. Ia menampilkan Dato Ustaz Daud Che Ngah dan Haji Mohd Syafik Mazlan dari Umrah MKM Ticketing Travel & Tours.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI