Ada orang kata bulu kucing daripada kucing hidup dan sudah mati itu najis. Kadang-kadang si pencinta kucing ragu-ragu sama ada sah atau tidak solat mereka jika ada bulu kucing telah melekat pada pakaian ketika mereka sedang bersolat. Entri ini boleh membantu untuk mengetahui solat mereka sah atau sebaliknya.
Merujuk pada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi, Nasaie dan Ibnu Majah daripada Kabsyah Binti Ka’ab bin Malik, bahawa suatu saat Abu Qatadah memasuki rumah dan disediakan minuman olehnya. Tiba-tiba datang seekor kucing meminum daripada air minuman itu dan Abu Qatadah mencondongkan mangkuk itu sehingga dapat diminum oleh kucing itu.
Ketika Abu Qatadah melihat Kabsyah memperhatikannya maka dia bertanya : “Apakah kau terkejut wahai anak saudara perempuanku?” Dia menjawab : “Benar”. Berkatalah Abu Qatadah sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Kucing itu tidak najis, ia termasuk binatang yang berkeliaran di sekelilingmu”(Sahih Abi Daud dan lain-lain)
Berdasarkan hadis sahih ini para sahabat, tabi’in dan kebanyakan daripada ulama seperti Imam Syafie, Imam Ahmad dan Ishaq bin Abdullah mengatakan bahawa ianya tidak dikira najis. Bahkan jumhur ‘ulama mengatakan bahawa bulu kucing tidak najis kerana ia adalah daripada haiwan yang bukan daripada kategori haiwan najis. Malah jika jilatan kucing bukan najis maka bulu kucing adalah lebih utama untuk dikatakan tidak najis.
Pendapat yang paling rajah (benar) pula mengatakan bahawa setiap rambut, bulu, bulu pelepah dan benang bulu daripada kulit haiwan yang boleh dimakan atau tidak boleh dimakan adalah tidak najis sama ada ia masih hidup atau pun tidak. (Majmu’ Fatawa 38/21).
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Bacaan Doa Dalam Bahasa Melayu Tetap Kuat ‘MENUSUK’ Jiwa Dan Raga
Kuasa doa tidak siapa yang mampu menidakkannya. Apabila imam membacakan doa dalam bahasa Melayu maka tentulah ia lebih menusuk kalbu.
*****************************************************************************************************************
Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.
MUNAJAT RAMADHAN…
Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.
Ya Fattahu Ya ‘alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah…ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…
Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami…kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah…ya Rahman…pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami…kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan…Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…
Ya Allah Ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…
Ya Allah Ya Malikal Mulk…
Ya Razak..Ya Fattahu Ya ‘Alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.
Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…
Tapi andai ini Ramadan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dpt beramal di mlm al-Qadr….
Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami…amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…
Amin….amin…amin… ya rabbal’aa
Sumber: Wan Sharmila
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Lupa Baca Surah Al-Fatihah, Bagaimana Status Solat
Apa hukum makmum terlupa untuk baca surah al-Fatihah ketika dalam solat berjemaah?
Bagi menjawab isu berkenaan, sekiranya terlupa maka tidak ada masalah. Cuma perlu dilihat, setakat mana terlupa itu. Sekiranya imam sudah rukuk, maka perlu baca terlebih dahulu Surah al-Fatihah sehinggalah dia dibenarkan tinggal tiga rukun perbuatan yang panjang iaitu sehingga imam hendak sujud kedua, maka pada masa itu, wajib dia mengikut imam semula.
Imam al-Nawawi menyebut dalam kitab al-Majmu’, makmum diberi keuzuran supaya tidak mengikuti imam sebanyak tiga rukun yang panjang pada keadaan tertentu di mana makmum mesti rukuk sebelum imam bangun daripada sujud kedua untuk qiyam pada rakaat atau bangun untuk tasyahhud. (Rujuk al-Majmu’ oleh Imam al-Nawawi)
Dalam mazhab al-Syafi’e, memahami hadis Nabi yang sahih dalam pelbagai riwayat. Antaranya, hadis yang diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin al-Somit bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca al-Fatihah.” (Riwayat al-Bukhari -756) dan Muslim – 900)
Begitu juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa melaksanakan solat dan tidak membaca al-Fatihah di dalamnya, maka solatnya itu kurang.” Perkataan itu diulang sehingga tiga kali. (Riwayat Muslim – 907)
Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata, jumhur umat Islam berpendapat wajib membaca al-Fatihah di belakang imam sama ada pada solat Sirr (perlahan) atau Jahr (kuat). (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/365)
Membaca al-Fatihah adalah wajib kepada imam dan makmum. Adapun makmum terbahagi kepada dua. Sekiranya makmum masbuk, bacalah sekadar sebelum imam rukuk.
Apabila imam rukuk, walaupun bacaan belum habis, dia berhak mengikut imam berdasarkan nas hadis bermaksud: “Jika imam rukuk, maka rukuklah.” (Riwayat al-Bukhari – 733) dan Muslim – 411)
Bagi mereka yang membaca al-Fatihah sehingga habis adalah bagi makmum yang sifatnya Muafiq.
Adapun jika sembahyang seorang diri, dia juga wajib membaca al-Fatihah. Inilah mazhab Imam al-Syafie Rahimahullah.
Sekali lagi kami tegaskan bahawa al-Fatihah adalah wajib bagi imam, makmum (kecuali makmum masbuk) dan juga sembahyang seorang diri.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Pintu Taubat Sentiasa Terbuka Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun
Jika seseorang itu pernah melakukan dosa besar dan menyesalinya, apakah yang perlu dilakukan bagi menghapuskan dosa tersebut termasuk juga dengan dosa kecil?
Orang yang pernah melakukan dosa besar hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha. Antara cara atau syarat bagi mereka yang benar-benar bertaubat kepada Allah ialah:
1. Bertaubat hanya kerana Allah SWT bukan kerana manusia.
2. Betul-betul menyesali dan benci akan perbuatan dosa yang pernah dilakukan.
3. Berazam tidak akan mengulangi lagi perbuatan dosa.
4. Sekiranya melakukan kesalahan terhadap manusia, hendaklah memohon maaf kepada orang tersebut.
5. Dirikan solat sunat taubat untuk menyempurnakan lagi taubat kepada Allah.
Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan DIA Maha Pengampun. Pintu taubat sentiasa terbuka luas kepada manusia sebelum berlakunya hari kiamat. Sekiranya orang kafir tertarik dan kembali kepada Islam maka segala dosa yang pernah dilakukannya diampunkan sama sekali.
Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak taubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.” (al-Baqarah: 222)
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum matahari terbit dari arah barat, nescaya Allah akan menerima taubatnya.” (Riwayat Muslim)
Manakala dosa kecil pula boleh diampunkan dengan memperbanyak istighfar, menyempurnakan wuduk untuk mendirikan solat, berjalan menuju ke masjid untuk solat dan amalan-amalan yang lain. Wallahua’lam
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI