Pemergian seorang tokoh agama yang cukup dikagumi, Tan Sri Hassan Azhari suatu kehilangan yang cukup besar. Beliau cukup dikenali melalui rancangan rancangan Muqaddam pada awal 1970-an di saluran RTM selain menjadi individu yang melaungkan azan ketika kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957.

Allahyarham menderita kanser limfoma tahap empat yang dikesan Ogos lalu. Seakan tahu masanya telah tiba, dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, Sabtu minggu lalu, arwah meminta dua anak lelakinya meletakkan beliau dalam posisi bersujud kerana sudah tidak mampu berdiri untuk menunaikan solat seperti sediakala.

Anak kesebelasnya, Datuk Mohd Zin Hassan berkongsi momen-momen akhir kenangan bersama ayahnya yang dipanggil abuya.

“Sabtu lepas, abuya minta saya sujudkan beliau, katanya abuya nak sujud. Saya dan abang, Abdul Rahman pun menuruti permintaannya…kami terbalikkan badan abuya dalam posisi bersujud. Kami risau juga sebab abuya lemah ketika itu, tetapi beliau mahu juga,” ujarnya.

Menurut abuya, ALLAH dah bagi beliau umur yang panjang, dan sujud ini merupakan solat terakhirnya.

IKLAN

“Abuya kata beliau sudah tidak boleh bangun, ini sujud akhir kepada ALLAH. Dalam sujud itu kira-kira 15 minit itu, abuya minta ampun atas segala dosanya dan bersyukur kerana sepanjang hayatnya telah dikurniakan semua nikmat daripada ALLAH, usia sehingga 90 tahun, anak-anak dan keluarga yang baik. Itulah permintaan terakhir abuya dan keesokan harinya (Ahad minggu lepas) beliau tidak boleh lagi bercakap,” katanya.

Mohd Zin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd berkata, Ahad lepas apabila melihat kondisi bapanya yang lemah dan tidak boleh bercakap, mereka sekeluarga membawanya ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Cukup seminggu kemudian Allahyarham pergi buat selamanya.

Sujud Syukur Terakhir Jadi Permintaan Tokoh Agama, Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari Sebelum Menghembuskan Nafas Seminggu Kemudian.

IKLAN

Allahyarham meninggal dunia dalam usia 90 tahun. Allahyarham yang juga penerima anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 2002 telah selamat dikebumikan di Makam Diraja, Shah Alam.

Kehilangan tokoh agama ini turut dirasai oleh beberapa tokoh agama yang lain.

https://www.instagram.com/p/Bols7n1jCn9/?utm_source=ig_web_copy_link

IKLAN

https://www.instagram.com/p/BolnvCsB3R3/?utm_source=ig_web_copy_link

https://www.instagram.com/p/BolvrFfFAyV/?utm_source=ig_web_copy_link

https://www.instagram.com/p/Boop0kNnPZC/?utm_source=ig_web_copy_link

Sumber: Sinar Harian dan Bernama

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI