Tidak dinafikan pasti ramai yang terkesan apabila kerajaan mengumumkan langkah Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu ini dan akan berkahir hujung Mac nanti.
Ramai perlu bekerja di rumah sahaja, kebanyakan premis turut ditutup bagi mengelak penularan wabak COVID-19 ini.
Justeru sejajar dengan itu, kerajaan mengambil langkah bijak apabila memberi diskaun bil elektrik kepada semua pengguna bagi tempoh 6 bulan bermula 1 April hingga 30 September.
Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Beliau berkata pemberian diskaun sebanyak dua peratus ini bagi membantu meringankan beban rakyat akibat kesan penularan wabak koronavirus ini.
Ads
Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Foto: The Star.
Katanya selain itu kerajaan turut bersetuju memberi diskaun 15 peratus bagi penggunaan elektrik kepada enam sektor perniagaan terpilih iaitu hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, kompleks beli-belah, pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.
Ads
“Diskaun 15 peratus ini membabitkan kira-kira 10 ribu pemilik akan daripada enam sektor perniagaan terpilih yang mengguna pakai Tarif Perdagangan sahaja.
Ads
“Pemberian diskaun bagi tempoh ini juga akan memberi impak pengurangan bil elektrik RM40 juta bagi Semenanjung, RM20 juta bagi Sabah dan RM8.5 juta bagi Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.
Pemberian diskaun ini diumumkan secara berperingkat melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2020 (PRE 2020) dan juga melalui pengumuman dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi pada 16 Mac lalu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Diam tak diam lagi tinggal tak sampai dua minggu kita akan menyambut Ramadan.
Kali ini situasinya berbeza kerana kita berdepan dengan wabak COVID-19 yang membuatkan kita terpaksa berada di rumah sepanjang tempoh PKP.
Namun begitu, apa yang penting cara kita menyambut kehadiran bulan mulia ini dengan memperbanyakkan amal ibadah. Malah lebih terasa nikmat kerana dapat berkumpul bersama seluruh ahli keluarga.
CARA SAMBUT RAMADAN
Just sharing….
Dari ustazah Norhafizah di IKIM…
*Bila Ramadan tiba sambutlah dengan sujud syukur…tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita untuk terus beribadah di bulan yang mulia ini…
*Bila bertemu dgn ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai @ sesiapa sahaja ucapkanlah “Ramadan Kareem” dan orang yang mendengar menjawab “Allahu Akram”… Maksudnya “Ramadan Mulia”dan jawapannya ” Allah lebih Mulia”…
*Sambutlah Ramadan ini dengan wajah yang berseri-seri tanda kegembiraan yang tidak terhingga dan berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan selalu berbicara dengan Allah walau dalam hati..
Contohnya…Ya Allah aku berpuasa Ya Allah…terimalah puasaku ini…aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah…
*Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dengan bersih dan cantik kerana terlalu banyak rahmat yang Allah hendak berikan di bulan yang mulia ini..
*Moga Ramadan ini lebih baik dari Ramadan yang telah lalu…hiasilah diri dengan amalan dan taqwa…
‘10 tahun duit cukup tunaikan haji.’ Siap surat beranak anak, ibu ini terus buka akaun Tabung Haji dan menabung secara konsisten. Semuanya perlu perancangan kalau hendak tunaikan haji dalam usia yang muda.
Dahulu mungkin kurang kesedaran, sekarang rata-rata ibu bapa mula membuka akaun tabung haji sedari anak masih kecil seterusnya membuat potongan gaji setiap bulan untuk simpanan anak-anak.
Sepertimana yang dikongsikan oleh Puan Nor Azihan Sulaiman ini, baginya tiada rahsia anaknya dapat pergi haji dalam usia muda, sebaliknya inilah cara dia lakukan selama ini.
Ramai yang tanya saya, rahsia anak-anak dapat menunaikan haji pada usia yang muda. Tidak ada rahsia.
Saya dan Tabung Haji memang tak dapat dipisahkan. Kalau ada award, boleh bagilah dekat saya…
Seawal usia 15 tahun saya sydah buka akaun Tabung Haji (TH). Ketika itu ada pameran di sekolah dan saya singgah buka akaun di booth TH. Dari situlah bermulanya persahabatan saya dengan TH.
Ada duit RM5, saya pos ke TH Gerik. Begitulah yang saya lakukan masa zaman sekolah. Sehinggalah saya keluar mengajar, barulah saya buat potongan gaji secara tetap.
Sebelum berkahwin, sebelum ada anak, saya sudah membantu membuka akaun TH untuk anak-anak murid Tahun 1 saya. Masa tu kaunter TH dibuka pada setiap hari Sabtu di bangunan Arkeb MARA Lenggong.
Saya wujudkan tabung simpanan untuk anak-anak murid. Kalau mereka masih ingat, setiap hari mereka akan menabung duit lebihan belanja sekolah mereka, sekupang dua kupang…
Zaman itu belum ada media sosial macam sekarang. Nak ambil gambar buku catatan tabungan pun tak dapat. Kena guna kamera isi filem Kodak.
Apabila duit mereka cukup RM5 atau lebih, saya akan bawa ke kaunter TH. Sehingga mereka di Tahun 6, saya masih meneruskan usaha tabungan tersebut. Buku akaun TH mereka, saya pulangkan kepada mereka apabila mereka tamat tahun 6.
Jadi, tak ada hairanlah kalau saya membuka akaun TH anak-anak saya seawal usia mereka 2 minggu iaitu sebaik-baik sahaja mereka memperoleh surat beranak dan seterusnya mendaftarkan haji mereka.
Target saya, sebulan RM100, setahun RM1200, sepuluh tahun RM12, 000 simpanan bersih tidak termasuk bonus. Bermakna pada usia 10 tahun, mereka sudah cukup wang untuk mengerjakan haji.
2007, umur abang genap 10 tahun. Dia selalu ikut opahnya pergi kursus haji kerana pada tahun tersebut opahnya dapat tawaran mengerjakan haji. Dia bagitau kawan-kawannya yang dia nak pergi haji.
Suatu hari saya terserempak cikgunya. Cikgu dia beritahu, Syaiful cakap pada semua orang yang dia hendak pergi haji. Cikgunya kata,”Dia ingat senang-senang kot nak pergi haji. Kalau tak ada duit, mana boleh pergi haji. Setakat pergi kursus sajalah.”
Saya senyum saja. Tak jawab apa-apa pun. Tidaklah pula saya beritahu, duit dia memang sudah cukup. Apa yang cakap itu memang betul dia nak pergi haji sebab memang sudah daftar pun haji dia ketika itu.
Alhamdulillah, 6 tahun kemudian, pada usianya 16 tahun, Allah menjemput abang menjadi tetamu agung-Nya.
Anak-anak memang sejak kecil lagi pulun mengaji dan hendak khatam Quran cepat-cepat sebab mama dan ayah janji hendak bawa umrah kalau semua sudah khatam Quran.
Bukan paksa anak-anak tapi asbab itu jugalah mereka bersungguh-sungguh mengaji dan berguru.
Doa mama semoga anak-anak mama terus istiqomah dalam mengerjakan amal ibadat, mencintai rumah Allah dan mencintai agama Allah.
‘Alhamdulillah, proses dipermudahkan.’ Terlantar sejak 2021, mahkamah syariah luluskan tuntutan fasakh Jahidah. Sudah tentu tiada kata yang terluah melainkan rasa syukur, apabila penantian selama ini berakhir.
Apa lagi dengan keadaan Jahidah sebegitu membuatkan keluarga memilih jalan terbaik buatnya. Hari ini Mahkamah Rendah Syariah Seremban telah meluluskan permohonan tuntutan fasakh Jahidah Nordin, 44 terhadap suaminya, Rosmaini Abd Raof, 40.
Adik kepada Jahidah, Fauziah Nordin, 41, mengakui gembira menerima berita itu selepas kakaknya kini terlantar akibat kecederaan serius selepas dipukul suaminya itu pada kejadian Mei 2021.
Menurut Fauziah yang mewakili kakaknya itu, dia membuat tuntutan fasakh mewakili Jahidah pada 1 Februari lalu dan bersyukur proses itu dipermudahkan tanpa menunggu lama.
“Saya sangat bersyukur sebab sudah lama tunggu supaya ada keputusan mengenai perkahwinan kakak ini. Saya memang tidak sangka akan dapat keputusan hari ini, rasa kurang sikit beban saya.
“Saya akan bincang dengan peguam untuk langkah seterusnya kerana ia perlu dilakukan satu persatu memandangkan saya perlu menjaga kakak dan anaknya,” katanya.
Jelas Fauziah, dia kini lega dan dapat memberi fokus terhadap kes jenayah membabitkan Rosmaini dengan kakaknya yang kini masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.
Terdahulu, di mahkamah, Peguam Mohd Amirul Adam Ahmad dari Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan yang mewakili Fauziah menyerahkan kenyataan bertulis kepada Hakim Hamizan Mohd Nor.
Tambah Mohd Amirul, hakim membuat keputusan hari ini selepas mahkamah berpuas hati dengan keterangan secara bertulis oleh pihak penjaga ad litem serta berdasarkan dokumen yang dikemukakan.
Mengulas mengenai defendan atau wakilnya yang tidak hadir hari ini, jelas Mohd Amirul, sebelum ini pihaknya cuba menyerahkan saman secara kendiri di alamat terakhir Rosmaini di Johor.
“Tetapi apabila kami meminta bantuan Jabatan Bantuan Guaman Johor untuk serahkan saman (notis kehadiran), laporan yang kami terima tiada penghuni di rumah berkenaan.
“Jadi pilihan ada untuk memanggil pihak defendan hadir juga ke mahkamah adalah melalui saman ganti iaitu saman tampalan di alamat terakhir atau saman melalui iklan. Kami buat melalui iklan di akhbar Berita Harian pada 24 Februari,” katanya.
Media pada Mei 2021 melaporkan, Jahidah yang hamil parah dipercayai dipukul suaminya dalam kejadian pada 4 Mei.
Jahidah yang juga kakitangan awam jabatan kerajaan dilaporkan berada di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
Mangsa parah pada kepala dan tengkorak akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya.
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.