Satu dalam sejuta. Mati dalam keadaan syahid. Kanak-kanak maut di tangan perogol yang cuba memperkosa ibunya. Walaupun baru berusia 9 tahun, Rangga dianggap sebagai pejuang sejati.
Dia cuba mempertahankan kehormatan ibu kandungnya daripada diperkosa lelaki yang memecah masuk ke kediaman mereka pada malam Sabtu 10 Oktober lalu ketika kedua-dua beranak itu sedang tidur.
Kediaman Rangga sekeluarga
Semasa kejadian itu, ibunya sempat meminta Rangga untuk lari menyelamatkan diri, namun, dia menolak dan tetap melawan penjenayah terbabit.Malang sekali Rangga terkorban setelah lelaki yang ingin memperkosa ibunya itu menetak tubuh kecil kanak-kanak itu beberapa kali.
Dilaporkan, pada malam kejadian, ayahnya keluar bekerja dan hanya mereka berada di rumah. Mayat Rangga telah dibungkus di dalam guni oleh perogol terbabit dan mencampakkanya ke sungai selepas merogol ibunya beberapa kali di kebun kelapa sawit.
Dua hari selepas kejadian mayat Rangga berjaya ditemui oleh nelayan yang sedang mencari ikan di sungai dan jenazahnya dikebumikan di TPU Gampong Alue Gadeng Kampung, Kecamatan Birem Bayeun, Aceh Timur.
Berita yang sangat menyayat hati ini mendapat liputan meluas media massa di Indonesia, malahan ia turut mendapat perhatian pendakwah terkenal Indonesia berasal dari Riau iaitu Ustadz Abdul Somad (UAS).
Ads
Berita kematian Rangga mendapat perhatian Ustaz Abdul Somad
Pada Jumaat lalu iaitu 16 Oktober 2020, ustaz telah memuat naik komen di akaun Instagramnya berkenaan hal ini. Menerusi captionnya, UAS menyebut bahawa Rangga sebagai seorang syahid yang membela kehormatan keluarganya.
“Ananda Rangga. Dengan perbuatanmu engkau telah mengajarkan pada anak bangsa ini tentang arti menjaga kehormatan, walau mesti dibayar dengan nyawa. “Engkau hadap Allah tanpa dosa, karena belum aqil baligh. Engkau mulia dengan derajat syahid,” tulis UAS.
Rasulullah SAW bersabda:“Siapa yang terbunuh karena membela keluarganya, maka ia mati syahid”. (HR. at-Tirmidzi).
Ads
Syahid berarti disaksikan, karena seluruh malaikat menyambut ruhmu. Syahid berarti menyaksikan, karena engkau telah menyaksikan tempatmu di surga sebelum kematian tiba.
Engkau merasakan sakaratulmaut hanya seperti cubitan lembut pada kulit yang halus. Engkau terbebas dari azab kubur dan hisab.
Ruhmu berada di paruh burung-burung berwarna hijau terbang kian kemari di dalam surga. Bila engkau diberi Allah kuasa untuk memberi syafaat, berikanlah sebagiannya untuk hamba Allah yang hina: abdul somad
Kashoorga: Pengorbanan seorang kanak-kanak yang seharusnya menjadi tauladan kepada kita. Berani dan bersungguh mendepani musibah demi kehormatan ahli keluarga.
‘Content prank adalah penyakit bodoh umat akhir zaman.’ Sepatutnya orang mukmin jauhi perkara sia-sia. Video tekup kek adalah dibayar dan ianya adalah lakonan semata-mata.
Allahuakbar begitu sekali orang kita sanggup buat content hingga tak boleh bezakan antara yang baik atau buruk. Terikut-ikut sangat, hendak tiru budaya luar sampai hilang adab dan tatasusila.
Tak kiralah alasan apa sekalipun, bergurau waima eksperimen sosial tak sepatutnya melakukan perkara-perkara melampaui batas.
Beberapa hari lalu, viral sebuah video seorang lelaki yang menekup muka seorang ibu kepada anak OKU ke atas sebiji kek dengan tujuan untuk menguji kesabaran wanta tersebut.
Video tersebut mendapat kecaman warganet kerana menganggap tindakan lelaki tersebut sangat biadap. Malah, video yang tular ini turut mendapat perhatian, Ustaz Khairul Anuar Basri, dan dia turut mengecam tindakan pemuda tersebut. Katanya,
Pertama kali tengok video makcik kena prank, terus hati saya cakap; yang sebenarnya kita yang kena prank. Tak lama kemudian, betullah ada cerita di sebalik video yang viral tersebut. Memang sungguh kita yang kena prank dengan makcik tu. Begitulah tololnya masyarakat kita hari ini.
Salah satu sifat mukmin yang berjaya sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran ialah menjauhi perbuatan sia-sia.
Mukmin yang masih buat benda sia-sia ialah mukmin yang gagal. Prank ialah perbuatan bodoh lagi sia-sia. Orang Islam yang terlibat dengan prank adalah orang Islam yang gagal.
Nilai jenis apa yang kita mahu ajar anak-anak kita dengan prank orang lain sebegitu?
Anak-anak yang tak berdosa, fikiran masih mentah, bila tengok benda macam ini, terus fikir prank ini baik untuk diamalkan.
Kita takkan pernah terfikir kanak-kanak boleh buat prank yang boleh mengakibatkan kecederaan teruk atau kematian!
Dalam masa yang sama, menerusi posting yan g sama, seorang warganet yang dikenali dengan nama, Mizan CTV, turut melontarkan pandan gannya. Jelasnya, content Prank’ adalah penyakit bodoh yang melanda umat akhir zaman.
1 – Harap kerajaan boleh kuat kuasakan undang-undan g mengharamkan terus content-content prank.
2 – Kalau nak buat content prank, buat dengan kawan-kawan, kenalan sendiri sahaja. Jangan libatkan orang yang tak dikenali.
3 – Kalau nampak content prank dibuat oleh mana-mana creator terutama yang tidak beretika macam ini. Terus buat report di media sosial tersebut supaya channel/akaun mereka ditutup.
4 – Semua orang perlu ambil peranan supaya tiada lagi content creator yang tak beretika dan pupus terus content-content prank.
5 – Prank bukan budaya kita dan boleh jadi haram kerana menyusahkan orang, menyakiti orang lain dan membuatkan orang ramai salah sangka serta menimbulkan permusuhan.
6 – Jika mahu ‘bergurau’ jaga batas-batas gurauan, jangan sampai menyakiti orang lain sama ada dalam bentuk fizikal atau mental.
Golongan manusia yang kurang ilmu lebih mulia dari golongan manusia yang berilmu, tetapi tiada adab…hilang akal waras manusia disebabkan terpengaruh dengan budaya prank yang disebarkan seluruh dunia melalui media sosial.
Otak sudah kena brainwash hingga jadi dungu-sedungunya hingga tak sedar atau nampak lagi kebodohan diri.
Kesimpulannya, adab susila dan rasa hormat sesama insan sudah semakin pudar dan terhakis kerana semakin dunia ini maju, menuntut ilmu hingga ke menara gading, semakin terdedah umat manusia dengan media sosial yang melalaikan.
Seterusnya menjadi hamba sistem serta teknologi dunia yang semuanya berada di hujung jari..semakin hilang jati diri, adab susila dan perasaan hormat menghormati hingga sanggup mengaibkan dan menyusahkn hidup orang lain.
Hilang adab dan rasa hormat sesama insan adalah tanda atau bukti semakin hilangnya iman di dalam diri. Sesungguhnya, agenda merosakkan iman dan memesongkan akidah umat akhir zaman semakin hari semakin berjaya dilaksanakan.
Semoga Allah memberikan hidayah dan melindungi kita semua daripada terus sesat dan terjerumus ke lembah hina.
Kematian itu pasti sebagaimana janji Allah di luh mahfuz lagi bagi setiap hambaNya, ia tidak cepat sesaat malah tidak lewat seminit. Namun saat diuji dengan kematian, ahli keluarga perlu mempunyai “ilmu” agar tidak mudah termakan kata-kata pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas kesedihan orang lain.
Dari satu perkongsian dari fb Mr Wan Cai Official yang mengendalikan skuad Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) secara percuma bagi golongan tidak berkemampuan, ada berkongsi ilmu yang perlu diketahui oleh ramai pihak di mana ada “cubaan memperdaya” atau membuat duit tepi kakitangan hospital sedangkan memandikan dan mengkafankan jenazah bukan syarat wajib bila berlaku kematian di hospital.
Bacalah perkongsian ini, sekurangnya kita ada ilmu.
Saya terpanggil untuk kongsikan tentang kisah jenazah yang kami bantu hantar ke Kelantan semalam. Jujurnya saya sedikit terkilan dengan apa yang dilakukan oleh seorang staff forensik di sebuah hospital. Rasa marah juga membuak buak.
Ceritanya begini.
Kami dihubungi oleh waris si mati yang meminta bantuan menghantar jenazah ke Ketereh Kelantan. Lalu seperti biasa kami meminta pihak waris simati menghantar gambar permit kematian. Mengikut sop yang ditetapkan kami hanya boleh keluar bertugas apabila gambar permit kematian dihantar oleh waris.
Gambar permit kematian tersebut perlu dihantar menggunakan aplikasi whats app ke nombor talian hotline UKVJ. Apabila gambar permit diterima barulah sukarelawan yang bertugas akan bergerak ke lokasi yang diberitahu untuk mengambil jenazah.
Ok kita kembali semula kepada cerita jenazah yang hendak dihantar ke Kelantan. Setibanya rakan sukarelawan dibilik mayat waris memaklumkan jenazah tersebut tidak boleh dituntut.
Jadi rakan sukarelawan agak pelik kenapa jenazah ahli keluarga sendiri tidak boleh dituntut.. Sedangkan permit kematian sudah diterima oleh waris simati. Jadi seorang rakan yang bertugas bertanya kepada waris simati untuk mendapatkan kepastian.
Waris simati memberitahu jenazah hanya boleh dituntut selepas proses mandi dan kafan dilakukan oleh pihak hospital. Kata staff tersebut itu adalah prosedur yang ditetapkan oleh pihak hospital sebelum jenazah boleh dituntut.
Persoalannya sejak bila pihak hospital ada menyediakan perkhidmatan mandi dan kafankan jenazah?
Dan sejak bila pula jenazah hanya boleh dituntut oleh waris simati selepas dimandi dan dikafankan?
Bagi saya staff forensik yang bertugas dikaunter pada hari kejadian agak melampau. Jelas staff tersebut cuba memperdayakan dan memperbodohkan waris simati. Mengapa pula pengurusan mandi dan kafan jenazah ditetapkan oleh seseorang yang berkerja sebagai staff forensik?
Bab pengurusan mandi dan kafan jenazah bukan dibawah bidang kuasa pihak hospital. Cumanya pihak hospital ada melantik jurumandi jenazah lelaki dan perempuan. Individu individu yang dilantik boleh menguruskan mayat orang islam@bukan islam dibilik pengurusan jenazah milik hospital.
Erti kata mereka adalah jurumandi lantikan dari hospital. Atau lebih tepat mereka adalah badan pengurusan jenazah swasta@berbayar.
Waris simati boleh mendapatkan khidmat jurumandi lantikan hospital sekiranya tidak mempunyai jurumandi untuk menguruskan jenazah ahli keluarga. Tetapi khidmat untuk menggunakan jurumandi jenazah MESTILAH ATAS PERSETUJUAN WARIS SIMATI.
Bermaksud tiada paksaan sekiranya waris simati mahu menggunakan khidmat jurumandi luar@khairat kematian@ngo.
Dalam perkongsian saya ini. Waris kepada jenazah yang hendak kami bantu urus itu dimomokkan dengan prosuder yang ditetapkan sendiri oleh staff forensik tersebut. Sedangkan proses mandi kafan tiada kaitan dengan tugas beliau sebagai seorang staff forensik.
Anda tahu mengapa staff forensik tersebut menetapkan syarat sebegitu?
Jawapannya mudah.
Staff forensik itu mahu mengejar duit tips dari jurumandi lantikan hospital. Nak cari duit poket tepi
Apa yang saya katakan berfakta.
Jika tidak mengapa staff tersebut menetap syarat yang bukannya dikeluarkan oleh pihak hospital kepada waris simati? Staff forensik tersebut tidak layak mencampuri urusan mandi dan kafankan jenazah. Tetapi setiap staff forensik yang bertugas boleh membantu waris simati. Dengan cara menyalurkan maklumat perkhidmatan mandi dan kafan jenazah yang dilantik oleh pihak hospital. Itu sekiranya waris simati tidak mempunyai jurumandi jenazah sendiri.
Di dalam isu yang saya bangkitkan pada malam ini jelas staff forensik yang bertugas cuba mengugut waris simati.
Alasan yang diberi sememangnya langsung tidak masuk akal. Mujur Allah bantu permudahkan urusan waris dan jenazah. Selang beberapa minit staff forensik yang bertugas telah membenarkan jenazah dituntut.
Itupun setelah beliau mengetahui pihak UKVJ yang mahu menuntut jenazah tersebut. Mungkin juga selepas beliau terlihat van jenazah milik UKVJ tiba dibilik forensik. Tanpa berlengah jenazah terus kami angkat untuk dibawa masuk kedalam van.
Kemudian jenazah telah kami bawa ke bilik wakaf jannatul firdaus dan disempurnakan oleh rakan dari unit bilal muslimin. Apapun terima kasihlah kepada staff forensik tersebut kerana akhirnya membenarkan kami menuntut jenazah.
Jika berkeras juga saya tak tahu apa yang akan berlaku. Mungkin itu adalah hari paling malang untuk beliau sepanjang dalam hidupnya. Memang saya akan ajar cukup cukup.
Biar manusia bertopengkan syaitan itu sedar. Jangan jadikan kematian sebagai tiket untuk membuat duit. Gaji yang diterima sebagai staff forensik itu walaupun sedikit sekurang kurangnya berkat.
Nilai rm20 rm30 dan rm50 untuk komisen 1 jenazah itu tak kemana pun. Bukan boleh kaya cari makan dengan cara sebegitu. Tidak akan jatuh miskin kalau tak ambil duit dari kematian orang lain.
Bertaubatlah. Hari ini kita penaya jenazah orang lain. Esok lusa bila mati orang penaya pula pada jenazah kita. Belum terlambat untuk bertaubat.
Sekadar peringatan.
Apa yang saya tulis ini adalah benar. Saya sanggup dilaknat sekiranya mengadakan cerita. Saya juga tidak menyatakan semua yang berkerja dibahagian unit forensik terlibat. Hanya segelintir mempunyai sifat tidak berperikemanusiaan.
Isu diatas kerap berlaku kepada kami. Sudah beberapa kali juga kami bertekak dengan segilintir staff forensik yang tidak beramanah sewaktu bertugas.
Saya sendiri telah melaluinya 2 tahun yang lalu. Ketika itu melibatkan pengurusan jenazah ibu muda yang telah mewasiatkan kematiannya kepada saya dan UKVJ.
Ibu muda tersebut meninggal dunia sehari selepas melahirkan anaknya. Anaknya itu turut sama meninggal dunia. Si suami ditakutkan dengan cerita darah selepas jasad isterinya dibedah siasat.
Mungkin ada yang ingat lagi dengan kisah kematian melibatkan isteri dan anak kepada individu bernama"WAN JENGKA". Beliau menjadi saksi dengan apa yang telah berlaku terhadap kematian isterinya.
Dimomok dan diperbodohkan oleh seorang staff forensik. Hanya kerana mahukan komisen dari jurumandi yang hendak menguruskan jenazah isterinya. Staff tersebut sanggup memperdayakan seorang suami yang sedang kesedihan.
Perkara ini sudah berkali kali terjadi. Semalam perkara sama berlaku sekali lagi. Laknatlah kepada mereka yang terlibat.
Mohon share posting ini sebanyak yang mungkin. Biar mereka yang terlibat hadam
PERINGATAN-JIKA ADA PIHAK YANG MENAWARKAN KHIDMAT MANDI KAFAN YANG DILAKUKAN OLEH HOSPITAL ITU ADALAH TEKTIK UNTUK MENIPU WARIS SIMATI.BEGITU JUGA DENGAN VAN JENAZAH.VAN JENAZAH MILIK HOSPITAL MEMPUNYAI LOGO BULAN SABIT DIBAHAGIAN KENDERAAN.JIKA TIADA LOGO TERSEBUT BERMAKNA ITU ADALAH VAN JENAZAH SWASTA ATAU MILIK ULAT VAN JENAZAH.
Gambar hiasan sumber : FB Mr Wan Cai Official
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Rasulullah pesan jangan marah, buruk kesannya. ‘Isteri dan anak setahun ini jadi mangsa simbahan asid suami panas baran.’ Bila seseorang tak dapat mengawal kemarahan, beginilah akibatnya.
Perasaan marah, sedih dan gembira merupakan sifat yang terdapat dalam jiwa setiap yang bergelar manusia. Ia merupakan emosi semula jadi yang bersifat negatif dan kebiasaannya bermula daripada sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal.
“Jangan marah”… Larangan ini telah diulang oleh baginda nabi beberapa kali. Di dalam sebuah hadis: seorang laki-laki berkata kepada Nabi,
“Berilah aku wasiat?” Beliau bersabda,”Janganlah kamu marah.” Laki-laki itu mengulangi kata-katanya, beliau tetap bersabda,”janganlah kamu marah.” – [HR Bukhari 5651].
Gara-gara sikap panas baran, seorang suami tergamak menyiram asid ke arah isteri dan anaknya yang berusia setahun lapan bulan sehingga kedua-dua mangsa meninggal dunia. Kejadian itu berlaku di Cengkareng, Jakarta Barat.
“Kedua-dua mangsa meninggal dunia,” kata seorang pegawai polis Cengkareng, Ardhie Demastyo.
Ardhie kemudian menjelaskan kronologi kejadian tersebut dengan menyatakan insiden itu diketahui penduduk setempat selepas si isteri berlari keluar dari rumah sambil menjerit meminta tolong.
Si isteri datang ke rumah jirannya dan menyatakan bahawa dirinya telah disiram dengan asid oleh suaminya, Rizal. Dia dan anaknya kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Berikutan kejadian itu, si isteri mengalami luka melecur di bahagian muka dan tangan manakala anaknya mengalami cedera parah di bahagian muka dan badan. Kedua-dua mereka kemudian meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Menurut Ardhie, suspek menyiram isterinya dengan asid ketika dia gagal mengawal kemarahannya, yang menyebabkan anaknya turut terkena siraman itu.
Sementara itu, suspek masih diburu polis manakala motif dia berbuat demikian masih belum diketahui.
Malah, Rasulullah pernah berkata di dalam sabdanya:
Sesungguhnya syaitan menyusup dalam diri manusia melalui aliran darah. – [HR Bukhari 3281 dan Muslim 2175].
Apabila syaitan mula membisikkan dengan bisikan kejahatan disebabkan seseorang yang tidak dapat menahan kemarahannya maka seseorang itu akan melakukan tindakan-tindakan di luar batasan seperti memaki hamun, memukul dan ada yang sampai ke tahap membunuh disebabkan kemarahan yang tidak dapat dibendung.
Kashoorga : Beginiah kesannya bila seseorang tak dapat mengawal kemarahannya dan terlalu mengikut kata hati. Bila kejadian sebegini berlaku, menyesal pun tiada gunanya lagi.