Raya memang meriah. Semua orang kalau boleh mahu kelihatan cantik dan tampan. Pastinya kemeriahan raya tidak akan bermakna tanpa gambar-gambar beraya. Namun dalam keghairahan memuatnaik gambar di media-media sosial, jangan sampai lupa diri.
Berikut perkongsian bermanfaat daripada Farid Rashidi
Meriah betul tengok gambar warna-warni Aidilfitri di laman sosial. Macam-macam gaya dan warna bajukan?
Tapi, boleh tolong tak. Tolong pesan pada mereka yang mungkin terlupa atau tak sedar.
1. Janganlah upload gambar raya dedah aurat ye. Tak kiralah lelaki ke perempuan. Kena jaga sungguh-sungguh.
Ads
Tambahan kalau perempuan dedah aurat di FB, IG & Twitter hati-hati juga ada yang ‘memerhati’.
2. Janganlah upload gambar raya yang bergaul bebas. Contoh macam BF dengan GF. Dia punya mesra lain macam mengalahkan orang dah kahwin.
Ads
Yang dah kahwin, hmmm nak bergambar pegang tangan pun malu-malu kambing.
3. Elakkanlah like atau sokong gambar yang macam situasi di atas.
Ads
Ok, boleh sama-sama kita pesan. Sharelah pesanan ini kalau segan nak tegur.
Bukan apa, rugilah pulun beribadah bulan Ramadan tapi bila masuk Syawal kumpul dosa pula… Hangus. Macam arang sate. Sate sedap tapi arang korbankan diri.
Dalam dunia serba-serbinya di hujung jari, kini semua orang bebas berkongsi aktiviti masing-masing di akaun media sosial yang mereka miliki. Kebebasan berkongsi foto-foto koleksi peribadi membuka peluang kepada teman-teman menikmati momen-momen indah anda bersama insan tersayang. Walau bagaimanapun ia bukan bermakna semua momen-momen mesra itu boleh dikongsi semuanya untuk dijadikan tatapan ramai.
Namun apa yang dikesalkan ialah apabila ada sesetengah individu yang sudah hilang rasa malu mempamerkan kemesraan dengan pasangan masing-masing. Sama ada pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga mahupun yang masih bercinta, tanpa segan silu memperlihatkan kemesraan antara satu sama lain tanpa rasa malu dan rasa bersalah.
Namun apakah kita mengetahui hukum bermesra-mesraan di depan umum dalam Islam? Sebelum trend ini menjadi ikut-ikutan dalam mempamkerkan foto-foto yang mesra dengan pasangan, ada baiknya kita mengetahui terlebih dahulu hukum mempamerkan kemesraan di media sosial dalam Islam.
BAGI PASANGAN SUAMI ISTERI
Tidak hanya pada pasangan kekasih, kita juga sering kali melihat perkongsian foto milik pasangan suami isteri yang mempamerkan kemesraan mereka di media sosial.
Walaupun telah ada dalam ikatan perkahwinan yang sah dan halal untuk bermesraan namun hukum mempamerkan kemesraan di media sosial dalam Islam bagi pasangan suami isteri adalah tetap dilarang. Hal ini kerana kemesraan antara suami isteri tidak selayaknya untuk dipertontonkan secara terbuka.
Selain itu mempamerkan foto kemesraan ini juga boleh mengundang syahwat orang lain yang melihatnya dan membuatkan mereka mendekati zina. Hal ini sama sahaja dengan kita yang mendorong orang lain untuk melakukan kemaksiatan. Secara tidak langsung kita juga akan mendapat dosa yang sama dengan mereka. Hal ini juga telah dijelaskan dalam sabda Rasulullah seperti berikut:
“barang siapa yang mengajak kepada kesesatan maka ia mendapatkan dosa seperti dosa setiap orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun.” (HR. Ahmad).
Mempamerkan kemesraan antara suami isteri juga boleh menjatuhkan kewibawaan dan juga martabat kita. Rasulullah juga telah mengajak kita untuk memiliki rasa malu untuk tidak memperlihatkan hal-hal yang seharusnya tidak perlu dilihat oleh orang lain seperti mencium isteri secara terbuka, berpelukan dan sebagainya. Ketahuilah bahawa rasa malu juga meurpakan sebahagian daripada iman.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Iman itu ada tujuh puluh sekian cabang. Dan malu salah satu cabang dari iman.” (HR. Ahmad).
BAGI PASANGAN YANG BELUM BERKAHWIN
Melihat kemesraan yang di abadikan oleh pasangan yang belum ada apa-apa ikatan juga sudah menjadi perkara yang biasa kita lihat di media sosial.
Sedangkan mempamerkan kemesraan di kalangan pasangan suami isteri di media sosial tidak boleh di dalam Islam apatahlagi untuk pasangan yang belum berkahwin. Hukumnya tentulah haram dalam Islam. Lagi pun bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang tiada sebarang ikatan akan menjerumuskan kedua-duanya untuk mendekati zina.
Apalagi jika mempamerkan foto-foto mesra yang jelas perbuatan itu belum boleh dilakukan pasangan yang belum berkahwin.
Allah SWT telah berfirman:
“dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al-Isra’ : 32)
Semoga dengan penjelasan ini kita tahu cara menghindari ghibah.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bagi seorang ibu yang dikurniakan berderet anak lelaki, terasa seperti permaisuri. Tak perlu kecewa atau iri hati bila tengok orang lain ada anak perempuan. Usahlah mempertikaikan pemberian daripada Allah sebaliknya bersyukurlah.
Ikuti perkongsian dari Puan Siti Maisarah Saifuddin apabila dia sering ditanya soalan “Tak Nak Anak Perempuan Ke” kerana dia sudah dikurniakan dengan lima orang hero. Semoga kita mendapat pengajaran daripada perkongsian ini.
Apabila saya kemana, ditanya dengan persoalan, “Ya Allah, semua 5 lelaki ke? Macamana Sarah jaga?”
Saya hanya mampu tersenyum. Sempat saya berseloroh, “Anak pertama kedua ni, memang jadi harimau singa. Tapi masuk no 5, dah jadi Naga berapi uminya. Hahaha”
Org arab kata, Get what I mean? Yes! Bukan semudah yg disangka.
Kalau yg pertama lelaki, adalah bonus bagi saya. Anak kedua lelaki, Allah nak bagi Kawan Untuk abangnya. Anak ketiga juga lelaki, Allah nk bagi Geng Surau ayahnya. Yang keEmpat juga lelaki, itu tanda Allah cukup kan pengusung Jenazah saya.
Dan apabila yg ke 5 juga lelaki, Tiada ungkapan yg terbaik melainkan syukur tak terhingga. Bererti Allah izinkan saya merasa menjadi Permaisuri di kalangan mereka.
Seringkali juga saya ditanya, “Tak teringin ke anak perempuan? “ Tipulah kalau tak teringin. Saya juga manusia normal. Tapi itu kuasa Allah swt. Bukan terletak pada kuasa saya.
Allah lebih mengetahui, Kenapa Allah mengurniakan saya semua anak lelaki. Kerana Allah mahu saya kuat!
Ya! Saya mesti kuat. Untuk mereka. Untuk saya.
Wahai IBU yang punya anak semua lelaki, Jangan sedih. Jangan merintih. Berbanggalah kerana kita menjadi cinta pertama buat mereka..
Ya Allah, Jaga kan pahlawan muda saya. Moga menjadi pahlawan syurga.amin.
Doakan saya moga kuat menjaga mereka..
Kesimpulannya anak lelaki atau anak perempuan kedua-duanya rezeki dan amanah daripada Allah untuk kita hargai dan jaga dengan sebaik mungkin.
Sumber Kredit: Siti Maisarah Saifuddin
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Jika dahulu majlis perkahwinan sering diadakan ketika musim cuti sekolah namun kini majlis perkahwinan dilangsungkan tidak kira waktu, sama ada cuti sekolah ataupun cuti hujung minggu. Asalkan ada cuti, pasti ada sahaja majlis kahwin. Pelbagai tema dan konsep memeriahkan suasana majlis perkahwinan.
Dalam pada kita sibuk memilih tema, konsep dan pelbagai lagi jenis pelamin atau hiasan, usahlah dilupakan mengenai keberkatan untuk majlis itu sendiri. Janganlah kita menyelitkan sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.
Majlis perkahwinan perlulah lebih berbentuk Islamik, sesuai dengan tuntutan agama. Jangan terikut-ikut dengan adat atau budaya yang membawa kepada amalan terpesong daripada Islam.
Adat Melayu itu sendiri ada kalanya mempunyai pengaruh daripada luar. Justeru pilihlah yang terbaik. Jika ianya tidak lagi sesuai dilakukan, eloklah ditinggalkan. Sama-sama membawa rumahtangga itu ke arah yang diredai ALLAH.
ENAM KENDURI KAHWIN YANG DIBERKATI ALLAH:
1) Tidak bercampur antara tetamu lelaki dan wanita.
2) Kenduri tidak bermewah-mewah sehingga boleh dikategorikan sebagai membazir.
3) Jangan membezakan antara orang kaya dan orang miskin.
4) Sediakan ruang untuk solat supaya tetamu tidak meninggalkan solat hanya kerana hendak hadir ke majlis tersebut.
5) Jangan diwujudkan muzik atau tari menari yang melalaikan walaupun konon berniat untuk meraikan pengantin. Niat tidak menghalalkan cara.
6) Berikan pengantin ucapan berupa doa semoga bahagia dan berkekalan dengan rahmat ALLAH bukannya dengan upacara merenjis atau salam restu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Batas aurat Muslimah di hadapan wanita bukan Islam sering menjadi persoalan. Ketahui pandangan jumhur ulama, penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan serta panduan menjaga aurat mengikut syariat Islam.