Sejak zaman merdeka lagi kita semua rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama hidup aman dan harmoni. Walaupun berbeza agama dan bangsa, tetapi tidak membataskan ikatan ukhwah antara satu sama lain.
Seperti perkongsia Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri yang memberitahu hari ini hari menyedihkan kerana menerima berita pemergian jirannya yang berangsa Cina.
Menurutnya jirannya mendiang Pakcik Choong atau nama sebenarnya Choong Kooy Choon selalu menghadiahkan pelbagai binatang peliharaan kerana mereka berkongsi hobi yang sama.
Ads
Malah setiap kali sambutan Tahun Baru Cina, beliau tidak pernah lupa menghadiahkan kek untuk mendiang sekeluarga. Dan mendiang akan membalasnya dengan beberapa kotak limau Mandarin.
Justeru Dr Zulkfli berterima kasih kepada Allah kerana menghadirkan insan ini untuk mencipta kenangan bersama dan mengingatkan beliau bahawa kita semua adalah dari nenda yang sama iaitu Adam dan Hawa.
Ads
Hari ini hari yang menghibakan apabila menerima berita pemergian seorang jiran saya yang berbangsa Cina. Bagi yang mengikuti saya sejak beberapa tahun lepas di media sosial,mungkin mengenali mendiang Pakcik Choong atau pemilik nama sebenar Choong Kooy Choon yang selalu menghadiahkan saya pelbagai haiwan peliharaan beliau kerana kami berkongsi hobi yang sama.
Setiap kali Tahun Baru Cina, saya tidak pernah lupa menghadiahkan kek untuk beliau sekeluarga. Beliau sudah pasti membalasnya dengan beberapa kotak limau Mandarin. Hidup dengan kepelbagaian bangsa dan agama di Malaysia adalah nikmat Allah SWT untuk kita manfaatkan bersama demi menbina masa depan Malaysia yang lebih harmoni. Terima kasih Allah SWT kerana menghadirkan mendiang Pak Choong dalam hidup saya, mencipta kenangan indah bersama dan membenarkan lagi keimanan saya bahawa kita semua asalnya daripada nenda yang sama iaitu Adam dan Hawa.
Firman Allah SWT: يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا “Hai manusia sesungguhnya kami telah menciptakan kalian dari seorang lelaki dan seorang wanita, lalu menjadikan kamu semua berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu semua saling mengenali…” (Surah al-Hujurat: 13)
Kanser sesiapa sahaja yang mendengar tentang penyakit ini pasti akan gerun. Ibarat tiada lagi hari esok, penyakit ini diumpamakan seperti menunggu masa untuk dijemput pergi. Derita pesakit kanser hanya penghidapnya sahaja yang tahu.
Kisah pelajar yang juga calon SPM 2018 ini mengundang sebak. Mohammad Afiq Mohd Shukri, 17 tahun diuji begitu berat sekali. Perjuangan Afiq penuh liku bermula sejak dia disahkan kanser tulang ketika berusia 13 tahun. Sejak itu dia terpaksa melalui berbagai ujian dan ujian itu belum lagi berkesudahan sehingga ke hari ini.
Bermula dengan pembedahan membuang tulang kakinya yang diserang kanser pada usia 14 tahun yang digantikan dengan besi, dia akhirnya memilih untuk memotong hampir sebahagian kakinya kerana tulangnya telah dijangkiti kuman dan dia terus di dalam kesakitan bertahun lamanya.
Berikut catatan Afiq yang meruntun jiwa….
DARI ISI HATI AFIQ – PEJUANG HEBAT
“Saya disahkan kanser tulang tahap dua ketika berumur 13 tahun. Sejak itu bermulalah perjuangan saya. Bukan mudah bagi saya menerima dan menempuh semua ini tetapi apa pilihan yg saya ada?
Menangis? Bohonglah kalau saya kata saya tak menangis apatahlagi masa kaki saya disahkan kanser .. Saya baru berumur 13 tahun tapi saya sudah tahu apa itu kanser. Saya menangis dan memberitahu mama, saya akan bunuh diri jika kaki saya dipotong. Begitulah takutnya saya pada waktu itu.
Sebaik disahkan kanser .. saya menjalani kimeoterapi. Kemudian .. tulang kaki saya dibuang dan digantikan dengan besi supaya saya dapat berjalan semula. Saya sangka .. dengan buangnya tulang kaki itu .. saya tak perlu menanggung apa-apa kesakitan lagi. Rupanya saya silap.
Episod ngeri pun bermula di situ. Sejak itu .. saya terpaksa menanggung sakit yang amat sangat bila mana kaki saya selalu saja terkena jangkitan kuman.
Dahulunya … saya sangat aktif bersukan namun kanser itulah pencetus segalanya tinggal sebagai kenangan saja.
Selepas pembedahan memasang besi pada pada pertama kali .. saya terpaksa menjalani 27 kali lagi pembedahan yang berkaitan dengannya di bahagian kaki.
Sakit dan siksa hanya Allah saja yang tahu setiap kali luka kaki perlu dicuci. Kulit saya yang ellergy dengan besi membuat keadaan makin buruk. Saya menangis setiap kaki dicuci.
Saya juga menangis kerana mengenangkan mama dan abah saya bukan orang senang. Habis wang ringgit mereka digunakan untuk merawat kaki saya. Tak cukup dengan hospital kerajaan .. saya dibawa ke swasta kerana kaki saya selalu saja sakit dan bernanah.
Sampai satu saat … saya rasa bersalah pada adik-adik. Duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli keperluan adik-adik … semuanya dihabiskan untuk kaki saya. Terasa sangat saya seolah telah mengambil hak adik-adik.
Kemuncaknya … doktor memberitahu saya perlu menjalani satu lagi pembedahan untuk mengeluarkan besi yang dipasang itu untuk dicuci kerana besi juga ada kuman. Ini bermakna saya perlu menjalani proses awal semula.
Saya sudah tidak sanggup menyerahkan kaki saya untuk disiang lagi. Kesakitan yang ada sekarang pun sudah tidak tertanggung … hendak ditambahkan lagi.
Sekarang saya sudah 17 tahun .. apabila masuk wad, saya akan ditempatkan bersama orang dewasa. Saya juga terpaksa menanggung kesan psikologi lagi bila berada di wad orang dewasa atau lebih tepat di wad orang tua.
Akhirnya .. saya membuat keputusan untuk memotong kaki. Bila saya tanyakan mama dan abah.. memang keduanya tidak setuju tetapi saya sudah tidak sanggup lagi menanggung segalanya. Mama dan abah akhirnya akur dengan keputusan saya.
Saya sendiri jugalah yang memberitahu doktor tentang keputusan saya. Sama seperti mama dan abah … doktor juga terperanjat. Tapi beliau menerima keputusan saya.
Satu saja yang tanam dlm hati … tiada kaki bukan bermakna saya tidak boleh berjaya. Jadi, saya tak perlu bersedih semata-mata kerana tiada sebelah kaki. Sebagai anak sulung .. saya sedar, saya kena kuat sebab sayalah harapan dan contoh kepada adik-adik.
Alhamdulillah … sekarang saya dah selamat potong kaki dan sekarang saya rasa diri saya macam normal semula. Tiada lagi kesakitan yang perit dan pedih.
Yang penting saya sudah boleh tersenyum semula walaupun kini saya sudah kehilangan kaki. Dan walaupun saya kini sudah kehilangan kaki .. saya tidak sama sekali merasakan saya ini cacat. Bahkan … saya rasa saya sudah mendapatkan diri saya yang dulu semula.
Saya mohon semua untuk terus mendoakan saya agar pembedahan ini berjaya sepenuhnya dan saya sembuh seperti sediakala.
Saya rindu rakan-rakan sekolah. Tidak sabar rasanya menunggu kesan pembedahan ini sembuh untuk saya mula menggunakan kaki palsu. Saya ingin kembali ke sekolah semula dan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.
Biarpun sejujurnya saya trauma dengan pembedahan sebelum ini .. saya bersyukur kepada Allah kerana masih panjangkan umur saya dan memberi saya ujian yang tak ternilai untuk saya terus dan terus berjuang.
Kepada mama abah dan semua yang mendoakan kesihatan saya, terima kasih sangat sangat.
Hanya Allah saja yang mampu balas jasa baik mama-abah yang banyak berkorban untuk saya selama ini dan terima kasih juga kepada semua yang mendoakan saya. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa
Kepada mama dan abah yang teramat dikasihi … Insyallah, satu hari nanti Abang akan balas jasa mama dan abah. Abang sayang mama dan abah sangat sangat❤. “
Yg benar, ❤️Afiq❤️
Sangkaan Afiq apabila dia menjalani pembedahan memotong kakinya, segala kesakitan yang dialami akan berakhir namun Allah mengujinya lagi. Kaki Afiq mula berdenyut.. ada nanah mula kelihatan. Nanah dan air bisa itu mula menyerap keluar. Afiq dapat merasakan .. kakinya telah dijangkiti kuman.
Akhirnya sedikit lagi tulang kakinya terpaksa dipotong walhal Afiq baru saja menjalani pembedahan memotong kaki itu beberapa bulan yang lalu kerana tulang itu telah dijangkiti kuman. Dalam saat dia menanti detik yang sesuai untuk pemasangan kaki palsu .. penantian itu rupanya berakhir dengan kekecewaan lagi.
Afiq tabah menerima takdir ini walaupun dia baru saja memulakan semula pelajaran yang tergendala sekian lama setelah dia sakit dan menjalani pembedahan pertamanya. Harapannya untuk sembuh dan berjaya dalam cita-cita amatlah tinggi biarpun kini dia telah pun bergelar OKU.
Dia sangat berharap agar inilah pembedahan terakhir yang harus dilaluinya kerana dia sudah tidak sanggup berada di dewan bedah lagi. Lebih dari itu .. jika terus-terusan kakinya dipotong.. lama-lama akan menjadi semakin pendek dan dia bimbang ini akan mengganggu proses memakai kaki palsunya.
Marilah kita sama-sama doakan semoga Afiq segera sembuh supaya Afiq dapat kembali semula ke sekolah untuk menduduki peperiksaan SPMnya tidak lama lagi.
Sumber kredit: Natipah Abu
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tugas mendidik dan menjaga anak-anak itu terletak di bahu kedua ibu bapa. Mereka inilah insan yang bakal mencorak masa depan anak-anak sama ada mahu menjadi insan berjaya atau sebaliknya.
Dan sememangnya tugas ini bukanlah mudah. Banyak masa perlu dikorbankan untuk
memastikan mereka menjadi khalifah Allah yang diredainya di muka bumi ini.
Melalui satu perkongsian di Harian Metro di mana pasangan suami isteri, Hussin Ismail, 65 tahun dan Rosmunainah Asmuni, 65 tahun telah dikurniakan sembilan orang anak dan kesemuanya adalah hafiz al-Quran.
Menurut pasangan ini yang berasal dari Kampung Tebakang Bukit Payong Terengganu memberitahu telah mendidik anak-anak mereka dengan menghafal kitab suci itu dari kecil lagi.
“Saya dan suami mendidik semua sembilan anak menjadi hafiz pada usia muda dan kemudian turut cemerlang dalam bidang lain.
“Al-Quran itu bukan diturunkan kepada orang cerdik atau genius saja, tetapi mukjizat kepada semua. Bermakna orang biasa juga boleh menjadi hafiz dan hafizah, asalkan ada keinginan.
“Malah, selepas bergelar hafiz, lebih mudah untuk menghadam ilmu lain dengan lebih cepat berbanding orang biasa dan tidak keterlaluan jika dikatakan, ia kunci untuk menjadi seorang genius,” katanya ketika ditemui di Akademi Al-Quran Amalillah (Akmal) di Kampung Tebakang, Bukit Payong di sini.
Menurut Rosmunainah, ibu kepada sembilan tahfuz ini berkata dia dan suami tidak mengamalkan petua atau ritual tertentu, cuma menjaga makan dan minum anak-anaknya.
Semua sembilan anaknya terdiri daripada Siti Nuur Izzati, 38, kini menjadi pengurus di Maahad Tahfiz Al-Nursi, Shah Alam; Mohd Saifullah, 37, (Ketua Eksekutif Akmal); Mohd Fakhrurrazi, 35, (bekas peserta program Imam Muda musim ke-2 dan penyelia pentadbiran Akmal di Shah Alam); Siti Fatimatuzzahra, 33, (pensyarah di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor); Siti Nuur Nazifah, 31, (guru tahfiz ulul albab); Mohd Iqbal, 29, (penyelia pentadbiran Akmal Bukit Payong); Mohd Zulqornain, 26, (Timbalan penyelia pentadbiran Akmal Bukit Payong); Mohd Khidhir, 23, dan Mohd Danial, 21, kedua-duanya masih menuntut di Universiti Antarabangsa Afrika, Sudan.
Menurut , kejayaan mendidik sembilan anak bergelar hafiz membuatkan dia semakin bersemangat berkongsi kaedah dengan orang lain.
Daripada situ katanya, timbul idea untuk mewujudkan Akademi Al-Quran Amalillah (Akmal) yang kini mempunyai 80 pelajar dengan lebih 70 peratus daripada mereka menghafal 30 juzuk al-Quran dalam masa setahun.
“Kami menggunakan kaedah fast track iaitu revolusi hafazan al-Quran dalam tempoh setahun. Ia membabitkan pengurusan masa, suasana, makan minum dan kesediaan diri pelajar serta guru untuk mengajar,” katanya lagi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Pagi tadi kita dikejutkan dengan kehilangan penyanyi tersohor Datuk Nassier Wahab yang menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
Berita kehilangannya ini disebarkan oleh penyanyi Zur Eda menerusi kiriman WhatsApp kepada rakan artis yang mengenalinya.
Sebelum itu, penyanyi bersuara lunak ini pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri pada 1 Jun lalu.
Melalui laporan Harian Metro, Arwah dikatakan mula mengalami masalah itu sejak lima tahun lalu apabila mengadu sakit pada bahagian gusi. Bagaimanapun beliau hanya mengambil pil penahan sakit setiap kali diserang penyakit berkenaan.
Biapun kerap menangguhkan untuk menjalani pembedahan, sebelum bersetuju melakukannya pada 1 Jun lalu.
Ternyata Allah lebih menyayanyi beliau dan kehilangannya disifatkan sebagai kerugian besar pada industri seni kerana dirinya adalah permata negara yang sangat berharga.
Kehilangan juga turut dirasai rakan selebriti dan juga golongan pendakwah. Salah seorang adalah Imam Muda Asyraf yang menzahirkan simpati kepada arwah Nassier Wahab dalam posting di laman Instagramnya.
Self-diagnose masalah mental semakin popular akibat video media sosial, namun ia boleh membawa kepada salah rawatan dan salah faham terhadap diri sendiri. Ketahui pandangan Islam serta kepentingan mendapatkan bantuan profesional.