Namun menurutnya, walau kita berniat nak putuskan hubungan dengan ibu, dia tetap akan menjadi ibu kita selamanya dunia akhirat.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang boleh dijadikan panduan. Sayangilah ibu selagi dia masih hidup dan bernafas di muka bumi ini.
Ads
BENCI IBU TAK MENGUNTUNGKAN
“Mungkin ada di kalangan kalian yang sangat sayangkan ibunya.
“Dan mungkin juga ada di kalangan kalian yang bencikan ibunya.
“Dan boleh jadi juga di kalangan kalian yang sangat bencikan ibunya.
“Teman pernah ditanya soalan tentang ibu, dia ni seorang anak yang memang bencikan ibunya. Sebab ada kisah silam yang menjadikan hidupnya berubah gara-gara kerana sikap ibunya.
“Sayang ke, benci ke, sangat benci terhadap ibu ke, ianya tak dapat nak mengubah takdir, dan ia tetap tak boleh nak ubah status seorang ibu. Kalau nak buang ibu jauh-jauh, nak putus hubungan sekalipun, ibu kita tetap ibu kita walau apa keadaan sekalipun.
Ads
“Ibu tetap seorang manusia yang ada kekurangannya. Ibu kita tetap ada dosanya, adakalanya kata-katanya mengguris hati. Kadangkala perbuatannya tersalah jua sebab dia seorang manusia, dia bukan Malaikat.
“Kadangkala kasihnya pada anak tak sama antara Along dengan Angah, Ucu dengan Ude. Ada lebih, ada kurang. Sebab dia seorang manusia yang ada hati dan perasaan. Jeles Along pada Angah sebab ibu lebihkan Angah. Apa-apa je Angah. Along ni ibu tak pandang langsung. Ye, sebab ibu seorang manusia yang tak sempurna.
“Sebenci-benci anak kepada ibunya, satu perkara yang WAJIB kita tahu dan sedar, dia adalah SYURGA kita.
Ads
“Ada sesiapa yang teringin nak masuk Neraka? Teman yakin semua nak masuk SYURGA. Kalau Syurga depan mata kita sekarang ni pun kita benci, agak-agaknya dapat ke nak masuk Syurga Hakiki nanti?
“Jika ada di kalangan kita yang berhadapan dengan masalah ibu, anggaplah ia sebagai ujian. Ujian bagi orang Mukmin sebagai hiburan. Jangan anggap ia sebagai tekanan, nanti kita stress, berkat pun tak dapat.
“Jika ibu benci kat kita, jangan pula kita benci dengan ibu. Teruskan berbuat baik dengan dia, anggaplah ia sebagai jalan yang sukar untuk menuju Syurga. Memang nak pergi ke Syurga jalannya sukar! Sabarlah dan syukurlah sebab kita masih punyai Syurga
Bergelar pengantin baru adalah saat paling indah dalam hidup setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.
Segala momen manis di majlis perkahwinan akan dikenang sepanjang hayat. Maklumlah detik bersejarah ini sekali saja dalam hidup dan akan dikenang selamanya.
Bagi pasangan pengantin baru Nurasyidah Mokhtar, 29 tahun atau dikenali dengan Syidah Tat di FB dan suaminya Mohamad Faris Alias tidak menyangka gambar perkahwinan yang dirakam 30 Ogos lalu menjadi viral.
Ini kerana dirinya dianggap pengantin paling comel gara-gara yakin memikul suaminya dengan penuh ceria.
Menurutnya, idea bergambar ini diilhamkan atas idea dan cadangan teman-temannya dan sokongan daripada jurugambar.
Disebalik kisah cinta pasangan ini, dia memberitahu telah menjalinkan hubungan dalam tempoh yang panjang dan pernah berpisah.
Namun sekiranya jodoh sudah tertulis tiada apa dapat memisahkan cinta mereka berdua.
“Pikul load naik gunung-ganang berhari-hari boleh tak kan la nak pikul suami sendiri tak boleh alaaaaa dia 53kg jer pun hahaha Bahagi 3 dengan syitat
“Alhamdulillah.. sah bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang bernama Mohamad Farid Bin Alias… Macam tak percaya pun ada
“Kami bercinta 7 tahun dari syitat tingkatan 4 sampailah Syidah habis degree . Lepas tu kami break 4 tahun setengah and then getback semula hujung tahun lepas lepas sebulan, dia ajak syitat nikah
“Alhamdulillah hubungan kami mendapat restu dari kedua-dua belah keluarga.. Benar lah jodoh itu rahsia Allah..
“Gambar lain menyusul nanti.. panjang lagi nak cerita ni hahaha doakan kebahagiaan kami ya ni bukan appreciation post lagi tau @ Felda Lepar Hilir 1
Biarpun mempunyai ukuran sain badan bertubuh besar, namun wanita ini sangat berkeyakinan tinggi dan dirinya sebenarnya cantik dalam cara tersendiri.
Dia yang kelihatan manis mengenakan baju kurung Pahang di hari bahagianya berharap kisahnya ini dapat beri inspirasi buat wanita di luar sana.
“Saya bersyukur sebab dapat keluarga dan sahabat yang banyak bagi sokongan untuk kami agar tak rasa rendah diri,
“Saya harap dapat memberi inspirasi buat wanita yang bertubuh besar diluar sana agar tetap tampil yakin dalam apa jua keadaan.
“Kita semua memang diciptakan cantik dengan cara tersendiri. Bagi saya semua orang cantik tak kira macam mana pun rupanya” ujar Syidah yang memang suka berfesyen dan bercantik-cantik walaupun berbadan besar.
Kadang-kadang hidup jadi tertekan kenangkan dosa silam, zikirlah supaya diampunkan dosa. Lumrah manusia, menyesali setiap perbuatan dosa-dosa lalu yang telah mereka lakukan.
Namun setiap penyesalan perlulah datang dengan usaha untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik. Paling penting bertaubat dan lakukan sesuatu agar Allah ampunkan dosa-dosa kita.
Ikuti perkongsian Dai Hamidah tentang bagaimana caranya untuk memadam dosa-dosa silam.
Jadi setiap hari pasti kita akan fikirkan apakah cara untuk kita lakukan supaya Allah ampunkan segala dosa-dosa kita yang lalu.
Ingin dikongsikan di sini, Nabi Muhammad telah pun hadiahkan kepada kita satu amalan supaya Allah ampunkan salah silap kita yang lalu.
“Wa in kanat misla zaba dil bahri.’
Maksudnya, sekalipun dosa-dosanya sebanyak buih di lautan.’
Subhanallah, ini merupakan satu berita gembira daripada nabi kita Muhammad s.a.w untuk menggalakkan kita supaya melakukan kebaikan.
Dalam masa yang sama Nabi Muhammad jamin Allah akan ampunkan dosa kita dengan jika kita baca zikir ini sebanyak 100 kali pada setiap hari.
Oleh itu, jangan lupa untuk ulang zikir tersebut, apatah lagi hadis ini merupakan daripada kitab Riyadhus Solihin iaitu hadis yang sahih.
Marilah kita sama-sama amalkan dan mudah-mudahan berkat kita berterusan dengan amalan ini.
Ayuh amalkan setiap hari tanpa culas dan secara tak langsung menjadi tanda kita betul-betul minta pada Allah ampunkan dosa serta kesalahan-kesalahan yang telah kita lakukan selama ini.
Seterusnya menjadi asbab Allah kasihan pada kita ketika mana Allah ampunkan dosa silap kita dan akhirnya kita akan dijemput Allah SWT dalam keadaan yang baik.
Oleh itu, mudah-mudahan kita dihadiahkan oleh Allah husnul khotimah. Amin.
Semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan mengadakan solat jenazah ghaib selepas solat Jumaat esok untuk mangsa yang terkorban dalam tragedi di Christchurch, New Zealand minggu lalu.
Selain itu, solat hajat untuk memohon keamanan dan kedamaian tanah air akan turut diadakan di semua 84 masjid, 526 surau, dan 110 surau Jumaat. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail berkata, inisiatif itu diambil sesuai dengan tuntutan agama bagi mendoakan mangsa dalam insiden pengganas itu, termasuk untuk rakyat Malaysia yang terkorban, Muhammad Haziq Tarmizi, 17, serta mereka yang cedera.
“Kita sudah maklumkan kepada semua masjd dan surau Jumaat untuk solat hajat dan jenazah ghaib selepas solat Jumaat, Insya-Allah.
“Mudah-mudahan mereka diletakkan bersama syuhada di sisi Allah dan kita juga mendoakan agar keluarga diberikan kesabaran berdepan ujian ini,” katanya.
PENJELASAN MUFTI TENTANG SOLAT JENAZAH GHAIB
Ada yang bertanya sama ada bolehkah kita solat jenazah ghaib kepada warga Muslim New Zealand yang meninggal dunia baru-baru ini? Ini penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan.
Solat jenazah ghaib adalah solat yang dilakukan ke atas mayat yang tidak ada pada tempat tersebut seperti mayat yang berada jauh dari negara asalnya. Dalil pensyariatan solat jenazah ghaib adalah berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA:
Maksudnya: “Rasulullah SAW bersedih atas kematian al-Najasyi, lalu Baginda keluar ke tempat solat, berbaris bersama-sama sahabat dan bertakbir sebanyak empat kali.” Riwayat al-Bukhari (1188) dan Muslim (951)
Imam al-Nawawi berkata dalam kitabnya, al-Majmu’: “Mazhab kami membolehkan solat jenazah ghaib bagi yang jauh dari sesuatu negeri manakala Abu Hanifah melarangnya. Dalil yang kami gunakan adalah hadis sahih mengenai al-Najasyi…”. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 5/211)
Maksudnya: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”. Surah al-Hasyr (10)
Semoga Allah tempatkan mereka bersama-sama para syuhada’ dan solihin. Amin.
WAKTU SOLAT GHAIB
Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, solat jenazah ghaib boleh dilakukan bermula dari saat berita kematian dan berlanjutan selama tiga hari. Ini kerana tiga hari itu adalah tempoh bertakziah menurut yang maklum dari kitab-kitab fiqh. Namun pendapat yang muktamad adalah harus solat jenazah ghaib selama mana beliau adalah ahli solat ketika kematian berlaku. (Rujuk al-Tanbih hal. 38, al-Umm 1/244 dan Mughni al-Muhtaj,1/346)
SYARAT SOLAT JENAZAH GHAIB:
Solat jenazah ghaib dilakukan di negeri yang berlainan dengan keberadaan mayat.
Solat jenazah ghaib tersebut dilaksanakan setelah dimandikan mayat tersebut. (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah, hlm 385 dan al-Fiqh al-Manhaji, 1/600)
KHAIFIAH SOLAT JENAZAH GHAIB
Pelaksanaan solat jenazah ghaib adalah sama dengan solat jenazah yang biasa.
Pertama: Bertakbiratul ihram sambil berniat solat Jenazah. Contoh lafaz niat adalah seperti berikut: “Sahaja aku solat ke atas mayat ini fardhu kerana Allah Taala.”
Kedua: Setelah bertakbir, letakkan kedua-dua tangan ke dada sebagaimana solat biasa, kemudian bacalah fatihah. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Talhah bin Abdullah bin `Auf seperti berikut:
Maksudnya: “Aku bersolat Jenazah di belakang Ibn Abbas R.A, dia membaca Fatihah. Kemudian katanya: Supaya mereka tahu itulah sunnah.” Riwayat al-Bukhari (1335)
Ketiga: Setelah selesai membaca al-Fatihah, bertakbir pula kali kedua sambil mengangkat kedua-dua tangan hingga ke cuping telinga, kemudian meletakannya semula ke dada, dan bacalah apa-apa selawat ke atas Nabi SAW. Selawat yang afdhal ialah selawat Ibrahimiyah sebagaimana yang telah disebutkan dalam bab hukum-hukum solat.
Keempat: Bertakbir kali ketiga dan diikuti dengan mendoakan mayat. Mendoakan mayat adalah maksud utama solat jenazah. Perkara ini dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Umamah bin Sahal R.A:
Maksudnya: “Bahawa dia telah diberitahu oleh seorang lelaki di kalangan sahabat Nabi SAW bahawa solah jenazah menurut sunnah ialah imam bertakbir, kemudian membaca al-Fatihah dengan perlahan selepas takbir pertama, seterusnya berselawat ke atas Nabi SAW dan mendoakan jenazah semata-mata dalam takbir-takbir tersebut tanpa apa-apa bacaan yang lain. kemudian mengucapkan salam dengan perlahan.” (Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, 4/39)
Demikian juga, sekurang-kurang bacaan doa adalah:
اللَّهُمَّ ارْحَمهُ أوِ اغْفِرلَه
Maksudnya: “Ya Allah! Rahmatilah dia. Atau Ya Allah! Ampunilah dia.” (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji, 1/602)
Maksudnya: “Ya Allah! Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia.” Riwayat Abu Daud (3201)
Keenam: Mengucap salam sebanyak dua kali, iaitu ke kanan dan ke kiri sebagaimana salam solat-solat yang lain.
KESIMPULAN:
Solat jenazah ghaib boleh dilakukan bila-bila masa setelah jenazah dimandikan. Syaratnya juga mestilah solat jenazah itu dilakukan di negeri yang lain daripada tempat jenazah itu berada. Manakala pelaksanaan solat tersebut pula sama seperti solat jenazah yang biasa yang dilaksanakan dengan cara berdiri tanpa rukuk, sujud dan duduk.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan. Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Harian Metro
VIDEO:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...