Semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan mengadakan solat jenazah ghaib selepas solat Jumaat esok untuk mangsa yang terkorban dalam tragedi di Christchurch, New Zealand minggu lalu.
Selain itu, solat hajat untuk memohon keamanan dan kedamaian tanah air akan turut diadakan di semua 84 masjid, 526 surau, dan 110 surau Jumaat. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail berkata, inisiatif itu diambil sesuai dengan tuntutan agama bagi mendoakan mangsa dalam insiden pengganas itu, termasuk untuk rakyat Malaysia yang terkorban, Muhammad Haziq Tarmizi, 17, serta mereka yang cedera.
“Kita sudah maklumkan kepada semua masjd dan surau Jumaat untuk solat hajat dan jenazah ghaib selepas solat Jumaat, Insya-Allah.
“Mudah-mudahan mereka diletakkan bersama syuhada di sisi Allah dan kita juga mendoakan agar keluarga diberikan kesabaran berdepan ujian ini,” katanya.
PENJELASAN MUFTI TENTANG SOLAT JENAZAH GHAIB
Ada yang bertanya sama ada bolehkah kita solat jenazah ghaib kepada warga Muslim New Zealand yang meninggal dunia baru-baru ini? Ini penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan.
Solat jenazah ghaib adalah solat yang dilakukan ke atas mayat yang tidak ada pada tempat tersebut seperti mayat yang berada jauh dari negara asalnya. Dalil pensyariatan solat jenazah ghaib adalah berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA:
Maksudnya: “Rasulullah SAW bersedih atas kematian al-Najasyi, lalu Baginda keluar ke tempat solat, berbaris bersama-sama sahabat dan bertakbir sebanyak empat kali.” Riwayat al-Bukhari (1188) dan Muslim (951)
Imam al-Nawawi berkata dalam kitabnya, al-Majmu’: “Mazhab kami membolehkan solat jenazah ghaib bagi yang jauh dari sesuatu negeri manakala Abu Hanifah melarangnya. Dalil yang kami gunakan adalah hadis sahih mengenai al-Najasyi…”. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 5/211)
Menjawab persoalan di atas, boleh untuk dilakukan solat jenazah ghaib kepada saudara-saudara kita warga Muslim di New Zealand yang meninggal dunia baru-baru ini.
Maksudnya: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”. Surah al-Hasyr (10)
Ads
Semoga Allah tempatkan mereka bersama-sama para syuhada’ dan solihin. Amin.
WAKTU SOLAT GHAIB
Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, solat jenazah ghaib boleh dilakukan bermula dari saat berita kematian dan berlanjutan selama tiga hari. Ini kerana tiga hari itu adalah tempoh bertakziah menurut yang maklum dari kitab-kitab fiqh. Namun pendapat yang muktamad adalah harus solat jenazah ghaib selama mana beliau adalah ahli solat ketika kematian berlaku. (Rujuk al-Tanbih hal. 38, al-Umm 1/244 dan Mughni al-Muhtaj,1/346)
SYARAT SOLAT JENAZAH GHAIB:
Solat jenazah ghaib dilakukan di negeri yang berlainan dengan keberadaan mayat.
Solat jenazah ghaib tersebut dilaksanakan setelah dimandikan mayat tersebut. (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah, hlm 385 dan al-Fiqh al-Manhaji, 1/600)
KHAIFIAH SOLAT JENAZAH GHAIB
Pelaksanaan solat jenazah ghaib adalah sama dengan solat jenazah yang biasa.
Ads
Pertama: Bertakbiratul ihram sambil berniat solat Jenazah. Contoh lafaz niat adalah seperti berikut: “Sahaja aku solat ke atas mayat ini fardhu kerana Allah Taala.”
Kedua: Setelah bertakbir, letakkan kedua-dua tangan ke dada sebagaimana solat biasa, kemudian bacalah fatihah. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Talhah bin Abdullah bin `Auf seperti berikut:
Maksudnya: “Aku bersolat Jenazah di belakang Ibn Abbas R.A, dia membaca Fatihah. Kemudian katanya: Supaya mereka tahu itulah sunnah.” Riwayat al-Bukhari (1335)
Ketiga: Setelah selesai membaca al-Fatihah, bertakbir pula kali kedua sambil mengangkat kedua-dua tangan hingga ke cuping telinga, kemudian meletakannya semula ke dada, dan bacalah apa-apa selawat ke atas Nabi SAW. Selawat yang afdhal ialah selawat Ibrahimiyah sebagaimana yang telah disebutkan dalam bab hukum-hukum solat.
Keempat: Bertakbir kali ketiga dan diikuti dengan mendoakan mayat. Mendoakan mayat adalah maksud utama solat jenazah. Perkara ini dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Umamah bin Sahal R.A:
Maksudnya: “Bahawa dia telah diberitahu oleh seorang lelaki di kalangan sahabat Nabi SAW bahawa solah jenazah menurut sunnah ialah imam bertakbir, kemudian membaca al-Fatihah dengan perlahan selepas takbir pertama, seterusnya berselawat ke atas Nabi SAW dan mendoakan jenazah semata-mata dalam takbir-takbir tersebut tanpa apa-apa bacaan yang lain. kemudian mengucapkan salam dengan perlahan.” (Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, 4/39)
Ads
Demikian juga, sekurang-kurang bacaan doa adalah:
اللَّهُمَّ ارْحَمهُ أوِ اغْفِرلَه
Maksudnya: “Ya Allah! Rahmatilah dia. Atau Ya Allah! Ampunilah dia.” (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji, 1/602)
Maksudnya: “Ya Allah! Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia.” Riwayat Abu Daud (3201)
Keenam: Mengucap salam sebanyak dua kali, iaitu ke kanan dan ke kiri sebagaimana salam solat-solat yang lain.
KESIMPULAN:
Solat jenazah ghaib boleh dilakukan bila-bila masa setelah jenazah dimandikan. Syaratnya juga mestilah solat jenazah itu dilakukan di negeri yang lain daripada tempat jenazah itu berada. Manakala pelaksanaan solat tersebut pula sama seperti solat jenazah yang biasa yang dilaksanakan dengan cara berdiri tanpa rukuk, sujud dan duduk.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan. Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Harian Metro
VIDEO:
https://www.youtube.com/watch?v=qDXb7brNhCQ
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Fitrah wanita yang gemarkan kecantikan terutama dalam soal penampilan diri. Bersolek adalah salah satu cara untuk wanita tampil lebih yakin. Walau bagaimanapun dalam berhias jangan sampai melanggar batas-batas syariat.
Tapi apakah hukum bersolek sebenarnya? Apa pula pandangan Islam terhadap wanita yang gemar bersolek. Amat berat sebenarnya isu solekan dan perhiasan wanita ini. Bukan wanita tidak boleh bersolek langsung tetapi bersoleklah secara sederhana, tidak berlebih-lebihan sehingga menaikkan rasa nafsu bagi kaum lelaki yang memandang sehingga ia boleh mendatangkan fitnah.
TIGA TIP UNTUK MUSLIMAH BERSOLEK:
1. Gunakan warna-warna yang natural
Elakkan lipstik yang berwarna garang dan kelihatan terlalu menarik perhatian seperti warna merah, purple, pink terang, maroon gelap dan sebagainya. Pilih warna-warna yang SESUAI dengan warna kulit dan HAMPIR dengan warna semulajadi bibir kita. Elakkan warna-warna yang terang seperti eye shadow hijau, biru, ungu dan sebagainya. Jika perlu, pilih yang berwarna natural seperti coklat dan perang (bronze). Konsep mekap hanyalah untuk menyerikan dan meningkatkan keterampilan bukannya sehingga menjadi topeng di muka.
2. Jangan gunakan bulu mata palsu
Bulu mata palsu adalah sama hukumnya seperti menyambung rambut dan ianya adalah HARAM. Jika mahu, boleh gunakan sedikit maskara. Pastikan dibersihkan sempurna jika mahu ambil wuduk. Kedua-dua pihak yang terlibat dalam memakai dan memakaikan bulu mata palsu mendapat dosa.
3. Kening tidak dicukur/ dicabut
Antara perkara yang menjadi kelaziman adalah mencukur kening. Tahukah anda bahawa ianya adalah HARAM dan BERDOSA?
“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (Al Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah”
(Riwayat (Al Bukhari, Muslim, Abu Daud)
Dalam Surah An-Nur; Ayat 31 menerangkan dengan terperinci tentang batas aurat dan penampilan wanita. Ayat ini memang panjang tetapi teramat penting untuk kita benar-benar baca dan faham,
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
Di dalam Islam, solekan atau memperlihatkan perhiasan berlebihan itu digelar Tabarruj.
Tabarruj menurut bahasa adalah wanita yang mempamerkan keindahan dan perhiasannya berlebihan kepada lelaki bukan mahram (tafsiran Ibnu Manzhur di Lisanul Arab).
Tabarrajatil mar’ah maksudnya wanita yang menampakkan kecantikannya, lehernya, dan wajahnya. Ada yang mengatakan, maksudnya adalah wanita yang menampakkan perhiasannya, wajahnya, kecantikannya kepada lelaki bukan mahram dengan niat untuk membangkitkan nafsu syahwatnya.
Dan Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda,
“Aku telah melihat di dalam neraka, aku melihat kebanyakan penghuninya wanita. Sebabnya mereka sedikit yang patuh pada Islam dan Rasulnya, kurang taat kepada suaminya dan kuat bersolek.”
Tanya diri, apabila kita berniat bersolek untuk cantik, maka untuk siapakah kecantikan kita itu ditunjukkan? Bagi wanita yang sudah berkahwin, solekan itu buat si suami, mungkin dengan solekan nipis pada wajah, dapat membuatkan pandangan orang lain terhadap suami itu lebih baik.
Jadi cukuplah jika seorang wanita itu berhias secara sederhana demi menjaga nama suami, keluarga dan anak-anak. Kecantikan sebenar seorang wanita itu adalah pada akhlaknya. Jadi bersederhanalah dalam berhias.
Sumber kredit: Elle Zada
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hendak turunkan berat badan bukan semata-mata sebab kita hendak sihat dan kekal fit. Islam sendiri pun menggalakkan kita menjaga kesihatan termasuklah dalam soal mengawal berat badan.
Sebenarnya apabila berat badan terkawal, kesihatan jadi lebih baik. Badan jadi lebih ‘ringan’ dan secara tidak langsung memudahkan kita untuk melakukan amal ibadat.
Tidak dapat dinafikan bahawa memang banyak pantang larang atau petua untuk menurunkan berat badan. Ada sesetengah mendakwa minuman berais dan nasi putih adalah punca utama kegemukan. Namun sebenarnya dakwaan itu hanyalah mitos semata-mata.
Di Facebook, coach kesihatan Sha Rini berkongsi 18 mitos diet yang masih dipercayai ramai orang. Jom semak!
Masih banyak mitos diet yang masih ada orang percaya sehingga sekarang. Hopefully by 2019 kita semua dah lebih berilmu dan boleh bezakan yang mana mitos dan yang mana benar.
1. Air ais tidak bekukan lemak. Air panas tak cairkan lemak. Air limau/lemon tak potong lemak. Kandungan lemak tetap sama walau kau minum air sejuk beku atau air mendidih terbakar tekak.
2. Buah warna kuning tidak “lebih jahat” dari buah warna hijau, merah, purple, kalerful. Kandungan gula dalam buah BUKAN bergantung pada warna buah. Asalkan dimakan ikut portion yang betul dan awak bukan diabetic, buah warna kuning bukan penyebab awak tak kurus.
3. Air detox, air greentea, chia seed tidak buat awak kurus, kalau awak tak jaga makan.
4. Air ais TIDAK MEMBUNCITKAN. Yang buat buncit tu lemak kawasan abdomen terutamanya visceral fat.
5. Walaupun sayuran dan buahan itu makanan yang sihat, makan secara berlebihan jugak boleh memudaratkan. Bersederhana.
6. Nasik BUKAN penyebab gemuk utama.
USUS TAK PERLU DETOKS
7. Makanan/minuman TANPA LEMAK TIDAK SEMESTINYA BAIK untuk ada.
8. Usus TIDAK PERLU di detox atau dicuci. Makan dengan sihat dan workout secara regular membantu kesihatan usus anda.
9. Teh detox tidak elok untuk usus. Ia memaksa usus anda bergerak, dan akhirnya nanti usus anda akan jadi malas dan tidak ada nature sendiri.
10. Epal, hijau atau merah boleh saja dimakan masa diet. Darjatnya sama walaupun rasa tak sama ? tidak semestinya yang masam itu lebih baik dari yang manis, kecuali muka yg masam memang tak elok utk semua org. Haha.
11. Rambutan, nangka, ciku, langsat boleh saja dijadikan snacking, tak semestinya epal, jambu, blueberry, stroberi, avocado. Keypoint adalah “portion”.
12. Untuk lose weight, tak semestinya kena makan salmon, avocado, berries, oat, pasta, dada ayam sahaja. Boleh aje mkn ikan kembung, nasik putih, buah rambutan, mee, bihun asalkan tau had masing2.
13. Kita hanya perlu minum air secukupnya mengikut keperluan badan masing2. Tak perlu buat kolam utk pelihara ikan dlm perut ? anggaran 30ml utk setiap kg berat bdn atau tgk warna urin jernih atau light yellow sudah memadai. Pengambilan air yang berlebihan juga boleh menggangu keseimbangan elektrolit dalam badan.
HATI-HATI DENGAN MINUMAN MANIS
14. Minuman yang berlabel “Kurang Gula” bukan bermaksud kurang manis. Gulanya masih banyak cuma kurang dari amaun sebelumnya.
15. Makanan berlabel “Tiada Gula Tambahan” atau “No Added Sugar” bermaksud tiada gula putih “ditambah” kepada produk tersebut. Bermaksud, produk tersebut mungkin masih ada amaun gula yg sama seperti yang asal atau dia tak guna gula putih tapi ada gula tiruan seperti maltodextrine, dextrose, maltitol, xylitol, aspartame dsb.
16. Berpeluh dengan banyak semasa workout BUKAN bermaksud awak burn banyak kalori. Berpeluh atau tidak, bukan benchmark utk calories burn. Some people sweat a lot. Some dont. Kelenjar peluh kita tak sama.
17. Workout tutup kipas/aircond supaya byk peluh is so yester-year. MOVE ON.
18. Pakai baju hujan masa jogging supaya banyak peluh is also so yester-year. Please. Its almost 2020 now. MOVE ON.
Banyak dah ni. Ada nak tambah? Bleh tambah kat bawah ye hehe
Ada yang terkena tak sedas dua?
Sumber kredit: FB: Sha Rini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dalam banyak-banyak surah, Surah Al-Ikhlas mempunyai manfaat tersendiri terutama kepada yang membacanya.
Surah pendek mempunyai empat ayat ini seperti halnya surat-surat yang lain juga memiliki banyak rahsia yang terkandung di dalamnya.
Dinamakan surat Al Ikhlas, kerana dia menyelamatkan orang yang membacanya dari kesulitan dunia akhirat, dari kesulitan sakaratul maut, dari kesulitan kegelapan malam dan dari segala kesulitan semasa di hari kiamat.Walau bagaimanapun terdapat waktu tertentu yang dianjurkan membaca surat Al-Ikhlas. Berikut sembilan waktu yang dianjurkan untuk kita mengamalkan surat Al-Ikhlas:
Pertama: waktu pagi dan petang
Pada malam hujan lagi gelap gelita kami keluar mencari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk shalat bersama kami, lalu kami menemukannya. Beliau bersabda, “Apakah kalian telah shalat?” Namun sedikitpun aku tidak berkata-kata. Beliau bersabda, “Katakanlah“.
Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Beliau bersabda, “Katakanlah“. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Kemudian beliau bersabda, “Katakanlah“. Hingga aku berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang harus aku katakan?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Katakanlah (bacalah surat) QUL HUWALLAHU AHAD DAN QUL A’UDZU BIRABBINNAAS DAN QUL A’UDZU BIRABBIL FALAQ ketika petang dan pagi sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan.” (HR. Abu Daud no. 5082 dan An Nasai no. 5428. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)
Kedua: sebelum tidur
“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surat Al Ikhlash), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surat An Naas). Kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari no. 5017)
Ketiga: ketika ingin meruqyah (membaca do’a dan wirid untuk penyembuhan ketika sakit)
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, dia berkata, “Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam hendak tidur, beliau akan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca QUL HUWALLAHU AHAD (surat Al Ikhlas) dan Mu’awidzatain (Surat An Naas dan Al Falaq), kemudian beliau mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata, “Ketika beliau sakit, beliau menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika beliau hendak tidur, -pen).” (HR. Bukhari )
Keempat: wirid seusai solat (sesudah salam)
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan padaku untuk membaca mu’awwidzaat di akhir shalat (sesudah salam).” (HR. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih). Yang dimaksud mu’awwidzaat adalah surat Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Hajar Al Asqolani. (Fathul Bari, 9/62)
Kelima: dibaca ketika mengerjakan solat sunnah fajar (qobliyah shubuh)
“Sebaik-baik surat yang dibaca ketika dua raka’at qobliyah shubuh adalah Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash) dan Qul yaa ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun).” (HR. Ibnu Khuzaimah 4/273. Syaikh Al Albani mengatakan dalam Silsilah Ash Shohihah bahwa hadits ini shahih. Lihat As Silsilah Ash Shohihah no. 646). Hal ini juga dikuatkan dengan hadits Ibnu Mas’ud yang akan disebutkan pada point berikut.
Keenam: dibaca ketika mengerjakan solat sunnah ba’diyah Maghrib
“Aku tidak dapat menghitung kerana sangat sering aku mendengar bacaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca surat pada shalat dua raka’at ba’diyah maghrib dan pada shalat dua raka’at qobliyah shubuh yaitu Qul yaa ayyuhal kafirun (surat Al Kafirun) dan qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash).” (HR. Tirmidzi no. 431. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan shahih)
Ketujuh: dibaca ketika mengerjakan solat witir tiga raka’at
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca pada raka’at pertama: Sabbihisma robbikal a’la (surat Al A’laa), pada raka’at kedua: Qul yaa ayyuhal kafiruun (surat Al Kafirun), dan pada raka’at ketiga: Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash) dan mu’awwidzatain (surat Al Falaq dan An Naas).” (HR. An Nasai no. 1699, Tirmidzi no. 463, Ahmad 6/227)
Kelapan: dibaca ketika mengerjakan solat Maghrib pada malam Jumaat
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa ketika shalat maghrib pada malam Jum’at membaca Qul yaa ayyuhal kafirun’ dan ‘Qul ‘ huwallahu ahad’. ” (Syaikh Al Albani dalam Takhrij Misykatul Mashobih (812) mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih)
Kesembilan: ketika solat dua rak’at di belakang maqam Ibrahim setelah tawaf
“Lantas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjadikan maqom Ibrahim antara dirinya dan Ka’bah, lalu beliau laksanakan shalat dua raka’at. Dalam dua raka’at tersebut, beliau membaca Qulhuwallahu ahad (surat Al Ikhlas) dan Qul yaa-ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun).
Dalam riwayat yang lain dikatakan, beliau membaca Qul yaa-ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun) dan Qulhuwallahu ahad (surat Al Ikhlas).” (Disebutkan oleh Syaikh Al Albani dalam Hajjatun Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, hal. 56)
Masuk masjid nampak soket plug terus kita cas telefon bimbit yang kebetulan hampir kehabisan bateri.Mungkin ramai yang biasa melakukan perkara ini tanpa memikirkan bahawa...