Ramai yang kata, umur 40 tahun adalah permulaan hidup. Mungkin pada usia ini manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritual.
Kematangan seseorang terserlah pada usia ini. Ketika inilah seseorang itu benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Pada usia ini, seseorang individu menjadi lebih bersungguh-sungguh dalam hidup. Dalam kelompok usia begini, mereka telah mengumpul pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan dan membuang kejahilan ketika usia muda. Maka tidak hairanlah tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini.
Panggilan untuk bertaubat
Malah umur 35 tahun hingga 40 tahun ialah umur di mana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibu bapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.
Memang bermula usia 35 tahun hingga 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.
Siapa yang sedar akan peningkatan usia yang mungkin tak lama sahaja lagi peluang yang ada, akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.
Ads
Sebaliknya, orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan-rakan dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak-anak
Dalam al-Quran ada menyatakan perihal usia 35 tahun hingga 40 ini. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Ahqaaf: Ayat 15:
“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh bercerai susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.
“Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu)”
Ads
Isilah masa dengan agama
Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta, tanaman duriannya, ternakan kerbaunya, harta-hartanya, anak-anak dan cucu-cucunya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar kuliah agama, ibadat di masjid, umrah, haji dan sebagainya.
Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta di luar, sedangkan rumah tangga yang halal dibiar berantakan.
Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat-sahabat, saudara-mara ramai yang sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita “ehh, tak sangkaaa…muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal…”
Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.
Ads
Nafsu tak pernah tua
Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.
Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang. Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.
Kita hidup di dunia, tidak lama. Rasulullah SAW, telah bersabda:
“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. ( Hadis Riwayat Ibnu Majah: 4236)
Kalau sekarang kita rasa 35 hingga 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN. Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..
Oleh kerana itu, lihatlah diri anda, sudahkah kita mempersiapkan diri?
Allah Taala berfirman (ertinya):
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. (Surah Al-Hasyr:18)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebulan simpan RM60, cukup setahun dapat kumpul satu bahagian korban. “Tak mampu, tapi usahakan menabung.’
Masing-masing pasti berhajat hendak melakukan korban, namun begitu tidak semua berkemampuan. Jadi segelintir daripada kita mengambil inisiatif menabung secara bulanan sebelum tibanya hari raya korban.
Ikuti perkongsian Dzuriasikim Dzulkefli ini dan hadam kisah ini baik-baik dan semoga ianya dapat dijadikan inspirasi buat kita semua.
Semalam ada seseorang memberitahu saya, oleh kerana harga bagi satu bahagian daging korban agak tinggi maka dia menabung bagi tempoh 12 bulan.
Sebulan dia menyimpan sebanyak RM60.00.
Biarpun jumlah itu agak besar baginya, tetap dia usahakan juga untuk menabung kerana dia sangat berhajat untuk mengadakan korban.
Maka apabila menjelang Hari Raya, cukuplah wangnya bagi membayar satu bahagian korban.
Cukup Setahun Dapat Kumpul
Kisah ini harus dicontohi. Tidak ada alasan jika kita benar-benar mahu melakukan sesuatu. Ianya harus disertai dengan kesungguhan, berserta doa, pengorbanan (kerana barangkali ada keperluan atau keinginan lain sepanjang menabung namun harus diketepikan).
Jika di Kelantan, sejak dari kecil saya sudah dibiasakan dengan sambutan Hari Raya Korban secara besar-besaran. Rata-rata orang Kelantan akan melalukan ibadah korban ini. Mereka menyimpan (menabung) bagi melakukan ibadah korban.
Satu Bahagian Korban
Cukup masa, ada yang bergadai barang kemas juga. Ada yang bekerja keras dengan melakukan kerja-kerja kampung dan menyimpan kerana nak buat korban nanti. (Nak melakukan ibadah korban).
Ianya jadi sebahagian dari kehidupan kami. Melakukan ibadah korban bukan kerana kaya dan bukan kerana ada. Bukan juga bagi menunjukkan kemampuan. Tetapi kerana bagi menyambut seruan.
Tak Mampu, Tapi Usaha Menabung
Bagi sahabat yang tidak sempat melakukan ibadah korban pada tahun ini, marilah kita berdoa agar Allah berikan kesempatan untuk melakukannya pada tahun hadapan…
Selamat Hari Raya Aidiladha ikhlas dari saya dan anak-anak. Sambut lah kedatangan Aidil Adha ini walau dalam bentuk sederhana.
Semoga ibadah korban membawa keberkatan dan keikhlasan hati buat kita semua.
آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
Kashoorga: Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan di dunia mendapat ganjaran pahala di sana nanti.
Tiada manusia di dunia yang cukup sifatnya tidak mahu dikahwini dan mengahwini. Atas usaha, doa dan tawakal dalam mencari pasangan hidup, InsyaAllah dikurniakan pasangan sesuai.
Bagi seorang lelaki, perlu memperlengkapkan diri rohani dan jasmani menjadi suami yang soleh; membimbing keluarga sakinah. Begitu juga Muslimah, agar dapat menjadi isteri mithali. Bagi bakal pengantin lelaki, bagi memastikan pilihan itu tepat ada empat kriteria asas perlu diperhatikan sebelum bercita-cita untuk berumahtangga.
Nabi Muhammad SAW ada bersabda; “Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung,” (HR Bukhari)
Ketaatan wanita kepada agama adalah faktor paling penting. Wanita yang taat pada agama, tahu menjaga dan membawa diri nya berlandaskan ajaran agama Islam. Tidak taat kepada agama, mana mungkin dia mampu menjadi isteri solehah.
Ada sesetengah wanita MAKRUH dikahwini berikutan beberapa kriteria yang dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya iaitu Ihya’ Ulumuddin. Kitab ini ada menjelaskan enam jenis wanita yang makruh dikahwini. Apakah kriteria enam wanita itu?
1.Suka Merungut Dan Tidak bersyukur (Annanah)
Wanita yang suka merungut, mengeluh dan mengadu pelbagai perkara menunjukkan dia tidak tahu bersyukur. Bersyukur amat penting dalam menjaga kerukunan rumah tangga. Isteri yang tidak tahu bersyukur tidak akan tahu menghargai apa pun pemberian yang diberikan suami. Sering berasa tidak cukup.
Apabila kehidupan rumahtnagga tidak sebagaimana yang dia mahukan, maka isteri akan berkeluh kesah dan tidak mustahil mengucapkan rasa penyesalan berkahwin hingga mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati suami.
Lebih parah lagi wanita jenis ini suka mengadu akan hal ini kepada orang luar sehingga membuka aib suami. Jika bakal isteri anda ada sifat ini, maka hukumnya MAKRUH dikahwini. Bagi wanita pula, jika anda ada sifat ini, hentikan segera kerana bimbang semua lelaki akan menjauhkan diri.
2. Suka mengungkit (Mananah)
Ini adalah jenis wanita yang suka mengungkit kebaikan yang pernah dilakukannya. Menikahi wanita yang suka mengungkit ini akan menghambat peranan suami sebagai pemimpin keluarga.
Apabila mengungkit kebaikan yang sudah dilakukannya terhadap suami, ini jelas membuktikan bahawa dia tidak ikhlas dalam hubungan suami isteri. Dengan mengungkit juga akan menyebabkan suami rasa terhina.
3. Tidak Mahu Terima Hakikat (Hananah)
Wanita Hananah adalah wanita yang tidak dapat terima hakikat yang dia memiliki suami yang tidak setanding dengan orang atau perkara yang terdahulu. Lebih mudah difahami sebagai wanita yang tidak move on.
Apabila tidak move on, tidak mustahil dia akan membuat perbandingan. Tatkala perbandingan dibuat, wanita ini telah memperkecilkan suami. Ada ke suami yang tak sakit hati kalau diperkecilkan?
4. Pemboros (Haddaqah)
Ramai juga wanita yang begini. Kalau bahasa kasarnya seperti pisau cukur, boros menghabiskan wang suami dengan membeli barang atau perkara tidak berfaedah. Memboros akan membawa kepada pembaziran.
Islam tidak suka manusia yang sukakan pembaziran kerana ia adalah sifat syaitan. Wanita seperti ini MAKRUH dikahwini.
Wanita yang pemboros makruh dikahwini
5. Wanita Yang Bersolek Berlebihan dan Suka Bersendirian (Barraqah)
Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa barraqah ini terbahagi kepada dua:
Wanita yang suka berhias sepanjang hari, walaupun dia berhias supaya tampil cantik di hadapan suaminya dengan solekan berlebih-lebihan hingga boleh mengalahkan solekan model.
Wanita yang tidak mahu makan dan suka mengurung diri sendirian. Dengan kata lain, dia jenis yang penyedih dan seperti hidup di dunianya sendiri.
6. Cerewet, Membebel dan Mencela (Syaddaqah)
Wanita seperti ini jika diberi peluang bercakap, segala yang keluar dari mulutnya adalah bebelen yang tidak penting. Kadangkala memang menyakitkan hati. Dia juga seorang yang cerewet tidak bertempat. Segalanya mahukan kesempurnaan.
Apa sahaja yang terlihat olehnya, ada sahaja yang dia tidak puas hati dan membebel tanpa henti. Jika banyak bercakap dan membebel, sudah tentu akan keluar perkataan-perkataan mencela yang kurang enak didengar. Takut-takut jatuh fitnah. Ini sangat bahaya untuk kesejahteraan rumahtangga. Wanita seperti ini, adalah MAKRUH dikahwini.
Kashoorga : Kita sudah tahu enam jenis wanita yang MAKRUH dikahwini. Oleh itu, jika ada sifat ini, maka berubah lah segera dan jangan ulangi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebelum ini kerajaan melalui telah mengumumkan pemberian diskaun bil elektrik bagi meringankan beban rakyat disebabkan penularan wabak virus COVID-19.
Dan hari ini sekali lagi rakyat menerima berita gembira apabila orang ramai boleh mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 1 April ini.
Menurut kenyataan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semua ahli KWSP berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam akaun 2, masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan.
Sumber: Google
“Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.
“Saya berharap inisiatif ini dan juga pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak empat peratus yang berkuatkuasa April 2020 akan membolehkan pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barangbarang keperluan harian.
“Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini…yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga,” katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Menurut Tan Sri Muhyiddin lagi, wang itu sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air, elektrik ataupun sewa rumah mengikut keperluan masing-masing.
Biarpun jumlahnya tidak seberapa tetapi memadai dan ia merupakan wang titik peluş sendiri yang sepatutnya digunakan untuk hari tua tetapi buat masa ini digunakan untuk keperluan masing-masing.
Sumber: Google
Beliau juga turut menasihatkan orang ramai dapat menggunakan duit berkenaan dengan cara berhemah kerana akan ada keberkatannya buat saudara saudari seisi keluarga.
Pengeluaran KWSP ini adalah antara beberapa inisiatif kerajaan bai mengurangkan bebanan kewangan rakyat berikutan COVID-19 sehingga menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Ternyata kenyataan ini mendapat pujian daripada warganet. Masing-masing bersyukur dan ini dapat meringankan beban rakyat akibat musibah yang melanda.
Namun ramai mencadangkan agar pengeluaran dibuat secara online agar tidak bersesak seperti yang terjadi sebelum ini.
Sumber: Sinar Harian
Wan ArifOrg2 kpg pendapatan sederhana amat bersyukur dgn pengumuman oleh PM tdi..ikut langkah keselamatan di kuanter KWSP nanti..
Jani JaniTerbaik pm byk mmbantu n mdengar keluhan rakyat dlm mghadapi krisis
Ryna ReenaBagus jika ada kemudahan permohonan pengeluaran.kwsp secara online. X perlu pergi.ke kaunter kwsp. Untuk.mengelakan berkumpul ramai2.
Maz LanKalau boleh buat online shja untuk kurgkn risiko penularan
Wan Klewangalhamdulillah.kalo boleh buat permohonan secara online lg baik.takut rmai yg serbu ke kaunter kwsp nnti.
Abdullah Al-MuttaqinHarap dpt buat pngeluaran secara online, xnk nnti ramai 2 bersesak2 dekat kaunter, jadi kluster kwsp pulak
Malam Lailatul Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadan sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan...