Menunaikan haji ialah rukun Islam yang kelima setelah syahadah, solat, puasa dan zakat/fitrah. Menunaikan ibadah haji adalah bentuk ritual tahunan yang dilaksanakan kaum muslimin dan muslimat sedunia yang mampu dari segi material, fizikal dan mental. Kebiasaanya ramai yang menggunakan perkhidmatan kapal terbang dan juga kapal laut untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah.

Namun bagi pemuda yang bernama Mochammad Khamim Setiawan, pemuda ini berjaya sampai ke Makkah dengan hanya berjalan kaki sejauh 9,000 kilometer dalam tempoh tidak sampai setahun. Tiada yang mustahil untuk dilakukan asalkan ada kemahuan. Kata pepatah, jika ada kemahuan, di situ pasti ada jalan.

Meskipun ini kisah musim haji tahun lalu namun ia cukup menjadi inspirasi bahawa jika kita berniat ikhlas untuk melakukan sesuatu ibadah maka Allah akan mudahkan segala urusan. Hanya berbekalkan niat dan berazam untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan haji, impian pemuda bersemangat waja ini menjadi kenyataan.

Tidak Sampai Setahun Berjalan Kaki  Sejauh 9,000 Kilometer Dari Tanah Jawa Ke Makkah, Mochammad Khamim Setiawan Berjaya Tunaikan Haji Dalam Usia Muda

BERJALAN KAKI

Mengimbas kembali pengembaraan Khamim, dia memulakan perjalanan dari daerah Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia pada 28 Ogos tahun 2016. Pemuda yang selesa disapa dengan panggilan Aim ini berkelana ke Makkah hanya dengan membawa sebuah beg galas. Di dalam beg galas itu diisi dengan senaskhah al-Quran, beberapa helai pakaian, sarung kaki, khemah dan beg tidur, telefon pintar, GPS serta wang tunai berjumlah kira-kira tiga juta rupiah (RM955).

IKLAN

Tidak dapat dinafikan bahawa memang pada mulanya pihak keluarga Khamim agak keberatan dengan hasratnya itu. Mungkin juga mereka kurang yakin dengan kemampuan Khamim untuk berjalan kaki sejauh 9,000 kilometer. Larangan abangnya yang memaksa Khamim untuk melupakan hasratnya untuk berjalan ke Kota Makkah juga langsung tidak mematahkan semangat Khamim untuk meneruskan hasrat murninya itu. Malah ia membuatkan Khamim lebih bersemangat untuk merealisasika impiannya agar menjadi kenyataan.

Nyata Khamim seorang anak muda yang kuat semangatnya. Ujar bapa Khamim, Syaufani Solichin, apabila Khamim mahukan sesuatu, dia akan bertekad untuk melakukannya sehingga berjaya. Tidak ada perkara yang akan menghalangnya. Dia adalah seorang anak muda yang mempunyai daya keyakinan diri yang sangat tinggi.

Tidak Sampai Setahun Berjalan Kaki  Sejauh 9,000 Kilometer Dari Tanah Jawa Ke Makkah, Mochammad Khamim Setiawan Berjaya Tunaikan Haji Dalam Usia Muda
Khamim bersama bapanya, Syaufani Solichin.

Sepanjang ‘pengembaraan’ Khamim ke Tanah Suci, Khamim memilih untuk berjalan kaki pada waktu malam. Dia mampu mencapai jarak sejauh 50 kilometer sehari jika sihat. Namun jika dia sakit, dia hanya mampu berjalan sejauh 10 kilometer sehari jika kakinya sakit. Khamim akan berhenti berehat di masjid, bangunan awam dan rumah penduduk.

HANYA DUA KALI JATUH SAKIT

IKLAN

Sepanjang mengharung perjalanan yang panjang dan penuh  mencabar itu, Khamim tidak pernah meminta sedekah daripada orang ramai tetapi kerap berjumpa insan baik hati yang memberikannya makanan halal selain bertanyakan jalan ke Arab Saudi.

Dalam tempoh perjalanannya itu, Khamim hanya jatuh sakit sebanyak dua kali sahaja iaitu semasa berada di Malaysia dan India. Bagi memudahkan urusan perjalanannya, Khamim akan berhenti pada setiap kedutaan Indonesia yang dilaluinya bagi urusan visa dan membuat panggilan.

“Saya berazam mengerjakan haji dengan hanya berjalan kaki bukan kerana kekurangan wang tetapi saya percaya ia merupakan cara saya memperlihatkan ketakwaan saya kepada Allah dengan mempelajari Islam daripada pelbagai ilmuwan Islam selain berjumpa pelbagai orang dengan pelbagai latar belakang. Dengan cara ini saya dapat belajar budaya mereka dan menambah pengalaman,” katanya.

Tidak Sampai Setahun Berjalan Kaki  Sejauh 9,000 Kilometer Dari Tanah Jawa Ke Makkah, Mochammad Khamim Setiawan Berjaya Tunaikan Haji Dalam Usia Muda

IKLAN

Sepanjang melalui tempoh pengembaraan yang panjang itu juga, Khamim merekodkan perjalanannya di setiap negara yang dilaluinya selain mengemas kini akaun media sosial miliknya bagi memaklumkan kedudukannya kepada ahli keluarga.

IMPIAN JADI KENYATAAN

Dan akhirnya penat jerih Khamim berbalas jua apabila pada 27 Julai 2017, Khamim akhirnya memuat naik gambar dia memakai pakaian ihram dengan berlatar belakang Kaabah. Dia tiba lebih awal daripada  tarikh jangkaan ketibaannya di Tanah Suci iaitu pada 30 Ogos 2017, iaitu sehari sebelum Hari Wukuf.

Inilah kepuasan yang tidak terhingga kepada Khamim. Bukan sahaja dapat mengembara tetapi juga yang penting hasratnya untuk menunaikan rukun haji dalam usia yang masih muda (ketika itu usia Khamim 28 tahun) akhirnya menjadi kenyataan.

Sumber: Saudi Gazette

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI