Pikat hati ini bukan satu kerja yang mudah. Dalam hubungan sesama manusia seperti antara ibu dan anak, suami dan isteri, pekerja dan majikan atau guru dan pelajar, kita akan melakukan pelbagai cara untuk pikat hati mereka.
Bagi yang berniaga pula, tentunya akan lakukan pelbagai cara marketing untuk pikat hati pelanggan. Namun, kita lupa satu perkara paling penting dalam hidup ini. Kita lupa siapa yang memegang hati manusia ini untuk menerima kita.
Gunakanlah pelbagai teknik dengan jutaan pelaburan sekali pun, jika sang Pencipta manusia tidak menggerakkan hati hambanya, segala apa yang kita usahakan tidak akan berjaya. Badan penat, hati panas.
Ikuti perkongsian ustaz Asraff Ayob bagaimana caranya kita dapat pikat hati orang lain dengan cara mudah tanpa modal. Hanya perlukan istikomah sahaja!
Menurut beliau, ada satu amalan asas yang jika dilakukan, semua teknik mengayat atau marketing yang dilakukan selepas itu akan berhasil.
Ads
Sebagai contoh terdekat untuk pengusaha produk jualan. Sebelum ingin membuat hati pelanggan ‘cair’, pastikan kita ‘cairkan hati’ Allah SWT, sang Pencipta pelanggan itu.
Kuasai teknik marketing untuk buatkan Allah ‘jatuh hati’ kepada kita. Selepas usaha itu dilakukan, InsyaAllah, semua urusan kerja dan hajat kita akan dipermudahkan.
Mengapa? Sebab Dialah yang menggerakkan hati pelanggan agar sukakan produk kita. Jika Allah tidak gerakkan walau seinci pun, kita belanjakanlah ribuan ringgit untuk usaha mempromosi, pelanggan tetap hanya ‘Touch & Go’, tanpa beli satu pun produk jualan kita. Bukan kah itu menyedihkan?
Gambar sekadar hiasan
Amalan mudah ini perlu dilakukan secara konsisten. Tidak boleh culas. Teknik ini memang tidak ditemui dalam mazhab marketing barat kerana Tuhan tiada dalam kamus kapitalis mereka.
Mulakan dengan usaha yang kecil tetapi mempunyai impak sangat besar iaitu:
FORMULA MULAKAN HARI BERHUTANG DENGAN ALLAH
Maksudnya, wajibkan diri dengan berzikir Istighfar sekurang-kurangnya 100 kali dan 100 kali selawat sehari. Kedua-dua zikir ini amat besar fadhilatnya untuk menjemput rezeki.
Ads
Andai culas? Maka gunakan teknik ini:
Kita tetapkan minda setiap pagi dengan unjuran ‘BERHUTANG DENGAN ALLAH’ Hutang 100 istighfar dan 100 selawat. Ia wajib dibayar sebelum 12 malam. Tidak boleh ‘carry forward’. Dilarang tidur sebelum jelaskan ‘hutang’ ini.
Jika tidak, kita denda diri sendiri dengan 5 kali ganda zikir tadi. Maknanya jika tak dilunaskan hari ini, esok kena buat 500 kali istighfar dan selawat.
Memang, zikir ini perlu ‘paksarela’ sebelum sampai ke tahap sukarela. Tetapi, ia pasti bertukar sukarela bila kita melihat rezeki tidak putus-putus datang nanti. Believe it!
Kredit Ustaz Asraff Ayob
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Doa merupakan salah satu ibadah yang hebat kerana ia berhubung terus kepada Allah SWT. Di samping itu di dalam bab berdoa terdapat keluasan yang mana kita tidak semestinya perlu berdoa dengan doa yang diajar oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan juga yang diajar oleh Nabi SAW di dalam hadith sahaja.
Walau bagaimana pun sebaik-baik doa atau lafaz doa adalah yang daripada Allah SWT dan Nabi SAW. Kita boleh berdoa dengan apa jua doa sekalipun selagi mana makna atau maksud doa tersebut adalah baik dan tidak bercanggah dengan agama.
Selain itu juga, kita juga perlu meraikan beberapa adab-adab, syarat-syarat dan garis panduan di dalam berdoa agar doa yang dipanjatkan itu merupakan satu doa yang berkualiti tinggi.
Terdapat satu doa yang disarankan oleh Nabi SAW sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar.
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) dalam agamaku, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di hatiku. Ya Allah, jagalah aku; dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar dari bawahku.”
Kata Imam al-Nawawi (676 H): “Terlalu banyak hadis-hadis disarankan agar berdoa memohon ‘afiyah (kepada Allah SWT) dan ia (lafaz ‘afiyah) adalah satu lafaz-lafaz yang umum dan terkandung di dalamnya menolak segala perkara yang tidak baik pada badan dan batin pada agama sama ada di dunia dan juga di akhirat.”
Kata Syeikh al-Munawi (1031 H), al-‘Afiyah adalah keselamatan (kesejahteraan) daripada penyakit-penyakit dan bala. Ia juga menghimpunkan di antara dua kesejahteraan iaitu di dunia dan agama. Selain itu, ‘Afiyah akan menolak penyakit-penyakit dunia yang ada di hati dan juga yang berada di badan.
Menurut Syeikh al-Mubarakfuri (1353 H) makna al-‘Afiyah adalah benteng Allah kepada hambaNya. Maka orang yang memohonnya adalah seseorang yang sedang memohon pemeliharaan daripada Tuhannya di atas setiap yang diniatkan itu.
Al-‘Afiyah adalah keselamatan atau kesejahteraan pada agama daripada segala fitnah, pada badan daripada segala penyakit-penyakit sama ada penyakit hati atau sebagainya dan kepada pada ahli keluarga dan harta daripada segala bala dan musibah.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Maksudnya: “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.” (Surah al-Zariyaat: 49)
Dari istilah syarak, nikah ialah suatu akad yang menghalalkan istimta’ (bersetubuh atau berseronok-seronok) di antara suami isteri dengan cara yang dibenarkan oleh syarak. Masyarakat arab menggunakan perkataan nikah dengan makna akad yang juga mambawa maksud persetubuhan serta berseronok-seronok.
Setiap manusia yang sudah dewasa dan sihat dari sudut fizikal dan rohaninya sudah semestinya merasakan keinginan untuk berkahwin yang sangat tinggi disebabkan fitrah untuk saling memerlukan. Perkataan “zawaj” yang digunakan di dalam Al-Quran bermaksud berpasangan dan mengikut konteks penggunaanya ia mambawa maksud perkahwinan. Allah SWT menjadikan perkahwinan untuk menghalalkan perhubungan dan mengelakkan penzinaan kerana manusia itu fitrahnya ingin berpasangan.
Oleh sebab itu, adalah dituntut kepada manusia yang sudah berkemampuan untuk segera melaksanakan sunnah yang dituntut ini, ini juga berdasarkan hadis nabi :
Maksudnya: “Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.” Riwayat Muslim (3386)
HUKUM PERKAHWINAN
Jumhur ulamaK telah bersepakat bahawa hukum asal pernikahan adalah sunnah bukannya wajib. Walau bagaimanapun, sebahagian ulamaK telah mambahagikan hukum nikah kepada 5 hukum mengikut kedudukan pelakunya:
Harus: Kepada orang yang tidak ada kepadanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
Wajib: Sekiranya orang tersebut mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjerumuskannya kepada kemaksiatan sedangkan dia merupakan seorang yang berkemampuan.
Sunat: Bagi orang yang mampu namun masih mampu untuk mengawal nafusnya.
Makruh: Kepada orang yang tidak berkemampuan dari sudut nafkah batin dan juga zahir tetapi tidak mendatangkan kemudharatan kepada pasagannya tesebut.
Haram: Orang yang juga tidak berkemampuan memberi nafkah zahir dan batin serta tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin atau dia mempunyai niat yang buruk sehingga mampu membawa kemudharatan kepada pasangannya.
Oleh hal yang demikian, jika dilihat hukumnya bergantung kepada individu terbabit, sekiranya dia mampu untuk menahan dirinya dan dia tidak terburu-terburu untuk berkahwin maka hendaklah dia mengerjakan haji terlebih dahulu.
Maksudnya: “Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (Surah Ali Imran: 97)
Maksudnya: “Islam dibangun di atas lima perkara: bersaksi tidak ada sembahan yang berhak disembah selain Allah dan mengaku Muhammad adalah utusan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berhaji dan berpuasa di bulan Ramadhan.”
Walaubagaimanapun, sekiranya dia khuatir tidak mampu untuk menahan dirinya daripada melakukan kemaksiatan maka hendaklah dia mendahulukan perkahwinan bagi mengelakkan kemudharatan yang lebih besar.
PENDAPAT ULAMAK
Syeikh Ibn Qudamah Rahimulllah telah berkata: “Jika dia perlu kepada pernikahan dan dikhuatiri dirinya menghadapi kesulitan (kerana belum bernikah), maka hendaklah dia mendahulukan perkahwinan terlebih dahulu. Hal ini kerana ia (pernikahan itu) wajib kepadanya sekiranya dia mampu untuk memberi nafkah dan sekiranya dia tidak khuatir tentang perkara tersebut maka hendaklah dia mendahulukan menunaikan haji. Hal ini disebabkan (ketika itu) pernikahan adalah sunnah, maka tidak perlu didahulukan daripada haji yang hukum asalnya adalah wajib”. (Rujuk al-Mughni, 5/12)
Syeikh Ibn Uthaiman Rahimullah berkata: “Tidak dapat diragukan lagi bahawa pernikahan adalah diutamakan daipada haji sekiranya seseorang itu telah memiliki dorongan syahwat yang sangat kuat, maka perkahwinan ketika itu padanya adalah merupakan keharusan kepada kehidupannya, dan sekiranya dia mempunyai keinginan untuk berkahwin yang tinggi maka hendaklah dia mendahulukan pernikahan daripada haji. Hal ini disebabkan Allah SWT telah mensyariatkan kewajipan menunaikan haji bagi orang yang “berkemampuan’.
Maksudnya: “Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup berjalan menuju ke Baitullah.” (Surah Ali Imran: 97)
Walaupun orang yang masih remaja, dan masih belum mempunyai keinginan untuk bernikah pada tahun ini atau selepasnya, maka hendaklah dia mendahulukan haji. Hal ini kerana dia tidak berada di dalam keadaan terdesak untuk mendahulukan haji daripada pernikahan.
KESIMPULAN
Haji dan perkahwinan merupakan suatu perkara yang sangat dituntut di dalam agama. Walau bagaimanapun haji merupakan suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan bagi golongan yang berkemampuan. Dan sekiranya dia tidak berada di dalam keadaan yang terdesak untuk berkahwin dan tidak mempunyai masalah untuk berkahwin sesudah itu, maka hendaklah dia melaksanakan kewajipan haji terlebih dahulu.
Sesungguhnya Allah akan memberikan ganjaran kebaikan sebagai gantinya kerana haji merupakan suatu seruan dan suruhan Allah yang agung kepada manusia.
Sumber Kredit: Mufti Wilayah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Indahnya perancangan Allah. ‘Tiga kali kena reject, tetap tunggu sebab kena tolak cara baik.’ Malahan alasan ditolak juga membuatkan lelaki ini berusaha untuk menambat hati bakal suri hatinya.
Benarlah kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana. Walaupun tiga kali lamarannya ditolak, lelaki ini @akmalhd tidak pernah berhenti berharap dan tidak putus harapan.
Suasana sebak menyelebungi majlis perkahwinan lelaki ini dengan pasangan dambaannya. Air mata menjadi saksi cinta sejati lelaki ini.
Video perkahwinan mereka menjadi viral di TikTok, bukan saja ahli keluarga terdekat yan turut mengalirkan air mata. Malahan rakan rapat turut sebak atas penyatuan ini, mungkin menjadi kisah cinta merpati dua sejoli ini.
3 kali kena reject but now . Alhamdulillah I’m blessed with the best family, loving friends and my perfect partner. All praise to Allah.
Menjadi tanda tanya di kalangan wargamaya kenapa lelaki yan dikenali dengan Akmal ini ditolak bakal isterinya. Menjawab persoalan netizen, isteri tampil mendedahkan punca sebenar.
Jangan risau. Saya Bukan rejected dengan cara tak elok. Sebab itu masih setia tunggu. She’s deserve to choose.
Jelas isterinya, “ Saya reject Akmal dulu, sebab masa dia propose… saya masih tak move dan ada hati pada orang lain. Jadi takkan lah bila kita ada hati pada orang lain tapi kita nak terima orang lain dalam hidup kita.’
“Saya rasa tak adil. Jadi bila dah betul-betul ready, barulah saya terima dia. Lagi satu sebab dia tak handsome jugalah.’ Katanya sambil berseloroh.
Ternyata ramai yang memuji kesabaran dan usaha Akmal dalam menambat hati isterinya kerana tak semua mampu bertahan setelah direject berkali-kali.
Malahan pada masa yang sama, ada warganet yang meluahkan rasa sedih kerana turut memahami perasaan orang yang ditolak.
Njamie3010
Tahniah… Selamat menempuah alam rumah tangga. By the way, cantik venue nikah. Kudos too photographer, semua moment sangat meaningful….
Nurul Ashikin
Dapat reject suami sekali saja, sebab kali kedua tak boleh reject. Dia sudah pasang trap, siap book dewan side dia dah
Liya
Saya dah 4 kali kena reject. Tapi itulah payah betul kan nak move on. Hanya mampu doakan yang terbaik saja untuk si dia.
Cyngku76
Congrats, semoga kalian kekal bahagia hingga ke Jannah, dilimpahi rezeki, dikurniakn zuriat dan ceria slalu. Insyaallah…
Siti Nabilah Jaafar
Means wife dia ke yang reject sampi tiga kali? Then berjodoh, wah hebat perancangan Tuhan. Kalau sudah jodoh… barakakallahulakuma. Semoga bahagia till Jannah.
Kashoorga : Kalau benar dialah jodoh kita, pasti Allah akan permudahkan sama ada lambat atau cepat. Semoga pasangan ini bahagia hingga ke syurga.