“10 Amalan Ini Akan Permudahkan Kita Ketika Meninggal Dunia”-Imam Syafi’e

Share

Segala amalan baik dan buruk kita adalah penentu bagaimana pengakhiran hidup kita nanti. Semua mahu meninggal dunia dalam keadaan Husnul Khatimah.

Tapi kalau hanya menuturkannya sahaja tapi tiada sebarang tindakan baik ke arah itu, nilainya sama sahaja dengan mati sia-sia.

Hidup di dunia ini hanyalah sementara ia adalah salah satu transit dan fasa dalam perjalanan kita menemui Allah di akhirat nanti. Hidup kita diakhiri dengan kematian. Selalulah tanya kepada diri sendiri.

Artikel berkaitanHukum Sebarkan Gambar Mangsa Kemalangan Yang Telah Meninggal Dunia

Artikel berkaitanBolehkah Ayah Mengahwini Adik Ipar Setelah Ibu Meninggal Dunia?

Dapatkan jawapan yang jujur, adakah kita bersedia menghadapi saat kematian? Mengingati kematian adalah satu perkara yang sangat baik agar kita akan ingat tujuan hidup kita ini hanya untuk dapat reda Allah.

Dan kita sungguh bertuah kerana banyak diingatkan tentang amalan-amalan yang perlu dilakukan agar dipermudahkan dalam meghadapi kematian.

Salah satu pesanan yang terbaik ialah 10 pesanan daripada Imam Syafi’e tentang bagaimana kita boleh meninggal dalam keadaan baik, tenang dan selamat.

1. Hak Kepada Diri

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak Kepada Malaikat Maut

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3. Hak Kepada Kubur

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak Kepada Munkar Dan Nakir

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Foto google

5. Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Kiamat)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka Pada Hari Akhirat)

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8. Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga)

Iaitu : Berasa reda dengan Qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. Hak Kepada Nabi SAW

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredaan Allah.

10. Hak Kepada Allah SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Kashoorga: Jika inginkan Husnul Khatimah, maka dekatkan diri kita dengan amalan-amalan da ibadah bagi mendapat reda Allah.

Kredit: Dr Isahak Ghani & Skuad Pengurusan Jenazah

IKLAN