Hari ini kita melihat maksiat dan dosa jadi sebahagian dari cara hidup. Sebenarnya sedar atau tak kita sedang hidup pada zaman yang paling digeruni Rasulullah SAW, zaman yang mana orang yang baik berkurang sedangkan yang jahat bertambah.
Nabi Muhammad SAW menyebut dalam sebuah hadis “Apabila umatku lakukan 15 perkara ini, maka mereka akan ditimpa bala”
Maksudnya: “Daripada Ali Bin Abi Thalib RadhiAllahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah bersabda: “Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
1. Apabila harta negara beredar di kalangan orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami mengikuti kemahuan isteri.
5. Anak derhaka kepada ibunya,
6. Sedangkan ia berbuat baik dengan temannya.
7. Anak menjauhkan diri dari ayahnya.
8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua suatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11. Minuman keras sudah diminum di segenap tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung-sanjung
14. Muzik banyak dimainkan
15.Generasi akhir ummat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)
Ads
Maka ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain”. (HR Tirmizi, hadis lemah)
Perkara yang dijelaskan dalam hadis mungkin sudah kesemuanya telah berlaku, hanya tanda kiamat yang besar sahaja yang masih belum terjadi.
“Ustaz! Saya biasa bertegang urat dengan suami setiap kali tiba hari lebaran. Asyik dia sahaja nak menang. Hari raya pertama mesti disambut di rumah dia. Jika kami bergaduh dia akan memberikan kata putus yang pedih pada hati saya. Awak wajib taat suami, syurga awak letak pada saya dan saya mahu hari raya pertama di rumah ibu bapa saya. Soalnya Ustaz! Siapa yang wajib saya utamakan suami atau ibu bapa?
Pulang beraya adalah nikmat yang sangat manis bagi orang Malaysia. Ni’mat ini sudah lama Allah limpahkan kepada kita berikutan keadaan Malaysia yang aman dan stabil. Bagi umat Islam yang tinggal dalam negara bergolak pula, usahkan pulang beraya bertemu mata dengan keluarga, kampong halaman dan saudara mara sudah habis ditelan api perang yang tak kunjung padam.
Pernah saya berbual dengan teman yang berasal dari Kemboja, sebut sahaja soal keluarga, beliau terus menitiskan air mata. Apa tidaknya, keluarganya yang besar habis dibunuh rejim Pol Pot. 10 beradik cuma tinggal dua. Tidak kurang juga bekas murid saya yang berasal dari negeri kecil dalam negara bekas kesatuan Soviet. Usahkan balik beraya, kematian ibunya belasan tahun dulu pun hanya diterima dalam sebak dari jauh. Sungguh! Nikmat balik kampung menziarahi sanak saudara adalah ni’mat yang sangat hebat. Hargailah ia selagi Allah belum menariknya.
Kewajipan setiap isteri adalah mentaati semua iaitu suami dan ibu bapa. Taat kepada mereka bukanlah seperti memilih calon pilihanraya yang mewajibkan hanya satu perlu dipilih. Walaupun begitu, apabila bertembung antara keduanya banyak nass agama menyuruh isteri mentaati suami selagi ia tidak melanggar hukum agama.
Ertinya: Tidak halal bagi seorang wanita berpuasa sedangkan suaminya ada (bersama) kecuali setelah mendpaat izinnya (suami). Wanita itu juga tidak boleh membenarkan sesiapa masuk ke rumahnya kecuali setelah mendapat izin suaminya (Sahih al-Bukhari).
Ertinya: Apabila seorang wanita cukup solat 5 waktunya, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), menjaga kemaluannya (kehormatannya) dan mentaati suaminya, dikatakan padanya “Masuklah syurga dari mana-mana sahaja pintunya jika kamu mahu (Musnad Ahmad).
BUKAN AKAD ANTARA HAMBA & TUAN
Pada masa yang sama, pihak suami juga perlu sedar bahawa akad yang mengikat hubungan suami isteri “bukanlah akad antara hamba dan tuan, atau akad antara banduan dan warden penjara.” Ia adalah akad penyatuan 2 keluarga atas dasar kasih sayang dan cinta. Jika kasih sayang menjadi teras penyatuan 2 insan dari 2 keluarga berbeza, maka tolak ansur wajib menjadi rukun utama kehidupan berumahtangga. Inilah roh sebenar sebuah rumah tangga Islam.
Ia disinggung secara mudah oleh Allah dalam banyak ayat al-Quran, antaranya:
Ertinya: Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan (al-Baqarah [2:237]).
Ertinya: Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlaku zalim (al-Syura [42:40]).
JANGAN JADIKAN PUNCA KERETAKAN RUMAH TANGGA
Pulang beraya memang sangat besar niKmat dan manisnya, namun begitu usahlah ia menjadi punca keretakan hubungan antara suami isteri. Jika ia menjadi manifestasi berbuat baik kepada ibu bapa di kampong halaman, 364 hari yang lain sentiasa terbuka luas untuk kita menabur bakti. Usah bermusim berbuat baik kepada ibu bapa. Jangan bermatian bergaduh mengenai hak giliran balik beraya tetapi cinta dan jasa kepada ibu bapanya hanya ditumpahkan pada hari raya YANG SEHARI ITU.
Aturlah pengurusan hidup dengan baik. Jaga hubungan keluarga. Jangan nanti hilang sebuah mahligai indah hanya kerana berebut sebuah pasu bunga penghias halaman. Jika tak mampu pulang bertemu ibu bapa atau menziarahi pusara mereka sekalipun, litar doa untuk ibu bapa yang masih hidup atau sudah pulang bertemu Allah tetap terbuka luas.
Ertinya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, DAN BAGI KEDUA IBU BAPAKU, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang yang zalim melainkan kebinasaan!” (Nuh [71:28]).
Ertinya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan BAGI KEDUA IBU BAPAKU serta bagi orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan” (Ibrahim [14:41]).
Rasulullah SAW turut mengajar cara bakti kepada ibu bapa. Sabda baginda:
Ertinya: Abu Usayd Malik bin Rabi’ah al-Sa’idiy menceritakan, pada suatu hari ketika kami bersama Rasulullah SAW seorang lelaki Bani Salamah bertanya baginda: Wahai Rasulullah adakah masih ada peluang untukku berbuat baik kepada kedua ibu bapaku selepas kematian mereka berdua? Baginda SAW menjawab: Ya! Dengan berdoa kepada mereka, memohon pengampunan untuk mereka, menyempurnakan segala janji mereka selepas kematian mereka, menghubung silaturahim yang tidak mungkin dihubung melainkan dengan kewujudan mereka (saudara mara yang agak jauh) dan memuliakan kawan mereka berdua (Sunan Abu Dawud, Sunan Ibn Majah & Musnad Ahmad).
JAGALAH HUBUNGAN DENGAN KELUARGA
Niat pulang ke kampung halaman yang dipasak ikhlas demi bakti kepada kedua ibu bapa sendiri atau ibu bapa pasangan anda pasti akan diganjari Allah. Jagalah hubungan keluarga kerana ia adalah niKmat yang sangat besar. Bayangkan berapa ramai manusia tidak bernasib baik di luar sana yang sanggup membayar mungkin jutaan ringgit demi mendapat secebis nikmat bahagia berkeluarga yang anda miliki.
Ertinya: Dan orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka; setiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya (al-Tur[52:21]).
Sumber kredit: Abdullah Bukhari Abdul Rahim
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kisah cinta seorang lelaki bergelar suami, kasihnya hingga ke syurga. Kesetiaan Kamal Effendi seorang guru bahasa Inggeris ini membuktikan bahawa masih ada seorang lelaki yang bergelar suami yang cintanya begitu agung kepada isterinya.
Meksipun arwah isterinya telah pergi menemui penciptanya lebih dua tahun yang lalu namun cintanya, rinduya masih tetap subur. Melalui perkongsiannya di Instagram miliknya, lelaki ini berkongsi rasa.
Percutiannya ke St. Katharine Pier seakan menjelaskan kerinduan seorang suami terhadap isterinya.
Nota: Arwah isteri Kamal Effendi, Dr Nik Idzni Dalila telah dijemput penciptanya pada tanggal 27 Disember 2016. Arwah menghidap kanser karsinoma sel renal iaitu kanser buah pinggang sejak 2012.
Begitulah juga pertolongan yang diberikan oleh penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang bermurah hati cuba memulihkan masalah penglihatan mata kanannya yang tidak dapat digunakan oleh penyanyi Alina Hassan, 52 tahun dek kerana masalah selaput mata atau katarak dialami sebelum ini.
Menurut Alina dalam Media Hiburan dia mengucapkan rasa syukur rahmat dan rezeki yang diterimanya memandangkan sebelum ini turut berusaha mengumpul wang demi menyelesaikan masalah mata yang dihadapi sembilan tahun lalu.
Tambah Alina dia tidak percaya dan tidak terkata-kata. Apabila mendapat mesej daripada pihak pengurusan Sarah, dia tanya betul ke?
Sehinggakan Alina turut bertanya pada rakan, betulkan Ini? Sarah memang suka tolong orang dan lihatlah rezeki diperoleh sekarang.
“Ya Allah saya bernasib baik dapat kenali Sarah walaupun hanya menerusi program Mentor Otai tidak lama dulu.
“Rasa bersyukur sangat, gembira tak terkira kerana saya memang ada perancanga untuk ubati masalah katarak mata,” ujarnya ketika ditemui di Prof Muhaya Eye & Lasik Centre Khamis lalu bersama Siti Sarah.
Sarah yang setiasa menemani Alina pada sesi rawatan turut mendoakan agar proses itu nanti dipermudahkan.
Dalam sebak itu, Sarah turut menyatakan kepentingan menjaga pancaindera.
“Semoga urusan dipermudahkan. InsyaAllah jika penglihatannya lebih baik, banyak perkara lain boleh dilakukan selepas ini. Saya doakan moga dia berjaya dunia akhirat.
“Saya sebak sebab bila melakukan sesi ini dan bertemu dengan Prof Muhaya kita semua yang berada di sini mungkin akan lebih sedar betapa pentingnya sepasang mata.
“Dengan matalah kita nak membaca ayat suci al-Quran bersama segala kebaikan yang lain,” ujarnya yang turut mendoakan segala urusan rawatan itu nanti akan berjalan lancar.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Penyanyi ini yang juga pemenang ketiga Mentor Otai 2018 mengalami masalah kedua-dua belah bahagia mata dan sudah membuat rawatan membuang katarak pada mata kiri tiga tahun lalu.
Menurut Alina lagi, matanya mengalami katarak sekitar tahun 2011 ketika bertugas sebagai pengawal keselamata di KLCC.
Program World #QuranHour 2026 sekali lagi mengajak umat Islam di seluruh dunia untuk kembali menjadikan al-Quran sebagai panduan utama dalam kehidupan seharian.
Program tahunan yang...