2 Tanda Allah “Sedang Marah” Pada Kita, Pertamanya Kenderaan & Keduanya Isteri

Share

Hidup tidak terlepas dari ujian Allah taala. Ia sebagai tanda untuk memperbaiki diri kita dan kemudian meningkatkan keimaman kita kepada Sang Khalik. Namun bagaimana untuk mengetahui apa tanda Allah sedang marah kepada kita hambaNya?

Dari satu perkongsian dari Tuan Guru Sheikh Zaini Ahmad, pendakwah ini berkongsi kisah dipernah diceritakan oleh seorang wali Allah yang boleh menjadi pedoman buat suami isteri berkenaan tanda Allah "sedang marah" (menegur atas dosa yang kita lakukan).

Seorang Wali Allah pernah berkata, jika aku ingin tahu sekiranya ada kesalahanku pada Allah, aku akan perhatikan 2 tanda ini – KENDERAAN dan ISTERIKU.

Kenderaan yang diguna sering rosak dan meragam. Banyak kerosakan yang datang darinya berbanding memudahkan urusan seharian.

Isteri pula buruk akhlaknya, suka membantah malah perilakunya sangat menyakitkan hati.

Kata Ulamak, kenderaan kita sepatutnya mendatangkan kebaikan dalam hidup. Tapi bila jarang diguna untuk pergi masjid, pergi berjemaah maka Allah sampaikan rasa tidak redhaNya melalui cara itu.

Karenah isteri yang suka melawan pula adalah disebabkan kita sendiri berani lawan perintah Allah. Lebih teruk lagi, anak-anak juga turut bermasalah.

Kadang-kadang kita tak nampak semua petunjuk ini melainkan Allah sampaikan melalui para Ulamak.

Ulamak pesan, bila ada perkara sebegini berlaku dalam rumahtangga kita, cepat-cepat berwuduk dan bertaubatlah.

Kena cari balik kemaksiatan apakah yang sedang kita buat sehingga Allah sedang memberi peringatan kepada kita sedemikian rupa.

IKLAN