Sabda Rasulullah SAW:
الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلا الْجَنَّةَ.
رواه البخاري ومسلم
Maksudnya: “Di antara satu umrah kepada satu umrah yang lain adalah penghapus dosa antara keduanya dan tiada balasan bagi haji yang mabrur (diterima) melainkan syurga”.
Riwayat al-Bukhariy dan Muslim

Ini antara ganjaran mereka yang menunaikan haji dan umrah yang disebut dalam al-quran. Namun bagaimana pula bagi mereka yang belum ada kesempatan atau rezeki untuk ke Mekah mengerjakan ibadah ini.

Sebenarnya ada banyak amalan yang disebut dalam al-Quran yang ganjarannya sama seperti mengerjakan haji dan umrah. Malah ada beberapa amalan-amalan ini mudah untuk kita praktikan setiap hari.

Memetik penjelasan dari laman web Maktabah Al Bakri berikut adalah antaranya.

Amalan mudah tapi ganjarannya seperti mengerjakan haji dan umrah
1. Solat subuh berjemaah dan zikir

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ، ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ، كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ، تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ

Maksudnya: “Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari, kemudian solat sunat dua rakaat, maka baginya pahala haji dan umrah yang sempurna, (pahala haji dan umrah) yang sempurna, (pahala haji dan umrah) yang sempurna.” Hadith riwayat al-Tirmizi (586)

2. Takbir 34 kali, tasmih dan tahmid 33 kali selepas solat

Daripada Abu Darda’ R.A, dia mengadu kepada Rasulullah SAW:

IKLAN

يَا رَسُولَ اللَّهِ، ‌ذَهَبَ ‌الْأَغْنِيَاءُ ‌بِالْأَجْرِ، يَحُجُّونَ وَلَا نَحُجُّ، وَيُجَاهِدُونَ وَلَا نُجَاهِدُ، وَكَذَا وَكَذَا

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya dengan keuntungan mereka, mereka menunaikan haji dan kami tidak mengerjakan haji, mereka berjihad dan kami tidak berjihad, begitu dan seterusnya.”

Lalu Baginda SAW bersabda:

أَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إنْ أَخَذْتُمْ بِهِ جِئْتُمْ أَفْضَلَ مِمَّا يَجِيءُ بِهِ أَحَدٌ مِنْهُمْ؟ أَنْ تُكَبِّرُوا أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ، وَتُسَبِّحُوهُ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، وَأَنْ تَحْمَدُوهُ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ

IKLAN

Maksudnya: “Hendakkah kamu aku ajarkan sesuatu yang apabila kalian lakukannya, maka kamu telah melakukan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang dikerjakan (haji) oleh salah seorang dari mereka (orang-orang kaya)? Selepas solat, kamu bertakbir sebanyak 34 kali, bertabih sebanyak 33 kali, dan bertahmid sebanyak 33 kali.”
Hadith riwayat al-Nasa’ie (9902)

Di dalam hadith di atas, Nabi SAW mengajarkan Abu Darda’ R.A untuk membaca zikir-zikir di bawah setiap kali selesai solat:

Bertakbir (iaitu mengucapkan: اللهُ أَكْبَرُ) 34 kali.
Bertasbih (iaitu mengucapkan: سُبْحَانَ اللهِ).
Bertahmid (iaitu mengucapkan: الحَمْدُ لِلّٰهِ).

3. Keluar dari rumah dalam berwuduk & solat dhuha

Diriwayatkan juga hadith lain daripada Abu Umamah al-Bahili R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

IKLAN

مَنْ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ مُتَطَهِّرًاً إِلَى ‌صَلَاةٍ ‌مَكْتُوبَةٍ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْحَاجِّ الْمُحْرِمِ، وَمَنْ خَرَجَ إِلَى تَسْبِيحِ الضُّحَى لَا يَنْصِبُهُ إِلَّا إِيَّاهُ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْمُعْتَمِرِ

Maksudnya: “Sesiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci (berwudhu’) untuk menunaikan solat fardhu, maka ganjaran pahalanya seperti ganjaran orang yang melakukan haji dan berihram. Dan sesiapa yang keluar rumah untuk menunaikan solat sunat Dhuha, tiada perkara lain yang menyibukkan dirinya kecuali solat tersebut, maka ganjaran pahalanya seperti ganjaran orang yang melakukan umrah.” Hadith riwayat Abu Dawud (558), dan Ahmad (22304).

Berdasarkan hadith di atas, terdapat dua kelebihan yang disebutkan bagi orang yang keluar rumah dan menuju ke masjid dalam keadaan berwudhu’:

-Jika dia menuju ke masjid untuk menunaikan solat fardhu lima waktu, maka baginya pahala seperti mana pahala orang yang mengerjakan haji dan sedang berihram.
-Jika dia menuju ke masjid untuk menunaikan solat sunat Dhuha, maka baginya pahala seperti mana pahala orang yang menunaikan umrah.

Banyak lagi hadith lain yang menceritakan amalan kecil dan mudah, tetapi pelakunya akan memperoleh ganjaran yang amat besar seperti mereka yang mengerjakan haji atau umrah.  Amalan yang disebutkan di atas amatlah mudah untuk dilakukan dalam sehari-hari kita.

Sumber: Maktabah Al Bakri

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI