Adam Corrie berkahwin 10 tahun tiada zuriat. ‘Usaha dulu cari jalan, kalau gagal minta petunjuk Allah.’ Setiap pasangan ujiannya tidak sama dalam mendapatkan zuriat.
Ada yang berkahwin sebulan, dua sudah dikurniakan zuriat namun ada juga bertahun-tahun masih belum menimang cahaya mata. Adam Corrie dan pasangannya adalah antara insan yang diuji Allah lambat dikurniakan anak.
Namun begitu, menurut perkongsiannya dia reda dengan Ketentuan Allah dan berusaha bermacam cara untuk mendapatkan sepanjang 10 tahun pertama perkahwinannya.
Hendak kahwin lagi sebab tidak ada anak? Sudah usaha pergi jumpa doktor check suami isteri?
Kadang-kadang suami yang ada masalah bukan isteri. Kalau suami ada masalah pun, boleh berubat. Begitu juga kalau isteri ada masalah, tetap boleh berubat..
Ini pengalaman saya. Usaha dulu, positif… bukan nak perli sesiapa. Ambil yang positif ya!
10 Tahun Tiada Zuriat
Usaha dahulu, cari jalan sama-sama. Usaha itu kena sungguh-sungguh. Ia bukan esok lusa boleh dapat anak, makan masa.
Ads
Ada cepat dan ada yang makan tahun. Dalam dunia perubatan sekarang dah canggih, macam-macam cara boleh buat dengan mengikut syariat.
Jika dah usaha semuanya dan gagal. Cuba lagi, jika gagal juga, berdoalah kepada Allah SWT sekali lagi.
Usaha Dulu Cari Jalan
Minta petunjuk..
Adakah dengan adanya zuriat itu membuatkan aku, isteri aku bahagia bahagia berikanlah petunjuk..
Boleh ambil anak angkat jika berkemampuan, tapi jika nak ada zuriat sendiri dengan berkahwin lain… adakah perkahwinan itu akan membahagiakan isteri kita sekarang dengan harapan perkahwinan lagi boleh dapat zuriat?
Jika hendak juga kahwin, itu pilihan hidup masing-masing. Tepuk dada tanya iman..
Ads
Kita hendak bahagia sekeluarga, qanaah, asal punya rasa cukup. Hidup ini pasti indah.
Kalau Gagal Minta Petunjuk Allah
Nasihat untuk diri sendiri
Pengalaman sendiri, tiada zuriat selama 10 tahun. Sekarang sudah 15 tahun usia perkahwinan kami. Dapat zuriat ketika saya 50 tahun. Isteri 40tahun. Sekarang Fateh sudah 5 tahun. Alhamdullilah
Poligami adalah halal di sisi agama Islam. Kebahagian di tangan masing-masing.
Posting saya tentang zuriat. Bukan halang orang lain orang berpoligami dan peril-perli orang.
Ads
Situasi ini ramai orang lalui. Bukan dituju khas kepada orang tertentu sahaja. TTC , sudah kahwin lama tapi tiada zuriat.
Di dalam al-Quran, Allah S.W.T telah menceritakan hakikat kehidupan manusia yang tidak dapat lari dari ujian. Ia datang dari segenap aspek dan penjuru. Sebahagian orang diuji dengan kehilangan harta benda. Sebahagian lain pula diuji dengan kehilangan insan-insan yang tersayang, kelaparan dan dahaga yang bersangatan dan sebagainya.
Maksudnya: Dan nescaya Kami akan menguji kalian dengan sedikit daripada perasaan takut, rasa lapar, kekurangan harta benda, kehilangan nyawa (kematian) serta tumbuh-tumbuhan dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Surah al-Baqarah (155)
Di saat usia bumi semakin tua, sudah semakin banyak tanda-tanda jelas kiamat kecil kelihatan. Antaranya banyak bangunan tinggi didirikan, terjadinya banyak pembunuhan, waktu yang berlalu semakin singkat, sering terjadi bencana alam seperti gempa bumi, tanah gelongsor selain munculnya gaya hidup mewah di kalangan umat islam.
Antara lain kiamat kecil lain ialah orang baik semakin kurang (meninggal) dan orang jahat bertambah ramai, manusia mewarnakan rambut di kepala dengan hitam untuk kelihatan muda, lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki, bulan sabit kelihatan besar dan terakhir negara Arab menjadi padang rumput menghijau selain sungai.
Dikatakan juga, apabila mengampiri dunia akhir zaman, beberapa tahun sebelum keluarnya Dajjal, manusia akan diuji dengan kebuluran.
dalam satu hadith dari Ibn Najah, tiga tahun sebelum munculnya Dajjal, umat manusia akan melalui kehidupan paling sukar dengan kemarau panjang sehingga menjadikan bumi kering kontang.
“Sesungguhnya sebelum keluar Dajjal akan berlaku tiga tahun yang sangat dahsyat. Manusia akan dilanda kelaparan yang teruk. Allah akan memerintahkan langit menghentikan satu per tiga hujan dan memerintahkan bumi menahan satu per tiga tumbuhan.
“Pada tahun kedua, Allah akan memerintahkan langit menghentikan dua per tiga hujan, dan memerintahkan bumi menahan dua per tiga tumbuhan.
“Pada tahun ketiga, Allah akan memerintahkan langit menghentikan keseluruhan hujan dan bumi menahan keseluruhan tumbuhan.
“Kesemua tanah akan kering kontang dan tandus. Sahabat bertanya apakah makanan manusia pada waktu itu? Baginda menjawab, tahlil takbir dan tahmid. Perkara tersebut akan dapat menggantikan makanan.” – [HR Ibn Majah].
Jika kita melihat di media sosial, sudah ada sekumpulan individu yang membuat penyimpanan makanan (prep) dan ia dikongsikan kepada orang ramai konon untuk menghadapi dunia akhir zaman dan juga persediaan menghadapi musim kemarau seperti disebut dalam hadith.
Tapi adakah perlunya kita lakukan begitu (menyimpan stok makanan yang banyak?) atau apa yang perlu kita sebagai umat islam lakukan bagi menghadapi dunia akhir zaman ini?
Dikongsi dari Tik Tok @ibnuramli, Ustaz ini membuat kupasan mengenai persediaan makanan yang mungkin diambil serius oleh sesetengah individu sedangkan ada persoalan lebih besar perlu dihadapi oleh umat akhir zaman.
Dalam ceramahnya, diperjelaskan hari ini bermacam-macam cerita keluar.
“Ada orang kumpul beras, siap seal dah beras. Takut akhir zaman. Konon dah dekat dengan akhir zaman. Tapi tahukah akhir zaman ni bukan berlaku hari ni saja tapi sejak dari zaman Nabi lagi. Dekatnya kiamat tu hanya sejengkal jari saja. Zaman kita mungkin rapat lagi.
“Lepas tu ada kelompok orang yang berkempen suruh simpan beras siap-siap. Simpan air dalam tangki banyak-banyak, nanti takut air tak ada. Siap buat buku log lagi. Benda apa yang perlu disimpan untuk hadapi akhir zaman.
“Saya bukan nak tergelak tapi dah tergelak dah. Yang itu (simpan barang-barang ini) tidak disuruh oleh Nabi SAW pun. Kalau ada pun, Nabi suruh simpan air banyak-banyak.
“Dalam satu kejadian, ketika Nabi Isa dengan tentera-tenteranya dikepung oleh Yakjuj dan Makjuj di Palestin. Apa yang ada pada waktu tersebut? Kepala lembu lebih mahal daripada emas pada waktu itu (maknanya apa, tak ada makanan).
“Kalau hal makanan jadi keutamaan, lebih baik makanan disimpan awal-awal oleh mereka. Tapi bila hal ini berlaku, apa yang ada pada waktu itu (paling penting) ialah zikrullah. Itulah makanan umat Islam. Yang disebut oleh tenteranya Saidina Isa A.S dalam menghadapi keadaan ketika itu ialah Allah, Allah, Allah, Allah iaitu zikir.
“Jadi apa yang kita cari sekarang ini ialah ilmu, wirid dan zikir yang sepatutnya kita amalkan. Bukan apa yang kita buat sekarang.
“Kita tak nafikan boleh nak simpan makanan tapi itu bukan tujuan utamanya. Dan menyebarkan ketakutan demi ketakutan kepada umat Nabi Muhammad SAW tentang hal ini tanpa berikan kepada mereka harapan untuk menjadi orang yang boleh berhadapan dengan cabaran dan seumpamanya.
“Dajjal nanti datang, dia akan datang dengan kesenangan. Dia akan turunkan kesenangan. Beras yang kita simpan dia akan beri lagi dan lagi.
“Sebab tu apa yang penting amal. Amal yang penting. Yang disuruh kita cari guru untuk belajar, duduk menuntut ilmu. Dalam Quran dah sebut hal ini.
“Tapi orang kita terbalik. Waktu zaman susah tu nanti tak ada murabbi, tak ada pembimbing. Dia nak duduk seorang-seorang dalam hutan. Siapa nak bimbing kita kalau kita bukan alim. Dan tak ada proses pengajian, siapa nak bimbing? Lebih berat syaitan datang menggoda, nauzubillah.
“Sebab tu jangan obses dengan benda-benda tu. Sepatutnya yang kita lakukan sekarang ialah amal. Duduk dalam majlis ilmu. Itu sepatutnya.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, utusan akhir zaman. Bayan Linnas kali ini akan mengulas isu yang timbul baru-baru ini berkaitan dengan program Festival Bon Odori yang dikatakan akan diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 16 Julai 2022.[1] Isu ini telah mendapat liputan meluas sehingga mendapat perhatian pelbagai pihak yang berpandangan supaya umat Islam di negara ini tidak menyertai Festival Bon Odori kerana dikatakan mempunyai unsur-unsur keagamaan lain.[2] Selain itu ada pihak yang berpandangan bahawa perayaan ini hanyalah program kebudayaan dan harus bagi umat Islam untuk hadir dan bersama-sama merayakannya.
Pengenalan ringkas tentang Bon Odori
Obon atau Bon Odori adalah merupakan suatu perayaan orang Jepun yang beragama Buddha, sebagai simbolik merayakan kedatangan roh nenek moyang yang telah mati. Perayaan ini telah disambut di Jepun selama lebih daripada 500 tahun.[3] Menurut kepercayaan mereka, roh nenek moyang akan datang ke dunia bagi menziarahi saudara mara mereka pada setiap tahun sewaktu perayaan Obon berlangsung.[4] Perayaan ini biasanya berlangsung selama 4 hari, iaitu pada hari ke 13 hingga ke 16 pada setiap bulan Ogos, tetapi ia berbeza mengikut tempat-tempat tertentu di Jepun.[5] Perbezaan ini berlaku kerana wujudnya perbezaan kalendar dalam menentukan bulan yang ketujuh. Berdasarkan kalendar solar, bulan yang ketujuh ialah bulan Julai. Manakala berdasarkan kalendar lunar, bulan yang ketujuh adalah bulan Ogos.[6]
Masyarakat Shinto mempercayai perayaan ini dimaksudkan untuk menyambut para leluhur yang datang dan menghibur serta menenangkan roh-roh yang datang kembali ke rumah mereka. Semasa perayaan ini, ahli keluarga akan berkumpul di rumah untuk meraikan roh-roh nenek moyang yang dikatakan kembali ke dunia ini bagi menziarahi saudara mara. Mereka juga biasanya melawat dan membersihkan kubur sambil berdoa. Sebuah Shoryodana (altar)[7], dibina dengan diisi buah-buahan, kemenyan, dan bunga untuk menyambut nenek moyang. Api juga dinyalakan untuk memandu nenek moyang untuk pulang ke rumah dan pada hari terakhir perayaan, tanglung kertas (coachin paper lantern) digantung bagi membantu nenek moyang pulang ke kubur masing-masing. Ada juga yang menggunakan tanglung terapung (floating lanterns) dan dilepaskan ke laut untuk membantu nenek moyang kembali ke alam mereka.[8]
Selari dengan peredaran masa, perayaan Bon Odori disambut hanya sebagai tradisi dan kebudayaan Buddha-Confucius dengan aktiviti perkumpulan keluarga pada musim cuti, namun di sesetengah daerah pedalaman sambutan ini masih dianggap sebagai sebahagian daripada ritual keagamaan.[9]
Hukum orang Islam menyertai perayaan Bon Odori
Pada asasnya umat Islam adalah ditegah untuk menyertai apa-apa perayaan agama lain. Para ulama telah bersepakat bahawa hukum menyertai perayaan agama lain, sama ada dengan ucapan atau tindakan pada pakaian, makanan atau minuman yang dikhususkan pada hari perayaan tersebut adalah haram jika bertujuan untuk mengagungkan hari perayaan mereka, bahkan majoriti ulama berpendapat bahawa seorang muslim yang mengagungkan syiar-syiar agama lain boleh jatuh ke lembah kekufuran. Manakala individu muslim yang tidak berniat untuk mengagungkannya adalah berdosa, namun tidak sampai ke tahap kufur.[10]
Dalam surah al-Furqan, Allah SWT memuji golongan yang tidak menghadiri hari perayaan orang-orang musyrik. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya”.Al-Furqan (72)
Sebahagian ulama salaf seperti Abu al-‘Aliah, Tawus, Muhammad bin Sirin, al-Dahhak, al-Rabi’ bin Anas dan lain-lain menafsirkan kalimah al-zur dalam ayat di atas sebagai hari-hari perayaan orang musyrik.[11] Oleh yang demikian, dapat difahami daripada ayat ini bahawa Allah SWT memuji individu-individu yang tidak menghadiri perayaan orang-orang musyrik.
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.Al-Maidah (51)
Menurut para ulama, apa yang dimaksudkan teman rapat disini adalah menyerupai (tashabbuh) mereka dan membesarkan hari-hari perayaan mereka.[12]
Menurut seorang ulama mazhab Shafi’i, Hibatullah bin al-Hasan al-Lalaka’i:
Maksudnya: “Umat Islam tidak dibenarkan untuk menghadiri perayaan-perayaan mereka (golongan bukan Islam) kerana mereka berada dalam kemungkaran dan kebatilan. Apabila golongan yang baik bercampur dengan golongan mungkar (dengan) tanpa mengingkari mereka, maka mereka seperti redha dan terpengaruh dengan ahli mungkar tersebut. Kami bimbang kemurkaan Allah turun ke atas ke atas kelompok mereka, lalu terkena pada semua. Kami memohon kepada Allah daripada kemurkaan-Nya”.[13] Al-Imam al-Damiri pula menjelaskan tentang hukuman yang selayaknya menurut syarak bagi mana-mana individu muslim yang menyertai perayaan bukan Islam, kata beliau:
يُعَزِّرُ مَن وَافَقَ الكُفَارَ فِي أَعْيَادِهِم
Maksudnya: Dihukum ta’zir bagi sesiapa yang mengikuti orang-orang kafir dalam perayaan-perayaan mereka.[14]
Selain itu, menurut Abu Hafs al-Kabir, ulama mazhab Hanafi,
Maksudnya: Jika seorang lelaki menyembah Allah selama 50 tahun lamanya, kemudian tibanya Hari Nairuz dan dia menghadiahkan sebiji telur kepada sebahagian golongan musyrikin dengan tujuan mengagungkan hari tersebut, maka telah jatuh kafir dan terhapus amalannya.[15]
Ibn al-Haj al-Maliki juga secara ringkasnya turut berpendapat bahawa orang Islam ditegah melakukan apa yang orang bukan Islam lakukan di hari perayaan mereka.[16] Selain itu, Abu al-Qasim berpandangan bahawa tidak harus bagi orang Islam menghadiri perayaan orang bukan Islam kerana ia merupakan suatu kemungkaran.[17]
Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 April 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam telah memutuskan;
Beberapa ketetapan kriteria perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam adalah sebagaimana berikut:
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pula dalam penjelasan berhubung hukum umat Islam menyambut Tahun Baru Cina sebelum ini turut menggariskan beberapa kriteria sepertimana yang telah diputuskan oleh Muzakarah MKI, dengan tambahan seperti berikut;
Berasaskan huraian ini, umat Islam dinasihatkan agar tidak melibatkan diri dalam apa-apa perayaan golongan bukan Islam apatah lagi mengikuti ritual-ritual mereka yang bercanggah dengan prinsip Islam serta mengagungkan syiar agama mereka agar tidak membawa fitnah kepada agama Islam. Mengenai perayaan Bon Odori, walaupun dikatakan ia telah berevolusi sebagai hanya semata-mata perayaan yang bersifat kebudayaan dengan aktiviti sosial kekeluargaan, namun umat Islam wajib mematuhi hukum-hakam syarak dalam menghadiri sesuatu majlis atau tempat perayaan. Sekiranya dalam majlis berkenaan ada unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas, mendedahkan aurat, meminum arak dan sebagainya, maka wajib bagi umat Islam menghindarkan diri dari terlibat dalam aktiviti berkenaan. Walaubagaimanapun adalah dicadangkan satu kajian lebih lanjut dilaksanakan untuk memastikan kedudukan sebenar perayaan ini dalam realiti pelaksanaannya pada hari ini samaada ia masih mempunyai hubungan dengan kepercayaan yang bersifat keagamaan atau semata-mata kebudayaan yag telah terputus dari kepercayaannya yang asal. Ini bagi memastikan sikap dan pendirian orang Islam terhadap Bon Odori adalah benar-benar menepati hukum syarak. Berkaitan dengan isu ini, jika sekiranya ia semata-mata budaya, boleh merujuk kepada penjelasan kami terhadap isu-isu Orang Islam Menggantung Tanglung yang boleh dirujuk di link berikut; https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/5111-al-kafi-1854-hukum-orang-islam-menggantung-tanglung-tahun-baru-cina
Tidak dinafikan populariti Menteri Agama Datuk Dr Zulkifli Mohammad al-Bakri sangat disenangi pelbagai lapisan masyarakat.
Tidak kira golongan muda atau tua menyukai keperibadian yang ditunjukkan Mantan Wilayah Persekutuan ini.
Malah beliau juga seorang yang rajin berinteraksi dengan warganet di media sosial. Menggunakan medium ini untuk memberitahu atau menyebarkan ilmu dakwah berguna kepada orang ramai.
Dalam posting terbaru beliau di laman sosial Facebook, Dr. Zulkifli berkongsi satu surat yang diterima daripada peminat ciliknya yang mengucapkan Selamat Hari Raya.
Bukan kiriman kad saja, tetapi peminat ciliknya, Nadzrul Zarfan turut disertakan kuih-muih buat Menteri Agama yang dihantar terus ke kediaman rasminya.
Dalam posting itu, Dr. Zulkifli sangat merendah diri membahasakan dirinya sebagai pakcik dan mengucapkan terima kasih atas kiriman kad serta kuih muih buat dirinya.
Dalam layangan surat itu, Nadzrul memberi pesanan supaya Dr. Zulkifli menjaga diri dan mendapat rehat yang secukupnya serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19.
Dia juga turut meminta keizinan untuk bekerjasama mengeluarkan buku Bayyan Linnas versi komik untuk kanak-kanak. Ini adalah katanya bagi menarik minat kanak-kanak untuk menuntut ilmu.
Dalam pada itu, Dr. Zulkifli juga turut memaklumkan akan membalas kad berkenaan kerana dalam kad itu pemilik telah menulis pantun ‘memaksa’ beliau untuk membalas surat berkenaan.
Menteri Agama kesayangan ramai ini juga mengakui sangat terharu dengan pemberian kad dan kuih muih kepadanya.
Ternyata perkongsian ini mencuit hati warganet yang rata-rata bersetuju dengan pandangan diberikan peminat cilik Dr. Zulkifli.
AnnarahmanAlhamdulillah…minta balas dia tu Ustaz… Seronok saya tengok..pabila golongan kanak2 ….atau peringkat sek rendah..”menghampiri”para ilmuan……
Tkasih Dato Ustaz..yg sentiasa sporting
Rosmawati TaharipAlhamdulillah dgn keperibadian Datuk…. Anak2.pun tertarik… Ni satu perubahan yg baik..bg generasi baru….
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.