Sebaik baiknya kalam adalah Al-Quran yang di dalamnya sarat dengan ilmu pengetahuan. Ia termasuklah moral, perilaku baik, kejujuran, kebaikan dan lain lain. Membaca Alquran dapat mempengaruhi jiwa dan fikiran agar selalu menjadi tenang. Seorang muslim yang tidak pernah membaca Al-Quran sama seperti pokok tanpa dibajai atau disiram.
Firman Allah SWT;
“Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.” (QS Taha 20:2)
Ayat ini menyatakan bahawa Al-Quran tak akan membuat manusia menjadi susah. Ini bermaksud semakin kita dekat dengan Al-Quran, semakin mudahlah hidup kita. Semoga kita mampu amalkan.
Untuk menjadi individu yang sentiasa dekat dengan Al-Quran, anda perlu tahu perkara-perkara yang berikut;
1. Tilawah Wa Tartil (Selalu membaca dengan betul)
Suka membaca Al-Quran akan menambah kebaikan, baik dalam keadaan miskin ataupun kaya serta menambah ilmu.
Membaca secara tartil akan melepaskan manusia dari belenggu kesesatan, menenangkan fikiran dan hati yang kalut serta merasakan kegembiraan dalam menghadapi situasi kehidupan.
Ads
Membaca secara berkelompok akan mendatangkan ketenangan dan rahmat serta syafaat di Hari Kiamat (HR Bukhari & Muslim)
2. Tadabur (Merenungkan kandungannya)
Bertadabur Al-Quran boleh membuka hati untuk menerima petunjuk Allah dan mendapat ilmu
3. Hifzh (Menghafal)
Ads
Dengan membaca Al-Quran, kita juga akan mengembangkan saraf otak.
Penghafaz Al-Quran tidak akan diseksa setelah meninggal, jasadnya diharamkan oleh Allah untuk dilukai bumi.
4. Ta’lim (Mengajarkan)
Manusia terbaik adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannnya (HR Bukhari)
Ads
Generasi yang dekat dengan Allah adalah yang tidak berhenti belajar dan mengajarkan Al-Quran.
Mereka yang suka mendengar bacaan Al-Quran akan mendapat rahmat, kebaikan dan kemenangan serta diberi khabar berita.
Allah memberikan satu mulut dan dua telinga adalah untuk mendidik manusia supaya sedikit bercakap dan banyak mendengar.
Mendengarkan wahyu akan mendatangkan ketenteraman jiwa, kesucian hati, menghilangkan gangguan Syaitan, menguatkan jiwa dan meneguhkan langkah kehidupan.
Sesungguhnya, apabila hidup berpegang pada Al-Quran, ia akan menjadi pengubat hati, penawar rindu. Oleh itu, langkah-langkah di atas tidak boleh dianggap remeh. Secara emosionalnya, Al-Quran memberikan belaian dan ubat hati yang menteteramkan.
Secara spiritualnya pula, dengan membacanya, seolah-olah mendengar kembali Tuhan berfirman kepada dirinya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam kita menjalani ibadah puasa, perkara paling diutamakan adalah berniat. Puasa wajib boleh jadi tidak sah jika kita tidak berniat seperti yang sepatutnya.
Ada orang berniat setiap hari sebaik selesai bersahur. Namun ada juga yang digalakkan untuk berniat puasa sebulan kerana bimbang terlepas waktu sahur.
Jadi kelebihan berpuasa sebulan ini adalah bagi memudahkan perjalanan puasa kita sepanjang ramadan.
Bohonglah jika ada yang gembira ketika mendengar berita insan tersayang meninggal dunia. Walau siapa pun dia; alim ulama’, orang baik-baik atau penjenayah sekalipun akan ada yang berduka. Semua kita akan meninggalkan dunia fana ini menuju ke alam barzakh. Itu pasti tanpa ragu.
Perkara ini pasti terjadi, cuma tak tahu bila masanya kerana ia rahsia Allah. Tugas kita adalah melakukan persiapan awal. Persiapan ibadah kita mengutip pahala selama di dunia, itu adalah tanggungjawab peribadi.
Bagaimana pula kita yang masih hidup ini nak uruskan persiapan semasa ada ahli keluarga meninggal dunia? Tak kan nak serahkan bulat-bulat kepada AJK masjid untuk uruskan segala?
Ramai juga waris yang kalut dan bingung tak tahu apa yang nak dilakukan. Fikiran kusut dan emosi rapuh saat itu.
Bagi mengelakkan keadaan kelam kabut jika ada ahli keluarga dijemput Ilahi, ini adalah panduan yang sangat berguna yang dikongsikan oleh ustaz Saifudin yang mana proses persediaan ini terbahagi kepada dua iaitu persediaan sebelum dan semasa kematian.
Tiga langka ini bukan apa, ia akan memudahkan kita membuat bayaran pengurusan awal jenazah seperti memandikan, mangkafankan sehinggalah ke urusan pengkebumian. Ini semua pihak masjid boleh bantu. Jadi rajin-rajinlah berukkuwah dengan AJK masjid.
1. Bawa bertenang Paling utama kita harus bertenang. Jangan cemas. Apabila kita bertenang, otak dapat berfikir dengan baik.
2. Sampaikan berita kepada AJK masjid Segera maklumkan kepada ahli jawatankuasa masjid terdekat. InsyaAllah orang masjid akan membantu uruskan jenazah.
3. Segera hubungi sanak saudara lain Hubungi saudara mara dan ahli keluarga terdekat untuk memaklumkan berita duka ini.
4. Rapatkan mata arwah Secara perlahan, pejamkan kedua-dua matanya dan ikat kedua-dua rahang menggunakan kain agar mulut tidak terbuka. Sapu sedikit minyak bayi di kelopak mata untuk melembutkannya dan kemudian cuba rapatkan sekali lagi mata jika masih terbuka.
5. Lembutkan tulang sendi Perlahan-lahan, uruskan setiap tulang-tulang sendinya. Sapu sedikit minyak pada kedua-dua siku bagi melembutkannya kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.
6. Letak pemberat atas perut Cari dan letak objek sesuai yang sederhana berat di atas perutnya agar ia tidak kelihatan kembung.
7. Sunat tanggalkan pakaiannya Disunatkan agar ditanggalkan seluruh pakaiannya dan menutupnya dengan kain yang nipis.
8. Diselimutkan bagi menutup aurat Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki. Biasanya dengan beberapa helai kain batik lepas sudah mencukupi.
9. Letak di tempat tinggi & menghadap kiblat Pastikan kita letakkan jenazah di tempat yang lebih tinggi daripada lantai seperti di atas tilam serta menghadapkannya ke arah kiblat.
10. Pengesahan daripada doktor Dapatkan pengesahan rasmi ahli keluraga telah meninggal dunia dari doktor klinik atau hospital.
11. Laporan polis Selepas itu, dengan menggunakan surat pengesahan doktor tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.
12. Permit pengkebumian daripada polis Apabila laporan dibuat di pejabat atau balai polis, pihak berkuasa akan keluarkan Permit Pengkebumian atau surat matti sebagai kebenaran urusan pengkebu mian jenazah.
13. Penggali kubur Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya.
14. *Waris berehat seketika Berehat seketika dan cubalah tidur dulu sementara menunggu subuh jika kejadian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.
Ada dua perkara mustahak yang perlu diambil perhatian oleh ahli waris jika arwah memiliki harta peninggalan. Pertama adalah membersihkan harta peninggalannya dan kemudian mengenalpasti siapakah mereka yang layak menerima harta warisan itu.
Sebelum harta warisan diagih-agihkan, ianya perlu dibersihkan terlebih dahulu dari perkara-perkara yang masih diperlukan atau mempunyai kewajipan ke atasnya.
Perkara tersebut ialah:
Bayaran kos pengurusan jenazah: Tolak perbelanjaan penyelenggaraan dan pengkebumian. Contohnya membeli kain kafan, menggali kubur, sewa kenderaan jenazah, upah kepada yang memandikan dan sebagainya.
Menyelesaikan hutang arwah: Termasuklah sama ada hutang kepada Allah dan hutang sesama manusia. Contoh hutang kepada Allah adalah seperti kifarat, nazar, haji dan lain-lain yang belum sempat ditunaikan.
Melaksanakan wasiatnya: Wasiat mestilah dipastikan tidak melebihi 1/3 daripada hartaT
Tuntutan harta sepencarian: Harta sepencarian perlulah di nilai dan dikembalikan kepada pasangan arwah atau mereka yang mempunyai kepentingan terhadap sesuatu harta atau asset yang ditinggalkan.
Andai selesai empat perkara di atas, maka baki harta peninggalan barulah boleh diuruskan mengikut pembahagian faraid kepada ahli waris yang berhak.
Kashoorga: Ramai yang kurang ambil kisah persiapan awal pengurusan jenazah ini. Faham kan betul-betul supaya kita boleh fokus dengan baik semasa kejadian. Untuk *14, itu adalah saranan supaya waris dapat rehat dan tenaga mencukupi bagi urusan pengurusan jenazah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bergelar seorang ibu adalah saat paling membahagiakan. Lagi-lagi apabila usia perkahwinan baru setahun jagung.
Bersyukur kerana dilkurniakan rezeki yang cepat oleh Allah dan paling penting setiap pasangan itu sudah bersedia bergelar ibu dan ayah.
Namun begitu, bagi yang pertama kali melahirkan anak pasti terbayang sakit terpaksa ditanggung ketika proses mahu melahirkan.
Situasi ini adalah normal dan merupakan pengalaman terindah perjalanan bergelar seorang ibu.
Janganlah takut untuk merasainya kerana hanya yang bergelar ibu saja dapat merasai sakit sebenar mahu melahirkan khalifah Allah ini.
Namun begitu sebagai orang Islam, ada beberapa doa dan zikir dari surah terpilih yang boleh bantu kita kurangkan sakit bersalin atau kontraksi.
Perkongsian di laman sosial Facebook memberitahu petua boleh amalkan. Bukan saja oleh isteri tetapi juga suami. Sentiasalah berada di sisi dari awal hinggalah selesai proses melahirkan.
Cara Mudah Bersalin Yang Patut Mommies Amalkan Sekarang! Berikut adalah antara petua yang boleh diamalkan:
Bersujud Tahukah anda posisi sujud bagus untuk memudahkan bukaan bersalin? Selain itu, posisi ini juga bagus untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi.
Zikir nabi Yunus A.S Antara zikir yang disarankan untuk diamalkan ketika hendak bersalin. Zikir nabi Yunus a.s di dalam perut ikan.
Surah Maryam Salah satu surah yang sangat sesuai diamalkan bagi tujuan memudahkan proses bersalin.
Mencangkung Banyakan pergerakan mencangkung. Perbuatan ini akan membantu memudahkan bukaan bersalin terbuka.
Banyak berjalan Ini antara petua yang kita sering dengar bukan? Banyak berjalan juga merupakan salah satu cara memudahkan bukaan bersalin terbuka.
Bekalan tenaga Proses bersalin merupakan satu proses yang sangat memenatkan dan memerlukan tenaga yang banyak. Minum air yang memberi tenaga seperti susu badam atau makan makanan yang banyak memberi tenaga seperti kurma.
Teknik pernafasan Menguasai teknik pernafasan adalah sangat-sangat penting. Teknik pernafasan beritma boleh membantu anda bertenaga semasa proses melahirkan.
Meneran Meneran semasa bersalin sangat memerlukan tenaga yang banyak. Cara meneran dengan betul akan membantu mengurangkan risiko terkoyak dan luka. Antar yang anda perlu ingat ialah jangan mengangkat punggung ketika meneran.
Kurangkan berehat Anda mungkin pelik dengan petua ini. Sebenarnya, bukan tidak boleh berehat, cuma, semasa hamil elok perbanyakan senaman ringan bagi memudahkan proses melahirkan. Banyak berehat akan mengurangkan stamina anda untuk menghadapi proses bersalin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Terjaga jam 3 pagi sepatutnya menjadi nikmat berharga untuk bertahajud, namun akibat penangan filem seram, ramai yang tewas dengan imaginasi sendiri. Ketahui pandangan Islam tentang ketakutan ini, bagaimana bisikan syaitan mengambil kesempatan, serta amalan terbaik untuk mengatasi rasa takut agar kemanisan beribadah tidak dirampas oleh cerita rekaan.