Menipu Allah dalam doa. Doa adalah pengharapan seorang hamba pada pencipta-NYa. Saat hati gelisah dan jiwa terbeban, kita mengangkat tangan memohon pertolongan daripada Allah SWT, yakin bahawa hanya Dia yang mampu mengubah keadaan.
Namun, ada manusia yang hanya ingat kepada Allah ketika ditimpa musibah, lalu merintih dan merayu dengan penuh pengharapan. Tetapi apabila Allah memberi kemudahan dan mengangkat ujian tersebut, mereka kembali lalai dan melupakan janji yang pernah mereka ucapkan.
Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan, doa yang diucapkan bukan lagi tanda keikhlasan, tetapi sekadar luahan ketika terdesak.
Menurut Dr Ahmad Sanusi Azmi dalam satu perkongsian beliau, Allah SWT menegur sikap ini dengan ayat-ayat yang jelas dalam al-Quran, mengingatkan kita agar tidak mempermainkan doa dan hubungan kita dengan-Nya.
Menipu Allah Di Dalam Doa Mereka
Allah menempelak sikap sebahagian manusia yang lupa dengan janji mereka. Ketika ditimpa kesusahan, bersungguh mereka berdoa agar Allah membantu mereka. Setelah diberikan kesenangan, mereka melupakan Allah, bahkan menyekutukan Allah dengan yang lain.
“Apabila manusia ditimpa kesusahan, dia berdoa kepada Allah, memohon bantuan dan bertaubat kepadanya, (namun) apabila dihilangkan dari mereka kesusahan tersebut, dia lupa apa yang pernah diucapkan dalam doa mereka sebelum itu.” (al-Zumar:8)
Malah Allah perincikan lagi sifat manusia yang melupakan Allah setelah diberikan kesenangan. Ketika ditimpa kesusahan, mereka memohon agar Allah memberikan mereka kekayaan dan kesenangan. Namun, apabila diberikan kesenangan, mereka berubah menjadi kedekut untuk menyumbang.
“Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah. Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut.”
Sehingga apabila tiba saat kematian, mereka menyesal lalu mereka memohon kepada Allah agar diberikan satu lagi peluang untuk bersedekah dan berbuat baik. Lalu semuanya telah terlambat.
“Sehinggalah apabila datang kematian kepada mereka, mereka berkata: Wahai Tuhanku kembalikan aku ke dunia supaya aku boleh melakukan amal soleh yang aku tinggalkan.”
Sikap suami yang kedekut dengan isteri dan anak-anak pun berkira memang menyebabkan Wanita memendam rasa.
Apatah lagi isteri tak bekerja, hanya mengharapkan nafkah dari suami saja. Hendak membeli makanan yang teringin di tekak pun dianggap membazir, apatah lagi mahu membeli pakaian cantik atau barang penjagaan diri.
Mungkin juga ada isteri yang tak dapat menahan sikap suami begini lantas mengambil wang secara senyap-senyap. Dalam hal ini adakah dikira berdosa?
Persoalan ini dijawab oleh Ustazah Asma’ Harun dalam hantaran di Facebook beliau.
Suami adalah ketua keluarga yang mentadbir ahli rumahnya serta WAJIB baginya memberi nafkah buat isteri dan anaknya.
Ini bertepatan dengan satu kisah di zaman Nabi Muhammad SAW.
يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أَبَا سُفْيَانَ رَجُلٌ شَحِيحٌ وَلَيْسَ يُعْطِينِي مَا يَكْفِينِي وَوَلَدِي، إِلَّا مَا أَخَذْتُ مِنْهُ وَهُوَ لاَ يَعْلَمُ، فَقَالَ: «خُذِي مَا يَكْفِيكِ وَوَلَدَكِ، بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan itu lelaki yang sangat kedekut. Beliau tidak memberiku dan anakku perbelanjaan (nafkah) yang cukup melainkan apa yang aku ambil darinya dalam keadaan dia tidak tahu. Lalu Baginda bersabda: Ambillah (daripada hartanya) sekadar untuk memenuhi keperluanmu dan anakmu.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Menurut al-Fiqh al-Manhaji, kadar nafkah makanan asasi adalah dua cupak bagi mereka yang berkemampuan, satu setengah cupak bagi mereka yang sederhana dan satu cupak bagi mereka yang fakir. Begitu juga, lauk-pauk, pakaian dan selainnya ditentukan berlandaskan adat setempat dengan syarat tidak bertentangan dengan hukum syarak.
Seorang isteri yang tinggal serumah dan makan bersama suaminya sepertimana kebiasaan yang dilakukan pada setiap hari tanpa menetapkan kadar makanan dan lauk-pauk tertentu, maka ia sudah dikira sebagai nafkah dan disebut sebagai nafkah kecukupan.
Kesimpulannya, sekiranya seorang suami memberi nafkah yang mencukupi buat isterinya tanpa mengambil mudah tanggungjawab dan keperluan asas isi rumah, maka isteri tidak dibenarkan mengambil duit suami. Sekiranya tidak, maka dibolehkan mengambil duit suami untuk mencukupi kadar seharian.
Bahkan meninggalkan pemberian nafkah kepada isteri dan anak-anak dianggap sebagai satu dosa berdalilkan sabda Nabi SAW yang berikut.
كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُضَيِّعَ مَنْ يَقُوتُ
Maksudnya: “Cukuplah seorang lelaki itu dikira berdosa apabila dia mengabaikan tanggungjawabnya ke atas sesiapa yang berada di bawah penjagaannya.” (HR Abu Daud).
1- Suami wajib memberikan nafkah buat isteri berdasarkan kemampuan ekonomi keluarga.
2- Boleh mengambil duit suami jika suami culas dengan tanggungjawab.
3- Suami tidak wajar mengambil kesempatan akan harta isterinya tanpa keizinan.
Ulamak berbeza pendapat dalam memberikan hukum terhadap sambutan tahun baru masihi. Secara ringkasnya, ianya terbahagi kepada dua pendapat:
Pertama:Pendapat yang mengatakan haram bagi menyambut tahun baru masihi. Dalil yang digunakan adalah berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW, dari Ibn ‘Umar R.Anhuma:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: Telah berkata Rasulullah SAW: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu”. Riwayat Abu Daud (4031)
Al-Imam al-San’ani Rahimahullah berkata bahawa hadis di atas menunjukkan barang siapa yang menyerupai orang-orang fasiq ataupun kafir ataupun orang yang melakukan bid’ah dalam apa jua perkara yang dikhaskan padanya dari segi pemakaian, tunggangan ataupun gerak-geri tingkah laku maka dirinya tergolong dalam kalangan mereka.
Disebutkan juga pendapat lain yang mengatakan bahawa tasyabbuh itu juga berlaku dalam perkara-perkara dalaman bersifat i’tiqad, iradat (kemahuan dan kehendak) dan perkara-perkara luar dari segi perkataan, perbuatan yang boleh menjadi ibadat dan adat.
Kebiasaan sambutan tahun baru ini dimonopoli oleh golongan bukan Islam yang mana kita ketahui di dalam sambutan tersebut berlakunya perkara-perkara mungkar seperti pembaziran, meminum arak, ikhtilat, konsert nyanyian dan sebagainya. Ianya menjadi adat kebiasaan bagi golongan ini dan setiap hadirnya tahun baru, maka perkara-perkara mungkar ini akan berulang.
Berdasarkan hadis inilah, sebahagian ulamak mengharamkan umat Islam dari menyambut dan juga menyertai majlis-majlis sambutan tahun baru yang mana pertamanya adalah meniru golongan kuffar dan yang keduanya dengan melihat perkara-perkara mungkar yang terdapat pada sambutan tersebut.
Kedua:Pendapat yang mengatakan harus bagi menyambut tahun baru. Ianya berdasarkan bahawa kalendar Gregorian yang digunakan pada masa kini, meskipun bukan ciptaan Islam, penerimaan terhadap kalendar moden ini tiada bersangkut paut dengan agama malah masyarakat awam tidak lagi mengetahui dan mengambil endah tentang asal-usulnya dan kaitannya dengan mana-mana agama. Oleh itu, penggunaan kalendar moden ini lebih kepada adat dan kebiasaan yang berlaku.
Ianya juga melihat kepada Islam yang menerima sesuatu adat setempat yang mana jika tidak bercanggah dengan syara’, maka ianya boleh diterima dan dijadikan sebagai satu hukum. Kaedah fiqhiyyah ini disebutkan sebagai:
العَادَةُ مُحَكّمَةٌ
Maksudnya: Adat (yang tidak bercanggah dengan syara’) boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan.
Dalam satu kaedah fiqhiyyah yang lain ada menyebut:
Maksudnya: Sesungguhnya (sesuatu itu) diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan atau dilakukan oleh majoriti.
Sambutan ini, meskipun hukumnya diharuskan, namun perlulah diberikan garis panduan yang sewajarnya agar tidak berlaku perkara-perkara kemungkaran. Antara yang perlu diberikan perhatian adalah seperti berikut:
Sambutan Tahun Baru mestilah disambut dengan asas ianya adalah uruf dan adat kebiasaan dan bukannya dianggap sebagai upacara keagamaan. Tidak berlaku percampuran di antara lelaki dan perempuan. Tidak dihidangkan arak dalam majlis sambutan tersebut. Tidak diadakan program-program yang melalaikan dan sebagai satu inisiatif yang lain, pihak penganjur perlulah memikirkan program-program yang baik dan dapat mendidik jiwa masyarakat yang menyertai sambutan tersebut. Tidak berlakunya pembaziran.
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Saya tertarik dengan satu pendapat yang telah dikemukakan oleh Syeikh Abdullah bin Bayyah Hafizahullah, antara lain menyebut:
“Memperingati hari-hari bersejarah tertentu bukanlah satu hari raya yang berbentuk keagamaan. Ia hanyalah satu sistem duniawi yang digunakan untuk tujuan memperingati dan mengambil pengajaran daripada sejarah serta bersyukur dengan nikmat Allah. Bukan semua perkara yang kita lakukan dan dalam masa yang sama ia juga dilakukan oleh ahli agama lain maka ia menjadi haram. Tidak. Yang haram adalah menurut mereka dengan niat (al-tashabbuh) bukannya semata-mata wujud persamaan (al-mushābahah) Abū Yūsuf pernah disoal tentang pemakaian selipar yang sama dengan selipar agama orang Kristian.
Beliau menjawab: Nabi Muhammad pernah memakai selipar yang berbulu yang menyerupai golongan rahib. Maknanya al-mushābahah tidak sama dengan al-tashabbuh. Nabi tidak memakai selipar itu dengan niat untuk menyerupai mereka, bahkan ia hanyalah satu bentuk persamaan biasa sahaja,”
Justeru, dalam kita menyambut Tahun Baru, marilah sama-sama kita mengubah ke arah yang lebih baik dalam lainnya dengan menghadirkan diri ke masjid dan kelas-kelas pengajian agama untuk belajar tentang solat, berzikir bersolat dan berdoa serta bermunajat agar tahun baru yang mendatang ini lebih diberkati dan juga sebagai titik perubahan buat kita ke arah yang lebih baik.
Elakkan sama sekali aktiviti-aktiviti yang membazirkan masa, maksiat dan juga meniru cara orang-orang yang lalai ketika menyambut tahun baru. Ingatlah bahawasanya waktu yang kita miliki ini amat terhad dan terbatas. Marilah kita isikannya dengan perkara-perkara dan perbuatan-perbuatan yang akan dipahalakan oleh Allah SWT dalam mizan hasanat kita kelak.
Maksudnya: “Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,”Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (Al-Syu’ara’: 88-89)
Saya berdoa kepada Allah SWT semoga tahun baru ini dapat memberikan sinar bahagia dan menghilangkan kabus kesusahan dalam kehidupan kita dan seterusnya kita sentiasa berada rahmat, taufik, hidayah dan inayahNya.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan. Sahibus Samahah Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Isteri enggan serumah dengan mentua. Suami wajib sediakan tempat tinggal yang tidak bercampur dengan orang lain termasuklah dengan ibu, bapa mertua.
Isu tinggal bersama mentua sering menjadi perdebatan dan konflik dalam rumah tangga. Tiada masalah jika isteri redha dan suka namun bagaimana pula jika si isteri tidak selesa dan mahu tinggal di rumah sendiri sedangkan suami enggan melakukannya.
Mengulas tentang perkara ini menurut Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil, si isteri berhak mendapatkan hak tinggal di tempat sendiri bersama suami dan anak-anaknya tanpa dicampurkan dengan orang lain.
Jelas Dr Syed Shahridzan, yang juga Ketua Penolong Mufti Wilayah Persekutuan, tanggungjawab suami menyediakan tempat tinggal untuk isteri berdasarkan kemampuannya, sama ada beli, sewa atau pinjam dari orang lain.
Antara hak isteri yang wajib suami sediakan ialah tempat tinggal yang tidak bercampur dengan orang lain termasuk ibu bapa mentua.
Perkara ini ditegas oleh ulama-ulama mazhab Syafie antaranya Imam Syamsuddin al-Ramli di dalam karyanya, “Ghāyat al-Bayān Syarḥ Zubad Ibn Arsalān”:
وَلَو اشْتَمَلت دَار على حجر مُفْردَة الْمرَافِق جَازَ إسكان الضرات فِيهَا من غير رضاهن وَكَذَا إسكان وَاحِدَة فِي علو واخرى فِي سفل مَعَ تَمْيِيز الْمرَافِق لِأَن كلا مِمَّا ذكر مسكن.
Maksudnya: “Jika sebuah rumah terdapat bilik-bilik yang memiliki kemudahan-kemudahan yang tersendiri, suami harus menempatkan isteri-isterinya di dalamnya tanpa reda mereka.
Begitu juga menempatkan salah seorang isterinya di tingkat atas dan seorang lagi di tingkat bawah beserta kemudahan-kemudahan yang dapat dibezakan (dipisahkan) kerana kedua-duanya disebut sebagai tempat tinggal (yang berbeza)”.
Berdasarkan kenyataan di atas, si isteri berhak mendapatkan hak tinggal di tempat sendiri bersama suami dan anak-anaknya tanpa dicampurkan dengan orang lain.
Isteri juga berhak mendapat tempat tinggal sendiri yang memiliki keperluan-keperluan asas hidup seperti dapur, perkakas asas rumah, tandas dan tempat tidur yang tidak dikongsi oleh orang lain kecuali suami dan anak-anak.
Suami boleh menempatkan si isteri dalam sebuah bilik yang besar dalam sebuah rumah yang besar yang bercampur ahli keluarga yang lain. Dengan syarat bilik itu lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas rumah. Dengan itu si isteri mampu bergerak bebas dan urusan privasinya tidak terganggu oleh orang lain.
Ini kerana bilik sebegitu (point 5) sudah termasuk dalam kategori rumah kediaman yang tersendiri. Berlainan jika isteri ada hak privasinya hanya dalam bilik tidur di sebuah rumah yang bercampur dengan orang lain. Bahkan tiada privasi ketika dia ingin menggunakan kemudahan dan barang keperluan di dalam rumah.
Suami boleh menempatkan isteri serumah dengan mentuanya atau dengan madunya berdasarkan syarat keredaan dari si isteri. Jika isteri tidak reda si suami tiada hak untuk memaksa si isteri berbuat demikian. Begitu sebaliknya, si isteri tidak boleh paksa si suami tinggal bersama ibu bapanya(isteri).
Taat kepada perintah ibu bapa itu wajib hukumnya, tetapi bukanlah secara mutlak. Seseorang wajib mentaati kedua-duanya selagimana arahan itu tidak bercanggah dengan syariat, tidak berunsur maksiat dan tidak mengambil hak orang lain.