“Alhamdulillah Rahmat Allah Buat Yusuf…” – Baru 4 Tahun Dah Minta Ayah Ajar Ambil Wuduk, Netizen Doakan Jadi Anak Soleh

Share

Siapa tidak mengenali anak sulung kepada pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Yusus Iskandar.

Setelah tidak terbabit dalam bidang seni, Hanis Zalikha kini lebih senang mendidik anak-anaknya di rumah dengan ilmu berguna serta aktiviti disukai.

Artikel Berkaitan: Kuatnya ‘Bonding’ Keluarga Hanis Zalikha & Kucing Kesayangan, Bujibu Chempel. Doa Allah Panjangkan Usia!

Baru-baru ini dalam satu posting di Instagram milik Yusuf yang berusia 4 tahun ini telah meminta bapanya mengajar cara-cara untuk mengambil wuduk.

h4>theyusufiskandar Hari ni Yusuf pergi dekat Daddy “Daddy can you teach me wudhuk?”

Ternyata permintaan anak yang semakin bijak ini begitu menyentuh perasaan kedua ibu bapanya.

Tidak dinafikan hasil didikan yang betul dan sempurna dari kedua ibu bapanya menyebabkan Yusuf bijak berfikir ke arah suatu yang lebih baik walaupun masih kecil.

Sebaik muat naik posting ini, nyata menyentuh hati warganet dan masing-masing mendoakan Yusuf bila besar nanti menjadi anak yang soleh.

phhnsrnsr Alhamdulillah..rahmat Allah buat yusuf

frhfrizan Aloooo my big boy yang cerdik pandai ni, always be anak soleh mommy daddy kayh

asmaismail88 Semoga jadi anak soleh yusuf aminnn

tinamin2601 Yusof anak yg Soleh sayang.. Nani duaa kan berjaya di dunia & akhirat.. Aamiin Allahummah Aamiin..@haniszalikha

nojie.awi Bakal pemimpin yg solehah…untungnya…

meow_1412 Waaa mashaAllah pandainye didikk anak

Kredit Foto: Instagram Hanis Zalikha & Yusuf Iskandar

IKLAN