Kerohanian

Allah Padam 60 Ribu Nama Ahli Neraka Setiap Malam Di Bulan Ramadan, Bacalah Doa Ini Agar Kita Dipilih

Share

Bulan Ramadan sangat mulia. Pada bulan ini, Al-Quran diturunkan bahkan pada bulan ini juga telah ditetapkan satu malam lebih baik beramal padanya daripada seribu bulan.
Rasulullah SAW turut menjelaskan keistimewaan bulan Ramadan menerusi sabdanya yang bermaksud: “Apabila Ramadan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan dibelenggu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Bahkan di bulan yang sangat istimewa ini juga, Allah memadamkan 60,000 nama, membebaskan 60,000 ahli neraka hanya pada bulan Ramadan.

Dari satu perkongsian ceramah oleh Ustaz Wadi Annuar, kita digalakkan untuk membaca satu doa yang sangat masyhur ini di bulan Ramadan.

Doa ini pendek namun memberi erti yang cukup besar iaitu membebaskan kita dari azab api neraka.

Doanya berbunyi begini:-

Allahumma Jaaína min utaqo’fi shahri ramadan

Atau boleh dibaca dalam bahasa Melayu iaitu “Wahai Allah, jadikanlah kami, pilihlah nama kami wahai Allah di kalangan mereka yang dibebaskan dari senarai api neraka.

Tambah Ustaz Wadi, setiap malam Allah akan padamkan 60,000 nama ahli neraka dan kita digalakkan membaca doa ini agar Allah memilih nama kita dipadamkan dari senarai ahli neraka.

“Dan bila sampai pada 30 Ramadan, ada kira-kira 1.8 juta nama ahli neraka dipadamkan nama-nama umat Nabi Muhammad dari seksaaan azab api neraka.

Dalam pada itu, kita boleh juga membaca doa memohon perlindungan dari azab neraka jahanam di waktu-waktu doa solat kita sepanjang tahun.

Ini doanya:-

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ ۖ اِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا

“Rabbanaa ishrif ‘annaa ‘adzaaba jahannama inna ‘adzaabahaa kaana gharaamaan. (QS Al-Furqan: 65).”

“Ya Tuhan kami, jauhkanlah azab Jahanam dari kami, sungguh azab itu adalah kebinasaan yang kekal.”

Juga ada doa memohon kebaikan di akhirat

رَبَّنَآ اٰتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَّفِى الْاٰخِرَةِ حَسَنَةً وَّقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Rabbana atina fid-dun-ya ḥasanataw wa fil-akhirati ḥasanataw wa qina ‘azaban-nar. (QS Al Baqarah: 201).”

“Ertinya: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka.”

Doa memohon perlindungan dari api neraka

رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظّٰلِمِيْنَ

“Rabbana la taj’alna ma’al-qaumiz-zalimin.” (QS Al A’raf: 47).

“Ertinya: Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama-sama orang-orang zalim itu.”

Untuk tontonan video : Kredit :- Tik Tok @Pencinta Rasulullah

IKLAN