‘Allahuakbar, sedihnya.’ Kereta terbabas dalam sungai, budak 12 tahun meninggal depan mata mak, abah.

Allahuakbar beratnya ujian, namun sebagai hamba-Nya, walaupun perit kita perlu reda dengan ujian Allah apatah lagi anak hanyalah pinjaman dari Allah.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, tidak dapat bayangkan perasaan mak dan abahnya melihat anak pergi di depan mata tanpa mampu berbuat apa-apa.

Artikel Berkaitan:

Syahidnya Seorang Isteri, Lepas Anak Meninggal, Wanita Ini Pula Bertemu PenciptaNya Akibat Sesak Nafas

Allahuakbar, Sedihnya

“Saya terkilan tak sempat selamatkan anak yang masih berada dalam kereta… masih terngiang dia menjerit abah… abah,” kata Suhaimi Hassan, 37.

Anak Suhaimi, Muhammad Khairil Muhaimin, 12, ditemui lemas dalam Proton Saga selepas kereta dinaiki mereka sekeluarga terjunam ke dalam Sungai Korok, Jitra, kelmarin.

Menurutnya, ketika kereta hampir tenggelam, dia dan isterinya, Nurul Aqmar Zainol, 35, yang hamil tujuh bulan berjaya keluar namun, anak sulungnya gagal menyelamatkan diri.

IKLAN

Terpaksa Reda Walaupun Sedih

“Terdengar arwah menjerit, abah.. abah dan pada masa sama saya serta isteri cuba menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap.

“Saya cuba berenang mencarinya selepas itu tetapi kereta tenggelam ke dasar sungai,” katanya.

“Pada masa sama, saya teringatkan anak yang masih berada dalam kereta itu dan cuba berenang mencarinya tetapi kereta itu tenggelam ke dasar sungai,” katanya.

Kereta Terbabas Dalam Sungai

Suhaimi yang bekerja kampung berkata, ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke pekan Jitra dari rumah ibu mentuanya di Tanjung Kapur untuk membeli susu anak bongsu yang berusia dua tahun.

Katanya, secara tiba-tiba dia terasa stereng keretanya seperti ‘ditolak’ ke kiri dan kanan tetapi dia cuba mengawal keadaan, namun hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam sungai.

IKLAN

Dia juga memberitahu mengesan banyak perubahan sikap anak sulung daripada tiga beradik itu namun sukar menjelaskan satu persatu kerana masih trauma.

Budak 12 Tahun Meninggal Depan Mata Mak, Abah

“Saya reda dengan apa yang berlaku walaupun kehilangan anak buat selamanya,” katanya yang memberitahu arwah anaknya adalah murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Payung, Pokok Sena.
Menurutnya, mereka sekeluarga menetap di Bukit Payung, Pokok Sena tetapi bermalam di rumah keluarga di Tanjung Kapur sejak dua hari lalu kerana ibu mentua tidak sihat.

Jenazah Muhammad Khairil Muhaimin akan dibawa ke Tanjung Kapur di Jitra untuk dikebumikan, semalam.

Baca Di Sini:

‘Bersalin Di Dunia, Berpantang Di Syurga.’ Ibu Ini Meninggal, Selepas Bertarung Nyawa Lahirkan Anak Kelima

IKLAN

Bukan Menidakkan Qada&Qadar Allah.’ Anak 2 Tahun Meninggal Kanser, Ibu Terharu Dapat Lihat Wajah ‘Remaja’ Anak

Kashoorga: Semoga keluarga ini terus kuat berdepan dengan ujian berat ini. Amin. Al-Fatihah.

Sumber: myMetro

Kredit Foto : Facebook Safuan

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI