Amalan Sederhana Tapi Membawa Kita Ke Syurga

Share

Setiap dari kita pasti berharap menjadi ahli syurga. Dalam pada itu, ada beberapa amalan sederhana yang menjadi sebab seseorang dimasukkan ke dalam syurga.

Dari Abu Hurairah, Rasulllah SAW bersabda, “ditunjukkan kepadaku tiga golongan yang pertama kali akan masuk syurga iaitu orang-orang yang mati syahid, orang-orang suci yang menjaga kesuciannya serta hamba-hamba sahaya yang beribadah kepada Allah dengan baik dan memberi nasihat kepada tuannya” (HR Ahmad, Hakim dan Al-Baihaqi).


Rasulullah SAW menyebutkan beberapa amalan sederhana yang membawa kita ke syurga.

1.Menghafal Asmaul Husna :-

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang ertinya :

“Sesungguhnya Allah memiliki 99 nama. Sesiapa yang membaca dan menghafalnya akan masuk syurga.

2. Memberi Makan Orang Miskin :-

Suatu hari Rasulullah SAW bertanya: “Siapa di antara kamu yang berpuasa hari ini?”. Abu Bakar RA menjawab: “Aku”. Rasulullah SAW bertanya lagi: “Siapa di antara kalian yang telah mengikuti pengebumian hari ini?” Abu Bakar RA berkata: “Aku”. Rasulullah SAW berkata lagi: “Siapa di antara kalian yang memberi makan orang miskin hari ini?” Abu Bakar berkata lagi: “Aku”. Rasulullah SAW bertanya lagi: “Siapakah di antara kalian yang menjenguk orang sakit hari ini?” Abu Bakar menjawab: “Aku”. Rasulullah SAW kemudian berkata: “Jika terkumpul seluruh amalan pada seseorang (seperti ini), nescaya ia akan masuk syurga”. Umar bin Khattab RA sambil mengangguk “Oh… itu (amalan) ahli syurga”.

3. Melawat Orang Sakit :-

Imam at-Tirmidzi dalam satu hadisnya :- “Tidaklah seorang muslim melawat muslim yang lain di pagi hari melainkan 70.000 malaikat berselawat ke atasnya, meminta keampunan kepadanya hingga di petang hari. Dan jika ia menziarahi orang sakit di petang hari, maka 70,000 malaikat berselawat ke atasnya, meminta keampunan untuknya hingga ke pagi. Dan ia akan mendapat buah-buahan yang akan dipetik di dalam syurga kelak.” (HR Tirmidzi).

Demikian beberapa amalan sederhana yang menjadikan seseorang sebagai ahli syurga. Semoga kita dipermudahkan untuk mengamalkannya. Aamiin! Sumber : Kalam Sindownews.

IKLAN