Ambil Berkat Nama Anak, Siti Nurhaliza Buka Sekolah Untuk Kanak-Kanak Di Gaza, Palestin

Share

Namanya cukup disegani. Lebih 20 tahun bergelar anak seni, kebanyakannya manis-manis belaka bagi lagenda Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Keperibadiannya, sikap pemurahnya, akhlak dan ukhwahnya sangat dijaga. Tak hairanlah peminat sentiasa memberikan sokongan padu buatnya tanpa mengenal usia.

Terkini, nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza sekali lagi dikenang membawa kebaikan apabila menubuhkan sebuah sekolah khusus untuk anak-anak di Palestin.

Mengambil keberkatan nama dua orang cahayamatanya iaitu Muhammad Afwa dan Siti Aafiyah, dirinya memaklumkan telah menyewa sebuah bangunan di negara terbabit dan diberi nama Sekolah Kanak-Kanak Afwa & Aafiyah di Gaza, Palestin.

Dalam satu perkongsian di instagramnya, Dato’ Sri Siti memaklumkan hal ini.

Alhamdulillah, sejak Oktober 2021, sekolah kanak-kanak Afwa & Aafiyah berjaya ditubuhkan di Gaza, Palestin. Sedikit demi sedikit kita bangunkan di bangunan yang disewa serta menggajikan tenaga pengajar dan petugas.

Sekolah ini mengajar hafazan, Al-Quran, akademik serta tentang akhlak/adab. Kita juga menyediakan makanan kepada semua pelajar pada waktu persekolahan.

Ini adalah usaha Siti, suami, Yayasan Nurjiwa serta sumbangan orang ramai yang terus ke Yayasan Nurjiwa dan juga di Tabung Bencana Alam, Palestin dan Covid-19 (ada di linktree di bio instagram @ctdk, boleh klik link untuk membuat sumbangan).

Siti juga melancarkan Music Of The Soul: An Evening Of Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan salah satu tujuannya adalah untuk mengumpul dana bagi pembiayaan sekolah ini. Kepada seluruh pembeli tiket, kami mengharapkan, apa yang anda sumbangkan dirahmati dan dikurniakan keberkatan di atas usaha kita. Sumber : IG @CTDK

 

IKLAN