Hidayah itu milik Allah. Siapa yang menerimanya sangat beruntung dan semoga terus istiqomah dengan jalan pilihan.
Jika menyebut nama Bill Gates, lelaki ini antara jutawan di dunia. Pernah tersenarai 13 kali berturut-turut sebagai orang terkaya di dunia. Bahkan namanya cukup terkenal di seluruh dunia kerana mengasaskan Microsoft Corporation (bersama rakan kongsinya, Paul Allen).
Namun sehari dua ini, nama Bill Gates sekali lagi menjadi sebutan. Kali ini bukan kerana kekayaannya, tapi viral mengatakan anak perempuannya, Jennifer Gates sudah mengucap dua kalimah syahadah dan sudah selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nayelm Nassar asal dari Mesir pada 15 Oktober lalu bersamaan hari Jumaat yang mulia di New York. Dan dikatakan majlis diadakan mengikut syariat islam.
Ads
Masyarakat berspekulasi bahawa Jennifer Gates sudah bergelar seorang mualaf kerana Nayelm merupakan seorang muslim. Ini kerana syarat pernikahan, kedua mempelai harus memiliki agama yang sama tetapi sehingga ke hari ini, tidak dipastikan adakah anaknya memang benar memeluk agama islam.
Ads
Ini kerana proses ijab kabul pasangan ini dilakukan secara tertutup di taman seluas 142 hektar di North Salem, New York, Amerika Syarikat. Ini kerana sehari selepas akad nikah, keduanya melakukan pengesahan dokumen. Majlis persandingan dilakukan sehari selepas itu dengan kehadiran 300 tetamu dan kumpulan Coldplay menghiburkan tetamu di majlis istimewa itu.
Ads
Resepsi pernikahan itu dilakukan di ladang kuda mewah bernilai USD16 juta yang merupakan hadiah Bill Gates kepada puteri sulungnya itu selepas lulus dari Stanford University. Malah saat menjengah Instagram keduanya, jelas Nayelm merupakan atlet yang aktif dalam sukan berkuda dan minat itu dikongsi dengan Jennifer. Majlis persandingan mewah bernilai USD2juta itu turut dihadiri Bill Gates dan bekas isterinya, Melinda Gates di mana Jennifer tampil cantik memakai gaun direka oleh Vera Wang.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) maklum mengenai video tular bacaan doa untuk dimurahkan rezeki menambah isteri lebih daripada seorang di sebuah program tertutup anjuran jabatan yang membabitkan pegawainya.
Menurut Pengarah Jawi Datuk Mohd Ajib Ismail, hasil siasatan mendapati lelaki membaca doa berkenaan adalah Ketua Imam di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan.
Katanya, bacaan doa itu adalah di luar daripada teks doa yang ditetapkan pihak penganjur.
“Justeru tindakan nasihat dan teguran sudah diberikan terhadap pegawai berkenaan. Langkah itu bertujuan mengingatkannya supaya mematuhi garis panduan dan teks doa yang ditentukan oleh pihak Jawi pada masa akan datang.
“Ini kerana Jawi amat mengambil berat terhadap profesionalisme pegawai dalam melaksanakan tugasan supaya imej institusi Islam sentiasa terpelihara,” katanya.
Terdahulu, tular di laman sosial rakaman video seorang pegawai Jawi yang berseloroh ketika membaca doa dalam satu majlis tertutup anjuran jabatan berkenaan.
Rakaman video berdurasi 44 saat itu menunjukkan lelaki itu berdoa memohon diberikan rezeki yang mencurah bagi melayari bahtera kehidupan dan membolehkan menambah isteri lebih daripada seorang.
Kasihnya seorang abang. ‘Tak sanggup lihat adik derita dialisis seumur hidup, abang derma buah pinggang demi melihat adik kembali sihat.
Utuhnya ikatan adik-beradik ini apabila abangnya sanggup mendermakan sebelah buah pinggangnya buat adik tercinta setelah adiknya menjalani rawatan dialisis sejak enam tahun lalu.
“Terima kasih abang sebab abang dermakan buah pinggang abang pada Nana. Nana akan jaga buah pinggang ini sebaik mungkin.”
Demikian luahan hiba Maslyana Mohd Yusof, 34, yang lebih mesra disapa Nana selepas menerima buah pinggang yang didermakan abang kandung, Mohd Nazri, 37, melalui satu pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 11 April lalu.
Maslyana merupakan pesakit buah pinggang kronik tahap lima, kini seperti mendapatkan ‘kehidupan’ baharu dengan pengorbanan dan kasih sayang seorang abang yang tidak sanggup melihat adiknya menderita dan menjalani rawatan dialisis seumur hidupnya.
Lebih meruntun hati, niat murni Mohd Nazri yang mahu mendermakan buah pinggangnya kepada Nana tetap diteruskan selepas lelaki itu kembali pulih daripada menjalani pembedahan membuang tumor dalam jantungnya pada 2019.
Berkongsi kisahnya, Nana yang juga ibu tunggal kepada dua anak lelaki itu disahkan sebagai pesakit buah pinggang sejak Oktober 2017 ketika sedang hamil anak ketiganya.
Menurutnya, sebulan selepas itu, dia menjalani dialisis, namun bayinya meninggal dunia ketika kandungan berusia 21 minggu pada hari kedua dia menjalani rawatan berkenaan.
“Abang beritahu mahu mendermakan sebelah buah pinggangnya sejak 2018, demi masa depan saya dan anak. Jika saya menjalani pembedahan buah pinggang saya sudah tidak perlu menjalani dialisis dan dapat menjalani kehidupan normal.
“Kami kemudiannya menjalani beberapa prosedur dan pemeriksaan berkaitan dan dimaklumkan buah pinggang sepadan sepenuhnya seperti kembar seiras,” katanya yang menetap di Kampung Ladang Semabok, Melaka.
Bagaimanapun, dua beradik itu diuji apabila Mohd Nazri disahkan mempunyai tumor pada jantungnya sebelum lelaki itu menjalani pembedahan membuang tumor di Institut Jantung Negara (IJN).
Katanya, selepas kembali pulih, abangnya tetap meneruskan niat mendermakan buah pinggang sebelum mereka menjalani pemeriksaan semula.
“Kami dimaklumkan pembedahan itu juga berisiko antaranya risiko kematian tiga peratus, pendarahan dan ada juga yang buat transplan buah pinggang tetapi organ itu tidak berfungsi pada penerima.
“Tetapi abang tetap teruskan niat murni dia yang membuatkan saya terharu sangat. Alhamdulillah, setakat ini keadaan kami baik dan doktor beritahu pembedahan itu amat berjaya tetapi saya masih perlu makan ubat anti penolakan untuk kekalkan penerimaan badan pada buah pinggang itu,” kata penolong guru Tabika Perpaduan itu.
Tambah anak bongsu daripada tiga beradik ini, hubungan mereka sangat rapat, malah dia turut mengakui pengorbanan abang kesayangannya itu membawa sinar baru dalam hidupnya dan anak.
“Saya menitiskan air mata ketika membuang air kecil dengan banyak selepas pembedahan itu kerana sebelum ini urin saya hanya setitik dua saja.
“Bacaan ‘creatinine’ saya menurun daripada 1,000 ke 68 dan semua makanan sudah boleh dimakan tanpa rasa takut selain saya juga boleh minum air lebih kerana sebelum ini hanya boleh minum 500 mililiter sehari.
“Terima kasih abang, kini buah pinggang kiri abang berada di pinggang kanan saya. Rezeki saya dapat abang dan keluarga yang sangat baik,” katanya.
Sementara itu, jelas Mohd Nazri, hatinya luluh setiap kali melihat keadaan adiknya yang lemah selepas membuat rawatan dialisis, malah terpaksa mengehadkan pergerakan serta menahan keinginan untuk minum dan makan setiap hari.
“Adik melakukan dialisis tiga kali seminggu dan selepas itu dia berasa tidak sihat dan akan rehat atau tidur hingga esok pagi sehingga adik tiada masa bersama anaknya dan keluarga.
“Saya juga mula mencari dan membaca maklumat berkaitan transplan buah pinggang dan mulanya adik tak mahu mungkin dia bimbang keadaan saya.
“Malah ibu dan kakak juga berbelah bahagi dengan hasrat itu kerana ia berisiko tetapi selepas dipujuk mereka menerimanya,” katanya.
Penolong pengurus sumber manusia itu berkata, tiada apa yang melegakannya apabila pembedahan berjalan dilakukan dan mengakui ia dilakukan atas kasih sayang seorang abang kerana Allah SWT.
“Kami tiga beradik memang rapat, ayah kami sudah meninggal dunia sejak saya berusia empat tahun dan kami memang selalu bersama jadi saya mahu buat sesuatu untuk adik supaya dia kembali sihat.
“Saya bersyukur pembedahan berjalan lancar dan awal daripada jangkaan kerana sebelum ini saya diberitahu saluran arteri (di bahagian buah pinggang) agak pendek dan mungkin mengambil lebih sedikit masa. Kami kini dalam proses pulih,” katanya.
Tiada apa yang lebih menyedihkan saat ahli keluarga diuji dengan COVID-19. Lebih lagi jika perlu “ditidurkan” kerana keadaan kesihatan semakin merosot.
Dalam satu perkongsian dari seorang anak yang mengundang sebak orang ramai, Mariana Martin meminta orang ramai mendoakan kesihatan ibunya, Kholijah Bt Ismail segera pulih dari wabak ini selepas perlu ditidurkan walaupun sebelum ini sudah mulai sihat.
Pesanan ibunya agar anak-anak menjaga aurat, menjaga solat dan jangan lupa banguna tahajud selain berkongsi ibunya seorang yang suka menangis kerana takutkan dosa mengundang sebak warganet. Mari kita doakan agar ibu ini segera pulih dan anak-anak dapat bertemunya kembali.
Baca catatan anaknya dibuat pada 12 Jun lalu di fbnya.
Diizinkan Allah dan diizinkan oleh pihak hospital untuk menyambungkan kami dengan video call bersama emak awal subuh tadi sebelum prosedur mak di intubate dan ‘ditidurkan’.
Mak yang sudah 7 hari boleh bercakap, makan dan duduk tiba-tiba sahaja keadaan kesihatan paru-parunya merosot kembali. Awal Pagi ini mak kritikal.
Bacaan oksigen mak terus drop, sempat mak mengadu pada kami dalam video call,
“Dada sakit, tak boleh nafas. Rasa penat”. Dada mak sakit”. Mak cakap sambil cuba duduk.
Mak susun ayat minta maaf pada abah, abah dan kami berjurai-jurai air mata. Hanya mampu sebut ‘Allahuakbar, Allahuakbar’. Suara seperti tersekat di kerongkong. Perit. Dalam mengah dan nafas yang pendek-pendek, mak sampaikan pesanan buat kami.
Sambil mak susun nafas mak gagahkan diri sambung lagi nasihatnya, “sampaikan salam pada semua kawan-kawan mak, takut tak sempat jumpa. Cakap mak minta maaf pada semua.
Mak rebahkan diri, terbaring dan letak kepala di bantal. nampak doktor sibuk memasang wayar, doktor bius juga ada bersama. Hampir 5 orang doktor kerumun mak.
Mak kumpul kekuatan, air matanya tidak menitik. Nampak merah dan bertakung. Muka mak tenang. Mak sambung lagi,
Sambil tangan Mak buat flying kiss dan melambai kami penuh tenang.
Hanya Allah yang tahu perasaan di waktu…
Kalaulah dapat kami kucup wajah mak. Kalaulah dapat ku cium tangan mak. Kalaulah dapat kami mencium semua tulang 4 kerat mak yang membesarkan kami adik beradik alangkah bahagianya.
Tapi, kami hanya mampu melihat mak semakin jauh, dalam tangisan dan air mata kerinduan. Doktor yang full dengan PPE semua kerumun mak dan mula menjalankan proses ‘tidurkan’ mak.
Doktor2 angkat tangan dan melambai kepada kami adik beradik seolah2 memujuk kami untuk redha. Nurse yang memegang telefon, melambai seperti ahli keluarga menenangkan kami.
Sampai tika itu, tiada lagi suara mak. Mak terbaring lesu. Tiada lagi suara. Aku terus kaku bisu. Semuanya terlalu cepat.
Ya Allah, ampunkan dosa ibu kami, redhakan dia, rahmatilah dia. Amin amin.
Kami menunggu penuh rindu…
Mak cepat sihat, cepat buka mata.
**Mohon sahabat semua hadiahkan bacaan alfatihah buat bonda kami. Kholijah Bt Ismail.
*** Buat saudara mak, kawan-kawan mak dan yang mengenali mak, mak minta sampaikan salam dan mohon maaf pada semua. Mak kata takut tak sempat jumpa.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...