Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) maklum mengenai video tular bacaan doa untuk dimurahkan rezeki menambah isteri lebih daripada seorang di sebuah program tertutup anjuran jabatan yang membabitkan pegawainya.
Menurut Pengarah Jawi Datuk Mohd Ajib Ismail, hasil siasatan mendapati lelaki membaca doa berkenaan adalah Ketua Imam di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan.
Doa Tambah Isteri
Katanya, bacaan doa itu adalah di luar daripada teks doa yang ditetapkan pihak penganjur.
Ads
“Justeru tindakan nasihat dan teguran sudah diberikan terhadap pegawai berkenaan. Langkah itu bertujuan mengingatkannya supaya mematuhi garis panduan dan teks doa yang ditentukan oleh pihak Jawi pada masa akan datang.
“Ini kerana Jawi amat mengambil berat terhadap profesionalisme pegawai dalam melaksanakan tugasan supaya imej institusi Islam sentiasa terpelihara,” katanya.
Tidak Sensitif Isu Poligami
Terdahulu, tular di laman sosial rakaman video seorang pegawai Jawi yang berseloroh ketika membaca doa dalam satu majlis tertutup anjuran jabatan berkenaan.
Rakaman video berdurasi 44 saat itu menunjukkan lelaki itu berdoa memohon diberikan rezeki yang mencurah bagi melayari bahtera kehidupan dan membolehkan menambah isteri lebih daripada seorang.
Siapa yang tidak mengenali Khabib Nurmagomedov yang terkenal dalam sukan lasak seni bela diri campuran (MMA). Bukan hanya tangkas di gelanggang apabila bertemu musuhnya, tetapi atlet ini juga dikenali sebagai seorang yang begitu menjaga hubungannya dengan Allah.
Malah apa yang lebih membanggakan umat Islam seluruh dunia apabila Khabib meletakan Allah SWT sebagai keutamannya.
Ini boleh dilihat apabila pada sekeping foto terbaru pemain berusia 30 tahun ini tular di media sosial di mana kelihatan sedang mengimamkan solat kepada kenalan serta rakan media sebelum memulakan perlawanan Sabtu lalu.
Menerusia Astro Awani Dalam entri seorang pengembara Islam, Dr Waleed Hakim di akaun Facebook peribadi, beliau juga memuat naik foto Khabib menjadi imam solat.
Foto ahli sukan ternama dunia yang berasal dari Rusia itu menjadi imam solat turut diiringi kapsyen yang menyentuh hati netizen.
Kata Dr Waleed, kejayaan yang dicapai bukan dengan hanya mencatat rekod 28-0 dalam gelanggang, namun, apa yang paling utama ialah berdiri di hadapan Sang Pencipta dan mengabdikan diri.
Dan kapsyen itu merujuk pada Khabib sebagai imam yang menyerahkan diri secara total ketika menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
“Tidak kira bagaimana kuatnya seseorang itu, sebijak atau semasyhur mana orang melihat anda, apa rekod yang anda pecah, kita semua pada akhirnya akan menjadi seorang yang lemah, dilupakan.
“Namun, apa yang paling utama ialah apa yang akan ditulis oleh malaikat untuk anda. Saya mendoakan kita semua akan mendapat catatan yang baik di tangan kanan pada hari akhirat kelak dan meraih trofi… insya’Allah,” tulis Dr Waleed dalam catatan beliau lagi.
Dalam pertarungan Sabtu lalu itu menyaksikan jaguh dari Dagestan, Rusia berkenaan berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC setelah mengalahkan Dustin Poirier selaku juara interim lightweight menerusi ‘submission’ (kuncian) pada minit 2:06 pusingan ketiga di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Ternyata kejayaannnya ini memberikan kegembiraan kepada penyokongnya. Malah warga net juga rata-rata turut mengucapkan tahniah serta syukur dan kagum dengan tindakan Khabib yang boleh dijadikan ikon terbaik dalam perlawanan sukan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Umat Islam wajib percaya pada syurga dan neraka. Ia perkara ghaib yang menjadi milik Allah. Namun ada beberapa doa yang harus umat Islam tahu untuk mengelak seska neraka selain mengerjakan amal kebaikan dan beramal soleh.
Salah satunya adalah berkaitan doa berbunyi “Allahumma ajirni minannar” yang perlu dibaca tujuh kali selepas solat Subuh dan Maghrib di mana sesiapa yang membacanya dan jika dia meninggal pada hari itu maka terlepas dari neraka.
Dalam satu soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus, beliau ditanya tentang doa tersebut oleh seorang pengguna adakah benar seorang akan terlepas seksa neraka jika meninggal pada hari tersebut.
Seorang penceramah menyebut siapa yang membaca ‘allahumma ajirni minannar’ 7 kali waktu Subuh dan Maghrib kalau dia mati hari itu dia terlepas dari neraka. Benarkah Ustaz? Adakah selepas selesai sembahyang lima waktu juga termasuk waktu mustajab doa dan boleh Ustaz terangkan apakah sebabnya? Apakah hukumnya kalau seorang yang berdoa tidak mengadap kiblat? Adakah boleh kita minta seorang yang lain berdoa kepada kita kerana kawan saya bagi tahu hadith Nabi minta sahabat doakan untuk Nabi masa pergi umrah itu dhaif tidak boleh dipakai?
JAWAPAN :-
TERLEPAS DARI NERAKA
Memang benar apa yang telah diberitahu olih penceramah tersebut bahawa barangsiapa yang membaca اللَّهُمَّ أجِرْنِي مِنَ النَّارِ sebanyak tujuh kali selepas sembahyang maghrib dan sembahyang subuh akan terlepas dari api neraka. .
Telah diriwayatkan daripada Muslim bin Al-Harith At-Tamimi r.a. daripada Nabi saw memberitahu kepadanya dengan sabdanya :
Artinya : “Apabila berpaling (selesai) kamu dari sembahyang maghrib maka kamu ucaplah : Ya Allah lepaskan aku dari neraka sebanyak tujuh kali. Maka sungguhnya kamu apabila kamu kamu mengucapkan yang demikian itu kemudian kamu mati pada malamnya akan ditulis bagi kamu kelepasan dari api neraka. Dan apabila kamu telah selesai dari sembahyang subuh maka ucaplah seperti demikian maka sungguhnya jika kamu mati pada siangnya nescaya ditulis bagi kamu kelepasan dari api neraka.” Hadith ini diriwayatkan olih Abu Daud dan At-Tabarani dan Al-Munziri dan Al-Hafiz Ibnu Hajar.
WAKTU MUSTAJAB DOA
Memang benar antara waktu yang mustajab doa maksudnya waktu yang lebih diharapkan Allah memperkenankan doa ialah selepas selesai dari sembahyang lima waktu. Telah diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a. beliau berkata :
قيل لرسول الله -صلى الله عليه وسلم: أيّ الدعاء أسمعُ؟ قال: "جوفُ اللَّيْلِ الآخِر، ودبرُ الصلواتِ المَكْتوبات
Artinya : “Telah ditanya kepada Rasulullah saw : Manakah doa yang lebih didengari? Nabi saw bersabda : Pada waktu tengah malam dan pada setiap selesai dari sembahyang lima waktu.”
Hadith ini telah diriwayatkan olih Imam At-Tirmizi.
Berkata Syeikh Ibnu ‘Alan As-Syafie :
(ودبر) بضمتين أي: عقب (الصلوات المكتوبات) أي: الفرائض، وذلك لأن الصلاة مناجاة العبد لربه ومحل مسألته من فضله، وبعد تمام العمل يظهر الأمل
Artinya : “Maksud dibelakang sembahyang maktubah itu artinya sekelian sembahyang fardu. Bermula yang demikian itu dari kerana sungguhnya munajat seorang hamba akan Tuhannya dan tempat permintaannya daripada kurnia-Nya dan selepas sempurna amalan yang menzahirkan cita-cita.” (Kitab Dalil Al-Falihin)
Telah diriwayatkan daripada Ja’afar bin As-Sadiq beliau berkata :
Artinya : “Bermula berdoa kemudian daripada sembahyang lima waktu itu lebih afdhal daripada berdoa selepas sembahyang sunat seperti kelebihan sembayang fardu atas sembahyang yang sunat.” (Riwayat At Tabarani)
Imam Al-Ghazali manaqalkan perkataan Imam Mujahid :
أنَّ السبب في استجابة الدعاء بعد الصلوات هو أنَّ الله -تعالى- جعل الصلاة في أحسن وأفضل الأوقات، لذا فالدعاء بعدها مستجابٌ
Artinya : “Sungguhnya sebab pada diperkenankan doa selepas sembahyang lima waktu itu bahawasnya Allah Taala telah menjadikan sembahyang itu pada seelok-elok dan sebaik-baik waktu dari segala waktu. Kerana itulah maka berdoa selepasnya diperkenankan.” (Ihya’ ulumiddin)
BERDOA TIDAK MENGADAP KIBLAT
Bermula antara adab yang dilakukan ketika berdoa ialah mengadap arah kiblat jika mampu kerana kiblat yang ada padanya Ka’abah adalah sebaik-baik arah di bumi ini. Telah datang banyak hadith menceritakan Nabi saw mengadap arah kiblat ketika berdoa.
Antaranya hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. beliau berkata :
Artinya : “Nabi saw telah mengadap arah Ka’abah kemudian berdoa atas sekumpulan dari puak quraish yaitu ke atas Syaibah bin Rabi’ah dan ‘Utbah bin Rabi’ah dan Al-Walid bin ‘Utbah dan Abu Jahal bin Hisham.” (Hadith riwayat Bukhari)
Dan diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى الله عليه وسلم رَفَعَ يَدَيْهِ بَعْدَ مَا سَلَّمَ وَهُوَ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ فَقَالَ اللَّهُمَّ خَلِّصِ الْوَلِيدَ بْنَ الْوَلِيدِ وَعَيَّاشَ بْنَ أَبِي رَبِيعَةَ وَسَلَمَةَ بْنَ هِشَامٍ وَضَعَفَةَ الْمُسْلِمِينَ الَّذِينَ لَا يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلَا يهتدون سبيلا من أيدي الكفار Artinya : “Sungguhnya Rasulullah saw telah mengangkat akan dua tangannya selepas memberi salam dan baginda mengadap arah kiblat lalu berdoa …” (Riwayat Imam Ibnu Kathir di dalam Tafsirnya)
Dan pada riwayat Umar Al-Khattab r.a. pada persitiwa perang Badar :
Artinya : “Maka Nabi saw telah mengadap akan kiblat kemudian menghulur dua tangannya dan berdoa bagi Tuhannya…” (Hadith riwayat Muslim) Berkata Imam Nawawi :
Artinya : “Pada hadith ini dalil disunatkan mengadap akan kiblat pada ketika berdoa dan disunatkan mengankat akan dua tangan ketika berdoa.” (Kitab Syarah Muslim) Dan bermula mengadap kiblat ketika berdoa itu ialah sunat hukumnya dan jika seorang tidak mengadap kiblat ketika berdoa maka tidaklah menjadi kesalahan cuma lebih afdhal dia mengadap akan kiblat dan tidaklah dikatakan tidak diperkenankan doa yang tidak mengadap kiblat.
MINTA ORANG DOAKAN KITA
Hukum meminta orang lain mendoakan untuk diri kita adalah harus dan jika minta dia mendoakan untuk kebaikan orang ramai seperti doa untuk sekelian orang Islam maka ia adalah sangat elok.
Akan tetapi disyaratkan hendaklah doa yang diminta orang lain mendoakan untuknya itu ialah doa yang baik bukan doa yang dilarang syarak.
Artinya : “Sungguhnya Ibnu Umar meminta izin kepada Nabi saw pada mengerjakan umrah. Lalu Nabi saw bersabda : Wahai saudaraku. Sertakan sama kami di dalam doamu dan jangan lupakan akan kami.” (Hadith riwayat Tirmizi)
Dan pada satu riwayat yang lain daripada Umar r.a. Nabi saw bersabda :
لا تنسنا يا أخي من دعائك
Artinya : “Jangan kamu lupakan berdoa untuk kami wahai saudaraku.”
Berkata Syeikh Muhammad Ahmad Husain Mufti Palestin :
ويمكن له أن يطلب ممن ترجى إجابته أن يدعو له، بشرط ألا يتضمن ذلك محذورا
Artinya : “Dan mungkin baginya bahawa meminta kepada orang yang diharapkan akan makbulnya berdoa bagi dirinya dengan syarat tiada dalam doa itu perkara yang dilarang.” (Majlis Fatwa Palestin)
Berkenaan perkataan kawan bagi penyoal bahawa hadith kisah Ibnu Umar riwayat Imam Tirmizi ini dhaif tidak bolih dipakai itu tidak betul.
Tercatat pada Kitab Sunan Tirmizi selepas periwayatan hadith tersebut :
قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح
Artinya : “Telah berkata Imam Abu Isa yaitu Imam Tirmizi : Hadith ini hadith hasan sahih.” Maka harus hukumnya umat Islam beramal dan berpegang dengan perkataan Imam Tirmizi itu kerana beliau adalah antara Imam-Imam terbesar dalam ilmu hadith. Meninggalkan perkataan imam yang disepakati olih sekelian umat Islam dari zaman salaf hingga zaman khalaf sebagai imam besar hadith kerana berpegang dengan perkataan orang awam adalah satu kebodohan yang melampau batas fitrah seorang manusia.
wallahua’lam ustaz azhar idrus
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tiada daya upaya kita sebagai hamba untuk menolak takdir yang telah dijanjikan Allah. Masa yang sama, usaha tetap dilakukan bagi memastikan keajaiban terjadi.
Usaha seorang anak kecil mengalunkan azan mengharap pertolongan Allah agar bapanya, Francis Awi yang terjatuh ke dalam laut berdekatan Pulau Burong, Sebuyau pada Isnin lalu ditemui segera mengundang rasa sedih orang ramai menyaksikan videonya.
Dalam kejadian Isnin lalu, Francis Awi terjatuh ke dalam laut selepas perahu dinaikinya berlanggar dengan sebuah tongkang dan dirinya terjatuh ke dalam laut dan gagal ditemui hingga kini pada jam 6.30 pagi.
Memetik Utusan Borneo Online, Pengarah Maritim Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) dilancarkan selepas laporan diterima sekitar jam 12 tengah hari Isnin.
“Sejurus menerima laporan tersebut, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching mengatur gerak Bot Kilat 22 ke lokasi kejadian untuk CARILAMAT.
“Pangkalan hadapan CARILAMAT (PHC) ditubuhkan di jeti awam Sebuyau dan MRSC Kuching turut memaklumkan insiden kepada agensi sahabat serta menyalurkan maklumat kepada persatuan nelayan berhampiran,” katanya menerusi satu kenyataan.
Tidak hanya laungan azan dari anaknya namun usaha juga dilakukan oleh ibunya dalam video dikongsikan oleh sepupu mangsa @Anira Tulyina Daniel di Tik Toknya.
Dapat dilihat ibunya meletakkan botol dan bekas makanan ke dalam laut, seolah-olah memanggil anaknya itu balik ke rumah untuk makan dengan harapan anaknya itu timbul.
Bahkan mereka turut berusaha mencari di laut berkenaan dan mengharapkan andai dirinya sudah tiada, adalah kubur untuk diziarahi kelak.
Semoga Ramadan ini memberikan berita bahagia buat keluarga yang diuji ini. Moga kita sama-sama berdoa agar dirinya dipertemukan segera.
Kisah Nabi Musa pada Hari Asyura mengajar erti tawakal, harapan dan kekuatan untuk bangkit daripada trauma serta putus asa menurut perspektif Islam dan psikologi.