Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kesemua makhluk meliputi manusia, tumbuhan dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu. Riwayat Muslim (1955).
Ads
Pemergian artis disegani Adibah Noor meninggalkan kesan kepada mereka yang rapat dengannya. Bahkan selepas pemergiannya juga, dirinya meninggalkan 41 ekor kucing yang dipeliharanya termasuk kucing-kucing jalanan.
Semasa hayatnya, arwah pernah memaklumkan, sejujurnya dirinya kurang pasti berapa banyak berhabis bagi membayar makanan, kos bulanan dan perubatan untuk kucing-kucing yang dibela.
Ads
“Apa yang pasti, saya tidak pernah berkira jumlah wang untuk kegunaan mereka.” Kata arwah.
Dalam pada itu, nasib 41 ekor kucing miliknya, akan terbela apabila Rumah Amanah iaitu rumah perlindungan kucing yang terletak di Hulu Langat bersedia membelanya jika hubungi ole waris arwah.
Dalam hantaran di fb mereka, “tiada masaalah jika kucing-kucing arwah lebih 40 ekor nak berteduh di Rumah Amanah, Hulu Langat, Selangor.
“SOP no. 1 Kematian Tuan Kucing, warisnya bolehlah PM saya. Tak perlu bayar apa-apa dan tak perlu bagi makanan kucing-kucing tu setiap bulan. Malah setiap hari Ahad dari pukul 2.30 hingga 6.30 ptg adalah hari melawat. Terbuka kepada umum, tulis mereka.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kita perlu menitikberatkan beberapa kriteria apabila memilih jodoh. Antara ciri paling utama ialah tahap agama dan tanggungjawabnya. Ini kerana dengan adanya iman di dada dan tanggungjawab yang bagus, maka dia akan jadi pasangan terbaik buat anda.
Dalam memilih jodoh, ada kala kita disulitkan apabila mempunyai lebih daripada satu pilihan. Justeru bagaimanakah cara untuk kita memilih calon jodoh yang sesuai dengan diri kita?
TELITI KEBAIKAN IKUT KRITERIA YANG ANDA MAHU
Buka hati anda untuk melihat kebaikan antara calon. Lain orang pasti lain sikap dan perangainya. Pasti ada kebaikan antara mereka yang mencuri hati anda. Namun hati-hati. Jangan tertipu dengan kebaikan yang palsu. Selidiki tahap agamanya, solatnya, puasanya dan amal jariahnya. Bukanlah bermaksud perlu mencari ustaz atau ustazah. Namun carilah pasangan yang ada pegangan agama yang kukuh demi masa depan yang lebih baik.
DAPATKAN NASIHAT SUPAYA LEBIH JELAS
Dapatkan nasihat daripada individu lebih berpengalaman. Paling dekat ialah daripada ibu bapa. Tiada salahnya jika anda mahu mendapatkan pandangan daripada sahabat baik. Rangkumkan semua pendapat dan buatlah pilihan yang dekat dengan hati anda. Hal ini supaya anda lebih jelas dan boleh membuat pilihan yang lebih tepat.
SOLAT HAJAT DAN ISTIKHARAH
Jangan lupa dirikan solat istikharah supaya ALLAH membantu anda dalam proses membuat pilihan. Petunjuk daripada-Nya pasti membantu anda membuat pilihan yang betul. Petunjuk selalunya diberikan melalui mimpi dan gerak hati. Mudah-mudahan anda dapat petunjuk yang mudah dikenal pasti.
Dalam soal memilih jodoh, usah terburu-buru. Jangan terdesak untuk berkahwin semata-mata bila melihat rakan-rakan lain berumah tangga. Berdoalah kepada Allah moga-moga diberikan jodoh yang baik.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tak salah isteri berdikari tetapi biarlah berpada-pada, jangan sampai pasangan lepas tangan tentang tanggung jawab yang hakiki.
Fitrah lelaki lebih suka dihormati dan rasa dihormati apabila wanita bergantung harap kepada kekuatan dan kepimpinannya.
Allah melantik suami sebagai imam yang membuat keputusan dalam rumah tangga serta diwajibkan isteri mentaatinya.
Apabila berdepan situasi isteri terlalu berdikari, menyebabkan hubungan hormat dan kebergantungan kepada suami akan jadi lebih longgar. Dan tentunya ia tidak ‘sihat’ untuk rumah tangga.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin mengenai topik ini.
Dilema seorang isteri…
Bila isteri terlalu berdikari, suami jadi tak bertanggungjawab…
“Awak, jap g ambik anak, saya blk lmbt, nk g main badminton jap…awk, nnt sya nk kluar jumpa kwn jap…awk, ujung minggu ni, sya dh janji dgn Ali, nk ikut dia g cari barang kereta dia…awk, beras dah nk hbis kan, sblum smpai umh, awk sggah beli…minggu depan cuti sekolah, klu awk nk blk kg, blk la dgn anak2”
Bila mana seorang isteri itu mampu menguruskan anak2 dgn sendirinya, mampu pergi ke mana2 dgn sendirinya, mampu beli itu ini dgn sendirinya…lama kelamaan, serba serbi dia kena buat SENDIRI…
Dlm rumahtangga, peratusan utk MEMBERI tu perlu seimbang…kita xbleh bagi all out, 100%…perlu simpan sedikit, mgkin memberi sekadar 50% sahaja, dan selebihnya 50% dari pasangan…atau 30% dr isteri, 70% dari suami…sama utk suami, suami xbleh buat semua sendiri, ada juga perkara yg perlu ajar dan suruh isteri utk buat, supaya kalau jadi sesuatu kpd diri kita, sekurang2nya isteri ada asas utk menapak meneruskan hidup…
Bila % lebih dari isteri, isteri yg byk memberi, lama kelamaan dia akan mengungkit disebabkan dia dah letih…terlalu byk yg dia dah sumbang dan buat utk rumah tangga tu sehinggakan suaminya menjadi selesa, lepas tgn dan menjadi tak bertanggungjawab…
Isteri berdikari utk kebaikan BERSAMA, bukan utk suaminya menjadi SELESA….
Sumber Kredit: Facebook: Firdaus Shakirin
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Cantik itu subjektif, tak perlu bergaya hingga tabarruj.’ Cukup sekadar besederhana, patuh syarak dan kita sendiri selesa. Tak perlu mengikut piawaian orang lain untuk kelihatan cantik.
Jadilah diri sendiri dan bergayalah mengikut keselesaan serta paling penting tidak berlebihan hingga mendedahkan aurat.
Ikuti perkongsian Muhammad Hassan ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan.
Cantik itu subjektif. Subjektif bermakna setiap penilaian dari pandangan mata kita adalah berbeza.
Ada orang dia suka melihat dirinya makeup dua tiga lapis,bibir gincu merah menyala, pakai baju bling-bling. Atas meja penuh dengan alat solek, dari jenama oversea sampailah produk local.
Ada orang tepek bedak sikit-sikit, letak lipstick sauk tudung pasang siap, lilit sikit sudah siap, cantik sudah bagi dia.
Jadi cantik dari persepsi diri kita adalah berbeza. Apa yang kita pakai, kita rasa selesa dan seronok untuk kita lihat. Selepas itu barulah datang untuk rasa selesa pada orang lain terutama suami dan suasana yang sesuai untuk kita hadiri.
Secara peribadi. Saya lebih suka isteri make up ke arah natural. Jika tak make up pun tak apa. Sebab jenis kulit dia dari anak dara sampailah sekarang tak ada jerawat atau jeragat.
Saya pula jenis tak minat langsung jika wife bermake up dua tiga lapis macam trend sekarang.
Yang penting jaga kesihatan kulit dari pemakanan yang sihat dan aktiviti. Hormones, genetic dan tahap emosi mempengaruhi kesihatan kulit kita. Invest duit untuk jaga kesihatan lebih penting dari alatan make up.
Cukup sekadar besederhana, patuh syarak dan selesa untuk dia. Ramai ber-make up sehingga bertabarruj. Pakaian menjolok mata walaupun berjubah, pakai tudung macam bonggol unta.
Jelas menarik perhatian lelaki lain adalah HARAM. Pakai perfume bau ‘tinggal belakang’ sehingga memberi kesan kepada lelaki lain juga haram.
Nanti adalah yang kata. Habis tu nak bagi badan bau busuk? Apa ingat dengan perfume sahaja badan bau wangi? Ada beberapa pati minyak yang hanya kita sahaja bau wangi.
Contohnya sebelum mengenakan pakaian, calitkan pati minyak yang natural pada badan. Boleh sahaja pakai diadoran atau lotion pada badan sekadar elak bau badan.
Buanglah mentaliti ‘Beauty is pain’. Sanggup buat apa sahaja demi nak cantik. Tak kira haram halal semua langgar. Lebih-lebih lagi cantik untuk pandangan mata orang lain. Bila tidak dipuji kecewa, bila dikecewakan rasa diri tak berguna.
Dan buanglah mentaliti membanding kecantikan artis dengan orang biasa. Apa ingat artis tak pernah selekeh ke dalam rumah?. Yang kita nampak dia sudah siap make up posting di IG, time dia nak ’shooting’. Cuba tengok time dia live dekat TikTok tanpa make up. Penuh jerawat juga aih…
Setiap kita berbeza taraf hidup, kewangan, pekerjaan dan tahap kesihatan. Level stres kita pun sudah tentu berbeza. Itu belum kira anak sakit 24 jam kena jaga.
Jangan paksa atau bandingkan hidup kita dengan orang lain. Jangan paksa orang lain untuk terima cara kita nak cantik.
Bukan mahram tinggal serumah di homestay sering menimbulkan persoalan. Ketahui penjelasan tentang khalwat, aurat dan batas pergaulan yang perlu dijaga.