Tiada apa yang lebih menyedihkan saat ahli keluarga diuji dengan COVID-19. Lebih lagi jika perlu “ditidurkan” kerana keadaan kesihatan semakin merosot.

Dalam satu perkongsian dari seorang anak yang mengundang sebak orang ramai, Mariana Martin meminta orang ramai mendoakan kesihatan ibunya, Kholijah Bt Ismail segera pulih dari wabak ini selepas perlu ditidurkan walaupun sebelum ini sudah mulai sihat.

Pesanan ibunya agar anak-anak menjaga aurat, menjaga solat dan jangan lupa banguna tahajud selain berkongsi ibunya seorang yang suka menangis kerana takutkan dosa mengundang sebak warganet. Mari kita doakan agar ibu ini segera pulih dan anak-anak dapat bertemunya kembali.

Baca catatan anaknya dibuat pada 12 Jun lalu di fbnya.

“Jaga Solat, Bangun Tahajud”, Wanita Sebak Kongsi Pesanan Ibu Sebelum “Ditidurkan”

“Jaga Solat, Bangun Tahajud”, Wanita Sebak Kongsi Pesanan Ibu Sebelum “Ditidurkan”Diizinkan Allah dan diizinkan oleh pihak hospital untuk menyambungkan kami dengan video call bersama emak awal subuh tadi sebelum prosedur mak di intubate dan ‘ditidurkan’.

Mak yang sudah 7 hari boleh bercakap, makan dan duduk tiba-tiba sahaja keadaan kesihatan paru-parunya merosot kembali. Awal Pagi ini mak kritikal.

Bacaan oksigen mak terus drop, sempat mak mengadu pada kami dalam video call,

“Dada sakit, tak boleh nafas. Rasa penat”. Dada mak sakit”. Mak cakap sambil cuba duduk.

IKLAN

Mak susun ayat minta maaf pada abah, abah dan kami berjurai-jurai air mata. Hanya mampu sebut ‘Allahuakbar, Allahuakbar’. Suara seperti tersekat di kerongkong. Perit.
Dalam mengah dan nafas yang pendek-pendek, mak sampaikan pesanan buat kami.

“Pandai-pandai jaga diri, jaga anak betul-betul, jaga abah, jaga paksu (adik bongsuku), jaga solat, doakan mak, tahlil”. Mak berhenti.

Sambil mak susun nafas mak gagahkan diri sambung lagi nasihatnya, “sampaikan salam pada semua kawan-kawan mak, takut tak sempat jumpa. Cakap mak minta maaf pada semua.

Mak rebahkan diri, terbaring dan letak kepala di bantal. nampak doktor sibuk memasang wayar, doktor bius juga ada bersama. Hampir 5 orang doktor kerumun mak.

Mak kumpul kekuatan, air matanya tidak menitik. Nampak merah dan bertakung. Muka mak tenang. Mak sambung lagi,

“Jaga aurat, jaga solat, bangun tahajud. Jaga abah, jaga syukri. Mak sayang semua, mak maafkan semua”.

IKLAN

Sambil tangan Mak buat flying kiss dan melambai kami penuh tenang.

“Jaga Solat, Bangun Tahajud”, Wanita Sebak Kongsi Pesanan Ibu Sebelum “Ditidurkan”

“Jaga Solat, Bangun Tahajud”, Wanita Sebak Kongsi Pesanan Ibu Sebelum “Ditidurkan”

“Jaga Solat, Bangun Tahajud”, Wanita Sebak Kongsi Pesanan Ibu Sebelum “Ditidurkan”

“Jaga Solat, Bangun Tahajud”, Wanita Sebak Kongsi Pesanan Ibu Sebelum “Ditidurkan”Hanya Allah yang tahu perasaan di waktu…

Kalaulah dapat kami kucup wajah mak. Kalaulah dapat ku cium tangan mak. Kalaulah dapat kami mencium semua tulang 4 kerat mak yang membesarkan kami adik beradik alangkah bahagianya.

IKLAN

Tapi, kami hanya mampu melihat mak semakin jauh, dalam tangisan dan air mata kerinduan. Doktor yang full dengan PPE semua kerumun mak dan mula menjalankan proses ‘tidurkan’ mak.

Doktor2 angkat tangan dan melambai kepada kami adik beradik seolah2 memujuk kami untuk redha. Nurse yang memegang telefon, melambai seperti ahli keluarga menenangkan kami.

Sampai tika itu, tiada lagi suara mak. Mak terbaring lesu. Tiada lagi suara. Aku terus kaku bisu. Semuanya terlalu cepat.

Ya Allah, ampunkan dosa ibu kami, redhakan dia, rahmatilah dia. Amin amin.

Kami menunggu penuh rindu…

Mak cepat sihat, cepat buka mata.

**Mohon sahabat semua hadiahkan bacaan alfatihah buat bonda kami. Kholijah Bt Ismail.

*** Buat saudara mak, kawan-kawan mak dan yang mengenali mak, mak minta sampaikan salam dan mohon maaf pada semua. Mak kata takut tak sempat jumpa.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI