nasir

Pagi tadi kita dikejutkan dengan kehilangan penyanyi tersohor Datuk Nassier Wahab yang menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Berita kehilangannya ini disebarkan oleh penyanyi Zur Eda menerusi kiriman WhatsApp kepada rakan artis yang mengenalinya.

Sebelum itu, penyanyi bersuara lunak ini pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri pada 1 Jun lalu.

Melalui laporan Harian Metro, Arwah dikatakan mula mengalami masalah itu sejak lima tahun lalu apabila mengadu sakit pada bahagian gusi. Bagaimanapun beliau hanya mengambil pil penahan sakit setiap kali diserang penyakit berkenaan.

Biapun kerap menangguhkan untuk menjalani pembedahan, sebelum bersetuju melakukannya pada 1 Jun lalu.

IKLAN

Ternyata Allah lebih menyayanyi beliau dan kehilangannya disifatkan sebagai kerugian besar pada industri seni kerana dirinya adalah permata negara yang sangat berharga.

Kehilangan juga turut dirasai rakan selebriti dan juga golongan pendakwah. Salah seorang adalah Imam Muda Asyraf yang menzahirkan simpati kepada arwah Nassier Wahab dalam posting di laman Instagramnya.

IKLAN

Beliau juga mendoakan agar Allah akan menempatkannya bersama para solihin dan diberikan kebaikan serta kerahmatan buat allahyarham.

Kehilangan allahyarham turut mendapat salam takziah dari warganet. Rata-rata mendoakan diri arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

IKLAN

medina_izanum إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Salam Takziah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. In Sha Allah. Al-Fatihah.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

nnezakariah Al fatihah… Seorang artis yg humble.

samsudinmunir5 *إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن*
*Innalillahi wa inna ilaihi raji’un* *اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف*
*“Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu”*
“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia”

s_alina27 إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Salam Takziah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. In Sha Allah. Al-Fatihah.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI