Jangan hanya inginkan kelainan, sudahnya mendapat murka Allah.
Sunat anjurkan majlis kahwin, tapi atur elok-elok. ‘Viral pengantin bertudung, menari beramai-ramai macam disko dalam majlis perkahwinan yang dianjurkan.’
Menjadi trend dalam masyarakat kita menganjurkan majlis perkahwinan selepas majlis nikah. Dalam dunia serba moden ini, pelbagai idea menarik dan lain dari yang lain ditonjolkan dalam tema majlis perkahwinan.
Namun begitu tak semua tema yang diangkat kena dan sesuai dengan ajaran Islam.
Majlis walimatul urus berlangsung meriah sama ada secara sederhana mahupun besar-besaran mengikut kemampuan dan tema pilihan masing-masing.
Bagaimanapun, baru-baru ini tular di laman sosial video yang memaparkan acara majlis yang sedikit luar biasa yang mana suasana dihias tidak ubah seperti kelab malam.
Tapi Atur Elok-Elok
Menerusi video yang tular, sepasang pengantin yang dipercayai dari negara jiran berarak masuk ke dalam dewan.
Pengantin perempuan kelihatan anggun dalam persalinan busana kebaya moden dan berhijab manakala pengantin lelaki pula segak menggayakan sut berona kelabu.
IKLAN
Kedua-dua mempelai yang berpegangan tangan kemudian dapat dilihat menari secara mengikut lagu rancak berentak disko yang dipasang.
Turut kelihatan seorang lelaki berperanan seperti DJ di kelab sedang memutar piring hitam tanpa henti.
Viral Pengantin Bertudung
Video berdurasi 33 saat yang meraih lebih satu juta tontonan itu turut memaparkan kepulan asap dan lampu berkelipan.
Majlis perkahwinan yang dipercayai diadakan di Kerawang, Jawa Barat, Indonesia itu menerima pelbagai reaksi warga maya.
Menari Beramai-ramai
Menurut Pejabat Mutfi Wilayah Persekutuan, mengadakan walimah atau majlis perkahwinan adalah dituntut selepas pernikahan dilangsungkan.
IKLAN
Al-Walimah bermaksud berhimpun atau berkumpul kedua pasangan suami isteri berkumpul padanya (majlis perkahwinan).
Majlis perkahwinan hukumnya ialah sunat muakkad dan disunatkan kepada pengantin untuk mengadakannya.
Macam Disko
Terdahulu, Ketua Penolong Pesuruhjaya (Bahagian Pengurusan Masjid) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (UHEAT), Aizi Saidi Abdul Aziz, menerusi Sinar Harian tampil menjelaskan tentang acara menari dalam majlis perkahwinan mengikut pandangan Islam.
Menurutnya, persembahan itu disifatkan sebagai haram di sisi agama dan tidak sepatutnya berlaku kerana ia bercanggah dengan syariat Islam.
Bak kata orang lama, melangsungkan perkahwinan itu seumpama mendirikan masjid. Justeru, kepada bakal pengantin atur acara perkahwinan sebaiknya ya.
IKLAN
Jika ingin mencipta kelainan sekalipun, elakkan perkara yang tidak manis dipandang masyarakat apatah lagi bertentangan dengan agama.
‘Semoga Allah kabulkan doa, izinkan mereka dapat zuriat.’ Fizo kagum Madammu tak pernah selindung buat rawatan IVF. Malah dari awal Madammu banyak kongsikan bagaimana perjalanannya untuk dapatkan anak.
Fizo Omar dan bekas isterinya juga pernah berusaha keras untuk mendapatkan anak. Oleh sebab itu dia memahami apa yang dilalui Madammu dan suaminya.
Abe joe doakan semuanya selamat untuk Madammu dan TP kita yang akan menjalani proses terakhir IVF.
So sempena majlis doa selamat malam ini, semoga Allah memakbulkan doa semua dan mengizinkan mereka berdua ni mendapat zuriat.
Izinkan Mereka Dapat Zuriat
Abe joe respect both of them yang tidak berselindung ataupun fikirkan apa pandangan masyarakat yang mereka sanggup berkongsi berjalan mereka dalam proses melakukan IVF untuk mendapat zuriat setelah sekian lama menunggu rezeki Allah dengan niat untuk meningkatkan awareness di kalangan masyarakat kita.
Even Abe joe dan bekas isteri sendiri menunggu 4 tahun untuk nak dapatkan Cik Yam.
Pelbagai usaha telah dilakukan dan yang paling penting kesabaran, support pasangan kita dan ikhtiar yang berterusan. So Abe joe faham perasaan itu.
Fizo Kagum Madammu
Kadang itu buat kita terfikir orang yang Allah bagi rezeki zuriat sehingga terlupa untuk bersyukur dengan mengabaikan tanggungjawab sebagai parents dan ada juga yang sanggup gugurkan dan buang anak macam tu saja.
Sedangkan pasangan yang betul-betul hendakkan zuriat sanggup buat apa sahaja sehingga sanggup berbelanja ratusan ribu untuk dapatkannya.
Tak Pernah Selindung Buat Rawatan IVF
Kita semua sibuk mengejar rezeki Allah yang kita belum ada sampai terlupa untuk mensyukuri rezeki yang Allah telah kurniakan kepada kita semua. Sehingga kita terlupa akan nilai sesuatu rezeki yang kita ada.
Semoga Allah permudahkan urusan pasangan ini dan mengurniakan zuriat yang soleh dan solehah kepada mereka berdua.
Nafkah dari segi bahasa mengeluarkan, iaitu pembiayaan belanja seseorang terhadap ahli keluarganya. Manakala dari segi syarak ialah makanan, pakaian, tempat tinggal dan selainnya. Ia di namakan Nafaqah kerana dikeluarkan atau digunakan untuk keperluan itu. (Lihat: Hasyiyah al-Bajuri ala Ibn Qasim Halabi Fatoni, 2/185, al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 4/274)
Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Surah al-Baqarah (233)
Imam Ibn Kathir berkata ketika mentafsirkan ayat di atas bahawa wajib ke atas ayah untuk memberi nafkah dari sudut pakaiannya dengan cara yang sepatutnya iaitu apa-apa pakaian yang diterima oleh adat atau seumpama dengannya di negara tersebut tanpa berlaku pembaziran dan tidak menyusahkan. Ia sekadar apa yang termampu ketika dia (ayah atau suami) dalam keadaan senang dan bersederhana serta apa yang melaziminya. (Lihat Tafsir al-Quran al-Azim, Dar al-Tayyibah 1999M, 1/634)
Maksudnya: “laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahgian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dan hartanya.” Surah al-Nisa’ (34)
Sayyid Qutub dalam mantafsirkan ayat ini katanya:-
Allah telah menciptakan manusia lelaki dan perempuan sebagai suami isteri mengikut peraturan semesta untuk membangunkan alam ini. Di antara tugas-tugas perempuan yang telah dijadikan Allah ialah mengandung, melahir, menyusu dan membela anak selaku hasil hubungan dengan lelaki. Tugas-tugas ini adalah tugas yang besar dan penting bukannya tugas yang senang dan kecil yang boleh dilaksanakan begitu sahaja tanpa persediaan jasmani, persediaan kejiwaan dan persediaan amali yang mendalam dalam diri perempuan.
Oleh itu adalah adil bagi Allah meletakkan ke atas bahu lelaki tugas mengadakan keperluan-keperluan rumahtangga dan tugas memberi perlindungan kepada perempuan supaya ia dapat memberi tumpuan kepada tugas yang penting ini.
Tentulah tidak sewajarnya ia dipaksa mengandung, melahir, menyusu dan memelihara anak-anak sedangkan serentak dalam waktu yang sama ia terpaksa bekerja, berpenat dan berjaga untuk memelihara keselamatan dirinya dan keselamatan anaknya.
Begitu juga adil bagi Allah mengurniakan kepada lelaki dan perempuan ciri-ciri khusus masing-masing pada struktur anggota, saraf, akal dan jiwa mereka masing-masing, iaitu ciri-ciri yang dapat membantu mereka dalam kerja-kerja melaksanakan tugas mereka masing-masing. (Lihat: Fi Zilal al-Quran, Dar al-Syuruq 2009M al-Qahirah 2/650).
Ada pasangan bertengkar kerana hak mereka diabaikan suami
7 jenis nafkah isteri yang suami wajib beri
Manakala terdapat hadis Nabi SAW yang menyuruh kepada perkara tersebut berdasarkan hadis dari Mu’awiyah al Qusyairi R.anhu telah bertanya kepada Nabi SAW:-
يا رسولَ اللَّهِ ، ما حقُّ زَوجةِ أحدِنا علَيهِ ؟ ، قالَ : أن تُطْعِمَها إذا طَعِمتَ ، وتَكْسوها إذا اكتسَيتَ ، أوِ اكتسَبتَ ، ولا تضربِ الوَجهَ ، ولا تُقَبِّح ، ولا تَهْجُرْ إلَّا في البَيتِ
Maksudnya: “Wahai Rasulullah, apakah hak isteri salah seorang dari kami yang menjadi kewajipan suaminya?” Baginda menjawab,”Engkau memberi makan kepadanya, jika engkau makan. Engkau memberi pakaian kepadanya, jika engkau berpakaian. Janganlah engkau pukul wajahnya, janganlah engkau memburukkannya, dan janganlah engkau meninggalkannya kecuali di dalam rumah”. (Lihat: Sunan Abi Daud, al-Maktabah al-Asriyyah Birut, 2/244)
Sehubungan dengan itu, majoriti ulama mengatakan nafkah yang wajib diberi kepada isteri itu ialah tujuh perkara:
Makanan
Barang-barang dapur
Pakaian
Tempat tinggal
Alat-alat untuk membersihkan diri
Barangan rumah
Pembantu kepada isteri jika sekiranya kebiasaannya isteri mempunyai pembantu (bagi suami yang mampu sahaja).
(Lihat: Mughni al-Muhtaj, Dar al-Fikri Birut, 3/426, al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh, Dar al-Fikri Damsyiq, 10/7349)
Para ulama bersepakat (Ijma’) suami wajib memberi nafkah kepada isterinya.
Ini bersandarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 233 yang tertulis diatas. Malahan ia termasuk juga sekiranya isteri mempunyai pendapatan, harta atau pekerjaan. Kewajipan nafkah tetap dipangku oleh suami.
Bahkan meninggalkan pemberian nafkah kepada isteri dan anak-anak dianggap sebagai satu dosa berdalilkan sabda Nabi SAW yang berikut. Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:-
Maksudnya: Cukuplah seorang lelaki itu dikira berdosa apabila dia mengabaikan tanggungjawabnya ke atas sesiapa yang berada di bawah penjagaannya. (Lihat: Sunan Abi Daud, al-Maktabah al-Asriyyah Birut, 2/132)
Nafkah pada asalnya sesuatu perkara yang diwajibkan ke atas suami terhadap isteri. Akan tetapi jika si isteri menghalalkan nafkah yang wajib diberikan suami ke atas dirinya tidak menjadi masalah.
Nafkah itu secara langsung tidak menjadi kewajipan ke atasnya. Jika isteri tidak menghalalkannya maka ianya dikira sebagai hutang, menurut majoriti ulama bahawa nafkah yang tidak dijelaskan oleh suami akan dikira sebagai hutang sekiranya suami enggan menunaikannya kepada isteri. Ia tidak akan gugur kecuali dengan pembayaran atau dengan pelupusan sebagaimana hutang-hutang yang lain. Ia juga tidak akan gugur dengan sebab berlalunya tempoh idah tanpa membuat pembayaran.
Dalil majoriti ulama ialah sesungguhnya nafkah adalah gantian, bukan sesuatu pemberian tanpa gantian. Sesungguhnya nafkah itu diwajibkan oleh syarak dengan berlangsung akad perkahwinan sebagai balasan daripada kedudukan isteri menjadi hak isteri bagi suami dalam perkahwinan. Apabila nafkah merupakan gantian semata-mata, maka ia adalah seperti hutang-hutang yang lain yang wajib dibayar. (Lihat: al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh, Dar al-Fikri Damsyiq, 10/7404).
Di dalam perbahasan nafkah suami terhadap isteri, para ulama feqah membahagikan kepada tiga golongan suami, yang senang, sederhana dan susah.
Sekiranya suami merupakan orang susah, maka cukup sekadar mengeluarkan nafkah yang asas. Seperti mengeluarkan secupak beras berserta dengan lauk asas yang mengikut tradisi setempat. Kemudian, menyediakan pakaian asas untuk dipakai isteri mengikut pakaian yang dipakai masyarakat setempat sama ada ketika di rumah dan ketika keluar dari rumah, cukup sekadar menutup aurat serta mengikut budaya pakaian orang Islam setempat. Kemudian, menyediakan rumah mengikut kemampuan, tanpa disyaratkan untuk memiliki rumah tersebut, sudah memadai sekiranya menyewa.
Sekiranya suami yang tidak berkemampuan ini menunaikan tanggungjawab dengan memberi nafkah asas ini, maka isteri tidak berhak untuk memohon fasakh. (Lihat: Hasyiyah al-Bajuri ala Ibn Qasim, Halabi Fatoni, 2/190-191)
Terdapat pelbagai nas al-Quran dan Sunnah berkenaan kemampuan nafkah suami di antaranya, Firman Allah SWT:-
Maksudnya: Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan. Surah al-Talaq (7)
Sementara itu, berkata Imam al-Nawawi RH dalam meresponkan tentang keutamaan di dalam memberi nafkah kepada ibubapa ataupun isteri dengan katanya ialah:-
Kalau sudah namanya rumah tangga tentunya ada pasang, ada surutnya. Dalam perkahwinan, adatlah jika suami isteri berselisih faham dan tidak sependapat. Ia ibarat rencah dalam kehidupan alam berumah tangga.
Jika mencari yang sempurna, sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat.
Adakah saya tak cukup baik dalam menjadi seorang isteri atau seorang suami?”
Kadang-kadang bukanlah ‘baik’ atau ‘tidak baik’ yang menjadi ukuran bilamana perkahwinan kita tu tak berjalan lancar seperti pasangan lain…
Cumanya pasangan yang di”temu”kan dan di”jodoh”kan dgn kita itu berbentuk UJIAN dan bukannya NIKMAT…
Apabila kita memilih untuk mencintai dan menyayangi seseorang, kita harus sedar akan risiko-risikonya…sama ada cinta sebelum nikah atau selepas nikah, kedua-duanya ada risikonya yang tersendiri…
Manusia bukan tuhan…
Apa sebenarnya yang kita harapkan dari manusia? Kita harap dia akan kekal cintakan kita sampai bila-bila? Belum tentu lagi dan tiada sebarang jaminan pun sebab hati manusia tu berbolak-balik…
Kita harapkan manusia itu sentiasa menggembirakan hati, membahagiakan diri? Belum tentu jugak sbb dia boleh jadi seseorang yang selalu menghadirkan kesedihan dan menyakitkan hati…
Kita harapkan dia untuk setia? Ini lagi la belum tentu sebab banyak perempuan-perempuan/lelaki-lelaki di sekelilingnya, di tempat kerjanya, di social medianya…adakah dia mampu untuk menepis semua perempuan-perempuan/lelaki-lelaki itu kalau ada yang cuba menggoda dirinya?
Kesimpulannya, kalau hidup ini menjadi tak seperti yang kita inginkan, tak seindah yang kita bayangkan, atau tak berjalan lancar seperti yang kita fikirkan, maka jangan takut untuk ambik risiko, jangan takut akan sebarang kemungkinan…mampu atau tak mampu, boleh atau tak boleh tetap kena fikir dalam-dalam untuk buat keputusan berdasarkan pilihan yang ada dan cuba untuk yakin dengan keputusan tu…
Jika kita buat yang terbaik dengan keputusan yang kita ambik dan pilihan yang kita buat, maka selebihnya biarlah Allah yang tentukan perjalanan hidup kita.
Pagi hari merupakan waktu yang sangat tepat untuk memperoleh banyak amalan dalam kehidupan. Sebenarnya banyak perkara yang berkaitan dengan amalan sunnah di pagi hari ini....