Otak manusia menggunakan dua puluh lima peratus daripada oksigen yang terdapat dalam badan.
Adakalanya sel-sel otak tidak mendapat keperluan oksigen yang mencukupi kerana jantung terpaksa mengepam darah ke atas sekaligus melawan tekanan graviti.
Ketika sujud, umat Islam meletakkan kepala mereka ke bumi dan dalam keadaan begini, jantung berada di kedudukan lebih tinggi daripada kepala. Ia memudahkan darah turun ke otak dibantu oleh tekanan graviti.
Peter Russell dalam bukunya, ‘The Brain Book’ berpendapat, “Otak manusia beroperasi tujuh peratus lebih cepat dan empat belas peratus lebih tepat dalam keadaan kepala mereka ke bawah atau inverted.
Merujuk artikel ‘Chronic Pain: Exercise can bring relief’ di laman web mayoclinic.com, pakar-pakar berhujah bahawa senaman secara berterusan adalah penting untuk kesihatan sendi.
Senaman juga mampu mengurangkan sakit dan merangsang pengeluaran hormon endorfin yang berfungsi mengurangkan rasa sakit.
Solat sememangnya bermanfaat kerana ia menggerakkan sendi-sendi badan termasuk tangan dan kaki secara sederhana.
Ads
Pada tahun 1967, Professor Dr. Herbert Benson daripada Fakulti Perubatan Harvard membuat kajian ke atas tiga puluh enam orang yang bermeditasi.
Dapatan kajian menunjukkan mereka menggunakan oksigen tujuh belas peratus lebih rendah daripada biasa, jantung mereka berdenyut dengan kadar yang lebih perlahan daripada kelaziman dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelas.
Gelombang theta adalah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada di saat yang amat menenangkan terutamanya ketika hampir terlena.
Kajian yang melibatkan sembilan puluh orang pesakit kanser yang telah melakukan meditasi selama tujuh minggu ini, menemukan para pesakit didapati kurang masalah kesugulan, keresahan dan kemarahan.
Mereka lebih bertenaga, sakit jantung menurun serta masalah pada sistem penghadaman berkurangan. Kajian ini telah diterbitkan dalam majalah Psychosomatic Medicine pada tahun 2000.
Solat serta zikir yang kusyuk boleh diibaratkan seperti bermeditasi yang melebihi meditasi biasa. Maksudnya di sini tampak unsur-unsur meditasi cuma di dalam Islam ia dilakukan sebagai satu ibadah.
Ads
Bagaimana pula halnya kaitan manfaat solat pada ibu hamil?
Pakar ‘Fetal Positioning’ & Bidan Profesional mengiktiraf kedudukan Forward Leaning Inversion (FLI) iaitu bersujud adalah bagus diamalkan ibu mengandung. Antara sebabnya:
Objektif kekerapan FLI setiap hari untuk membebaskan urat tersimpul, ketat dan memaksimumkan kapasiti janin di dalam rahim. Ia turut memberi ruang untuk bayi memasukkan kepalanya dalam rongga saluran pelahiran bila sudah tiba masanya bayi dilahirkan.
Teknik solusi untuk bayi songsang, lebih efektif dilakukan awal sebelum bayi melebihi tiga puluh enam minggu ke atas. Namun, jangan putus asa, masih ada ruang dan peluang kedudukan janin songsang berubah.
Kedudukan ini juga telah memperlihatkan kesan dramatik untuk janin berkedudukan melintang dalam rahim berubah.
Jadi, kenapa tidak memperbanyakkan sahaja solat dan sujud lebih lama dengan bacaan sunat dan doa meminta pada Yang Maha Mengetahui?
Posisi rukuk pada sudut sembilan puluh darjah dapat mengurangkan sakit belakang dan boleh digunakan sebagai terapi untuk menurunkan dan memulihkan sakit pinggang.
Bukankah ibu-ibu hamil mudah dapat sakit pinggang? Jadi ini antara cara merawat sakit pinggang tersebut.
Ads
Pelupa sinonim dengan ibu hamil gara-gara peningkatan hormon progesteron. Menurut beberapa kajian, otak didapati mengeluarkan gelombang alpha yang agak jelas ketika sujud dan jalur frekuensi gelombang gamma selepas solat adalah lebih tinggi berbanding sebelum solat.
Fenomena ini bermaksud penumpuan dan daya ingatan meningkat ke atas mereka yang bersolat dengan penuh kusyuk.
Gementar untuk mengharungi proses bersalin adalah isu lazim bagi mana-mana ibu yang bakal melahirkan. Antara saranan ialah mengaktifkan hormon gembira endorfin bagi menurunkan aras cemas dan gelisah ini.
Telah dinyatakan senaman ringan yang terbit daripada pergerakan kaki dan tangan semasa ibadah solat mampu merembeskan hormon yang membantu ibu menjelang pelahiran.
Kekhusyukan dalam solat yang sinonim dengan unsur meditasi telah terbukti mampu memperbaiki emosi yang kurang stabil.
Ibu-ibu yang hamil akan melalui fasa emosi tidak menentu dek penangan hormon-hormon yang bekerja keras. Bersolatlah bagi meredakan perasaan yang membelenggu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pasangan ini pernah menjadi viral di media sosial selepas hantaran diminta cuma sepasang selipar Jepun dan segelas air putih. Ia dianggap cinta sejati kerana tidak mahu membebankan pasangan mengenai wang hantaran.
Tapi ternyata jodoh pasangan suami isteri ini, Yudi Anggata, 24 dan Helmi Susanti, 20 yang juga berasal dari Lombok Tengah dan memiliki rupa paras cantik tidak lama, cuma mampu bertahan setahun sahaja.
Mereka menjadi perhatian ramai kerana tiada hantaran lain disertakan kecuali dua di atas.
Kekecohan pasangan ini tidak lagi bersama sebagai suami isteri bila mana mereka saling berbelas tuduhan mengenai kecurangan masing-masing.
Ianya bermula dari dakwaan Yudi bahawa bekas isterinya curang dengan empat lelaki lain dan dirinya adalah mangsa kelima.
Itu dakwaan dilontarkan oleh Yudi terhadap bekas isterinya dan ternyata disangkal oleh Helmi yang mengatakan suaminya yang mempunyai hubungan sulit dahulu. Mengakui dirinya “curang” tapi cuma di media sosial sahaja dan seperti katanya dia tidak pernah bertemu lelaki lain di luar.
“Jika saya curang, pasti suami tidak akan duduk diam tapi imam saya tidak begitu,”katanya.
Pasangan ini dilihat berbalas tuduhan tetapi ternyata masing-masing tidak matang dan itulah punca perceraian antara keduanya. Saat isteri mahu membincangkan masalah rumahtangga bukan di media sosial, Yudi menolaknya.
Dan apa yang pasti, Helmi Susanti sudah selamat bergelar pengantin baru pada 21 Mac tahun lalu sementara suaminya juga telah mendirikan rumahtangga lain pada Februari 2022.
Ternyata untuk menuju kematangan tidak semudah disebut jika pasangan belum benar-benar bersedia tentang alam perkahwinan. Lebih baik single dari dapat pasangan tidak bersedia begini kerana alam rumahtangga bukan try & error.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak adalah anugerah terindah dalam hidup setiap pasangan. Lebih-lebih lagi yang baru mendirikan rumahtangga dan kehadiran si kecil ini pastinya dinanti untuk menceriakan hidup.
Namun rezeki ini Allah beri tak cepat dan tak lambat. Ada orang terus dikurniakan anak, sebaik beberapa bulan berumahtangga.
Dan ada juga yang mengambil masa bertahun-tahun barulah diberikan rezeki ini. Namun sebagai hambaNya kita hanya mampu merancang dan Tuhan juga yang menentukan.
Seperti perkongsian wanita ini Puan Fazilah yang menanti selama 24 tahun barulah dirinya dikurniakan cahayamata. Anak yang dianggap anugerah terindah selama penantian 24 tahun ini dan diusia lewat.
Ayuh, ikuti perkongsian ibu ini yang sangat menyentuh hati.
Anugerah Terindah Penantian 24 Tahun …Syukur Pada Mu Yaa…Allah
“Melahirkan adalah pengalaman yg sangat luar biasa ….saat melahirkan menunjukkan kekuatan tekad untuk membawa kehidupan baru kedunia…
“Yaa…Allah berikan syurgamu utknya kerana dia adalah syurga dlm hidupku..24 tahun tempoh yg lama pelbagai ujian di tempuhi..usaha ikhtiar dan doa dengan penuh pengharapan ..
“tiada satupun pasangan suami isteri yg telah Allah satukan dlm pernikahan yg sah tidak mahukan zuriat…tetapi rezeki manusia itu berbeza-beza …sebagaimana kisah Nabi Ibrahim A.S …telah berkahwin lama dan tidak dianugerahkan anak ujian yg dihadapi oleh Nabi Ibrahim A.S amat besar disebabkan Nabi Ibrahim merupakan insan yg Allah sayang…
“tetapi Nabi Ibrahim A.S tidak pernah berputus asa…sebagaimana doa Nabi Ibrahim A.S kpd Allah “Kurnialanlah kepadaku seorang anak dikalangan anak-anak yang soleh …sebagaimana isteri Nabi Ibrahim Siti Sarah memberi keizinan kpd Nabi Ibrahim A.S mengahwini Siti Hajar….dengan harapan agar Nabi Ibrahim A.S mempunyi zuriat…akhirnya Allah memberi zuriat kpd Nabi Ibrahim A.S..
“Anak adalah anugerah dan amanah dari Allah ….bg pasangan yg menanti cahaya mata insyaallah satu hari nanti Allah akan rezekikan utk kita jua …kerana semua atas kehendaknya …
“Syukur Alhamdulillah pada hari Jumaat 05.06.2020 saya selamat melahirkan anak perempuan Nur Fasihah Qhadeejah Binti Mohamad…jam 9.58 pagi …. anugerah terindah buat saya dan suami walaupun diusia yg sudah lewat….kegembiraan dalam tangisan penantian yg ditunggu-tunggu akhirnya Allah maqbulkan …
“saya juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kpd Doktor K.Anussia Klinik Kesihatan Lawin …semua jururawat ..terutamanya kak zaharaton yg memberi perkhidmatan yg terbaik hanya Allah yg dpt membalas segala kebaikan ….kepada yg bertanyakan khabar…mendoakan yg baik2 utk sy…semoga Allah membalas sagala kebaikan ..
Tidak salah bagi kita sebagai wanita untuk tampil cantik. Tidak perlu menggunakan teknologi terkini seperti suntikan, pemakaian herba atau produk kecantikan lain.
Namun begitu, sebenarnya kita boleh menggunakan petua yang diamalkan melalui pengkongsian menggunakan ayat suci Al-Quran yang diajar oleh Datuk Dr. Fatma El-Zahra untuk mengekalkan kesan awet muda, menawan dan wajah berseri.
Boleh diamalkan semua cara-cara ini ataupun amalkan satu sahaja dan paling penting perlu istiqomah sewaktu mengamalkannya. Insya-Allah.
Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
Ambil air segelas
Baca al-Fatihah sekali
Ayatul Qursi sekali
Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumah tangga.
Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman. Amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut:
Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
Baca ” Ya Nur ” 1x
Baca ” Ya Hadi ” 1 x
Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.
Cara 3:
Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.
Menjadi kewajipan suami untuk memberi nafkah, menyediakan tempat tinggal buat isteri dan anak-anak selain melindungi mereka.Tapi bagaimana pula jika suami dihukum penjara atas kesalahan...