Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya” (Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab Wasiyyah).
Ternyata doa anak yang soleh berjaya membuka hati seorang ibu untuk mengubah penampilan dari memakai pakaian mengikut bentuk tubuh kepada menutup aurat sepenuhnya mengikut syariat.
Dikongsi dari akaun Tik Tok Fazzuliana_lia, ibu ini berkongsi satu kisah yang wajar dijadikan pengajaran buat para ibu di luar sana. Istimewanya kerana doa seorang anak, dirinya akui dia yang dahulunya sangat leka mengejar duniawi kini mengubah penampilannya dan mengenakan pakaian menutup aurat yang mengikut syariat sepenuhnya. Semuanya berkat dari doa seorang anak yang ingin ibunya ke syurga bersama-sama.
Menurut Fazzuliana_lia, ketika dia leka dengan duniawi, mengejar glamor di dunia dengan pakaian indah di pandangan mata bukan mahram dan lelaki-lelaki anjabi sehinggalah dirinya terlupa anaknya yang masih kecil ketika itu (berusia 10 tahun) dan sudah dimasukkan ke pusat tahfiz.
Ads
Kongsinya lagi, pada Februari 2018, dia dan ayahnya dijemput menjadi tetamu Allah. Alhamdulillah. Ketika di Tanah Suci Makkah, Allah menjentik hati saya untuk mulai menyukai pakaian-pakaian menutup aurat seperti di syariatkan agama.
“Balik dari Tanah Suci, mulai 2018-2019, saya sudah berjinak-jinak memakai pakaian menurut syariat yang sebenar-benarnya termasuk mengenakan niqab.
Ads
“Tahun 2020 saya mulai mengenakan purdah/ niqab. Masa berlalu dan ketika itu anak sudah mulai tumbuh remaja.
Ads
“Apa yang buat hati saya sebagai ibu rasa sebak, anak mula berkongsi rahsia yang disimpannya selama ini. Kata anak, antara doa selama bertahun-tahun dalam solatnya ialah dia memohon kepada Allah SWT agar menganuerahkan ibunya jalan yang diredhai, menutup aurat mencapai kejayaan dengan batas sebagai orang Islam sehinggalah ke hari ini. Bahkan dapat dilihat Fazzuliana dan anaknya sering membaca al-Quran bersama-sama.
Dari perkongsiannya itu, ramai menzahirkan rasa sebak dan terharu kerana dari doa seorang anak, seorang ibu boleh berubah dengan lebih baik dalam kehidupannya.
Betapa sayangnya Allah pada kita, makhluk-Nya. Beramal ibadahlah dan sentiasa melakukan perkara baik dan semuanya akan dicatat sebagai ganjaran pahala di sisi Allah taala kelak.
Kala ini, kita sudah memasuki Muharram, bulan penuh kemuliaan.Terdapat banyak nas-nas daripada Al-Quran dan juga al-Sunnah yang menyebutkan berkenaan kelebihan bulan ini.
Di antara kelebihan bulan ini seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran adalah berdasarkan firman Allah S.W.T yang berikut:
Maksudnya:Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah S.W.T adalah sebanyak dua belas bulan sebagaimana yang terdapat di dalam kitabullah (Lauh al-Mahfuz) pada hari diciptakan langit-langit dan juga bumi. Di antaranya (bulan-bulan tersebut) adalah empat bulan haram. Demikian itulah agama yang lurus maka janganlah kalian menzalimi diri kalian di dalam bulan-bulan tersebut. Surah al-Taubah (36)
Memandangkan Muharram bulan istimewa dan kita digalakkan berpuasa di bulan ini, akan tetapi terdapat nas khusus yang menceritakan berkenaan kelebihan berpuasa pada 10 Muharram iaitu hari ‘asyura. Ini adalah berdasarkan beberapa riwayat berikut:
Antaranya adalah sebuah riwayat daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya:Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya. Riwayat Ibn Majah (1738)
Begitu juga sebuah riwayat daripada Abdullah Ibn Abbas R.anhuma yang berkata;
Maksudnya:Rasulullah S.A.W datang ke Madinah dan kemudian baginda melihat golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Lalu baginda berkata: “Apakah ini ?”. Mereka pun menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Inilah harinya Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut. Lalu baginda bersabda: “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu”. Maka baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa pada hari itu. Riwayat al-Bukhari (2004)
Kedua-dua hadis di atas jelas menunjukkan bahawa puasa pada hari ‘Asyura adalah diperintahkan kepada umat Muhammad S.A.W dan hukumnya adalah sunat
Perintah Supaya Menyelisihi Yahudi
Walaupun kita digalakkan untuk berpuasa pada 10 Muharram, akan tetapi kita juga turut diperintahkan untuk mengikutinya dengan berpuasa pada hari sebelum ataupun hari selepasnya. Ini adalah bertujuan untuk menyelisihi golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram secara tunggal. Hal ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda:
Maksudnya:Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya. Riwayat Ahmad (2154)
Demikian juga sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas R.anhuma, kata Nabi S.A.W:
Maksudnya: Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang ke 9 (Muharram). Riwayat Muslim (1134) ((sumber pejabat Mufti Wilayah Persekutuan).
Jadi jangan lupa untuk berpuasa sunat pada hari Khamis (19 Ogos 2021 ) akan datang ini diikuti Jumaat hari seterusnya. Namun tiada halangan kalau kita hanya mampu mengerjakan puasa hanya pada hari Khamis sahaja.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kala ini ramai berspekulasi mengenai hubungan usahawan Neelofa dan tunangnya, Haris Ismail. Ramai berteka-teki adakah benar keduanya sudah putus tunang atau masih mempunyai ikatan. Malah tersebar juga tiada lagi cincin di jari Neelofa seolah memberi petanda biar semalam Neelofa sudah membuat kenyataan, urusan ini diserahkan kepada perbincangan keluarga.
Di sebalik ramai netizen memberikan pandangan atas sebab mahu mencetus jenaka tetapi ada juga pandangan yang dilihat seolah lepas geram termasuk menabur fitnah pasangan ini sudah bernikah, Neelofa terkena minyak pengasih dan memindahkan wang RM1 juta ke akaun PU Riz yang sudah dinafikan sepenuhnya oleh Neelofa.
Di sebalik ujian menimpa kehidupan usahawan ini, kita sebagai umat Islam harus muhasabah diri. Menulis tanpa bukti, adalah fitnah dan berdosa besar. Mempersendakan masalah orang lain juga adalah dosa. Jadi apa sepatutnya kita ucapkan bila seorang muslim ditimpa ujian?
Nabi SAW pernah bersabda yang membawa maksud, “Barang siapa yang tidak mengambil berat permasalahan orang Islam yang lain, maka dia bukan dari kalangan mereka.”
Dari sabda Nabi ini, jelas kalau kita tidak prihatin di atas kesusahan hati orang lain, bermakna kita bukan dari kalangan mereka.
Tahukah, mendoakan mendoakan kebaikan orang lain dalam keadaan dia tidak mengetahuinya, adalah amalan yang sangat mulia. Islam mendidik setiap umatnya supaya tidak mementingkan diri sendiri atau memberi pandangan yang mungkin akan menyakiti hati muslim yang lain.
Daripada Abu Darda’, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Doa seorang Muslim kepada saudara Muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara Muslimnya dengan doa yang baik dan berkatalah malaikat itu, amin! engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim)
Dalam riwayat lain turut menyatakan, doa yang paling cepat dimakbulkan Allah ialah doa secara ghaib iaitu dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Jadi lebih baik kita doakan kebaikan pasangan ini dan kalau benar tiada jodoh antara mereka, doalah yang terbaik agar mereka menemui jodoh yang baik juga. Bukan mempersendakan mereka.
Bab mempersendakan orang lain ini umpama kita memakan bangkai saudara kita sendiri.
Firman ALLAH SWT: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah ada suatu kaum yang mempermain-mainkan kaum yang lain, (kerana) boleh jadi kaum yang dipermaikan itu lebih baik daripada mereka, dan jangan pula ada golongan perempuan yang mempermain-mainkan perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang dipermainkan) itu lebih baik daripada mereka. Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (jadi fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujurat, ayat 11)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion dengan 22 inisiatif untuk memerangi COVID-19.
Dalam pengumuman sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Bantuan PERMAI ditunjangi tiga matlamat iaitu memerangi COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menyentuh tentang hukum menerima suntikan vaksin yang mungkin menjadi kebimbangan bagi masyarakat, sama ada mahu mengambil suntikan tersebut atau tidak.
Katanya Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam mengenai pengambilan suntikan ini, Jawatankuasa Muzakarah telah mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan. Menentukan kemashalatan komuniti bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam persektif syarak.
Dengan ini seramai 27 juta rakyat akan menerima suntikan vaksin ini seawal bulan Mac 2021 selepas vaksin tiba di ibu negara pada penghujung Februari nanti.
Sementara itu dalam satu laporan Berita Harian pada 3 Disember lalu, Hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-10 yang bersidang pada 3 Disember lalu dan sudah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja (MRR).
Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan hari ini, meminta seluruh rakyat, terutama umat Islam agar patuh dan memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 menerusi penggunaan vaksin.
"Selaras pendirian kerajaan, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-10 yang bersidang pada 3 Disember 2020, mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib bagi golongan bersasar.
"Ketetapan ini juga sudah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja. Sehubungan itu, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia, terutama umat Islam agar patuh dan memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan dalam menangani penularan pandemik COVID-19 menerusi penggunaan vaksin," katanya.
Ketetapan itu juga, katanya, selaras pendirian kerajaan seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 13 Disember lalu yang berusaha untuk meningkatkan pembelian vaksin COVID-19 agar boleh menampung keperluan imunisasi sehingga 70 peratus rakyat kita.
Perdana Menteri juga, katanya, memaklumkan bahawa vaksin COVID-19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia.
Zulkifli menegaskan, penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak.
"Kaedah pencegahan melalui vaksinisasi dapat dilihat dalam enam keputusan yang mengharuskan penggunaannya oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dari 1988 hingga 2013," katanya.
Enam keputusan itu, katanya, adalah Pelalian Rubela (Imunisasi Rubela) pada 1988; Imunisasi Hepatitis B (1988); Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Difteria, Tetanus dan Polio (1989).
Selain itu, Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis pada 2002 dan dipinda keputusannya pada 2014, Vaksin Human Papilloma Virus (2010) dan Vaksin Meningitis Menveo (2013).
"Di peringkat antarabangsa, institusi fatwa dunia memfatwakan harus penggunaan vaksin, antaranya institusi terkemuka al-Azhar al-Sharif menerusi Hai'ah Kibar 'Ulama al-Azhar dan Majma' al-Buhuth al-Islamiyyah yang dipengerusikan Syeikh al-Azhar Syeikh Dr Ahmad al-Tayyib.
"Selain itu, Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu yang dipengerusikan Syeikh Abdullah Ben Bayyah dan Majma' Fuqaha' al-Shari'ah di Amerika Syarikat yang dianggotai Syeikh Dr Muhammad al-Zuhaily," katanya.
Justeru, beliau menegaskan, dalam isu pengambilan vaksin COVID-19, ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk membuat keputusan yang paling mendatangkan faedah atau maslahah kepada seluruhan rakyat.
"Keputusan itu setelah menimbangtara faktor yang pelbagai dan mendapatkan pandangan pihak berkepakaran serta berautoriti," katanya.
Malaysia sebelum ini memeterai perjanjian dengan fasiliti COVAX dan Pfizer untuk memperoleh vaksin COVID-19 dan Perdana Menteri mengumumkan kerajaan menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca juga untuk tujuan sama.
Hujung bulan lalu, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim dilaporkan berkata, keutamaan vaksinisasi COVID-19 di Malaysia adalah petugas barisan hadapan seperti kakitangan kesihatan dan anggota keselamatan, selain golongan berisiko seperti warga emas.
Katanya lagi, kerajaan menyasarkan 70 peratus rakyat Malaysia akan menerima vaksin percuma seawal suku pertama tahun depan.
Beliau juga dipetik berkata, sekurang-kurangnya 60 peratus rakyat perlu diberi vaksin bagi mencapai imuniti kelompok, yang bermaksud baki 30 peratus rakyat turut terlindung jika 70 peratus rakyat mempunyai perlindungan vaksin COVID-19.
Jumlah 30 peratus yang tidak akan diberi vaksin, kata Ahmad Amzad, adalah kanak-kanak, remaja berusia 18 tahun ke bawah dan mereka yang mempunyai masalah sistem imun yang tidak sesuai menerima vaksin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Duit raya sudah jadi sebahagian tradisi raya kita, malah kebanyakan kita akan awal-awal lagi membuat persiapan kewangan untuknya.Amalan ini juga sebenarnya selari dengan ajaran...