Sepatutnya isteri usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri melahirkan anak kelimanya pada hari Ahad ini, tetapi lain pulak jadinya bila isteri beliau, Datin Seri Shahida membuat pemeriksaan di hospital.
Semalam, pasangan ini telah selamat menimang cahayamata kelima, iaitu seorang bayi perempuan di sebuah hospital swasta.
Dalam perkongsian di laman instagram DS Shahidah, beliau memperkenalkan baby barunya yang dipanggil ‘baby hajah’ kepada umum.
Menurut beliau, ‘baby hajah’ yang belum ada nama inilah yang menjadi kawannya dalam perut sepanjang menunaikan ibadah haji pertengahan tahun ini.
Ads
Beliau yang pada mulanya sekadar mahu membuat pemeriksaan biasa, tetapi apabila doktor memberitahu sudah ada bukaan, terus dirinya dimasukkan dalam wad hinggalah selamat proses melahirkan pada usia kandungan 37 minggu.
Sesungguhnya, manusia itu hanya akan diuji sesuai mengikut kemampuannya. Sehebat mana pun sesuatu ujian itu, sesukar mana pun ia di mata kita, percayalah, bahawa kita sebenarnya mampu untuk menghadapinya.
Sebagaimana janji Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah,
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]
Satu kebakaran besar yang berlaku malam tadi di Jalan Permatang Badak Perdana 2, Kuantan di sini jam 3 pagi mengakibatkan seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Aish berusia dua tahun meninggal dunia selepas gagal diselamatkan dalam api marak.
Apa yang menyedihkan akan kejadian di penghujung Ramadan ini, tular di media sosial jeritan meminta tolong dari ibu arwah yang meminta suami menyelamatkan anak sulung mereka itu.
“Abang, anak..anak..anak dalam rumah dan kemudian terdengar raungan suami sambil menyebut Allahuakbar.
Ternyata ramai yang sebak dan dapat membayangkan jika mereka berada di situasi yang sama, bagaimana rasa panik dan masa yang sama mahu memastikan seluruh ahli keluarga selamat dalam ujian ini. Namun ujian Allah ini cukup besar buat hambanya.
Difahamkan pasangan suami isteri ini berniaga makanan di stadium.
Dalam pada itu, orang ramai memaklumkan mendengar dua letupan kuat yang menggegarkan kawasan berkenaan.
Memetik Harian Metro, peniaga kedai makan, Faridah Mamat, 56, berkata dia sedang memasak untuk persediaan bersahur ketika kejadian berlaku kira-kira 3 pagi itu.
“Pada awalnya saya terdengar satu letupan dan disusuli letupan kedua yang menyebabkan berlaku kebakaran. Letupan pertama saya tidak melihat api, tetapi mula ternampak api sebaik berlaku letupan kedua.
“Ketika itu api marak dan saya serta jiran lain tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak berhampiran lokasi kejadian.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.15 pagi. Sebuah rumah hangus 100 peratus sementara sebuah lagi 90 peratus terbakar. Selain kanak-kanak itu rentung, seorang lelaki dewasa melecur 50 peratus dan seorang lagi cedera ringan. Foto: BERNAMA
Kalau ziarah kubur, jangan lupa siram air atas pusara insan tersayang. Memang rata-rata antara kita menjadi tabiat atau tradisi akan menyiram air selepas ziarah kubur arwah keluarga.
Namun begitu, apakah hukumnya bila seseorang itu melakukan perbuatan ini. Sebab ada di kalangan kita bukan sekadar menyiram air biasa, malah menyiram air mawar serta menabur bunga-bungaan.
Memetik perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persetuan, secara umumnya, ramai ulama Syafie berpendapat hukumnya harus bahkan ada pendapat menyatakan sunat kerana perbuatan Rasulullah SAW itu. Tetapi penggunaan air mawar pula dianggap sebagai makruh kerana dengan sebab pembelian dan pembaziran.
Kami nukilkan daripada kitab I’anah al-Talibin (2/135-136). Antara lain menyebut: “Dan (disunatkan) menyiram (menjirus) kubur dengan air agar debu-debu tanah tidak ditiup angin dan kerana bahawasanya Nabi SAW melakukan sedemikian pada kubur anakanda Baginda SAW, Saidina Ibrahim sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Syafie dan juga pada kubur Saad bin Muaz sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah.
Dan Nabi SAW telah memerintahkan dengannya (iaitu dengan menjirus air) pada kubur Saidina Uthman bin Mazh’un sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi.
Manakala yang mustahab adalah air tersebut suci lagi menyucikan dan sejuk (air mutlak) sebagai tafa’ul mudah-mudahan Allah menyejukkan kubur si mati.
Dan makruh menyiram atau menjirus air dengan air mawar atau seumpamanya kerana perbuatan tersebut adalah satu pembaziran dan mensia-siakan harta.”
Justeru, bagi mereka yang ingin melakukan dibolehkan dan lebih penting daripada itu adalah untuk berdoa kepada si mati kerana sabitdalam nas yang sahih.
Di samping itu menurut Ustaz Azhar Idrus, hukum menyiram kubur adalah bergantung kepada niat. Ini perkongsiannya:
Siram air atas kubur untuk ‘sejukkan mayat’?
Atau siram air atas kubur kerana kebersihan?
Kenapa perlu siram air atas kubur? Apa tujuan?
‘Saya tengok… Orang ziarah kubur mesti bawak air.’ Ada orang kata siram air atas kubur untuk sejukkan mayat.
Jika kita percaya, adakah lari akidah kita? Mohon penjelasan
Ulama ada menyebut, hukum jirus air atas kubur adalah harus tetapi dengan syarat. Tujuannya ialah:
1. Sebab baru tanam atau jenazah baru dikebumikan, kita jirus supaya tanahnya kemas.
2. Yang kedua, menghidupkan bunga-bunga, pokok-pokok yang hidup di sekitar kawasan kubur arwah supaya ia hidup lebih subur. Ketahuilah bahawa setiap yang hidup bertasbih kepada Allah. Dalam masa yang sama, tumpang rahmat kepada si mati jika Allah izinkan.
3. Yang ketiga supaya tanah di kawasan kubur tidak kering dan berdebu.
Sejak kebelakangan ini nama Pendakwah Bebas yang juga seorang Cina Muslim, Ebit Lew Sangat viral.
Dalam kita sedang berdepan wabak pandemik COVID-19, Ustaz Ebit Lew juga tidak kurang mendapat perhatian.
Ini adalah kerana sifatnya yang banyak membantu golongan susah terutama ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang begitu terkesan dengan wabak ini.
Malah ramai tertanya-tanya dimanakan beliau memperoleh sumber kewangan memandangkan pertolongan yang diberikan begitu tinggi perbelanjaannya.
Dalam posting terbarunya di laman sosial, Ustaz Ebit Lew menjelaskan siapa beliau sebelum ini dan bagaimana memperoleh rezeki untuk disedekahkan kepada golongan yang memang memerlukan.
“Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.
Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar.
“Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kasut pun buruk. Stokin takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja.
“Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya.
“Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Mohd Tahir. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri.
“Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia.
“Saya ada 3 restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik jubah. Syukur rezeki makin melimpah ruah.
“Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook ada bayaran dapat.
“Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim.
“Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang.
“Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semuanya. Jaga solat sayang ibu. Sayangi isteri dan anak-anak. Selalu sedekah dan sayang semua orang. Bekerja kuat untuk bantu orang miskin dan anak yatim jihad.
“Sebarkan kasih sayang. Kaya dihati. Ini semua dunia sementara. Allah punya semua. Dia boleh beri dia ambil semula. Dia Maha Kuasa-ebitlew