Aurat Antara Anak Perempuan Dengan Ayah Tiri

Share
Soalan: Apakah aurat antara anak perempuan dengan ayah tiri?
Jawapan:

Untuk menjawab persoalan ini, kita boleh merujuk kepada Surah An Nisa ayat 23 :

“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri;
“Tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ayat ini menjelaskan hubungan antara ayah tiri dengan anak tiri iaitu seorang lelaki adalah mahram bagi anak tirinya dengan syarat dia telah bersetubuh dengan ibunya, samada anak tiri itu tinggal bersama ataupun tidak. Maka pada ketika itu auratnya adalah aurat sebagai mahram.

Sumber: Mufti Selangor

 

IKLAN