Foto: www.islamandfatwa.com

Kecanggihan teknologi hari ini membolehkan al-quran berada di dalam telefon bimbit kita. Ia sekali gus memberi kemudahan untuk umat Islam membacanya dengan mudah.

Namun begitu adakah kita dibolehkan membacanya bila-bila saja tanpa berwuduk. Seperti yang kita maklum sebahagian para ulama bersepakat bahawa menyentuh al-Quran atau mushaf adalah haram melainkan dalam keadaan seseorang itu suci daripada hadas kecil atau besar.

Ini bertepatan dengan Firman Allah SWT:

لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ

Maksudnya: Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
(Surah al-Waqiah, 79)

Fahami kategori mushaf

Bagi menentukan apakah menyentuh al-Quran yang terdapat di dalam aplikasi telefon bimbit diwajibkan untuk berwuduk atau tidak, maka sebaiknya diperhalusi adakah ia juga dikategorikan sebagai Mushaf atau tidak.

IKLAN

Mushaf adalah sesuatu yang ditulis padanya daripada al Quran dengan tujuan pembelajaran

Oleh itu, dalam memahami maksud mushaf Syeikh Muhammad bin Umar Nawawi al-Jawi al-Bantani menyebut:

وَالْمرَاد بالمصحف كل مَا كتب فِيهِ شَيْء من الْقُرْآن بِقصد الدراسة كلوح أَو عَمُود أَو جِدَار

IKLAN

Maksudnya: Dan dimaksudkan dengan Mushaf adalah setiap benda yang ditulis padanya sesuatu daripada al-Quran dengan tujuan pembelajaran.

Bagi memahami apa yang dimaksudkan dengan tulisan, Syeikh Sulaiman bin Muhammad al-Bujairimi menyebut di dalam Hasyiahnya, bahawa tulisan (كِتَابَةً) bemaksud yang tertulis di atasnya, iaitu apa yang terdapat padanya tulisan, seperti lembaran dan kain sama ada ditulis padanya dengan menggunakan dakwat atau selainnya, dan begitu juga ukiran berbentuk huruf pada batu, kayu atau pada tanah dipermukaan bumi.

Jika sekiranya melukis bentuk huruf di udara atau air maka ia bukanlah sebagai tulisan mengikut pandangan mazhab seperti yang disebut al-Ziadi. (Lihat Hasyiah al-Bujairimi al-Khatib, 3/498)

IKLAN
Hukum baca al-quran melalui telefon bimbit

Justeru, dapat difahami bahawa al-Quran yang dibuka di dalam telefon pintar tidak termasuk di dalam kategori mushaf seperti mana yang ditakrifkan oleh ulama.

Oleh itu dapat disimpulkan bahawa harus membaca al-Quran melalui telefon bimbit tanpa berwuduk, ini kerana aplikasi al-Quran tidak boleh dihukum sebagai mushaf al-Quran kerana ianya hanya tulisan yang dipapar melalui skrin dan kemudiannya hilang, bahkan tidak kekal, berbeza seperti yang ditakrifkan oleh para ulama dengan mushaf al-Quran yang hakiki.

Namun, sebaiknya disunatkan untuk berwuduk ketika membaca al-Quran serta menjaga adab-adab ketika membaca al-Quran sepertimana yang digariskan oleh para ulama seperti menutup aurat, mengadap kiblat dan membersihkat mulut.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI