Baca Al-Quran Tapi Tanpa Tajwid Yang Betul, Boleh Ke?

Share

Membaca al-Quran adalah amalan yang sangat dituntut. Ini kerana kalam Allah itu merupakan panduan kehidupan seseorang Muslim. Membaca Al-Quran menjadi nilai ibadah yang diredai oleh Allah. Carilah guru bagi membolehkan anda dibimbing dari segi bacaan Al-Quran.

Rasulullah saw bersabda:

Barang siapa yang membaca satu huruf kitab Allah, maka ia akan mendapatkan satu kebaikan dengan huruf itu, dan satu kebaikan akan dilipatgandakan menjadi sepuluh. Aku tidaklah mengatakan Alif Laam Miim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

(HR. Tirmidzi).

Pun begitu, ramai juga antara kita yang kurang ilmu pengetahuan dalam tajwid. Hal ini menjadi kekangan bagi seseorang Muslim itu mengaji Al-Quran sekali gus menyebabkan minat untuk mendalami Al-Quran itu berkurangan.

Persoalannya di sini, bolehkah kita membaca Al-Quran tanpa mengikut tajwid yang betul?

Dalam Surah Al-Muzammil, ayat 4 ada menyebut yang bermaksud: “Dan bacalah Al-Quran itu dengan tartil.”

Tartil bermaksud tajwid. Jika anda membaca Al-Quran seperti membaca kitab biasa, bereti anda tidak merujuk kepada ilmu tajwid. Padahal Al-Quran perlu dibaca mengikut hukum tajwid. Hukum membaca Al-Quran berserta dengan hukum tajwid ialah wajib. Maka ini bermakna berdosalah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran dengan mengabaikan hukum tajwid.

VIDEO KASHOORGA:

 

IKLAN