Ramai pasangan kekasih muda-mudi pada hari ini menggunakan perkataan ‘till jannah’ untuk merujuk kepada pengharapan perhubungan mereka. Apabila bergambar berdua dan kemudian memuat naik ke laman sosial, ramai yang mendoakan supaya hubungan mereka kekal hingga ke syurga.
Memang betul kita perlu mendoakan yang baik-baik untuk orang lain. Semoga dengan doa kita itu nanti dapat mendorong perhubungan pasangan itu ke peringkat seterusnya. Pun begitu, untuk mendapat hubungan ‘till jannah’ ini perlulah diambil kira beberapa perkara.
1)FAHAMI TANGGUNGJAWAB
Sebelum menjadi suami isteri, fahami tanggungjawab anda. Ambil tahu apa tanggungjawab suami. Ambil tahu juga tanggungjawab isteri. Jika masing-masing faham tanggungjawab sendiri maka pasti tidak akan timbul masalah kemudian hari. Barulah boleh menuju ke syurga bersama pasangan.
Ads
2)KUATKAN IMAN
Anda perlu kuatkan iman. Dugaan dalam rumahtangga bukanlah semudah yang disangka. Apabila sudah berkahwin pasti ada hasutan syaitan. Melihat orang lain lebih segalanya daripada pasangan sendiri. Anda perlu memupuk iman supaya tebal di dada. Insya-ALLAH terhindar daripada cela dan noda.
Ads
3)DIDIK PASANGAN
Untuk mendorong ke syurga, didiklah pasangan anda. Ajari dia menutup aurat dengan sempurna. Perbetul bacaan dalam solat. Jadilah pasangan yang baik. Sama-sama belajar untuk jadi Muslim sejati.
Ads
4)DOA ZURIAT YANG BAIK
Zuriat ialah pewaris generasi kita pada hari akan datang. Justeru perlu kita didik zuriat menjadi manusia berguna. Zuriat ialah amanah daripada ALLAH. Semoga kita sekeluarga dapat menjadi ahli syurga.
5)AMAL JARIAH
Amal jariah ialah amalan yang banyak membantu kita di akhirat kelak. Perbanyakkan bersedekah. Kuasa sedekah amat kuat kerana itu Islam menggalakkan umatnya membantu antara satu sama lain.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Anda mungkin sahaja sudah berkahwin dan telah melewati bulan madu yang menyenangkan di awal-awal perkahwinan dahulu. Namun ini bukan bererti berbulan madu tidak ‘diperlukan’ lagi. Seiring dengan tahun-tahun perkahwinan, ramai pasangan yang hanya melewati perkahwinan hanya dengan rutin yang membosankan. Keadaan sebegitulah yang membuatkan bulan madu penting untuk dilakukan. Banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh setiap pasangan dengan merencanakan bulan madu.
Berikut perkongsian Raimi al-Banjari tentang bulan madunya yang tertangguh.
HONEYMOON YANG TERTANGGUH
Seingat saya, belum ada official honeymoon semenjak kami berkahwin. Berjalan berdua tu adalah dekat PD dan lain-lain tempat. Lepas kahwin, terpaksa berjauhan dengan isteri. PJJ. Tempoh masa yang perit dan memeritkan.
Kami masih dengan cara lama, ortodoks barangkali, dengan tidak berjalan ke mana-mana selepas bernikah. Hanya ada kesempatan ziarah ke rumah sanak-saudara kedua-dua belah. Itulah paling utama, memandangkan kami tidak pernah mengenali antara satu sama lain.
Tatkala melihat teman-teman lain sudah terbang ke seberang bagi honeymoon masing-masing, untuk dibius cinta. Cemburu tu boleh tahan jugak lah ?
Lepas isteri habis belajar, isteri sarat mengandung. Saya berhenti kerja dan menggunakan simpanan yang ada untuk mula berbisnes. Kami mula dengan 0. Makan bercatu. Cuba sedaya upaya berjimat cermat di sini dan sana. Pakai apa adanya. Makan apa yang termampu. Pergerakan di tahap minima. Simpanan kewangan makin menipis.
Rezeki Allah tak pernah salah alamat. Alhamdulillah. Datangnya Adam Soleh membuka pintu rezeki kami sekeluarga seluasnya.
Pepatah Arab ada mengatakan,
“Barangsiapa tidak merasa, ia tidak akan tahu”
Syukur isteri saya sangat memahami. Beberapa kali tertangguh nak berjalan. Keutamaan diberikan pada perbelanjaan keluarga. Merasa susah di awal perkahwinan adalah satu pengalaman yang sukar digambarkan. Letih dan lelah menahan emosi dan ego. Peritnya Allah sahaja yang tahu. Kami sedar kami tidak keseorangan. Ramai juga pasangan lain merasa susah pada awal perkahwinan. Ia adalah nikmat yang singkat tapi padat. Terima apa adanya. Bersyukurlah apa yang kita ada, sebelum menangis bila dah tiada.
Isteri kita, menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Isteri kita, menerima kita saat kita tiada apa-apa. Isteri kita, selalu disisi saat tiada siapa mengenali kita. Isteri kita bangga dengan kita walau kita tiada nama. Isteri kita sudi disisi kita walau kita tidak berharta.
Selamat Berbulan Madu Wahai Bidadari Hatiku.
Semoga redha Allah bersama kita Insyaallah.
Suami yang hina dan dina untuk wanita yang mulia seperti kamu.
Sampai satu ketika, sudah masanya untuk memikirkan soal jodoh. Namun ramai yang kecundang kerana gagal memiliki jodoh yang sesuai. Bagaimanakah caranya untuk mencari jodoh bagi dijadikan teman hidup?
Ikuti perkongsian berikut:
TIP MENCARI JODOH
1. Bila umur dah cecah 24 tahun ke atas, bila niat nak cari pasangan hidup. Kena serius merancang dan memilih. Takde masa nak kenal main-main.
2. Jangan buang masa bermain perasaan hidup dalam teka teki. Dilema, dia ni dah berpunya ke belum. Dia ni suka aku ke tidak. Dia ni serius ke tidak.
3. Kalau dah berkenan, berani dan yakin dengan diri sendiri. Approach sendiri. Pergi tanya sendiri dekat dia. PM FB/INSTA/WHATSAPP dia. Dunia teknologi dah sekarang. Dia dah berpunya ke belum. Kalau dia single, kau cakap ja kau nak berkenalan dengan secara serius. Kalau dia okay, okay cun ON ! Kalau dia banyak tapi tapi, tak sedia MOVE ON ! Kalau dia dah berpunya, MOVE ON ! Takpayah panjangkan drama sailang awek orang.
4. Kalau dah berkenan, tapi tak berani. Mintak tolong orang lain yang kau percaya. Tanyakan soalan yang sama macam dalam nombor 3.
5. Cuma nak cakap, orang perempuan lagi suka kalau kita cakap sendiri. Lebih macho katanya.
6. Bila dah ada peluang berkenalan, manfaatkan sebaiknya. Jangan kau buat rosak anak dara orang, lepas tu kau blah. Nak bercinta ni bukan main celup-celup. Hukum hakam agama jangan dilupakan. Kalau dah yakin dia jodoh kau. Solat istikharah. Tanya mak bapak kau. Jumpa mak bapak dia. Kalau dua dua setuju pandai pandai lah kau nak handle macam mane. Kalau tak setuju, aku tak dapat nak share tips. Sebab pak mak mertua aku green light terus ( gitu. Konfiden sungguy ???? ). Kalau depa tak setuju, cuba convince depa. Kalau depa tak convinced juga, MOVE ON LA !
7. Kalau perempuan start dulu nak kenal, pelik tak ? Tak pelik. Sebab isteri aku pun dulu, acah-acah pm aku tanya pasal iphone murah yang aku jual. Last-last aku pulak tersangkut. Alhamdulillah sangkut- sangkut aku sampai ke jinjang pelamin. Orang Perempuan kena bijak, lelaki harus terbuka.
8. Kau rasa hidup ni mana yang lebih pahit ? Cinta tak kesampaian sebab kau tak sampaikan perasaan tu. Atau cinta tak kesampaian sebab kau kena reject. Kalau aku, aku lebih rela kena reject, at least aku boleh move on & cari yang lebih baik, berbanding perasaan cinta terpendam sampai ke akhir hayat.
9. Bab cinta ni kena setel dengan cepat bila kau dah ready. Bukan desperate, tapi sebab nak jimat masa. Kau banyak benda lagi nak buat dekat atas muka bumi ini dari sibuk menanam perasaan cinta yang tak berbunga-bunga.
Sumber: Wan Muhammad Najib
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Ovari isteri dibuang sebelah, tahu risiko sukar hamil.” Anak bukan syarat utama bahagia selepas nikah dan bagi pasangan ini mereka merasakan untuk bahagia selepas bernikah tidak perlukan sebarang syarat.
Tidak dinafikan pasangan yang mendirikan rumah tangga ingin memiliki cahaya mata. Namun jika takdir tidak memihak dan impian untuk bergelar ibu dan ayah tak kesampaian, apalah daya kita.
Itu antara soalan yang biasa ditanya bila kita sudah berkahwin, namun pada mereka yang belum dikurniakan cahaya mata mungkin pada mereka itu soalan sensitif. Tapi insyallah tidak pada saya…
Mungkin ada yang tidak tahu, saya berkahwin dengan isteri saat ovarinya sudah dibuang sebelah.. maksudnya ada satu saja ovari, di buang kerana kanser ( panjang ceritanya dan berlaku sebelum saya kenal isteri ).
Saat saya berkahwin saya sudah tahu apa risikonya, antaranya penyakit akan berulang mahupun kesukaran mendapat cahaya mata.
Tapi sudah namanya jodoh kan, kami pun berkahwin dan saya pun menerima isteri seadanya dan sudah berfikir panjang pada dua risiko utama itu.
Kadang-kadang ada yang tanya kenapa buat keputusan sedangkan tahu risikonya, ada yang tanya macam mana kalau tak ada anak, anak kan penyeri… bla bla bla..
Pada saya bahagia itu perlu diletak tanpa syarat. Kalau kita fikir berkahwin itu akan bahagia bila ada anak, anak Itu boleh jadi juga satu cabaran. Kalau kita letak bahagia itu kerana kaya, maka kita mungkin diuji dengan ketidak cukupan…
Allah sudah sediakan saya sebelum berkahwin, saya berjumpa ramai pasangan yang tetap bahagia walaupun tidak dikurniakan anak…
Sebenarnya selepas berkahwin , isteri pernah dua kali mengandung, tapi dua-dua kali itu gugur. Hikmah gugur itu asbab kami buat check up dan di situlah bermulanya kehidupan kami sering ulang alik ke hospital.
Mula-mula follow up sebab cyst, lama-lama jumpalah cancer. Memang fasa drama air mata itu memang keraplah kan… Siapa tak sayang isteri..
Lagi pula baru kahwin tak sampai 6 bulan lagi dan lumrah seorang wanita dia juga inginkan dirinya mampu lahirkan anak. Iyalah sebab bila doktor kata, harapan mengandung masih ada tapi risiko tetap ada. Saya terus cakap tak apa, anak kita tolak tepi kita kejar sihat dulu.
Saya selalu cakap dengan isteri, kita tak dikurniakan anak sendiri tapi hampir setiap hari Allah bagi peluang jemputan program. Selalu cakap dekat isteri, ini haa ramai anak-anak kita kena jaga. Allah itu Maha Adil, kadang-kadang Allah kurangkan sesuatu, Allah pasti lebihkan sesuatu…
Saja nak tulis post ini sebab saya faham ada sesetengah pasangan memang stres dengan soalan anak ini. Cuma pada saya dengan isteri selalu berbincang, jangan letakkan bahagia itu bersyarat kita akan stres nanti. Jadi kami cipta bahagia sendiri dan bersama. Kami bebas berjalan ke sana, ke mari. Makan berdua selalu tanpa gangguan…
Yang dikurniakan cahaya mata, jagalah sebaiknya. Matinya anak adam, tiga sahaja bekalan yang masih boleh di bawa iaitu:
1. Doa anak soleh
2. Sedekah jariah
3. Ilmu yang bermanfaat
Dan memang sedih pada kami bila berurusan atau dengar kes-kes buang bayi, gugurkan bayi. Memang sedih, iyalah orang yang hendak Allah tak izinkan, yang dapat mudah-mudah melepaskan. Sedihkan…
Kami yakin Allah sebaik-baik perancang.
Jadi kalau orang yang baru kenal dia tak sengaja tanya soalan anak ini saya akan cakap, anak sudah dekat syurga dan saya tidak ambil hati.
Saya mohon doakan isteri saya yang sedang melawan kansernya agar terus kuat dan doa juga saya pun kuat. Saya juga doakan semua sahabat-sahabat Facebook saya pun kuat dan dapat bahagia yang di cari dalam rumah tangga…
Ujian pasti datang pelbagai cara dan kebahgian juga akan datang dalam pelbagai cara. Cuma perlu yakin, usaha dan doa. Insyaallah.
Healing dengan mendaki membantu menenangkan jiwa, mengurangkan stres dan mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui tadabbur alam serta manfaat kesihatan.