Untitled design (7)

Gara-gara mempunyai kuasa mampu menilik barang hilang dan siapa mencurinya, nyawa nyawa seorang anak muda yang menjadi harapan keluarga, allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain akhirnya bertukar kaku walau tiada bukti jelas arwah melakukannya.

Arwah dipercayai dibuli beramai-ramai dan lebih menyayat hati, tubuhnya ditekap seterika panas sebanyak 90 kali hinggakan Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim, Datuk Azman Abdullah berkata dirinya, tidak dapat membayangkan bagaiamana seterika wap terkena kulit, sakitnya keterlaluan.

Apatah lagi katanya, ia terkena pada bahagian sensitif termasuk alat sulit si mati, yang mana tidak dapat dibayangkan kerana si pelaku bertindak seperti penjenayah yang tiada belas kasihan.

“Saya sedih atas kejadian yang menimpa mangsa dan keluarga mangsa, kejadian jenayah seperti ini sepatutnya dielakkan,” katanya.

Dalam pada itu, amat menyedihkan masih ramai umat islam yang mempercayai bomoh yang mungkin menggunakan khidmat khadam jin sebagai pengantara.

Namun sebelum kita terus mahu berjumpa bomoh, mendengar kata-katanya atau mempercayai bomoh, ini yang perlu kita pelajari dan faham berdasarkan Fatwa Negeri Perlis mengenai hukum mempercayai bomoh ini.

Ini keputusannya:-

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Kedua yang bersidang pada 11 Julai 2011 / 9 Syaaban 1432H telah membincangkan mengenai Hukum Sihir. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :
1. Hukum pengamal sihir adalah kafir.
2. Sekiranya pengamal sihir itu menyebabkan kematian, maka pengamalnya boleh dikenakan hukuman Qisas.
3. Hukum orang yang mendapatkan khidmat ahli sihir adalah berbeza berdasarkan situasi berikut:-

IKLAN

Pertama: Sesiapa yang mendapatkan khidmat ahli sihir, membenar dan mempercayai perkhabarannya dengan berkeyakinan ahli sihir itu dapat mengetahui perkara ghaib, maka orang yang seumpama ini dihukum kafir. Ia dikira kafir kerana:-

i. Dia telah mensyirikkan Allah dengan ahli sihir tersebut dalam mengetahui perkara ghaib yang asalnya adalah milik Allah sahaja. Firman Allah SWT:

Bahaya Mempercayai Bomoh, Nyawa Pun Boleh Melayang. Majlis Fatwa Negeri Perlis Putuskan Boleh Jatuh KafirMafhumnya: “Katakanlah tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib kecuali Allah…” (al-Naml: 65)

ii. Demikian juga disebabkan mempercayai ahli sihir. Baginda SAW bersabda:

IKLAN

Mafhumnya: “Sesiapa yang mendatangi bomoh atau tukang tilik, dan membenarkan (mempercayai) apa yang dikatakan oleh bomoh atau tukang tilik itu, sesungguhnya dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.” (Hadith riwayat Ahmad, al-Hakim dari Abu Hurairah RA)

Ada pun bagi sesiapa yang mendapatkan khidmat ahli sihir dan mempercayai perkhabaran ahli sihir tersebut dalam keadaan dia menyakini bahawa ahli sihir itu tidak mengetahui perkara ghaib.

Sebaliknya ahli sihir itu mengambil berita-berita yang dikhabarkan kepadanya daripada jin yang mencuri dengar dari sumber lain atau qarin yang sentiasa mendampingi manusia. Para ulama berbeza pandangan, sebahagian mereka berpandangan orang seperti ini tetap dikira terkeluar dari agama, manakala sebahagian ulama yang lain berpendapat orang seperti ini telah melakukan salah satu dosa daripada dosa-dosa yang besar.

Kedua: Sesiapa yang mendatangi ahli sihir hanya untuk bertanya, ia dikira telah melakukan dosa besar dan tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 hari sebagai halangan daripada melakukan dosa tersebut. Nabi SAW bersabda:

IKLAN

Mafhumnya: “Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan bertanya kepadanya tentang sesuatu perkara, tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 malam.” (Hadith riwayat Muslim dan Ahmad)

Ketiga: Sesiapa yang mendatangi ahli sihir bertujuan membuktikan pembohongan ahli sihir tersebut kepada orang ramai dan mengingkari perbuatannya, maka usaha orang itu dibenarkan dan dia berhak memperolehi pahala. Bahkan perkara ini menjadi wajib bagi sesiapa yang berkemampuan melakukannya kerana ia termasuk melaksanakan kewajipan al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘an al-Mungkar.

4. Orang yang menggunakan khidmat ahli sihir boleh dikenakan hukuman Ta’zir.

5. Pengamal sihir dan orang yang menggunakan khidmat ahli sihir sekiranya tidak bertaubat adalah termasuk dalam golongan ahli neraka.

6. Mempelajari ilmu sihir adalah haram secara mutlak walaupun dengan apa-apa tujuan.

7. Semua pihak adalah diharamkan daripada menyebarkan.

Jadi dah fahamkan tentang bomoh ini, bukan saja boleh kafir tapi nyawa juga boleh melayang.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI