‘Bantu wanita jana pendapatan dari rumah.’ FIESTA HOMEBAKERS USHA USHA BISKUT RAYA Himpun 40 Vendor.
Fiesta Homebakers Usha-usha Biskut Raya anjuran Mingguan Wanita bersama penaja utama Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (Gula CSR) serta penaja bersama marjerin Adela dan rakan kerjasama lain Fruttose, Ever Miracle Solutions (barangan Tupperware Brand, Cadbury dan penaja belon dekorasi, Omeiluth Party Expert berlangsung penuh meriah di Setia City Mall semalam.
Biarpun hanya sehari sahaja, namun fiesta yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajjah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hadir bersama CEO NU Ideaktif, Syamil Fahim dan CFO Gula CSR iaitu Mohd Azahar Mohd Salleh bersama isteri memberi kenangan manis buat semua peserta.
Menghimpunkan 40 vendor usahawan biskut raya dengan hampir 10 ribu kupon sampel biskut raya diberikan secara percuma kepada pengunjung, dalam ucapan perasmian YB Hajjah Aiman Athirah berkata, usaha dilakukan Mingguan Wanita ini sangat disokong kerana membantu golongan wanita menerusi kempen Bangkit Wanita.
“Golongan B40 dan M40 antara yang terkesan dengan pandemik sebelum ini. Jadi usaha menghimpunkan golongan wanita dalam fiesta begini dengan bermula dari rumah menghasilkan biskut, ternyata ia satu usaha sangat baik kerana ia selari dengan usaha KPWKM yang turut mempunyai kempen Wanita Bangkit.
“Negara kita menyediakan banyak dana dalam membantu golongan wanita berpotensi untuk mencapai kejayaan dari segi ekonomi dan golongan wanita boleh merebut peluang memajukan diri dalam perniagaan menerusi dana disediakan,” katanya yang turut mengalu-alukan Mingguan Wanita datang ke Kementerian berbincang untuk program Bangkit Wanita.
Sementara itu, CEO Nu Ideaktiv, Syamil Fahim memaklumkan, selama lebih 40 tahun Mingguan Wanita berada di pasaran dengan jualan majalah dahulunya mencecah 160 ribu seminggu serta lebih 4 juta pembaca setia untuk media sosialnya terkini berjaya membawa suara wanita ke persada gemilang.
Ads
“Kempen Bangkit Wanita yang kita usahakan sejak 3 tahun lalu, dijayakan dengan pelbagai aktiviti menghimpunkan 40 pengusaha biskut raya dan moga usaha begini berterusan,” katanya semasa ucapan alu-aluan.
Dalam fiesta sehari semalam, selain promosi jualan dan tempahan biskut raya, banyak aktiviti pentas interaktif bersama pengunjung telah diadakan.
Menampilkan Hanif sebagai pengacara yang penuh lincah, penaja utama CSR turut memberikan pelbagai hadiah menarik di booth mereka. Dengan hanya follow laman sosial mereka, pengunjung menerima beg hadiah menarik di mana pelbagai produk Gula CSR diberikan secara percuma buat pengunjung bertuah.
Persembahan fiesta semalam dihangatkan dengan persembahan bertenaga dari Marsha Milan Londoh yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Girls On Fire selain lagu popularnya, Kembali Terang.
Selain persembahan pentas dari Marsha, ada banyak aktiviti pentas berlangsung seperti demo bancuhan topping dekorasi biskut bersama pengasas Gula Cakery, Nor Arieni Adriena.
Ads
Turut berlangsung, demo biskut raya kurang manis oleh pengasas Easy Bake Lab iaitu Cik Dayang, pertandingan susun-susun biskut raya, pertandingan tekan biskut semperit raya bersama Puan Hanani yang datang jauh dari Terengganu, happy hour dan banyak lagi di mana pengunjung selain membeli kuih raya dan membuat tempahan, mereka juga membawa pulang hadiah lumayan dan banyak disediakan pihak penganjur.
Turut diadakan, acara biskut raya terbesar oleh para pelajar kulinari dalam Pertandingan Biskut Raya Gergasi.
Sebanyak tiga universiti / kolej memasuki pertandingan ini terdiri dari Food Institute Of Malaysia (FIM), Saito University dan Institut Kemahiran Belia Negara Kemasek Kemaman Terengganu. 9 kumpulan telah bertanding melibatkan 36 penyertaan pelajar.
Kumpulan juri yang diketuai oleh Puan Norhayati dari Taylor Universiti, Puan Nor Arieni Adriena dari Gula Cakery dan Marsha sepakat memilih kumpulan Zucchero dari IKBN yang menghasilkan biskut Giant Golden Flakes seberat 15 kg.
Ads
Kumpulan Zucchero memenangi hadiah utama sebanyak RM700 serta nilaian RM10,000 bagi artikel mengenai sekolah masakan terbaik, hadiah iringan serta sijil penyertaan.
Pemenang kedua dan ketiga dimenangi oleh pelajar dari Food Institute Of Malaysia yang menerima wang tunai RM500 dan RM300. Bagi saguhati, hadiah sampingan dan sijil disediakan buat kesemua pelajar yang bertanding.
Fiesta diteruskan dengan pelbagai aktiviti bermula seawal jam 10 pagi dan menghampiri kemuncak acara pada jam 9 malam bila mana penganjur utama Gula CSR menawarkan hadiah lumayan sebanyak 36 kg gula Better Brown kepada vendor yang memenangi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu vendor Paling Aktif Promosi Di Sosial Media, vendor Sampel Biskut Paling Laris dan vendor Booth Tercantik.
Yums Delicacies telah memenangi vendor paling aktif promosi di media sosial, diikuti Ayu Bakery bagi kategori sampel biskut paling laris sementara pemenang vendor booth tercantik jatuh kepada The Kelopak Bakes.
Masing-masing teruja membawa 36 kg gula Better Brown yang sememangnya digunakan dalam pembuatan biskut raya untuk menambah rasa enak pada biskut.
Fiesta yang penuh kemeriahan dan warna-warni ini dijangka akan dianjurkan sekali lagi dengan tema yang berbeza pula. Hingga jumpa lagi di fiesta akan datang.
.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Percayalah doa anak istimewa akan diangkat.’ Ramai tersentuh dengar bacaan doa anak Adi Putra. Dengar alunan suaranya membuatkan warganet sebak, bersungguh dia membaca doa buat ayahanda tercinta.
Malahan kemunculan anak perempuan pelakon Datuk Adi Putra iaitu Zara Adelia, 11, membaca doa ketika tayangan filem Syaaban yang berlangsung pada malam Sabtu menyentuh hati tetamu yang hadir pada acara tersebut.
Sebenarnya Zara merupakan orang kurang upaya (OKU) bisu dan pekak dilihat bersungguh-sungguh cuba membaca doa sebelum memeluk erat bapanya usai menghabiskan doa.
Memetik laporan mStar, di peringkat awal, tidak ramai yang mengetahui keadaan anaknya. Namun Adi atau Mohamed Hadi Putra Halim, 42, akui dia menyedari kelainan pada anak kesayangannya itu sejak Zara berusia enam bulan.
Sejak awal, dia merasakan ada sesuatu tidak kena apabila Zara tidak terjaga daripada tidur meskipun ada bunyi bising di sekelilingnya.
‘Ketika itu saya sedang tidur bersamanya dan tiba-tiba ada bunyi bising motosikal di luar rumah yang membuatkan saya terjaga tapi dia tetap tidur dengan lena.
‘Saya bawa dia untuk buat pemeriksaan dan dari situ saya tahu dia istimewa,’ katanya lagi.
Anak Istimewa Akan Diangkat
Malah, Adi juga berkongsi anaknya itu mengalami masalah pendengaran dan terpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi.
Agak menyedihkan apabila alat bantuan pendengaran juga tidak dapat membantu Zara untuk mendengar dengan baik.
‘Alhamdulillah saya tahu menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengannya. Kalau berada di luar pun kami boleh berbual menerusi panggilan video atau WhatsApp.
‘Kadang-kadang kalau tak guna bahasa isyarat pun dia tahu apa yang saya nak cakap kepadanya,’ jelas Adi satu-persatu.
Ramai Tersentuh
Dalam pada itu, jelas Adi, dia dan Zara sangat akrab dan menyifatkan anak perempuannya itu seorang yang berdikari.
Meskipun ada kekurangan namun Zara seorang kanak-kanak yang patuh selain peka dengan keadaan sekelilingnya.
‘Kami sangat rapat…dia seorang yang berdisiplin, berdikari dan teliti dalam pelbagai aspek kehidupan harian,’ ujarnya.
Dengar Bacaan Doa Anak Adi Putra
Untuk rekod, Adi dan isteri Datin Zuhaida Yusof mendirkan rumah tangga pada 2006 namun berpisah pada 2017 sebelum kembali bersama setahun kemudian.
Selain Zara, pasangan ini turut mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Azzhara yang juga berusia 11 tahun.
Ternyata ramai warganet mendoakan yang baik-baik buat Adi dan anaknya, Zara Adelia.
Ummibugis Aamiin Ya Mujib. Anak istimewa doanya diangkat. Percayalah. Sebab saya seorang guru anak istimewa. Sudah menyaksikan beberapa keajaiban, rezeki dan dipermudahkan urusan ketika mengajar mereka.
asheritagespa Amin. Doa si anak yang istimewa pasti akan makbul. Amin yaa rabbal alamin. Terharu dan bangga atas didikan dato dan datin..
hwa.zhe.fa Aamin yarabbalalamin. Masyaallah, sungguh istimewa Zara Adelia, sudah besar tak sedar masa berlalu. Semoga mereka sekeluarga sentiasa dalam kerahmatan Allah Taala. Amin. Keluar air mata tengok.
sue_hj_saharin Masyallah Tabarakkallah. Alhamdulillah. Sesungguhnya anak-anak yang soleh dan solehah itu baiknya akhlak mereka daripada didikan kedua ibu, bapa mereka… Tahniah bro Datuk Haji @adpadiputra
Tragedi kepala air, jenazah tujuh beranak selamat dikebumikan dalam satu liang lahad. Suasana pilu menyelebungi pemergian tujuh beranak ini, sementara dua lagi mangsa masih hilang.
Berat mata memandang, berat bahu uang memikul. Tidak dapat bayangkan kehilangan orang tersayang sekelip mata dan dalam jumlah yang ramai.
Semoga Allah mengurniakan kesabaran buat keluarga ini dan mengampunkan dosa-dosa serta menempatkan mangsa yang terlibat di kalangan orang beriman.
Jenazah tujuh beranak yang terbabit dalam tragedi fenomena kelapa air di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu, pada Ahad lepas, selamat dikebumikan di Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang, tengah malam semalam.
Tragedi Kepala Air
Jenazah pasangan suami isteri, Karim Abdullah, 39, dan Azizah Eiyi, 40, serta lima anaknya selamat dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira jam 11.52 malam.
Lima lagi anak pasangan itu yang disemadikan bersama ialah, Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6 dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.
Jenazah Tujuh Beranak
Sebelum itu, kesemua jenazah disembahyangkan di Masjid Ubbudiah, Felda Lepar Hilir 3 yang diimamkan Imam masjid, Ibrahim Mat Noor bersama-sama kira-kira 100 jemaah.
Tujuh van jenazah yang membawa kesemua jenazah secara berasingan itu bertolak dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, kira-kira jam 6.25 petang.
Suasana pilu dan sedih menyelubungi upacara pengebumian apabila kira-kira 200 ahli keluarga dan kenalan yang hadir kelihatan sebak sewaktu diberikan peluang terakhir untuk menatap wajah jenazah sebelum dikebumikan.
Selamat Dikebumikan
Pada Ahad lalu, 10 individu termasuk sembilan sekeluarga yang dilaporkan berkelah di Jeram Air Putih pada petang Sabtu, hilang selepas dihanyutkan kepala air di kawasan itu.
Setakat petang Selasa, mayat kelapan yang dikenalpasti sebagai Putri Alleya Maisarah, ditemui kira-kira jam 3 petang di kawasan beting jeram terbabit.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mayat kelapan itu ditemui berhampiran mangsa kedua yang ditemui kelmarin.
Dua lagi mangsa belum ditemukan ialah Putri Nor Fatin, 14 dan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24.
Susulan tragedi kepala air ini kerajaan Terengganu telah menutup sementara kawasan perkelahan di Jeram Mawar, Air Putih tersebut bermula Isnin bagi memastikan tragedi sama tidak berulang dalam masa terdekat.
Kashoorga: Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa. Al-Fatihah.
Tidak dinafikan kita pastinya masih lagi tidak dapat melupakan tragedi yang menimpa 12 orang remaja dan seorang pembantu jurulatih bolasepak di Thailand yang terperangkap dalam sebuah gua di Chiang Rai, Thailand.
Walaupun berdepan kesukaran, namun kesemua mangsa berjaya diselamatkan setelah hampir 20 hari terperangkap berikutan laluan gua dipenuhi air kerana hujan lebat.
Keadaan ini menyebabkan telah menyekat jalan yang mereka lalui menuju ke lokasi tempat semua mangsa berkumpul.
Walaupun operasi ini dianggap mustahil, tetapi mangsa semua telah berjaya dibawa keluar dengan selamatnya.
Ramai pihak terbabit dalam operasi menyelamat termasuk tuan rumah, dengan menggunakan perkhidmatan Anggota SEAL Tentera Laut Thailand.
Namun berita sedihnya salah seorang anggota penyelamat yang telah membawa keluar mangsa dikhabarkan telah meninggal dunia akibat menderita jangkitan kuman selepas terbabit dalam operasi tersebut tahun lalu.
Dan anggota yang meninggal dunia ini adalah Allahyarham Beirut Pakbara, seprang yang berketurunan agama Islam.
Berita sedih ini telah dikongsi di laman sosial Facebook Tentera Thailand memberitahu kehilangan Allahyarham Beirut Pakbara ini.
Sehubungan dengan pemergiannya, Beirut yang berpangkat sarjan telah dinaikkan pangkat kepada Laftenan atas khidmat bakti yang telah diberikan hingga membahayakan diri sendiri. Keluargnya juga diberikan sumbangan sebanyak 465,000 baht selepas kematiannya.
Menerusi penerangan yang diperoleh daripada sumber, allahyarham diserang jangkitan kuman misteri dalam darah sejurus selepas tamatnya misi menyelamat itu.
Kesihatan Beirut semakin menurun sejak kebelakangan ini dan meninggal dunia pada 27 Disember lepas. Jasa dan pengorbanan Beirut sememangnya sangat besar kerana menyelamatkan 12 nyawa tanpa sebarang kecederaan pada Julai tahun lalu.
Jenazah allahyarham juga telah selamat dikebumikan Jumaat lalu di sebuah tanah perkuburan di Masjid Talosai di Wilayan Selatan Satun mengikut upacara pemakaman Islam.
Dalam satu laporan, ibunya memberitahu arwah sering keluar masuk hospital sebaik tamat operasi menyelamat berkenaan.
Officials said Pakbara was buried on Friday at the Talosai mosque in southern Satun province according to Islamic funeral rituals ceremony. Local media quoted his mother as saying that her son had been in and out of the hospital since the rescue operation.
Mourning Sgt. Beirut. Pak Barbara. The Hero of the cave.
Sergeant Ek Beirut, current position of the 5TH SPECIAL OPERATION OF THE 3TH SPECIAL BATTLE Department, the special battle force, the 1TH SPECIAL WAR FLEET, the fleet of the battle fleet, has been sick of the blood infection. . With an infection during the mission, search for the rescue of the boar boar team at tham luang khun nam nang sleep. After that, it has been treated and under the supervision of the doctor closely. the symptom has collapsed and died from the blood infection in the bloodstream.
. The Navy, my deepest condolences to the family of Sergeant Ek Beirut. In This, the navy has considered the general rights of Sergeant Ek Beirut. It will be awarded 7 STEPS TO POSTPONE THE 5-Storey Rank as a ship and the royal cremation. Is, the Thai Crown, the subsidy from Thai kindness fund for the martyrs in the southern border province and the responsible area of the navy. Special Subsidy 3 times the salary, the money, the reward, the money, the plaque, the special reward. Total money for 464,980 baht.
Dalam laman Facebook berkenaan juga sarjan telah mendapat ucapan takziah atas kehilangannya dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Tuhan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Biasa berlaku kalangan ibu dan ayah tua yang enggan mendapatkan rawatan untuk penyakit yang dihadapi kerana takut akan pelbagai prosedur yang perlu dijalani. Walhal...