
Bunga Telang merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok lain, tiang, pagar atau kayu sokongan. Ketinggiannya mampu mencapai antara tiga hingga empat meter bergantung kepada lilitan. Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar.
Jika di Kelantan, bunga ini juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru. Bunga Telang atau nama saintifiknya, Clitoria ternatea selain sering digunakan dalam masakan dan minuman juga punya banyak manfaat kesihatan.
Berikut perkongsian daripada Dhia Raihana Aryan tentang khasiat air telang selasih lemon yang baik diamalkan untuk manfaat kesihatan.
لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ.
لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِالله
Setiap kejadian ada ‘hadiah’ Allah nak bagi di penghujungnya.
RESIPI AIR TELANG SELASIH LEMON
•bunga telang 20 helai rebus kosong atau campur molases/orcs
•biji selasih 1 sudu makan
•air suam
•optional lemon/peach/pear/epal/dragon bagi yang pass

Air ini remedies sejukkan badan, redakan refluks, redakan batuk, redakan sembelit, redakan kahak yang biasa terjadi pada pesakit gerd…
Bosan kan x de air nak minum, boleh minum air ni…x mahal, x susah, natural.
Sumber kredit: Dhia Raihana Aryan
VIDEO:
https://www.youtube.com/watch?v=scqmCOus7-U&t=16s
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Tahan Puasa 19 Jam Tanpa Rasa Lapar Dan Tak Makan Nasi, Rahsianya Minum Susu Kurma Homemade

Setiap kali ‘kedatangan’ bulan Ramadan pastinya golongan ibu-ibulah yang paling sibuk. Apa tidaknya, sibuk memikirkan apakah menu yang sesuai disediakan untuk keluarga, bukan hanya untuk waktu berbuka sahaja tetapi waktu bersahur.
Tercari-cari juga apakah menu yang sesuai diamalkan ketika bersahur agar tubuh kekal cergas bertenaga. Seperti yang pernah dikongsikan Nana Ruzanna, ini rahsia bagaimana dia kekal bertenaga sepanjang Ramadan meskipun dia berpuasa selama 19 jam kerana dia tinggal di luar negara.
Tak lama lagi dah nak masuk Ramadan. Semua dah shopping kurma dan susu ke???
Jangan lupa amalkan ye masa sahur. InsyaAllah kekal bertenaga tanpa lapar. Anak-anak yang baru belajar puasa pun boleh amalkan. Yang tengah menyusu badan tu, susu kurma ni boleh jadi milk booster jugak tau.
Ramai yang tanya macam mana saya boleh bertahan puasa sampai 19 jam lamanya. Dah la pregnant pulak tu. Buat anda semua, kat sini saya nak share apa yang saya amalkan sepanjang saya puasa.
Saya start amalkan puasa hari ketiga sebab baru tau tip ni. Memang ada beza sangat dengan puasa yang terdahulu. Alhamdulillah walaupun bersahur tak makan nasi, (memang tak lalu makan berat disebabkan jarak antara berbuka dan imsak hanya 5 jam sahaja) InsyaAllah perut rasa kenyang je sepanjang hari. Badan tak letih sangat. Bila berbuka pun tak gelojoh makan macam-macam. Moga bermanfaat buat semua.
Hurmm…ingat lagi tak cara nak buat susu kurma tu??
Kita cuma perlukan 3 bahan je. Kurma 5 biji, air masak setengah cawan, susu segar satu cawan. Kurma tak kisah nak letak banyak mana tapi digalakkan dalam bilangan ganjil untuk ikut sunnah nabi.
Kurma dibuang biji dan isinya kita carik-carikkan. Rendam dalam setengah cawan air masak. Biarkan rendam sampai kurma kembang. Biasa saya akan rendam dalam pukul 7pm dan minum masa sahur dalam pukul 2.20 am. Buat yang di Malaysia, sebelum tidur tu boleh rendam dah untuk minum ketika sahur esoknya. Kalau rendam sekejap pun takpe asalkan kurma tu kembang.

Bila kurma dah kembang, boleh blend dengan secawan susu segar. Minum ketika penutup sahur. Kiranya dah nak imsak baru minum. Jangan lupa selawat ke atas nabi dan doa mohon Allah permudahkan puasa kita. InsyaAllah perut kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari. Untuk anak-anak yang baru belajar nak puasa tu pun boleh amalkan. Selamat mencuba.
*Saya nak tambah lagi khasiat amalan ni, susu kurma juga boleh jadi milk booster untuk mommies yang sedang menyusukan anak. For those yang non muslim pun boleh try ok.
Sumber kredit: Nana Ruzanna
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Amal Makan Madu, Wanita Hidap Kanser Tak Bergantung Lagi Dengan Antibiotik

Sebagai seorang Islam wajib percaya bahawa setiap penyakit ada ubatnya berdasarkan Al-Quran dan Hadis di bawah.
Firman Allah SWT:
“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al-Israa’ 17:82)
Ikuti perkongsian wanita ini yang merupakan penghidap kanser.
Seram juga baca penulisan doktor doktor sekarang yang menulis dengan bahasa yang agak kasar! Sentap! Padu! Hentam!
Kemudian mereka seakan akan serang satu persatu bidang bidang tertentu terutamanya bidang alternatif selain dari perubatan hospital.
Bercakap dari pengalaman sendiri.
Saya adalah pesakit kanser. Selepas rawatan kimoterapi, saya bergantung kepada antibiotik jika diserang batuk. Tanpa antibiotik batuk saya tidak akan baik.
Saya mudah dijangkiti batuk kerana kanser saya menyerang paru paru sebelah kiri saya. Kanser Lymphoma. Hodgkin Disease.
CULAS BUAT RAWATAN KEMOTERAPI
Cerita tentang rawatan chemo, saya adalah pesakit yang acah acah melarikan diri dari meneruskan rawatan chemo. Tetapi ‘cair’ serah diri balik ke hospital selepas dipujuk baik oleh Staff Nurse yang baik lagi syantek, Kak Yati nama dia. Dahulu dia bertugas di Daycare Hospital Ampang. Dia jer yang selalu dapat cucuk tangan saya untuk masukkan branular. Nurse lain tak berani cucuk saya sebab vein saya halus dan tegang macam dawai ampai jemur kain lepas kena chemo.
Berbalik cerita asal, saya adalah seorang yang mudah dijangkiti batuk. Setiap kali batuk kena serah diri di hospital untuk minta doktor prescribed antibiotik. Tak boleh beli sembarang di farmasi.
Saya jadi takut nak dekat dengan orang. Kalau ada yang batuk, mesti saya ‘kena’. Batuk teruk sampai terkencing kencing! Sampai kering tekak! Sampai berdarah kahak.
DOKTOR CADANG AMAL MAKAN MADU
Perkara ini berterusan sehingga saya mengandung anak yang ke dua kira kira 4 tahun selepas rawatan chemo.
Semasa follow up pregnancy dengan doktor pakar di Klinik Ibu & Anak, saya minta doktor prescribed antibiotik sebab saya batuk ketika itu. Doktor tersebut enggan dan berasa tak berapa happy dengan keadaan saya yang bergantung kepada antibiotik. Lagi lagi saya mengandung, ianya tidak baik untuk janin dalam kandungan.
Doktor beri cadangan untuk saya cuba amalkan makan ‘madu’ untuk rawat batuk saya. Saya frust dengan keputusan doktor tersebut.
Sebagai langkah protes, memang saya makan madu setiap kali batuk. Saya dapatkan madu tualang dari kiosk madu tualang yang hanya menjual madu tersebut sahaja.
Batuk! Telan madu! Asal batuk, telan madu. Protes! Protes sebab doktor tak bagi ubat antibiotik. Batuk lagi! Telan lagi! Tengah malam terbatuk! Bangun makan madu. Pagi pagi berkahak, lari pergi dapur telan madu.
Lama juga saya buat amalan makan madu. Sehinggalah saya mengandung anak ke tiga dua tahun kemudian. Tiba tiba saya teringat saya pernah protes dengan doktor yang sama ketika beliau tak nak bagi ubat antibiotik.

GABUNG RAWATAN MODEN & ALTERNATIF
Saya baru perasan yang saya dah tak batuk lagi. Dah tak merentan sibuk nak makan antibiotik setiap kali batuk.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya dapat pulihkan paru paru saya yang mungkin rosak ketika kanser dahulu.
Ada dua peringkat di sini, saya rawat dengan chemo dan pulihkan organ tersebut dengan madu iaitu sumber dari alam yang Allah jadikan penuh manfaat.
Bagi saya, rawatan hospital rawatan juga, tetapi pengambilan alternatif seperti makanan sunnah, minyak bau bauan semulajadi mungkin adalah usaha untuk memulihkan kembali organ atau anggota yang telah mengalami sakit.
Sebilangan doktor doktor mungkin kendurkan sedikit bahasa atau penulisan yang agak keras bunyinya kerana semua berlaku atas izin Allah. Jika Allah kata baik dengan rawatan hospital, baiklah dia. Jika Allah kata baik dengan ‘do nothing’, baiklah dia. Jika Allah kata baik dengan rawatan homepathi, baiklah dia. Hatta jika dengan izin Allah, sakit pun boleh baik dengan air yang hanya dibaca dengan Alfatihah oleh insan insan biasa yang dipilih Allah.
Jauhkan sikap sombong dan melabel. Kerana syaitan yang pernah duduk di syurga pun akhirnya terkeluar dari sana kerana sifat sombong dan melabel.
Sumber kredit: FB: Rafiza Idayu
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Bahan Dibekalkan Dari Central Kitchen Yang Disahkan Halal” – Ini Penjelasan Tokey Laksa Ah Cheng Elak Pengguna Islam Keliru

Tidak dinafikan lambakan makanan hipster atau viral menjadikan nafsu makan tidak dapat dibendung. Asal saja makanan dijual viral, pasti kita mahu merasainya kerana dikatakan tidak mahu ketinggalan dan menjadi orang yang pertama di media sosial.
Walau bagaimanapun, dek kerana keinginan untuk merasainya lebih tinggi, jadi ada antara kitayang tidak peduli status makanan berkenaan adakah ia halal atau tidak.
Jika sebelum ini, isu air teh boba (satu jenama) yang diragui status halalnya dan terkini viral di media sosial status premis menjual Laksa Ah Cheng di Putrajaya.
Dikatakan premis laksa berkenaan yang sering dikunjungi orang Islam mengandungi campuran darah babi pada penyediaan kuahnya.
Sebaik isu ini menjadi tular pihak Laksa Ah Cheng menerusi laman Facebook juga turut membuat penjelasan berkenaan produk makanan keluaran mereka.

Menurut mereka makanan keluaran dari Central Kitchen Ah Cheng Laksa adalah disahkan HALAL oleh pihak JAKIM.
Malah semua bahan-bahan dan penyediaan makanan yang disediakan di semua cawangan Ah Cheng Laksa adalah dibekalkan dari Central Kitchen yang telah disahkan HALAL.
Sijil HALAL diperolehi
Sebelum ini Facebook Bahagian Hab Halal Jakim juga turut memberi respon berhubung isu viral ini.
Menurut mereka, Premis Makanan Ah Cheng Laksa tidak pernah mendapat sijil Halal cuma Central Kitchen yang berlokasi di Subang Jaya telah dipersijilkan HALAL.
Penjelasan Isu Status Halal Premis Makanan Ah Cheng Laksa
Media sosial halal Malaysia kini dihujani dengan pertanyaan awam berkenaan status halal premis makanan Ah Cheng Laksa. Ianya berpunca daripada tular yang mendakwa premis makanan tersebut menggunakan ramuan yang tidak halal dan tidak sesuai dikunjungi oleh pelanggan khususnya yang beragama Islam.
Untuk makluman, premis makanan Ah Cheng Laksa masih belum menjadi pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Walau bagaimanapun, central kitchen bagi premis makanan berkenaan yang didaftar atas nama Ah Cheng Laksa Sdn Bhd di lokasi Taman Perindustrian USJ 1, Subang Jaya, Selangor telah dipersijilkan halal.
Pensijilan halal yang diperolehi oleh central kitchen tidak bermakna seluruh rangkaian outletnya telah dipersijilkan halal kerana bagi permohonan premis makanan berangkai, terdapat syarat-syarat khusus pensijilan halal yang perlu dipenuhi.
Justeru, JAKIM mengalu-alukan usaha murni pihak syarikat untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk seluruh rangkaian premisnya agar kekeliruan status halal dapat diatasi dengan berkesan.
Pihak kami menyarankan kepada para pengguna untuk mengutamakan produk atau premis makanan yang telah mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Premis atau produk makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia bukan sahaja dijamin halal malahan ianya toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard, peraturan dan perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.
Pengguna juga dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah dan salah faham sesama ummah yang akan menjejaskan keharmonian negara.
Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.
Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:-
http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular
Terima kasih.
“Yakini Halal Malaysia”
Seksyen Komunikasi Korporat,

Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
02 Rabiulawwal 1441 H
30 Oktober 2019 M
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
KASHOORGA: Perlu diingat apa yang kita makan akan menjadi darah daging. Jadi fikirlah apa yang terbaik dan buat penilaian terutama bab makanan kerana kita tidak mahu mencampurkan apa yang syubhah menjadi darah daging. Jangan disebabkan viral kita meminggirkan soal kandungan sebenar apa yang kita makan.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI