Baru Seminggu Nikah, Pengantin Ditemui Lemas. Sepupu Kongsi Arwah Satu-satunya Anak Lelaki Dalam Keluarga

Share

Tiada apa lebih menyedihkan saat diuji dengan kehilangan orang tersayang. Apatah lagi pemergian yang tiada gantinya.

Jika majlis perkahwinan dianggap hari membahagiakan, takdir telah tertulis buat arwah Muhammad Syafiq apabila majlis bahagianya bertukar menjadi tragedi. Arwah dipercayai lemas dalam banjir yang melanda kawasan ibu kota selepas cuba mengambil baju pengantinnya di rumah.

Dikongsikan oleh sepupunya, Ayumi Bruce di fb, wanita ini berkata, sepatutnya semalam adalah majlis persandingan adik sepupunya itu di Negeri Sembilan. Tapi Allah menakdirkan sesuatu yang menjadi tragedi yang akan diingati seumur hidup oleh ibu dan ayah saudaranya.

Arwah baru seminggu bernikah dan ketika kejadian difahamkan cuba menyelamatkan baju sandingnya untuk majlis di Negeri Sembilan

Innalillahiwainnaillahirojiun…

Tenanglah kau di sana wahai adik sepupuku Muhammad Syafiq Sr.

Semoga Allah mengangkat darjatmu & ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Menggigil rasanya nak menaip posting nie. Perasaan yang ditahan dari semalam. Sepatutnya semalam kami semua ke majlis persandingan arwah di Negeri Sembilan. Tapi arwah dipercayai lemas semasa ingin pulang mengambil baju pengantinnya di rumah.

Jasadnya dijumpai pagi tadi setelah air mulai surut. Arwah baru minggu lepas bernikah dan semalam adalah majlis persandingan dirumah pengantin perempuan.

Kuat sungguh dugaan untuk Pak Su Deen Damak Dan Mak Su Kak Tim kerana arwah adalah satu-satunya anak lelaki sulung mereka.

Semoga Allah juga turut menaikkan darjat mereka dan menggantikan dengan pelbagai hikmah. Hanya mampu berdoa untuk Pak Su dan Mak Su dan isteri serta adik-adik arwah yang lain. Semoga terus tabah dan kuat menerima Qada & Qadar Allah. Aamiin,kongsinya.

Arwah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga dan baru seminggu mendirikan rumahtangga sebelum dijemput Illahi.
Kepada Allah, kita datang dan kepada Allah kita kembali. Arwah Muhammad Syafiq

Dalam pada itu di page KLIA United melaporkan, orang ramai menjumpai mayat seorang lelaki di Sungai Labu dipercayai penduduk Kampung Baharu Lanjut, Sepang.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Muhammad Syafiq dikhuatiri lemas ketika air semakin menaik dan deras di Sungai Labu pada 18 Disember lepas. Orang ramai diminta berwaspada dan memerhatikan keadaan sekeliling dan menjaga antara satu sama lain.

Mangsa juga baru melangsungkan perkahwinan pada 12 Disember lalu. Semoga pasangan dan keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan ini. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman.

IKLAN