Belajar Bercahayakan Pelita & Tidur Bertilamkan Lantai, Tapi Anak-Anak Tahfiz Ini Tak Mengeluh Demi Cari Ilmu Allah

Share

Selagi nyawa di kandung badan, selagi itulah kita digalakkan mencari ilmu. Lebih-lebih lagi menimba ilmu agama yang boleh dijadikan bekalan dunia akhirat. Biar dalam keadaan serba sederhana, namun semangat mendalami ilmu Allah tetap diteruskan.

Seperti perkongsian dalam laman sosial Facebook memberitahu kedaifan penuntut di sebuah tahfiz yang menuntut ilmu tanpa ada bekalan elektrik di tempat kediaman.

Bukan itu sahaja anak-anak tahfiz dari Maahad Tahfiz AL_QAUSAR, Kodiang Kedah ini tidur atas lantai tanpa tilam dan juga tiada kipas bagi menyejukkan badan.

Namun masing-masing tidak pernah merungut, malah tetap cekal dan tenang belajar Hafal Al-Quran. Malah kedaaan sebegitu menyebabkan hati sayu tika melihat kedaifan anak-anak tahfiz ini.

Mereka tidak meminta sumbangan peruntukan yang banyak, tetapi cukuplah sekadar ada bekalan elektrik agar belajar bukan lagi dalam cahaya pelita atau lilin.

“Kami dah biasa dah mengaji, makan, tidoq dan mandi pakai api pelita api lilin ni saja, cuma kalau ada elektrik dan lampu, syukur alhamdulillah.”

Mungkin anak-anak yang belajar Hafal Al-Quran ni kelihatan tenang tidak mengeluh tapi bagi yang datang dan lihat, terasa sayu sangat-sangat. Allahu.

Maahad Tahfiz AL-QAUSAR yang berada di Pida 5, Mukim Putat, Kampung Tok Kepak, Kodiang Kedah ni dah beroperasi selepas siap dibina tapi hanya untuk tempat berteduh sahaja dari hujan panas.

Anak-anak ini tidur atas lantai tanpa tilam dan katil. Tidur malam tanpa kipas. Mengaji Al-Quran siang hari hanya mengharapkan angin luar masuk ke tingkap dari sawah padi.

Kerana kekurangan dana dan bantuan, anak-anak ini meneruskan pembelajaran tanpa bekalan elektrik. Wiring dah buat sedikit tapi tak dapat teruskan sebab tak cukup duit.

Anak-anak ini juga bukan dari golongan keluarga orang kaya. Hanya ilmu agama sahaja harapan keluarga untuk ubah masa depan suatu masa nanti.

Maahad Tahfiz AL-QAUSAR ini masih lagi memerlukan peruntukkan untuk membina surau, asrama, tempat makan, longkang dan jalan masuk. Tanpa longkang sempurna, dikhuatiri air dari sawah masuk ke kawasan penempatan anak-anak ini.

Tapi paling utama untuk anak-anak ini sekarang adalah bekalan elektrik. Dengan adanya bekalan elektrik, anak-anak ini dapat belajar, tidur dan makan lebih selesa. Ada kipas dan cahaya lampu.

Untuk membuat penyambungan wiring semula dan pemasangan elektrik, Maahad Tahfiz AL-QAUSAR memerlukan anggaran dalam RM15,000 sahaja lagi.

Anda boleh sumbangkan terus ke:
Nama Akaun: Maahad Tahfiz AL-QAUSAR
Bank: RHB
Nombor akaun: 25205500011418

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin terus pergi dan memberi sumbangan, boleh hubungi Ustaz Musa yang menguruskan Maahad Tahfiz ini: 017-2014799.

Lokasi: Maahad Tahfiz AL-QAUSAR, Lokasi Pida 5, Mukim Putat, Kampung Tok Kepak, 06100 Kodiang Kedah.

Sumbangan dari anda bakal memberi sinar baru untuk anak-anak Tahfiz ini. Berapa pun sumbangan anda, mereka akan terima. Bekalan untuk hari akhirat anda.

Mohon rakan-rakan SHARE post ini untuk membantu Maahad Tahfiz AL-QAUSAR supaya dapat membuat pemasangan bekalan elektrik.

Sorang sedikit bagi dana dan share post ni insyallah dapat selesaikan masaalah anak-anak di sini. Mana tahu dari Share post ni ada orang beri sumbangan, dapat juga ‘saham’ untuk akhirat anda. Amin..

KASHOORGA: Sesungguhnya berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Jika ada yang berminat untuk menghulur sumbangan, bolehlah berbuat demikian. Sesungguhnya hanya Allah dapat membalas setiap kebaikan yang diberikan.

IKLAN