Ramai beranggapan rumah menjadi harta pelaburan paling menguntungkan kalau dibeli.Tidak dinafikan ramai masih menanam impian sedemikian kerana ada ramai yang berkongsikan kejayaan mereka.
Tapi sebelum suami isteri buat pelaburan hartanah paling utama kena tengok LOKASI. Beli bukan sebab murah, jauh dari Kuala Lumpur dan Selangor, beli bukan sebab nak jadikan homestay dan bukan beli sebab nak duduk masa pencen ya. Kata orang tengok apa niat beli tu.
Pakar hartanah dan kewangan, Dr Azizul Azli Ahmad kongsikan nasihat terbaik untuk yang ada hajat membeli rumah jauh. Jangan sampai jadi rugi katanya. Ibarat tanam durian tapi hasil tiada.
Baca perkongsiannya
“Rumah nie jauh kedalam, hulu pula tu. Boleh ka saya beli?”
“Rumah di Selangor semua mahal, sebab tu saya nak beli di Perak”.
“Saya ingat nak buat sewa atau homestay saja nanti”.
“Bila dah pencen nanti baru saya balik duduk”.
“Ada sifoo hartanah galakkan beli disini”.
Saya selalu ditanya soalan ini. Tentang satu projek perumahan.
Kediaman ini dibina lebih dari 1000 unit dan sangat banyak.
Ads
Pernah dengar kisah “Bukit Beruntung yang tak untung?”.
Bagaimana satu ketika banyaknya hartanah dibuat dan akhirnya kediaman ini terlelong.
Idea juga sama seperti ini dulu kala.
Beli nak buat sewa, homestay, investment dan segalanya.
Saya pernah lihat kediaman di Bukit Beruntong di lelong pada harta RM3,000 hingga RM5,000 sahaja waktu gila beli lelong dulu.
“Murah giler, pintu sahaja tak ada”
Kawan kawan,
Ads
Pelaburan hidup dan hutang terbesar dalam hidup kita biasanya hutang rumah.
Hutang ini ikat kita sampai 30-35 tahun lamanya.
Ingat pesan ini ;
Jangan beli sebab ianya murah. “Murahnya rumah ini, bawah RM180,000 sahaja”. Hutang kita dengan bank akan tetap jadi RM300,00-400,000 akhinya.
Beli untuk pencen nanti, percayalah rumah tetap akan rosak jika beli dan tak guna. Bahan binaan ada jangka hayatnya.
Nak buat sewa. Kita dah buat kajian pemasaran?. Rumah dalam hutan sapa akan sewa nantinya.
Boleh buat homestay. Apa tarikan pelancongan yang ada atau sekadar tunggu kenduri kahwin hujung tahun sahaja.
Rumah mesti naik harga. Teori lapuk ini tidak laku lagi. Jika tidak masakan ada rumah lelong harga RM10,000 sahaja.
Tak beli sekarang, bila lagi akan beli. Jangan terburu buat hutang. Dalam keadaan pandemik ekonomi begini, biar lambat asal tak menyesal. Banyak rumah pemaju terpaksa buang harga.
Jangan risau, beli rumah tak rugi. Ramai orang rugi sebenarnya. Tapi malulah nak cerita, biar rugi sama sama impian mereka. Buat apa mengaku, buat malu saja.
Ramai saja orang Key El beli situ. Sebab marketing strategy dan ayat manis juru jual untuk ciptakan impian pembeli. Komisyen mereka luar biasa jika berjaya jual rumah tak laku ini.
Sasaran mereka penjawat awam sekarang ini, mereka tahu ramai penjawat awam tak terkesan dengan pandemik ini.
Jika nak duduk saja, beli dan duduklah. Tiada masalah, kita yang faham keperluan kita.
Jika tujuan pelaburan, pertimbangkan semula. Ada banyak penilaian yang perlu ada.
Ads
Azizul Azli Ahmad Beli Hartanah Yang Baik #Kisah Beli Benih Durian bila dah besar tak ada buah.
Nak cari suami sebijak ini dalam bidang hartanah, jom sertai webinar jodoh kami. Kami akan ajarkan cara mengenal pasti imam yang baik dan bersama-sama menuju jannah.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Normal lah semua wanita mahu kelihatan cantik sepanjang masa. Tapi biar betul, sampai nak potong usus untuk cantik?
Tapi tak mustahil kerana wanita memang mahu sentiasa cantik. Sebiji jerawat tumbuh di dahi pun sudah tak tentu arah, inikan pula kalau badan membesar bagai dipam-pam. Ada wanita yang taksub dengan bentuk badan, hingga tak boleh terima ada kenaikan pada alat penimbang.
Justeru itu ada yang ingin ambil jalan pantas dengan melakukan rawatan sedut lemak malah memotong usus untuk kekalkan kecantikan.
Jika ada yang berhasrat, baca dulu penjelasan daripada ustaz Azhar Idrus. Takut-takut, bila dah buat pembedahan, baharu tahu rupanya ia satu dosa.
Wanita selalu mahu kelihatan cantik.
SOALAN:
Apakah hukumnya di sisi syarak orang yang berbadan berisi membuat pembedahan membuang atau potong usus supaya badannya jadi kurus agar cantik dilihat? Ramai kaum wanita di negara barat telah melakukan pembedahan seperti ini.
JAWAPAN:
Hukum membuang atau memotong mana-mana bahagian tubuh samada bahagian luar atau dalam tubuh adalah diharamkan melainkan dua sebab :
Pertama: Ia disuruh oleh syarak seperti memotong kuku atau rambut atau tempat khitan atau seumpamanya. Maka memotong atau membuang barang yang disuruh syarak tiadalah termasuk dalam perbuatan yang dilarang.
Kedua: Kerana berubat iaitu bertujuan mengelak mudarat yang ada pada seseorang seperti penyakit, sebagai contoh memotong jari akibat penyakit kencing manis atau membuang buah pinggang yang rosak atau seumpamanya. Maka membuang anggota badan seperti ini tidaklah dilarang kerana masuk dalam kategori berubat.
Dan yang timbul nas melarang membuangnya adakalanya haram seperti mencukur buku kening atau mengikir gigi dan adakalanya makruh seperti mencukur janggut atau mencukur bulu betis bagi lelaki.
Telah diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a. Rasulullah saw bersabda:
“Allah telah melaknat akan sekalian orang yang membuat tatu dan yang meminta ditatukan dan yang mencukur bulu kening dan yang meminta dicukurkan bulu kening dan yang menjarangkan giginya kerana mencantikkan diri yang mengubah mereka itu akan kejadian Allah.” (Hadith Imam Muslim)
Berkata Imam Nawawi:
“Dan ada pun sabdanya ‘yang menjarangkan gigi kerana mencantikkan’ itu maka maknanya mereka melakukannya akan yang demikian itu kerana hendak jadi cantik.’ (Kitab Syarah Muslim)
Maka dapat difahami bahawa melakukan pembedahan samada pada anggota zahir seperti muka atau tangan atau kaki atau lainnya atau anggota batin seperti jantung atau buah pinggang atau perut atau seumpamanya sebab merawat penyakit maka hukumnya adalah harus dan jika sebab kecantikan maka hukumnya adalah haram.
Jelas disini bahawa mengubah kejadian dengan membuat pembedahan membuang atau memotong usus supaya badan jadi kurus untuk kelihatan cantik adalah haram dan dosa besar.
Yang diharuskan menjalani pembedahan membuang usus itu ialah kerana berubat seperti merawat penyakit kencing manis atau darah tinggi misalnya maka hukum membuang usus ketika ini adalah harus kerana berubat itu ialah sebab hendak menolak mudarat dan menolak mudarat itu disuruh oleh syarak.
Berkata Imam Nawawi:
Ertinya: “Ada pun jikalau berhajat kepadanya kerana berubat atau sebab aib pada gigi atau seumpamanya maka tidak mengapa.” (Kitab Syarah Muslim)
Kebanyakkan orang-orang yang melakukan perbuatan yang haram ini ialah kerana jahil dengan hukum agama dan terikut-ikut dengan orang lagi menurut akan hawa nafsu.
Majlis Fiqah Islam dalam satu muktamar yang diadakan pada tahun 2007 telah memutuskan:
“Tiada harus melakukan pembedahan mencantikkan yang bukan termasuk dalam rawatan perubatan yang bertujuan mengubah kejadian asal manusia kerana mengikut keinginan dan ingin mengikut orang lain. Ia seumpama mengubah bentuk wajah supaya tampil dengan wajah tertentu atau bertujuan melakukan penyamaran sehingga hilang yang benar dan mengubah bentuk hidung dan membesarkan atau mengecilkan bibir dan mengubah bentuk mata dan mengubah bentuk pipi.”
KESIMPULAN
Hukum menjalani pembedahan membuang atau memotong usus itu harus jika kerana merawat penyakit seperti kencing manis atau darah tinggi atau kegemukkan yang boleh memudaratkan nyawa atau kesihatan atau lainnya.
Pembedahan membuang usus atas dasar kecantikan diri samada oleh lelaki atau perempuan adalah haram dan dilaknat kerana mengubah ciptaan Allah.
Tiada apa yang lebih menyedihkan saat diuji dengan kematian orang tersayang. Janji Allah itu pasti, walau sekuat mana pun kita cuba untuk menidakkannya.
Ternyata janji seorang ayah untuk membelikan anak syurganya yang mengidap autisme senaskah Al-Quran digital tidak kesampaian apabila maut dirempuh treler selepas 40 minit memaklumkan kepada isterinya lokasi terakhir lorinya tersadai akibat kehabisan minyak.
Dikongsi dari page fb Mr Wan Chai Offizcial, pengurusan jenazah islam yang dilakukan secara percuma, berkongsi kisah sedih ini apabila mereka menyempurnakan pengurusan jenazah buat insan terpilih ini, Saifuddin Bin Abdullah yang juga seorang saudara baru.
Baru berkesempatan berkongsi kisah tentang pengurusan mangsa nahas di rempuh lori treler. Mohon maaf kerana terlalu sibuk dengan program memberi bantuan ayam mentah buat mangsa banjir tadi.
Allahyarham Saifuddin bin Abdullah, mangsa korban dirempuh lori treler selamat diKebumikan 05.40 petang tadi. Jenazah lelaki mualaf berusia 50 tahun itu selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Johan Setia, Klang.
Allahyarham adalah pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Plus Utara Selatan kilometer 241.6. Arwah dalam perjalanan pulang ke Klang sewaktu nahas yang mengorbankan nyawanya berlaku.
Lori yang dipandu oleh arwah dikatakan kehabisan minyak dan berhenti di lorong kecemasan lebuhraya tersebut. 40 minit sebelum kejadian malang itu berlaku, arwah sempat menghantar gambar terakhir kepada isterinya.
Arwah memaklumkan lorinya kehabisan minyak dan tersadai di tepi lebuhraya menunggu bantuan. Arwah kemudian menghubungi seorang adiknya bagi mendapatkan bantuan menghantar minyak diesel.
Adik arwah yang tiba tidak lama kemudiannya membantu menuang minyak ke dalam tangki minyak lori. Bagaimana pun sebuah lori dari arah belakang telah merempuh arwah dan adiknya. Keduanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Suasana sedih menyelubungi bilik pengurusan milik Hospital Rembau sewaktu jenazah diuruskan oleh rakan-rakan UKVJ HQ Dan UKVJ Melaka.
Si isteri memberitahu arwah berhajat untuk membeli senaskah Al-Quran Digital untuk anak syurganya yang juga seorang anak autisme. Namun hajat arwah itu tidak kesampaian kerana terlebih dahulu dipanggil pulang mengadap Maha Pencipta.
Sebelum kejadian kemalangan berlaku, arwah turut sempat berpesan meminta isterinya memasak untuk anak istimewanya itu.
Pengurusan buat arwah telah kami sempurnakan dengan sebaik yang mungkin. Pengurusan buat adiknya pula tidak dapat kami uruskan.
Ini kerana adik arwah yang turut sama terkorban adalah seorang penganut agama Hindu. Difahamkan lori treler yang merempuh arwah dan adiknya telah melarikan diri sejurus selepas kejadian kemalangan itu berlaku.
Mohon doakan agar pemandu lori tersebut dapat ditangkap dengan segera. Semoga kematian arwah dan adiknya mendapat keadilan.
Kecuaian pemandu lori tersebut menyebabkan seorang isteri hilang tempat untuk bergantung hidup. Lebih menyedihkan seorang anak istimewa hilang kasih seorang bapa.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bawah dagu kita ni, aurat ke tak? Hmm kena tutup ke. Sebelum tu kita kena tahu dulu, dagu ini termasuk kawasan muka ke tak .
Dalam fiqh Mazhab Imam Syafie,
“Sempadan wajib basuh muka ketika mengambil wuduk adalah daripada mula tempat tumbuhnya rambut sampailah hujung dagu dan di antara dua cuping telinga.’
Wanita Ni Susah Di Dunia
Jadi dekat sini, boleh kata kawasan bawah dagu ini tak termasuk muka, sedangkan kita wajib tutup anggota seluruh badan kita melainkan muka dan tapak tangan (depan belakang).
Sebab tulah dalam solat kita akan tutup dagu, kalau tak, tak sah solat
aurat kita yang wajib tutup masa solat dan luar solat sama saja sebenarnya.
Tapi bab bawah dagu ni ada khilaf, ada sebahagian pendapat kata aurat dan ada pendapat lain kata bukan aurat.
Macam-Macam Nak Kena
Yang kata bukan aurat ni, dia kena basuh sekalilah bawah dagu ni masa hendak berwuduk.
Tapi yang terpenting, jangan pula bila kita nampak, orang tu tak tutup dagu. Jangan judge dia, mungkin dia pegang pada pendapat yang dagu ini bukan aurat.
Ada pun yang paling baik, ulama sarankan kita keluar daripada khilaf, maksudnya kita tutuplah bawah dagu ni. Kalau kata bawah dagu ni aurat, kita dah selamat. Tak berdosa.
Kalau kata bukan aurat pulak, tak apalah. Kita ambil pendekatan lebih menjaga.
Jelas bukan.
Kashoorga : Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua.
Bayar Deposit Beli Barang Tapi Tak Jadi Ambil, Duit Pendahuluan Ini Hak Pembeli Atau Penjual?Dalam urusan jual beli hari ini, bayaran pendahuluan atau deposit...