Mengambil peluang boleh merentas negeri selepas diumumkan oleh pihak kerajaan, banyak pasangan pengantin mahu meraikan hari bahagia dengan keluarga tercinta dan sanak saudara yang tinggal jauh.

Sehingga kini, beberapa buah negeri sudah memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Antaranya Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan mulai hari ini, dua lagi negeri mengekori rapat iaitu Johor dan Terengganu.

Manakala negeri-negeri yang berada di Fasa 3 ialah Perlis, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Sarawak sementara Fasa 1 dan 2 tiada yang tersenarai.
Dalam pada itu, pasti ramai yang tertanya-tanya, berapa ramaikah tetamu yang boleh menghadiri majlis pernikahan memandangkan sudah boleh merentas negeri.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih mengekalkan SOP menghadkan enam orang tetamu termasuk bakal pengantin bagi majlis pernikahan yang sudah boleh dilakukan di masjid dan surau solat Jumaat berbanding dahulu hanya boleh diadakan di pejabat agama sahaja.

IKLAN

Menurut Bahagian Komunikasi Korporat JAIS, buat masa ini pengekalan SOP itu tidak berubah sekali pun negeri Selangor berada di Fasa 4 kala ini.

“Bagi pasangan yang ingin bernikah di pejabat agama islam, jumlah kehadiran dihadkan kepada tiga orang sahaja termasuk bakal pengantin dan wali.

IKLAN

“Sementara bagi masjid dan surau kehadiran tetamu ialah 6 orang sahaja (termasuk bakal pengantin dan wali) dan kehadiran jurugambar masih tidak dibenarkan sama sekali,” kata jurucakap JAIS ketika dihubungi.

JAIS sebelum ini melalui perkongsian dalam Facebook rasmi memaklumkan, majlis itu boleh dilangsungkan setiap hari tetapi kehadiran masih terhad kepada pasangan pengantin dan wali saja, manakala individu lain tidak dibenarkan hadir termasuk jurugambar.

IKLAN

“Bagi yang sudah lengkap vaksinasi berdasarkan kad atau sijil digital vaksinasi, mereka perlu memenuhi kriteria iaitu melepasi 14 hari dari tarikh suntikan kedua bagi vaksin Pfizer, AstraZeneca serta Sinovac, dan melepasi 28 hari bagi vaksin Johnson & Johnson serta CanSino.

“Bagi yang belum lengkap vaksinasi pula, ujian saringan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) hanya wajib ke atas pengantin serta wali.

“Ujian saringan COVID-19 itu perlu dilakukan dalam tempoh 72 jam (tiga hari) dari waktu pelaksanaan majlis, dan keputusan ujian perlu dikemukakan kepada pendaftar sebelum majlis dilaksanakan,” menurut kenyataan itu.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI