Hari ini, nilai seringgit atau dua ringgit sangat kecil. Tidak banyak boleh dibeli dengan nilai serendah itu kerana harga barangan melambung tinggi. Bukan saja barang makanan bahkan segala-galanya sudah naik tinggi.
Hendak beri duit raya pada anak-anak pada RM1 pun sudah terasa agak segan kerana nilainya agak kecil berbanding zaman dahulu.
Namun di sisi Allah taala, nilai sedikit ini diangkat ke darjat tertinggi asalkan kita ikhlas memberi dan membantu orang lain.
Contohnya perlakuan seorang anak kecil yang memasuki kedai Eco RM2.20 dan membelikan sepasang selipar untuk seorang gelandangan membuatkan dirinya viral dan menerima pujian dari warga maya.
Ads
Ya pujian kerana keikhlasan hatinya membelikan selipar bahkan dirinya langsung tidak kekok untuk menyarungkan selipar itu di kaki gelandangan tersebut tanpa rasa kekok sedikit pun.
Akhlaknya benar-benar terpuji kerana ikhlas membantu orang tiada upaya dan bukan semua ada “mata hati” yang empati pada nasib orang lain kerana ada sesetengahnya berasa jijik untuk menyentuh orang tidak dikenali apatah lagi kalau orang tua gelandangan.
Ads
Walau tidak dinyatakan lokasi kejadian ini berlaku tapi dari video dikongsikan, dapat dilihat beberapa anak kecil memasuki kedai Eco ini sebelum membawa keluar sepasang selipar untuk diberikan kepada warga emas ini.
Ads
Kali pertama selipar ini tidak muat. Dirinya dilihat menukar kali kedua dan cubaan pada ketiga barulah selipar berkenaan muat dan tiada langsung rasa segan termasuk memakaikan selipar berkenaan pada gelandangan tersebut tanpa rasa kekok sedikit pun.
Ramai berasa terharu dengan keikhlasan hatinya dan memuji didikan baik dari mak ayahnya hingga menjadikan dirinya cukup hebat di pandangan penghuni langit. Sentiasalah berbuat baik setiap masa kerana kita tak tahu amalan apa yang membawa kita ke syurga. Kredit video @Andreputra Bambang.
“Bila bercerai, ramai ambil peluang buka aib bekas pasangan.’ Tapi Mizz Nina tetap berterima kasih, mohon doakan kebaikan buat Noh.
Ternyata apa yang dilalui oleh Mizz Nina dan Noh juga dilalui oleh pasangan lain. Bercinta, berkahwin dan akhirnya memilih untuk bercerai setelah keduanya tidak lagi sehaluan.
Bukan sekali. Banyak kali juga saya tulis tentang Mizz Nina dan Noh.
Betapa banyak sikap baik Mizz Nina yang matang dan elok dibuat contoh.
Membaca berita ini, buat saya sedih sekali. Tapi pada masa yang sama tetap hormat yang sama datang pada Mizz Nina. Malah lebih lagi.
Kebanyakan perempuan bila bercerai, apatah lagi dengan banyaknya sokongan pada dirinya akan memilih untuk mengambil peluang menceritakan aib dan buruknya sikap pasangan secara terbuka.
Tapi Mizz Nina tetap seperti yang saya tulis sebelumnya. Kekal tenang, matang dan baik hati seperti adanya.
Tetap berterima kasih pada bekas suami. Malah, tetap setia menjadi sahabat baik walau bukan lagi menjadi isteri. Tetap mohon mendoakan kebaikan buat Noh. Dan tetap mohon jangan dibuka dan dijaja berita yang boleh jadi fitnah.
Dan dalam post yang lain. Tetap punya percaya pada kuasa yang Esa. Bahawa setiap satu ujian menimpa sentiasa tersembunyi hikmah dan kebaikan di sebaliknya.
Indeed.
May you grow strong.
Pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh mengesahkan mereka sudah bercerai selepas 11 tahun berkahwin.
Perkara itu dikongsikan mereka menerusi hantaran di Instagram masing-masing, semalam.
Menurut Noh, 37, atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum berpisah secara baik.
“Selepas berusaha dan memikirkan banyak pertimbangan, kami bersetuju untuk berpisah secara baik,” katanya.
Tambah Noh yang juga penyanyi kumpulan Hujan, dia dan Nina sudah diberkati dengan sebuah perjalanan yang dipenuhi detik indah, jatuh dan bangun bersama.
“Assalamualaikum. Saya dan Nina (isteri) mahu membuat satu pengumuman penting. Selepas melalui pelbagai cabaran dan berbincang, kami akhirnya sepakat untuk berpisah dan membawa haluan sendiri.
“Alhamdulillah, kami bersyukur kerana berpeluang untuk menjalani kehidupan indah selama 11 tahun dan melalui pelbagai dugaan, jatuh serta bangun bersama-sama.
“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang selama ini banyak memberi sokongan dan kasih sayang kepada kami selama bertahun-tahun. Jangan risau, kami masih berkawan dan baik,” katanya.
Dalam masa sama, jelas Noh, semua yang terjadi sudah pun tersurat dan ditakdirkan Allah SWT selain memohon doa untuk kehidupan terbaik mereka selepas ini.
“Kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan. Mohon doakan kami dapat menjalani kehidupan di sepanjang tempoh idah.
“Saya amat menghargai kalian yang menghormati privasi kami berdua,” katanya.
Pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, setelah memfailkan perceraian pada 14 Jun di mahkamah sama.
Seperti yang kita ketahui, bulan Ramadan adalah bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam.
Bukan sahaja melakukan ibadah puasa, tetapi sangat digalakkan untuk melakukan amalan lain seperti sedekah, solat sunat dan juga sentiasa muhasabah diri kepada Allah SWT.
Malah ganjaran yang sangat berganda diberikan oleh mereka yang melakukan pelbagai amalan kebaikan sepanjang bulan mulia ini.
Dan paling kita nantikan adalah detik 10 malam terakhir yang kita panggil malam Lailatul Qadar.
Menurut Pendakwah Selebriti,PU Riz malam Lailatul Qadar adalah malam yang dikurniakan kepada manusia pada bulan Ramadan yang lebih lebih dari seribu bulan.
“Jadi jika kita mahu mencari malam Lailatul Qadar ini perlu bersungguh-sungguh buat amalan soleh sepanjang ramadan.
“Dan semoga kita akan bertemu nanti dengan malam Lailatul Qadar, pada 10 malam terakhir Ramadan. Insya-Allah,” katanya dalam Eksklusif Tazkirah Ramadan di Kashoorga.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Isu nafkah pasangan suami isteri kalau tak ditangani secara baik dan adil kesannya boleh memudaratkan keharmonian rumahtangga. Nafkah zahir dan batin perlu ada kesefahaman bersama. Jangan ada pihak yang terasa teraniaya dengan perkahwinan.
Sebab itu lah, sebelum berkahwin, pasangan perlu hadam ilmu nafkah dalam kehidupan berkeluarga. Setakat ‘I love you and I love you too’ sahaja tak cukup. Ia sekadar untuk beri bahagia seketika.
Bercerita tentang nafkah ini, rupanya ada beberapa cara pasangan suami isteri di Kuching Sarawak ber’kawtim’ sesama mereka.
Cara ini merupakan dapatan dari kes-kes perkahwinan bermasalah yang dikendalikan oleh puan Safura Hj Ahmad Sharkawi, Ketua Penolong Pengarah, Unit Kaunseling, jabatan Agama Islam, Sarawak. Melalui entri di facebooknya dinyatakan tiga bentuk beri nafkah yang popular di sana.
Menurutnya, selama dia berurusan dengan pasangan suami isteri di Kuching Sarawak, ada 3 jenis cara yang dipraktikkan oleh para suami iaitu;
Termasuk belanja dapur, bil-bil, sewa rumah, ubat-ubatan, barangan anak dan lain-lain. “Beri” maknanya ialah specific amount handed over to the wife sebagai pengurus rumahtangga. Dalam tu ada sekali dah nafkah isteri. Pandai-pandailah isteri guna duit itu untuk belanja sendiri kalau ada
Tak termasuk barangan dapur, sewa rumah, bil utiliti, barangan anak dan lain-lain. Hanya untuk isteri belanja.
Semua perbelanjaan wajib; makanan, pakaian, kediaman, bil utiliti, perubatan semuanya atas suami.
Kalau tak cukup isteri bantu. Kalau isteri tak mahu bantu atau tak dapat bantu, kena kurangkan belanja. Potonglah mana yang unnecessary, contoh: Netflix, internet, belanja makan di luar, pesanan makanan secara online, tukar rim tayar dan macam macam lagi yang jatuh dalam kategori “ kalau tak ada tak mati pun”
Ketiga-tiga cara ini ada pro dan cons nya dan cara pelaksanaan ini banyak dipengaruhi oleh iklim rumahtangga pasangan dan juga pendekatan macam mana pasangan ambil dalam menguruskan hal ehwal rumahtangganya.
Mengulas lanjut, dia mengatakan bahawa ada pasangan yang tak berapa nak bekerjasama antara satu sama lain. Mereka tak bincang pun duit gaji masing-masing nak diperuntukkan macam mana.
Bila gaduh baru ‘bincang’ dalam bentuk tuduh-menuduh dan salah menyalah.
“Ini bukan bincang bang, akak. Ini bikin pening kepala kaunselor,” katanya dalam nada seloroh.
“Ada pasangan yang berbincang tapi konsep belanjanya macam ini “Dua sumber masuk, dua sumber keluar”. Haha.. aih.. bulan baru je bermula duit dah habis,” sambungnya.
Ada pasangan berbincang tentang pembahagian tanggungjawab tetapi ternyata pembahagian itu tidak adil. Bayar yang utama dan penting seperti kereta, rumah, bil eletrik, lampin pakai buang anak, susu anak diberi kepada isteri, manakala bil air, bil internet suami yang bayor. Ini perjanjian berat sebelah!
Ada pasangan yang gaji dikumpul sama-sama. Kemudian apa komitment bulanan, apa perancangan bulanan semua bincang bersama. Yang ini bagus, itupun kadang-kala ada juga pergaduhan kecil; gaduh miscommunication sikit sikit sahaja. Tidak membawa bahaya.
“Isunya sekarang ramai pasangan di Kuching ini gaduh sampai ke Unit Kaunseling berkaitan dengan isu nafkah ini lah. Agak payah sebenarnya nak cari kajian lepas tentang nafkah sebab orang barat takde konsep nafkah,” katanya.
Islam sahaja ada tentang nafkah dan ditekan dalam al- Quran. Bila ada sebut bermakna ianya sangat penting. Tapi kita tidak tahu nak laksana bagaimana, itu yang menjadi kalut.
“Pasangan suami isteri di sini masih banyak perlu bimbingan rupanya terutamanya yang muda-muda. Saya bagi contoh di Kuching sebab saya buat observation di Kuching, tak tahulah pulak di Kulim Kedah, Putatan Sabah, Sungai Udang Melaka, Putrajaya mungkin lain sikit kaedah nya,” ungkapnya mengakhiri catatan.
Kashoorga: Hal nafkah ini memang satu isu yang sensitif. Ia perlu dibincangkan secara matang antara suami isteri sebelum akad nikah lagi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Lelaki berpakaian seperti wanita menjadi isu hangat di media sosial. Ketahui pandangan Islam, dalil hadis serta kesan normalisasi perbuatan yang ditegah syarak.