Jodoh itu rahsia Allah dan hanya Dia yang tahu. Tetapi kita boleh berusaha untuk membuat pilihan terbaik. Ada macam-macam kriteria mencari bakal Imam dan salah satu mereka yang berwajah seiras.
Dikatakan jika mempunyai jodoh dengan mereka yang punya wajah seiras ini, rumah tangga lebih bahagia dan kekal hingga ke jannah.
Gambar sekadar hiasan.
Perkongsian dari Pakar Psikiatri Dr Ahmad Rostam Md Zain ini menjelaskan lebih mendalam berhubungan fakta menarik mengapa pasangan kelihatan seiras.
Dia yang membuat thread di laman sosial twitter mendapat perhatian warganet hingga mendapat retweets lebih 18 ribu serta 13 ribu butang like.
1. Kajian yg dikeluarkan pada 2011 mendapati bahawa kita cenderung untuk memilih pasangan yang ada iras muka kita @ iras dengan ibu ayah kita sendiri
2. Teori ‘assortative mating’ pula menyimpulkan kita cenderung memilih orang yg mempunyai ciri fizikal & strata sosial yg setara
3. Pasangan juga cenderung untuk mempunyai tabiat, bahasa badan & gaya yg sama yg menunjukkan ikatan emosi yang selesa & saling percaya
4. Sistem imun badan juga akan mula menjadi hampir sama setelah lama bersama jadi xhairanlah jika seorang sakit, yg 1 lagi juga bakal xsihat
Ads
5. Pengalaman hidup menyebabkan mereka melalui turun naik emosi & cabaran yg sama. Kedutan di muka juga boleh berlaku di tempat yg sama.
6. Kajian Robert Zanjonc menunjukkan, > tinggi tahap kegembiraan & kebahagian yg dialami oleh 1-1 pasangan, lebih iras mereka akan kelihatan
Sweet, kan?
Sungguh, bahagia boleh dilihat, dirasa dan dikongsi. Jadi anda mahu #pilihsihat? Pilihlah untuk bahagia #MedTweetMY
Beratnya ujian Allah. ‘20 tahun kahwin, ada 8 anak, tetapi timbul perasaan cinta suami pada wanita lain.’ Masyallah hanya wanita yang hebat saja mampu melalui ujian berat ini.
Tidak semudah kata disuruh sabar kerana orang yang kuat imannya sekalipun kecundang dengan ujian sebegini. Suami mempunyai perasaan pada wanita lain memang tak mudah diterima.
Rasa sedih, kecewa dan rasa diri tak dihargai bersilih ganti, malah jika diikutkan hati pasti segala sumpah seranah akan keluar. Begitulah beratnya ujian rumah tangga seperti mana yang dikongsikan Ustazah Asma’ Harun ini.
Ujian rumah tangga bermula saat sah sebuah ikatan suami isteri sehingga ke akhir hayat kerana ia tidak bermusim tetapi sentiasa ada. Mungkin berpunca daripada pasangan, anak, ibu bapa, mertua dan lain-lain.
Apa yang dilalui oleh sahabat ini amat menguji hati, namun beliau seorang yang kuat kerana mampu bertahan dan memilih untuk mencari hikmah di sebalik ujian hebat ini.
Lagi-lagi ketika usia perkahwinan sudah pun 20 tahun, mempunyai lapan cahaya mata, mereka saling menyayangi tetapi timbul perasaan suami cinta terhadap wanita lain.
Sebenarnya wanita ini berjaya mengawal situasi dan emosi, memberi pertimbangan kepada suami dalam membuat keputusan dan melihat ujian ini sebagai hikmah yang disediakan oleh Allah SWT kepada beliau sekeluarga, suatu tindakan yang wajar dicontohi.
.
Benarlah kata beliau, kita manusia biasa, pasti akan bersedih dan kecewa apabila diuji dengan insan tersayang.
Ujian ini bertujuan menguatkan hambanya dengan dua perkara:
i) Mengingatkan hamba-Nya agar sentiasa meletakkan pergantungan yang tinggi hanya kepada Allah.
ii) Ikhtiar seseorang hamba dalam kembali berdoa kepadaNya bagi setiap masalah.
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka): “Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.
Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka peroleh kejayaan.”- (Surah al-Baqarah: 186)
Tuan puan,
Dalam pm inbox ramai yang berkongsi, terpaksa lalui cabaran yang sukar daripada keluarga. Kes curang yang pelik-pelik suami atau isteri, sumbang mahram, dera, cerai, dadah, pornografi dan lain-lain. Allahuakbar! Ampuni dosa-dosa kami dan bantulah kami ya Allah.
Kerap kali perkara begini berlaku di belakang pasangan sama ada di tempat kerja, ketika sedang berurusan, tidak menjaga pandangan, terlalu bebas batas pergaulan.
Bermula dengan bual kosong, kemudian saling berkongsi cerita lalu timbul rasa selesa, maka berakhir dengan malapetaka seperti yang dilarang agama.
Jika benar cinta, ia bukan pada ketika kamu suka dan bahagia sahaja, tetapi tetap sama walau sedang dalam ujian, derita dan terluka. Siang berganti malam, hujan berganti panas, cinta juga boleh berganti benci, saat hati sedang dilanda badai yang tak bertepi.
Ramai pasangan bahagia dan setia itu bukan kerana banyak melalui detik bahagia dan gembira, tetapi kerana berjaya menempuh satu demi satu ujian dan derita.
Subhanallah, dia sedar bahawa semuanya bersifat sementara, masa akan berjalan, berubah bersamanya segala rasa. Sebab itulah lidah sangat penting dijaga, walau pelbagai ayat yang terbuku ingin dihemburkan, namun tetap ditahan, itulah satu kemenangan.
Maksudnya:
“Dan bergaullah dengan mereka (pasangan) dengan baik. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” – (Surah An-Nisa’: 19)
Pesanan kasih sayang buat semua pasangan, usaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan apa jua masalah rumah tangga dengan cara terbaik dan penuh kasih sayang.
Tidak semua orang sekeliling bersimpati dengan nasib yang menimpa, ada yang turut merasa hiba, ada juga yang turut menambah racun perasa.
Saya sentiasa mendoakan sesiapa sahaja yang diuji dengan badai rumah tangga dipilih Allah untuk disatukan kembali hati.
Walau peritnya ujian menimpa diri, tiada dendam tersimpan di hati, suami bangkit berusaha memperbaiki hubungan dan menjadi pemimpin sejati, si isteri pula menjadi seorang yang bijak membuat pertimbangan diri dan emosi. Ingatlah ada amanah anak-anak yang sentiasa perlu kita ingati.
Sekian lama mencipta nama sebagai penyanyi tersohor, memiliki produk kecantikan atas nama Simply Siti, terkini, Dato Sri Siti Nurhaliza melancarkan koleksi hijab atas jenamanya sendiri. Mendapat inspirasi dari nama anak sulungnya, Siti Aafiyah, koleksi tudung ini diberi nama Afiya.
Dalam satu perkongsian di instagramnya, @ctdk memaklumkan ini impiannya sejak memakai tudung pada tahun 2013 iaitu pada permulaan Ramadan tahun tersebut.
“Memiliki jenama hijab dan muslimah modest wear sendiri merupakan impian saya sejak saya mula berhijab. Alhamdulillah, setelah beberapa siri pertemuan dan perbincangan, impian itu akhirnya telah direalisasikan apabila pereka fesyen tersohor tanah air, Dato @jmandagie sudi untuk bekerjasama bersama saya dalam menghasilkan rekaan dari kualiti material yang terbaik, design yang eksklusif dan trendy pada harga mampu milik di @afiya.my.
Dijual pada harga RM129, diperbuat dari textured satin, datang dengan dua pilihan long shawl dan square shawls ini begitu mudah dibentuk, bebas renyuk, minimum ironing, berat, lembut dan flowy bagi mereka yang sukakannya.
Ternyata, 25 tahun dalam industri seni, penyanyi tersohor ini masih lagi menjadi kesayangan peminat-peminatnya kerana dirinya jarang mencipta sebarang kontroversi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Allah jadikan lelaki & perempuan fitrahnya berbeza. Kalau suami meninggal, jarang isteri kahwin lain berbanding lelaki yang hilang pasangan.
Fitrahnya begitu, jika lelaki tidak mampu hidup sendirian setelah kehilangan pasangan, wanita adalah sebaliknya. Rata-rata wanita memilih untuk teruskan hidup tanpa menikah lain.
Bagi wanita, hilang suami tidak bermakna tidak mampu meneruskan kehidupan. Ikuti perkongsian Nur Aqilah ini dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan:
Saya pernah mendengar satu ulasan ustaz, tak ingat sudah dekat mana dan siapa orangnya.
Kenapa biasanya, kalau suami meninggal, isteri ini jarang kahwin lain,
Orang kata setia sampai ke akhir hayat.
Perempuan Fitrahnya Berbeza
Melainkan,
Ada sebab tertentu yang membuatkan isteri tu terpaksa berkahwin semula.
Tapi, kenapa pula kalau isteri sudah meninggal, ramai saja orang lelaki berkahwin yang lain. Payah nak jumpa yang tak kahwin lain.
Ini apa yang saya faham dari ulasan ustaz. Lelaki ini fitrah dia adalah perempuan.
Sebab itulah untuk lelaki, Allah selalu menawarkan bidadari di syurga. Sampai ada orang perempuan tak puas hati, kenapa lelaki saja dapat offer bidadari.
Orang perempuan tak ada ke bidadara? Sebab Allah tu Maha Tahu lah, Dia tahu dan faham sangat fitrah wanita ni bukan kepada lelaki sangat.
Perempuan ni, fitrah dia material. Dia kalau dah sampai di syurga,
Kalau boleh, dia nak relaks habis.
Sebab atas dunia sudah banyak berkorban masa, tenaga, emosi untuk suami. Yang orang perempuan nak,
Gunung emas,
Nak berlian,
Hendak sutera,
Nak cantik kulit mulus bagai,
Malah, nak rupa paras elok,
Nak travel,
Hendak duduk istana 10 tingkat,
Nak duduk bersembang sesama mereka sambil menikmati desert termewah,
Tak ketinggalan, nak Me-Time sambil buat apa yang paling dia suka.
Tak mahu sudah muka bertepek bedak sejuk, berbaju kelawar lusuh,
atau badan berbau kari, bawang,
Dan mahu perut gelebeh, mata pulak tak nak ada eyebag. Begitulah berbezanya lelaki dan wanita.
Perbezaan yang Saling melengkapkan.
-Secawan kopi pekat bersama secubit garam-
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.