Semoga Allah mempermudahkan urusan Muhamad Syahril dan memberi petunjuk terbaik buatnya.

‘Syahril lakukan solat istikarah sebelum buat keputusan.’ Pelajar cemerlang 11A terima 10 tawaran sambung belajar. Bertuah sungguh empunya badan, bukan satu tetapi 10 tawaran yang diterima.

Sudah tentu bukan sesuatu yang mudah membuat pilihan apatah lagi melibatkan 10 tawaran. Kita sendiri pun kadang-kadang susah membuat pilihan, apa lagi melibatkan masa depan.

Syahril Lakukan Solat Istikarah

Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 11A yang tular menjaga ibu sakit, Muhammad Syahril Saidi menerima lebih 10 tawaran untuk melanjutkan pelajaran termasuk biasiswa.

Jelas Syahril, 18, dia perlu melakukan solat istikharah dan berbincang dengan ahli keluarga sebelum membuat sebarang keputusan.

Menurutnya, setakat ini dia mahu meneruskan pengajian di Maahad Yaakubiah Kampung Nipah, Bachok, Kelantan untuk menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi mencapai cita-cita menjadi seorang pensyarah.

Artikel Berkaitan:

‘Imamkan Sendiri Solat Jenazah.’ Bakti Pelajar Cemerlang 11A Buat Ibu Hingga Ke Liang Lahad

Sebelum Buat Keputusan

“Saya akan buat perancangan, langkah demi langkah untuk pilih mana yang terbaik. Tawaran memang banyak daripada pelbagai agensi, saya ucapkan seribu penghargaan dan terima kasih kepada semua yang bagi tawaran biasiswa.

“Doakan saya dan keluarga, semoga kita semua berjaya dunia akhirat dan jadi pemimpin Islam yang benar-benar membawa kebenaran,”katanya.

IKLAN

Jelas pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman, Beris Lalang ini, tidak sepatutnya dia seorang sahaja diraikan atas kejayaan dalam SPM, tetapi individu di sekeliling yang banyak membantunya seperti abang, kakak, ibu bapa saudara dan guru-gurunya yang mengetahui kesusahan hidupnya sebelum ini.

Pelajar Cemerlang 11A

Menurutnya, mereka adalah insan di sebalik tabir yang mendorong kejayaannya terutama arwah ibunya, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, yang baru meninggal dunia, Sabtu lalu.

Banyak yang arwah umi pesan pada saya, tapi biarlah jadi simpanan peribadi saya,” katanya yang turut menerima tawaran biasiswa daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan beberapa bank.

Sementara itu, bapa saudara Syahril, Rosmazuki Mat Jusoh, 45, berkata dia mengagumi kecekalan hati anak-anak saudaranya yang menjaga ibu mereka selepas kematian bapa mereka, Saidi Mat Jusoh sejak 11 tahun lalu.

Katanya, arwah ibu bapa mereka sering mengajar anaknya supaya tidak menyusahkan orang lain.

IKLAN

Terima 10 Tawaran Sambung Belajar

“Saya juga ingin berterima kasih kepada seorang Cikgu Shafie Sidik, antara individu paling banyak membantu mereka, tak ada budi yang kami dapat balas,” katanya.

Akhlak baik Syahril, abang serta kakak-kakaknya turut mengundang simpati orang ramai sehingga ada mahu mengambil mereka sebagai anak angkat selain sering membawa makanan, keperluan harian dan membantu keluarga ini selepas ibu mereka diserang penyakit angin ahmar pada 2019.

Kesusahan dan pengorbanan remaja ini terbongkar selepas dia berjaya menjadi pelajar tunggal sekolahnya mendapat 11A dalam SPM 2022 yang diumumkan Khamis lalu.

Bagaimanapun, ibunya yang sakit meninggal dunia pada Sabtu lalu dan solat jenazah diimamkan Syahril.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur suaminya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lati.

IKLAN

Baca Di Sini:

Jangan Pandang Rendah Doa Ibu & Isteri, Mustajabnya Ibarat Boleh Menggoncang Dunia” – Pesan Ustaz Ebit Lew

Jaga Orang Tua Yang Sakit Kena Sabar & Jadi Kreatif. Jangan Tunggu Je, Biar Mak Ayah Kurus Kering!

Kashoorga: Semoga Allah mempermudahkan urusan Muhamad Syahril dan memberi petunjuk terbaik buatnya.

Sumber: myMetro

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI