
Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga pertengahan Mei ini ini kita mempunyai banyak masa terluang.
Selain melakukan amal ibadah yang digalakkan, kita juga sebenarnya boleh membuat biskut raya sendiri.
Bukan sahaja selamat, tetapi lebih jimat dan paling penting dapat merapatkan tali silaturrahim dengan ahli keluarga.
ARTIKEL BERKAITAN: Cara Mudah Resipi Biskut Lejen, Cornflakes Crunchy Yang Sedap Syawal Nanti
Tidak perlu membuat biskut raya yang susah, cukup sekadar resipi mudah diikuti. Salah satunya adalah membuat biskut Almond Cluster yang hanya menggunakan dua bahan sahaja.
Ayuh ikuti perkongsian resipi dari wanita ini Sabariah Sareh Saad di laman sosial Facebook
“Hari ni nak share resepi biskut raya paling top tahun lepas.Paling senang dan bila kunyah eah dah habis Tahun lepas kami juai biskut ni tak sampai seminggu je kot dapat order lebih 50balang.Konsep dia mudah jangan kedekut badam dan coklat je bagi nisbah 1:0.5.
Coklat bila cair dia jadi banyak so amik mudah.500gram coklat dan 1kg badam tersalut sama banyak.Jom kita tengok cara buat.
Almond Cluster Covid 19
Bahan2:
Badam cincang -1kg
Coklat coin Beryls (coklat susu) -500gram
(Anggaran dapat 5-6balang)


Cara buat:-
1-Bakar badam bagi rangup.Bakar ni ikut oven masing2 la.Pastikan badam tu kekuningan dan rangup je bukan hangit.Masa bakar pastikan semua badam kena haba oven tu.Nak sangai pon bole ikut tahap rajin masing2
2-Cairkan coklat guna teknik double boil senang je.Bila dah cair sejukkan jap je pastu gaul dengan badam tapi bagi salut semua.

3-Sudukan ikut saiz bebas suka hati korang la nak besar mana. Sejukkan seketika kemudian sejukkan dalam peti air chiller untuk cepatkan coklat tu mengeras hihi

Selamat mencuba
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Jangan Sampai Syirik, Berendam Dalam Tasik Dayang Bunting Buat Pasangan Mengandung

Pulau Dayang Bunting yang terletak kira-kira 17.6 km dari Pekan Kuah sememangnya antara destinasi pilihan pelancong.
Walau berdekatan dengan laut namun air di tasik ini tidak masin dan menjadi tumpuan pelancong melakukan aktiviti air seperti berenang, berkayak, bermain bot kayuh selain menikmati spa fish di pulau lagenda ini.
Di sebalik mempunyai tarikan pelancongan, ada suatu yang lebih istimewa kerana Tasik Dayang Bunting ini mempunyai lagenda dan misterinya sendiri.
Pulau ini mendapat nama daripada kisah dongeng seorang dayang bernama Mambang Sari yang ditipu oleh Mat Teja sehingga membuatkan dia mengandungkan anaknya kerana terlampau mencintainya.
Namun setelah 7 hari anaknya lahir, bayi tersebut menderita dengan penyakit yang penyakit misteri. Mambang Sari kemudiannya meletakkan anaknya di tasik itu lalu menyebabkan terjadinya lagenda tasik dayang bunting.
Tidak dinafikan, pulau ini kelihatan menyerupai seorang wanita sedang mengandung dan tak hairanlah ia menjadi tumpuan hingga ramai mempercayai mitos ini tanpa sedar boleh menjadi syirik apabila mempercayai berendam di pulau ini boleh membuatkan pasangan mengandung.
Tular di Tik Tok yang mana seorang pengguna menulis “orang kata, kalau tengah usaha nak dapat zuriat boleh cuba berendam dalam tasik ini.
Kongsinya lagi, “Balik je dari sini, seminggu lepas tu saja test. Alhamdulillah, lekat seorang baby Langkawi.
Perkongsiannya menarik perhatian warga net yang mempetikaikan kandungan tak boleh terbentuk dalam tempoh seminggu kerana janin barangkali sudah ada. Malah ramai menasihatinya agar berhati-hati agar tidak sampai syirik.
Berhati-hati dengan apa kita tulis dan percayai kerana ia boleh menjadi syirik khususnya malapetaka lisan kerana ia boleh membinasakan kita dia di dunia dan akhirat.
Di antara malapetaka lisan yang paling dahsyat, yang dapat membinasakan di dunia dan akhirat adalah mengucapkan perkataan syirik. Hati-hatilah, terkadang kalimat syirik keluar dari lisan kita sementara kita tidak sedar.
Di antara bahaya syirik di dunia adalah:-
1 Allah tidak akan mengampuni yang mati di atas kesyirikan
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا

“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendakiNya. Barang siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” [QS. An-Nisaa: 116].
2. Amalan mereka dihapus dan sia-sia
Allah Subhanahu wa Ta’ala_ berfirman:-
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (Nabi-Nabi) yang sebelummu. Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi.” [QS. Az-Zumar: 65].
Jadi berhati-hatilah dengan apa kita fikirkan dan tulis, jangan sampai jatuh syirik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Jerebu Sebahagian Ujian Dari Tuhan, Ini Doa Boleh Diamalkan Minta Perlindungan Dari Bala Yang Berat

Kita semua sedia maklum bahawa negara kini sedang dilanda masalah jerebu yang mana menyebakan kebanyakan sekolah di sekitar Klang, Putrajaya dan beberapa lagi kawasan di Selangor telah ditutup. Ini adalah kerana kualiti udara yang tidak sihat.
Malah orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang aktiviti luar bagi mengelakkkan rasa kurang sihat disebabkan masalah jerebu ini.
Sebagai umat Islam, kita percaya itu adalah salah satu ujian yang Tuhan berikan pada hambaNya bagi membolehkan kita untuk sentiasa beringat kepadaNya.
Dan kita juga sebenarnya boleh terus muhasabah diri ini dengan sentiasa mengingati setiap dugaan yang diberikan oleh Allah.
Menurut Pendakwah Bebas, Ustaz Riza Kamaruddin, ada doa tertentu boleh diamalkan bagi meminta perlindungan dari masalah/bala yang berat.

Menurutnya juga doa yang diajar ini juga adalah doa yang sahih dari Nabi. Amalkan dan sebarkan doa ini juga sudah cukup besar ganjarannya.
DOA MEMINTA PERLINDUNGAN DARI BALA YANG BERAT

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ وَدَرَكِ الشَّقَاءِ وَسُوءِ الْقَضَاءِ وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ
Ya Allâh, kami berlindung kepada-Mu dari beratnya musibah yang tak mampu ditanggung, dari datangnya sebab-sebab kebinasaan, dari buruknya akibat apa yang telah ditakdirkan, dan gembiranya musuh atas penderitaan yang menimpa. [Muttafaq ‘alaih]
“Paling kurang pun dapat pahala kerana mengamalkan sunnah dari Nabi. Dan yang keduanya bila doa itu sahih dari Nabi pasti Allah tidak akan menolak doa yang dipohon itu dengan syarat ikhlas kerana Allah,” tambahnya.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Jamaluddin Al-Afagani Tokoh Islam Yang Berani Menentang Penjajah Barat

Nama lengkapnya adalah Jamaluddin al-Afgani as- Sayid Muhammad bin Shafdar al-Husain. Namun ia lebih dikenali dengan Jamaluddin al-Afgani. Beliau merupakan seorang pemikir Islam, aktivis politik dan wartawan terkenal. Kebencian al-Afgani terhadap kolonialisme menjadikannya perumus dan pelopor gerakan kebangsaan dan pan-Islamisme yang gigih, sama ada melalui pidatonya mahupun tulisan-tulisannya. Tidak hairan walaupun di tengah kemunduran umat Islam dan munculnya kolonialisme bangsa Eropah di negeri-negeri Islam, al- Afgani menjadi seorang tokoh yang amat mempengaruhi perkembangan pemikiran dan aksi-aksi penentangan pada abad ke 19 dan ke-20.
Dilahirkan di perkampungan Asadabad, Daerah Konar, Afganistan pada tahun 1838, al- Afgani masih memiliki ikatan darah dengan cucu Rasulullah s.a.w iaitu Husain bin Ali bin Abi Thalib. Ayahnya Sayyid Safdar al- Husainiyyah, yang nasabnya bertemu dengan Sayyid Ali al- Turmudzi (seorang perawi hadis yang masyhur yang telah lama berpindah ke Kabul) juga dengan nasab Sayyidina Husain bin Ali bin Abi Thalib.
Keluarganya merupakan penganut mazhab Hanafi. Masa kecil dan remajanya, ia habiskan di Afganistan. Namun ketika beranjak dewasa, ia berpindah dari satu negara ke negara lainnya, seperti India, Mesir, dan Perancis. Pendidikan peringkat awal diperolehinya di tanah kelahirannya. Pada usia 8 tahun Al-Afghani telah memperlihatkan kecerdasan yang luar biasa. Lalu ia melanjutkan pendidikannya di Kabul dan Iran. Ia tidak hanya mempelajari ilmu agama, tetapi juga ilmu umum. Ia tekun mempelajari bahasa Arab, sejarah, matematik, falsafah, fikah dan ilmu keislaman lainnya. Ketika berada di Kabul, sampai umur 18 tahun, ia mempelajari beberapa cabang ilmu keislaman di samping falsafah dan ilmu sains.
Kemudian ketika berada di India dan tinggal di sana lebih dari satu tahun, ia menerima pendidikan yang lebih moden. Di India, al-Afgani memulai misinya membangkitkan Islam. Kala itu India berada di bawah kekuasaan penjajahan Inggeris. Ketika perlawanan terjadi di seluruh India, al-Afgani turut ambil bahagian dengan bergabung dalam perang kemerdekaan India di tahun 1857. Meski demikian, ia masih sempat pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji.
Sepulangnya dari haji, al-Afgani memutuskan untuk pergi ke Kabul. Di bandar ini ia disambut oleh penguasa Afganistan, Dost Muhammad Khan, yang kemudian menganugerahinya jawatan penting dalam pemerintahannya. Ketika Sher Ali Khan menggantikan Dost Muhammad Khan pada tahun 1864, al- Afgani diangkat menjadi penasihatnya. Dan beberapa tahun kemudian diangkat menjadi perdana menteri oleh Muhammad A’zam Khan.
Kerana campur tangan Inggeris dalam soal politik di Afganistan dan kekalahannya dalam pergolakan melawan golongan yang disokong Britain, ia meninggalkan Afganistan tahun 1869 menuju India. Kerana koloni Britain yang berada di India selalu mengawasi kegiatannya, ia pun meninggalkan India dan pergi ke Mesir pada tahun 1871, dan menetap di Kaherah.
Pada mulanya ia menjauhi persoalanpersoalan politik Mesir dan memusatkan perhatiannya pada bidang ilmu pengetahuan dan sastera Arab. Rumahnya dijadikan tempat pertemuan murid-murid dan para pengikutnya. Di sinilah ia memberikan kuliah dan mengadakan diskusi. Salah seorang murid al-Afgani adalah Muhammad Abduh. Ia kembali ke bidang politik ketika pada tahun 1876 melihat adanya campur tangan Britain dalam soal politik di Mesir.
Keadaan tersebut mendorong al-Afgani untuk terjun ke dalam kegiatan politik di Mesir. Ia bergabung dengan kumpulan yang terdiri daripada orang-orang politik di Mesir. Lalu pada tahun 1879, al-Afgani membentuk parti politik dengan nama Hizb al-Watani (Partai Kebangsaan). Dengan parti ini ia berusaha menanamkan kesedaran nasionalisme dalam diri orangorang Mesir. Parti yang ia didirikan ini bertujuan untuk memperjuangkan pendidikan universal, kemerdekaan, dan memasukkan unsur-unsur Mesir ke dalam posisi-posisi militer. Aktiviti yang dilakkukan al- Afgani selama berada di Mesir memberi pengaruh yang besar bagi umat Islam di sana.
Ia yang membangkitkan gerakan berfikir di Mesir sehingga negara itu dapat mencapai kemajuan dan menjadi negara moden. Akan tetapi, kerana keterlibatannya dalam bidang politik itu, pada tahun 1882 ia diusir dari Mesir oleh penguasa ketika itu. Dia kemudian pergi ke Paris. Pada tahun 1883 ketika berada di Paris, al-Afgani mendirikan suatu kumpulan yang diberi nama al-’Urwah al-Wusqa (Ikatan yang Kuat), yang anggotanya terdiri atas orang-orang Islam dari India, Mesir, Syria, Afrika Utara, dan lain-lain. Tujuan didirikannya kumpulan tersebut, antara lain, memperkuat rasa persaudaraan Islam, membela Islam, dan membawa umat Islam kepada kemajuan.
Jurnal penentangan
Sebagai sarana untuk menyalurkan idea-idea dan kegiatannya, al-Afgani bersama Muhammad Abduh menerbitkan jurnal berkala, yang juga bernama al- ’Urwah al-Wusqa. Penerbitan ini bukan saja menggoncang dunia Islam, ia juga telah menimbulkan kegelisahan dunia Barat. Majalah ini hanya berusia lapan bulan apabila dunia Barat melarang peredarannya di negeri-negeri Islam.
Majalah ini dinilai dapat menimbulkan semangat dan persatuan orang-orang Islam. Di mana-mana, terutama untuk pasaran dunia Timur, majalah ini dibinasakan penguasa Inggeris. Di Mesir dan India, majalah ini dilarang untuk diedarkan. Akan tetapi majalah ini terus saja beredar meski secara haram.
Jurnal berkala ini segera menjadi barometer perlawanan terhadap imperialis. Dunia Islam yang merakam komentar, pandangan, dan analisis bukan saja dari tokoh-tokoh Islam dunia, tetapi juga ilmuwan-ilmuwan Barat yang kagum dengan kecemerlangan al-Afgani. Selama mengurus jurnal ini, al-Afgani terpaksa ulang alik Paris-London untuk menghubungkan diskusi dan pengiriman tulisan para ilmuwan Barat, terutama yang bermarkas di International Lord Salisbury, London.
Atas undangan penguasa Parsi saat itu, Syah Nasiruddin, pada tahun 1889 ia mengunjungi Parsi. Di sana ia diminta untuk menolong mencari penyelesaian persengketaan Rusia-Parsi yang timbul kerana politik pro Britain. Pada tahun 1892, ia ke Istanbul atas undangan Sultan Abdul Hamid yang ingin memanfaatkan pengaruh al-Afgani di pelbagai Negara Islam untuk menentang Eropah yang pada waktu itu mendesak kedudukan Kerajaan Usmani di Timur Tengah. Akan tetapi kedua tokoh tersebut tidak menemukan kerja sama. Sultan Abdul Hamid tetap mempertahankan kekuasaan autokrasi lama, sedangkan al-Afgani mempunyai pemikiran demokrasi tentang pemerintahan. Akhirnya, Sultan membatasi aktiviti al-Afgani dan tidak mengizinkannya keluar dari Istanbul sampai wafatnya pada tanggal 9 Mac 1897. Ia dikuburkan di sana.
Jasadnya kemudian dipindahkan ke Afganistan pada tahun 1944. Abu Rayyah dalam bukunya “Al-Afgani: Sejarah, Risalah dan Prinsip-prinsipnya”, menyatakan, bahawa al-Afgani meninggal akibat diracun dan ada pendapat kedua yang menyatakan bahawa ada rancangan sultan untuk membinasakannya. Di samping majalah al-‘Urwah al-Wusqa yang diterbitkannya, al-Afgani juga menulis banyak buku dan artikel. Di antaranya ialah Bab ma Ya’ulu Ilaihi Amr al-Muslimin (Pembahasan tentang Sesuatu Yang Melemahkan Orang-Orang Islam), Makidah asy-Syarqiyah (Tipu Muslihat Orientalis), Risalah fi ar-Radd ‘Ala al Masihiyyin (Risalah untuk Menjawab Golongan Kristen; 1895), Diya’ al-Khafiqain (Hilangnya Timur dan Barat; 1892), Haqiqah al-Insan wa Haqiqah al-Watan (Hakikat Manusia dan Hakikat Tanah Air; 1878), dan ar-Radd ‘Ala al-Dahriyin.
Merintis reformasi Islam

Apa yang dilihat al-Afgani di dunia Barat dan apa yang dilihatnya di dunia Islam memberi kesan kepadanya bahawa umat Islam pada masanya sedang berada dalam kemunduran, sementara dunia Barat dalam kemajuan. Hal ini mendorong al-Afgani untuk menimbulkan pemikiran-pemikiran baru agar umat Islam mencapai kemajuan. Ia telah menimbulkan pemikiran pembaharuan yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia Islam. Pemikiran pembaharuannya didasarkan pada keyakinan bahawa agama Islam sesuai untuk semua bangsa, zaman, dan keadaan. Tidak ada pertentangan antara ajaran Islam dan keadaan yang disebabkan perubahan zaman.
Dalam pandangan al-Afgani, jika ada pertentangan antara ajaran Islam dan keadaan zaman saat ini, maka harus dilakukan penyesuaian dengan mengadakan penafsiran baru terhadap ajaran-ajaran Islam yang berasaskan Al-Quran dan hadis. Untuk mencapai hal ini dilakukan ijtihad dan pintu ijtihad menurutnya masih tetap terbuka.
Ia melihat bahawa kemunduran umat Islam bukanlah kerana Islam tidak sesuai lagi dengan perkembangan zaman dan perubahan keadaan. Kemunduran mereka disebabkan oleh beberapa faktor. Umat Islam, menurutnya, telah dipengaruhi oleh sifat statik, berpegang pada taklid, telah meninggalkan akhlak yang tinggi, dan telah melupakan ilmu pengetahuan. Ini bererti bahawa umat Islam telah meninggalkan ajaran Islam yang sebenarnya menghendaki agar umat Islam bersifat dinamis, tidak bersifat fatalis, berpegang teguh pada akhlak yang tinggi, dan mencintai ilmu pengetahuan.
Faktor lainnya adalah adanya fahaman Jabariah dan salah fahaman terhadap qada (ketentuan Tuhan yang tercantum di lauh mahfuz/belum berlaku). Fahaman itu menjadikan umat Islam tidak mahu berusaha dengan sungguh-sungguh dan bekerja gigih. Menurut pemikiran al-Afgani, qada dan qadar mengandung pengertian bahawa segala sesuatu terjadi menurut sebab-musabab.
Ia juga ingin melihat umat Islam kuat, dinamis, dan maju. Jalan keluar yang ditunjukkannya untuk mengatasi keadaan ini adalah melenyapkan pengertian yang salah yang dianut umat Islam dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Menurut dia, Islam mencakup segala aspek kehidupan, baik ibadah, hukum, mahupun sosial.
Corak pemerintahan autokrasi harus diubah dengan corak pemerintahan demokrasi dan persatuan umat Islam harus diwujudkan kembali. Kekuatan dan kelanjutan hidup umat Islam bergantung kepada kejayaan membina persatuan dan kerja sama. Pemikiran lain yang dimunculkan oleh al-Afgani adalah ideanya tentang adanya persamaan antara lelaki dan wanita dalam beberapa hal. Wanita dan lelaki sama dalam pandangannya. Keduanya mempunyai akal untuk berfikir. Ia melihat tidak ada halangan bagi wanita untuk bekerja di luar jika situasi menuntut itu. Dengan jalan demikian, al-Afgani menginginkan agar wanita juga mencapai kemajuan dan bekerja sama dengan lelaki untuk mewujudkan umat Islam yang maju dan dinamik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI