Pemergian Siti Sarah pada 9 Ogos lalu memberikan kesan emosi kepada kebanyakan orang hingga ia mendapat liputan luar biasa kerana kebaikan dilakukan ketika masih hidup. Kebaikan budi arwah yang banyak bersedekah dalam diam, meninggal selepas bertarung dengan Covid-19 dan masa yang sama sedang mengandungkan bayinya, Ayash Affan membuatkan ramai mengalirkan air mata.
Tidak hairanlah, ramai yang mahu tahu setiap perkembangan hidup Ayash yang membesar tanpa kasih sayang seorang ibu dan tidak merasai susu seorang ibu.
Jika sebelum ini ramai menawarkan untuk menjadi ibu susuan Ayash, namun Shuib pernah memaklumkan pada Ogos lalu dia memilih sepupunya untuk menjadi ibu susuan selepas berbincang dengan ahli keluarga berkaitan hal ini. Bukan tidak mahu menerima orang luar tetapi Shuib memaklumkan tentang masa depan Ayash yang mungkin boleh terkahwin dengan anak susuan di masa-masa akan datang dan hal ini mendatangkan kebimbangannya.
Baru-baru ini, genap pemergian 100 hari isteri kesayangan ke rahmatullah, Shuib mengadakan majlis tahlil, tahnik dan tahlil buat arwah isteri dan anak bongsunya itu. Mengenakan pakaian serba putih, dilihat Ayash membesar dengan sihat.
Dalam pada itu, di Tik Tok @lindaomar, dilihat Ayash lena dalam pelukan seorang wanita dan adik beradiknya yang lain juga kelihatan mesra dengan wanita ini.
Disaat ramai yang tertanya-tanya, adakah ini gerangan ibu susuan Ayash, wanita ini sebenarnya adalah penjaga Ayash yang juga merupakan kakak ipar Shuib sendiri yang merupakan isteri kepada abang Siti Sarah sendiri. Ia pangkat ibu saudara kepada Ayash sendiri.
Dari perkongsian, @lindaomar berkata, doakan semoga Mama dapat menjaga Baby Ayash dengan baik. Kasih sayang Mama pada Baby Ayash tiada beza dengan anak-anak Mama yang lain. Mama sayang Baby Ayash dan anak-anak dunia dan akhirat, kongsinya yang dilihat mencurahkan kasih sayang buat bayi menjadi kesayangan ramai ini.
Semoga Ayash terus membesar sihat dalam pelukan kasih sayang Allah dan keluarga. Sumber gambar ; Instagram Shuib/ Tik Tok @Lindaomar
Semalam menjadi hari paling sedih buat seluruh warga kerja di Sinar Harian, apabila Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6.30 pagi.
Kehilangan beliau bukan saja ditangisi seluruh warga kerja syarikat penerbitan itu, tetapi juga alumni dan juga rakan wartawan yang mengenali beliau.
Datuk Abdul Jalil yang juga dianggap veteran dalam dunia kewartawanan ini berpengalaman lebih 47 tahun dalam bidang penulisan dan kewartawanan.
Beliau juga turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.
Selain itu beliau juga turut menjadi Profesor Adjung di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.
Siapa saja yang tidak terhibur dengan setiap baik tulisannya baik dalam kolum di beberapa majalah seperti Seri Dewi & Keluarga, Pesona Pengantin dan juga dalam buku antaranya berjodol Asam Garam, Gula & Kopi.
Tulisannya cukup dekat di hati peminat setianya berana mempunyai unsur jenaka yang turut diselitkan beberapa nasihat berguna.
Menurut isteri kesayangan beliau, Datin Sharifah Nooraiya Syed Hassan, Jumaat malam lalu mereka sempat mengadakan kenduri tahlil di surat berdekatan kediaman untuk mendoakan kesihatan suami.
Waktu itu sudan nampak diri suami yang sangat lemah. Malah waktu dipakaikan baju dan dibawa keluar ke laman juga perasan matanya sudan tidak bersinar, kelabu dan kelam.
“Dalam jam 2 pagi dia kata panas. Minta dipasangan kipas. Saya tanya sakit perut ke? Katanya ok. Dalam 3.15 pagi, dia nampak resah.
“Waktu itu saya pasangkan selawat tafrijiyyah dan saya pun berselawat sama untuknya. Sambil urut, pegang tangannya,” ceritanya ketika ditemubual Sinar Harian di kediamannya.
Selawat dipasang terhenti apabila mengangkat telefon yang disambung dan sampailah jam 4.45 pagi.
Dalam masa sama isteri berkata-kata, terdengar Allahyarham menyebut Allah, dan itulah perkataan terakhir dari arwah.
Waktu itu segera isteri bingkas bangun memeluk suaminya. Dan selepas suami mendengus dua kali, nafasnya terhenti.
Ketika inilah baru ahli keluarga memanggil ambulan untuk bantuan kecemasan. Namun Allah lebih menyayangi arwah dan seluruh ahli keluarga reda tengan kehilangan insan tersayang.
Setelah melalui pelbagai proses, akhirnya jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 di sini pada jam 12.40 Tengah malam tadi.
Suasana di tanah perkuburan diselubungi pilu apabila sebahagian besar daripada lebih 100 yang hadir ialah kakitangan serta alumni Sinar Harian dan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (Karangkraf) yang amat merasai pemergian veteran wartawan itu.
Pengebumian turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah merangkap Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.
Allahyarham yang menghidap penyakit buah pinggang meninggalkan seorang balu, Datin Sharifah Nooraiya Syed Hassan dan empat orang anak serta seorang cucu.
Sesungguhnya kehilangan beliau tiada penggantinya terutama dalam dunia kewartawan. Marilah kita sama-sama mendoakan agar tenang di sana dan berada dalam kalangan orang beriman.
Maulidur Rasul yang bakal disambut esok bukan setakat hari cuti biasa. Rugi jika kita beranggapan begitu kerana esok, 12 Rabiul Awal merupakan hari kelahiran tokoh paling berpengaruh di dunia iaitu Nabi Muhammad SAW yang juga pemberi syafaat kepada umatnya di hari akhirat kelak.
Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiul Awal. Sebagai umat islam, kita diwajibkan mengetahui sejarah Baginda Nabi. Ia bermula dari kelahirannya, termasuk kisah perjuangannya sehinggalah Baginda wafat.
Kisah kehidupan Nabi Muhammad SAW bukan hanya untuk dibaca atau didengarkan saja tetapi juga dapat dijadikan sebagai contoh dalam menjalani kehidupan kita sehari-hari. Ini kerana kisah kehidupannya memang penuh dengan hikmah.
Meskipun Baginda seorang Nabi dan Rasul pilihan Allah SWT, namun ternyata hidupnya tidak lari dari ujian kehidupan. Bukan selalu berasa bahagia atau memperolehnya dengan mudah. Sebaliknya, Nabi Muhammad SAW juga tetap menerima cubaan dan tentangan dalam berdakwah untuk menyebarkan agama Islam. Berikut ini sejarah Nabi Muhammad SAW sejak lahir hingga wafat yang menarik untuk kita ketahui.
Jika kita tidak mengenal Nabi, bagaimana mahu memperoleh syafaat darinya di akhirat kelak. Ini kerana kita masuk syurga bukan dengan amalan tapi dengan rahmat dan kasih sayang Allah serta syafaat dari Nabi Muhammad.
Garis keturunan Nabi Muhammad SAW
Nabi Muhammad SAW atau nama lengkapnya Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdi Manaf bin Qushayi bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luayy bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin ‘Adnan dan selanjutnya bertemu garis keturunan Baginda dengan Nabi Ismail AS. Sementara garis keturunan Nabi dari sebelah ibunya adalah Muhammad bin Aminah binti Wahab bin Abdi Manaf bin Zuhrah bin Kilab. Dengan demikian, garis keturunan Baginda dari sisi ayah dan ibu bertemu pada datuk iaitu Kilab.
Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Menurut pendapat yang paling kuat, Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada hari Isnin, malam 12 Rabiul Awwal di Makkah bertepatan dengan awal Tahun Gajah. Nabi Muhammad SAW dibesarkan di Makkah sebagai anak yatim kerana ayahnya, Abdullah wafat di Madinah dua bulan sebelum Nabi Muhammad SAW lahir. Pada waktu itu, ayahnya sedang berdagang di Syam dan singgah di Madinah dalam keadaan sakit. Kemudian wafat di rumah pakciknya dari Bani Najjar. Saat itu ayahnya tidak meninggalkan apa-apa kecuali 5 ekor unta dan hamba sahaya perempuan.
Usia 5 tahun
Peristiwa pembelahan dada Baginda yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan syaitan yang wujud di dalamnya.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim RA di dalam sahihnya dan ia telah diceritakan oleh Anas bin Malik RA, beliau berkata:
Maksudnya: “Rasulullah SAW telah didatangi oleh malaikat Jibril AS ketika baginda SAW sedang bermain-main bersama budak-budak kecil yang lain. Maka, Jibril AS telah mengambil baginda SAW lalu merebahkan baginda SAW. Kemudian, Jibril As telah membelah dada baginda SAW dengan mengeluarkan segumpal darah daripada hati baginda SAW sambil berkata “Ini adalah bahagian syaitan yang terdapat di dalam dirimu”. Kemudian Jibril AS menyucikannya di dalam sebuah bekas yang diperbuat daripada emas dengan menggunakan air zamzam. Setelah itu, Jibril AS menjahitnya kembali dan mengembalikan baginda SAW di tempat permainannya tadi. Budak-budak kecil yang bermain bersama baginda SAW tadi pergi mengadu kepada ibunya dengan mengataka bahawa: “Muhammad telah dibunuh”. Orang ramai menyambut baginda SAW yang dalam keadaan pucat kerana baginda masih di dalam ketakutan. Anas berkata: “Aku telah melihat kesan jahitan tersebut di dada baginda SAW”. [Riwayat Muslim, (162)]
Perjalanan Hidup Nabi Muhammad SAW
Pada tahun keenam dari umurnya, ibunya membawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Madinah untuk menemui pakcik-pakciknya di sana. Namun ketika baru sampai ke desa Abwa iaitu suatu desa yang terletak antara kota Makkah dan Madinah, ibunya, Aminah meninggal dunia. Maka Nabi Muhammad SAW diasuh oleh Ummu Aiman di bawah tanggungan datuk baginda iaitu Abdul Muthalib dan ia sehingga dua tahun lamanya.
Pada usianya lapan tahun dari umur Nabi Muhammad SAW, Abdul Muthalib meninggal dunia sehingga Nabi Muhammad SAW diasuh oleh pakciknya iaitu Abu Thalib. Tatkala Nabi Muhammad SAW mencapai usia 12 tahun, Baginda dibawa berniaga oleh pakciknya iaitu Abu Thalib ke negeri Syam. Dan ini merupakan perjalanan Baginda yang pertama kali.
Pada usia Baginda, 14 atau 15 tahun, Baginda sudah terlibat dalam peperangan Fijar. Baginda Nabi Muhammad telah menyertai peperangan itu dalam beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah dalam medan perang tersebut. Pada usianya 20 tahun pula, Baginda telah menyaksikan perjanjian Al-Fudhul iaitu perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Kota Mekah.
Kemudian ketika Nabi Muhammad SAW mencapai usia 25 tahun, baginda pergi ke Syam untuk kali keduanya dengan membawa barang dagangan milik Khadijah binti Khuwailid.
Setibanya di Makkah dari perjalanan dagang tersebut, Nabi Muhammad SAW menikah dengan Khadijah binti Khuwailid iaitu dua bulan sesudah kedatangannya. Setelah itu Nabi Muhammad SAW pindah ke rumah Khadijah. Dari pernikahan itu lahirlah tiga orang putera iaitu Al Qasim, Abdullah dan Thayyib (Ibrahim) yang semuanya meninggal ketika usia kecil. Serta empat orang puteri iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kultsum dan Fatimah.
Masa berlalu, Makkah diuji dengan banjir besar dan mengakibatkan dinding Kaabah runtuh, beberapa tahun sebelum peristiwa kenabiannya terjadi (Nubuwwah). Banjir besar melanda Kota Makkah itu meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Kota Mekah. Rasullullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan Hajarul Aswad ke tempat asalnya dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung siapa yang akan meletakkan batu tersebut. Kemudian pada tahun ke empat puluh, Allah SWT memuliakan Nabi Muhammad SAW dengan menetapkannya sebagai Nabi dan Rasul dengan turunnya Malaikat Jibril kepadanya. Di mana sebelumnya Baginda beruzlah (mengasingkan diri bermunajat kepada Allah) dan beribadah dengan menjadikan Gua Hira yang berada di sebelah puncak Jabal Nur.
Wafatnya Nabi Muhammad SAW
Diringkas ceritanya, pada tahun 11 hijriah Nabi Muhammad SAW mulai jatuh sakit. Kemudian Nabi Muhammad SAW meninggal dunia. Jenazahnya baru dimakamkan selepas penggantinya, Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah iaitu menjadi pemimpin kaum Muslimin. Jenazah Nabi Muhammad SAW dimakamkan di rumah Aisyah, tempat di mana Baginda wafat. Nabi Muhammad SAW dimakamkan pada malam Rabu tengah malam, dan di atas makamnya dipercikkan air oleh Bilal. Makam Nabi Muhammad SAW diletakkan agak tinggi sejengkal dari permukaan bumi.
Para ahli tarikh telah bersepakat bahawa hari lahir Nabi Muhammad SAW, hijrahnya dan wafatnya adalah pada hari Isnin tanggal 12 Rabiul Awwal 11 Hijrah/08 Jun 632 Masihi. Semoga Allah SWT menganugerahkan selawat dan salam kesejahteraan kepada Nabi Muhammad SAW, berserta keluarga dan para sahabatnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.