Maulidur Rasul yang bakal disambut esok bukan setakat hari cuti biasa. Rugi jika kita beranggapan begitu kerana esok, 12 Rabiul Awal merupakan hari kelahiran tokoh paling berpengaruh di dunia iaitu Nabi Muhammad SAW yang juga pemberi syafaat kepada umatnya di hari akhirat kelak.
Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiul Awal. Sebagai umat islam, kita diwajibkan mengetahui sejarah Baginda Nabi. Ia bermula dari kelahirannya, termasuk kisah perjuangannya sehinggalah Baginda wafat.
Kisah kehidupan Nabi Muhammad SAW bukan hanya untuk dibaca atau didengarkan saja tetapi juga dapat dijadikan sebagai contoh dalam menjalani kehidupan kita sehari-hari. Ini kerana kisah kehidupannya memang penuh dengan hikmah.
Meskipun Baginda seorang Nabi dan Rasul pilihan Allah SWT, namun ternyata hidupnya tidak lari dari ujian kehidupan. Bukan selalu berasa bahagia atau memperolehnya dengan mudah. Sebaliknya, Nabi Muhammad SAW juga tetap menerima cubaan dan tentangan dalam berdakwah untuk menyebarkan agama Islam. Berikut ini sejarah Nabi Muhammad SAW sejak lahir hingga wafat yang menarik untuk kita ketahui.
Jika kita tidak mengenal Nabi, bagaimana mahu memperoleh syafaat darinya di akhirat kelak. Ini kerana kita masuk syurga bukan dengan amalan tapi dengan rahmat dan kasih sayang Allah serta syafaat dari Nabi Muhammad.
Garis keturunan Nabi Muhammad SAW
Nabi Muhammad SAW atau nama lengkapnya Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdi Manaf bin Qushayi bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luayy bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin ‘Adnan dan selanjutnya bertemu garis keturunan Baginda dengan Nabi Ismail AS. Sementara garis keturunan Nabi dari sebelah ibunya adalah Muhammad bin Aminah binti Wahab bin Abdi Manaf bin Zuhrah bin Kilab. Dengan demikian, garis keturunan Baginda dari sisi ayah dan ibu bertemu pada datuk iaitu Kilab.
Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Ads
Menurut pendapat yang paling kuat, Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada hari Isnin, malam 12 Rabiul Awwal di Makkah bertepatan dengan awal Tahun Gajah. Nabi Muhammad SAW dibesarkan di Makkah sebagai anak yatim kerana ayahnya, Abdullah wafat di Madinah dua bulan sebelum Nabi Muhammad SAW lahir. Pada waktu itu, ayahnya sedang berdagang di Syam dan singgah di Madinah dalam keadaan sakit. Kemudian wafat di rumah pakciknya dari Bani Najjar. Saat itu ayahnya tidak meninggalkan apa-apa kecuali 5 ekor unta dan hamba sahaya perempuan.
Usia 5 tahun
Peristiwa pembelahan dada Baginda yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan syaitan yang wujud di dalamnya.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim RA di dalam sahihnya dan ia telah diceritakan oleh Anas bin Malik RA, beliau berkata:
Maksudnya: “Rasulullah SAW telah didatangi oleh malaikat Jibril AS ketika baginda SAW sedang bermain-main bersama budak-budak kecil yang lain. Maka, Jibril AS telah mengambil baginda SAW lalu merebahkan baginda SAW. Kemudian, Jibril As telah membelah dada baginda SAW dengan mengeluarkan segumpal darah daripada hati baginda SAW sambil berkata “Ini adalah bahagian syaitan yang terdapat di dalam dirimu”. Kemudian Jibril AS menyucikannya di dalam sebuah bekas yang diperbuat daripada emas dengan menggunakan air zamzam. Setelah itu, Jibril AS menjahitnya kembali dan mengembalikan baginda SAW di tempat permainannya tadi. Budak-budak kecil yang bermain bersama baginda SAW tadi pergi mengadu kepada ibunya dengan mengataka bahawa: “Muhammad telah dibunuh”. Orang ramai menyambut baginda SAW yang dalam keadaan pucat kerana baginda masih di dalam ketakutan. Anas berkata: “Aku telah melihat kesan jahitan tersebut di dada baginda SAW”. [Riwayat Muslim, (162)]
Perjalanan Hidup Nabi Muhammad SAW
Pada tahun keenam dari umurnya, ibunya membawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Madinah untuk menemui pakcik-pakciknya di sana. Namun ketika baru sampai ke desa Abwa iaitu suatu desa yang terletak antara kota Makkah dan Madinah, ibunya, Aminah meninggal dunia. Maka Nabi Muhammad SAW diasuh oleh Ummu Aiman di bawah tanggungan datuk baginda iaitu Abdul Muthalib dan ia sehingga dua tahun lamanya.
Pada usianya lapan tahun dari umur Nabi Muhammad SAW, Abdul Muthalib meninggal dunia sehingga Nabi Muhammad SAW diasuh oleh pakciknya iaitu Abu Thalib. Tatkala Nabi Muhammad SAW mencapai usia 12 tahun, Baginda dibawa berniaga oleh pakciknya iaitu Abu Thalib ke negeri Syam. Dan ini merupakan perjalanan Baginda yang pertama kali.
Ads
Pada usia Baginda, 14 atau 15 tahun, Baginda sudah terlibat dalam peperangan Fijar. Baginda Nabi Muhammad telah menyertai peperangan itu dalam beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah dalam medan perang tersebut. Pada usianya 20 tahun pula, Baginda telah menyaksikan perjanjian Al-Fudhul iaitu perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Kota Mekah.
Kemudian ketika Nabi Muhammad SAW mencapai usia 25 tahun, baginda pergi ke Syam untuk kali keduanya dengan membawa barang dagangan milik Khadijah binti Khuwailid.
Setibanya di Makkah dari perjalanan dagang tersebut, Nabi Muhammad SAW menikah dengan Khadijah binti Khuwailid iaitu dua bulan sesudah kedatangannya. Setelah itu Nabi Muhammad SAW pindah ke rumah Khadijah. Dari pernikahan itu lahirlah tiga orang putera iaitu Al Qasim, Abdullah dan Thayyib (Ibrahim) yang semuanya meninggal ketika usia kecil. Serta empat orang puteri iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kultsum dan Fatimah.
Ramai menangis setiap kali memasuki Raudhah. Semuanya mengharapkan syafaat dari Baginda di akhirat kelak.
Masa berlalu, Makkah diuji dengan banjir besar dan mengakibatkan dinding Kaabah runtuh, beberapa tahun sebelum peristiwa kenabiannya terjadi (Nubuwwah). Banjir besar melanda Kota Makkah itu meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Kota Mekah. Rasullullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan Hajarul Aswad ke tempat asalnya dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung siapa yang akan meletakkan batu tersebut. Kemudian pada tahun ke empat puluh, Allah SWT memuliakan Nabi Muhammad SAW dengan menetapkannya sebagai Nabi dan Rasul dengan turunnya Malaikat Jibril kepadanya. Di mana sebelumnya Baginda beruzlah (mengasingkan diri bermunajat kepada Allah) dan beribadah dengan menjadikan Gua Hira yang berada di sebelah puncak Jabal Nur.
Wafatnya Nabi Muhammad SAW
Diringkas ceritanya, pada tahun 11 hijriah Nabi Muhammad SAW mulai jatuh sakit. Kemudian Nabi Muhammad SAW meninggal dunia. Jenazahnya baru dimakamkan selepas penggantinya, Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah iaitu menjadi pemimpin kaum Muslimin. Jenazah Nabi Muhammad SAW dimakamkan di rumah Aisyah, tempat di mana Baginda wafat. Nabi Muhammad SAW dimakamkan pada malam Rabu tengah malam, dan di atas makamnya dipercikkan air oleh Bilal. Makam Nabi Muhammad SAW diletakkan agak tinggi sejengkal dari permukaan bumi.
Para ahli tarikh telah bersepakat bahawa hari lahir Nabi Muhammad SAW, hijrahnya dan wafatnya adalah pada hari Isnin tanggal 12 Rabiul Awwal 11 Hijrah/08 Jun 632 Masihi. Semoga Allah SWT menganugerahkan selawat dan salam kesejahteraan kepada Nabi Muhammad SAW, berserta keluarga dan para sahabatnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rakyat Malaysia, sangat bangga melihat kegigihan barisan hadapan atau dipanggil frontliner yang bertanggungjawab membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjuang menentang wabak COVID-19 ini.
Mereka sanggup mengetepikan keluarga demi untuk menunaikan tanggungjawab serta komited dengan tugas yang diamanahkan.
Melihat perkongsian perbualan Datuk Aznil Haji Nawawi dengan seorang kakitangan barisan hadapan ini yang bertugas di Hospital Seremban dikenali dengan Nurul memang cukup beri kesan mendalam.
Menurut Nurul, dia dipinjam daripada unit rawatan jantung untuk memenuhi keperluan rawatan pesakit COVID-19 di Malaysia.
Dia turut berkongsi kesukaran pemakaian Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) di mana Setiap kakitangan terpaksa mengenakan sut berkenaan sehingga 18 jam sehari.
Dan disebabkan itu juga kebanyakan frontliner ini terpaksa menjamak solat fardhu, menahan lapar sehingga PPE dibuka dan terus dilupuskan.
Tambah Nurul lagi, kakitangan yang bertugas di Unit Rawatan Rapi pula terpaksa bekerja lebih dari 18 jam sehari bagi memastikan pesakit mendapat rawatan sepenuhnya.
Apa yang lebih menyedihkan dalam perbualan itu, Nurul yang juga ibu tunggal memberitahu dia sudah lama tidak berpeluang bertemu dan memeluk anaknya kerana tidak mahu merisikokan nyawa mereka.
“Saya tidak dapat berjumpa mereka sejak cuti sekolah bermula. Saya terpaksa menghantar kedua-dua anak untuk dijaga oleh adik. Saya juga merupakan seorang ibu tunggal.
“Selalunya kami akan buat panggilan video call dan mereka selalu bertanya bila ibu boleh balik, bila kita boleh makan bersama, bila nak keluar jalan sama-sama.
“Saya hanya mampu menjawab, bila keadaan sudah reda nanti. Kami sendiri tidak pasti bila keadaan akan beransur pulih. Ramai kawan-kawan di Hospital Sungai Buloh sudah lama tidak pulang ke rumah kerana kekurangan kakitangan.
“Bukan tidak takut terkena jangkitan, namun kita kena ikhlaskan diri. Selama mana harus melawan wabak ini jika kita tidak berjuang. Apa yang membuatkan saya terus berjuang dan bertahan merawat pesakit ialah saya mahu balik rumah dan berjumpa anak-anak, saya tidak mahu terus begini.
“Ayah saya pesan, saya kena teruskan berdoa dan jangan putus berdoa kepada Allah, dan kena kuat nutuk anak-anak. Ada juga frontliner terpaksa putuskan susu badan kerana tidak mahu risikokan nyawa anak.
“Apa yang boleh saya pesan kepada rakan-rakan seperjuangan, ikhlaskan hati, kuatkan hati. Kita kena berjuang sehingga wabak ini tamat, kita berjihad kerana Allah,” luahnya sambil menangis.
Ternyata perkongsian daripada Pak Nil ini sangat menyentuh hati. Walaupun ada yang kecam kerana dikatakan mahu mencuri perhatian, tetapi niat sebenar Pak Nik sekadar mahu memberi kesedaran kepada mereka yang masih ambil ringan tentang bahaya COVID-19 ini.
Walaupun ada yg kecam Paknil dgn menuduh Paknil cari perhatian dgn cerita2 yg #paknil paparkan, sesungguhnya nawaitu sebenar adalah untuk memberi kesedaran kpd mereka yg masih ambil ringan ttg bahaya covid 19. Paknil tidak akan tunduk pd kata2 negatif #teampaknil
Sebenarnya masih ramai yang kurang yakin bahawa individu yang berada di sisinya sebagai kekasih itu betul-betul sesuai atau tidak untuk menjadi pasangannya.
Memang betul jodoh itu ialah rahsia ALLAH. Pun begitu, kita pasti mahu tahu bahawa benarkah dia insan yang ditakdirkan untuk kita.
Kita sering dihambat kebimbangan jika tersalah pilih. Maklumlah perkahwinan ialah komitmen sepanjang hayat. Berikut 10 tip untuk memastikan bahawa si dialah orang yang tepat sebagai jodoh anda.
1) Anda dan Si Dia Kekal Bercinta Tanpa Banyak Usaha Ada orang yang hubungannya penuh onak dan duri. Pelbagai masalah datang sehingga mengganggu-gugat keharmonian perhubungan. Berbeza dengan anda dan si dia. HUbungan berlangsung dengan aman dan kedua-dua belah keluarga merestui hubungan kalian tanpa banyak soal. Ya, maka dialah orangnya.
2) Hubungan Cinta Kurang Drama Jika anda dan si dia tenang dan tidak banyak drama air mata, maka itulah salah satu tanda kalian memang dijodohkan bersama. Berbeza jika anda asyik berendam air mata kerana si dia asyik melukakan hati anda. Lagi pelik jika walau kerap dia membuat anda memangis, anda masih tetap mahukan dia.
.3) Si Dia Mudah Diterima Oleh Keluarga dan Sahabat Anda Penerimaan keluarga dan sahabat terdekat anda adalah tanda yang si dia memang sesuai untuk anda. Ini kerana aura positif yang terpancar daripada personalitinya itu yang membuatkan orang sekeliling anda mudah menerima si dia.
4) Dia Bijak Menjernihkan Suasana Tiap kali anda dan dia berselisih pendapat, hubungan mudah kembali pulih kerana si dia bijak menjernihkan suasana. Orang sebegini memang sesuai dijadikan pasangan kerana pandai membuat emosi stabil.
5) Dia Bukan Sekadar Kekasih Tetapi Sahabat Sahabat ialah orang yang selalu ada kala kita suka dan duka. Sahabat tidak akan pernah meninggalkan kita walau macam mana buruk pun perangai kita. Justeru, kekasih yang berusaha menerima segala kekurangan kita adalah orang yang sesuai menjadi pasangan kita.
6) Dia Mengajak Anda Ke Jalan Yang Lebih Baik Sepanjang berkawan dengannya, anda menjadi lebih baik. Dia mengingatkan anda mengenai solat, menutup aurat dan sebagainya. Dia memberi semangat untuk anda cepar khatam Quran. Jika dia begitu, maka dialah orangnya.
.7) Dia Tidak Ganggu Kehidupan Sosial Anda Sebelum bercinta dengannya, anda mempunyai hobi dan rakan-rakan lain. Bercinta tidak sepatutnya membuatkan anda kehilangan kehidupan sosial. Jika dia asyik ganggu kehidupan sosial anda dengan rakan-rakan yang lain, maka lupakanlah. Ini kerana nampak sangat dia suka mengongkong.
8) Selalu Bercerita Soal Masa Depan Dengan Anda Jika si dia selalu bercerita impiannya untuk hidup dengan anda sebagai suami isteri, dan mulai merencana itu ini dengan anda, maka dialah orang yang sesuai untuk dijadikan pasangan.
9) Anda Rasa Yakin Untuk Hidup Dengannya Jika anda ada rasa yakin untuk meletakkan harapan kepada si dia selepas berkahwin, itu tandanya jodoh. Anda rasa dia mampu menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dari segi percakapannya, perwatakannya dan komitmennya.
10) Dia Melengkapi Hidup Anda Bersama si dia, anda rasa hidup lengkap. Dia boleh diharapkan untuk melengkapi kelemahan anda. Misalnya anda jenis panas, manakala si dia jenis sejuk dan lembut. Anda pandai memasak, si dia pula rajin mengemas rumah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sedang kita diarahkan untuk kuarantin dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan di rumah, tetapi dalam masa sama barisan hadapan kita iaitu petugas di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang bertungkus lumus bekerja menyelamatkan nyawa mangsa virus COVID-19 ini.
Betapa mereka terpaksa meninggalkan keluarga, tidak mengenal penat, mengetepikan seketika soal ibadah semata-mata rasa tanggungjawab lebih besar kepada negara.
Sumber: Facebook KKM
Dalam satu posting di laman sosial oleh salah seorag pengguna di laman sosial Facebook Nadiya Ali berkongsi luahan hatinya yang bertugas di hospital.
Menurutnya mereka memang sangat penat, tidak sempat bersolat dan menunaikannya kewajipan ini secara solat jamak.
Bukan itu sahaja, menurutnya makan pun tidak sempat, ada juga antaranya tidak sempat menukar pad dan hanya perasan bocor bila menukar baju.
Dan apabila balik rumah pula risau jika dapat merawat pesakit yang positif. Tanpa sedar secara tidak sedar air mata mereka mengalir.
Malah mereka juga setiap hari melihat sakaratul maut menyebabkan hero kita yang juga barisan ‘frontliner’ ini merasa takut.
Sumber: Facebook KKM
Jauh di sudut hati mereka mahu solat memohon kepada Allah sebagai hambaNya tetapi keadaan tidak mengizinkan buat masa ini.
Jadi dia sempat memberi ingatan kepada semua rakyat Malaysia agar jangan bersikap degil, tidak perlu keluar berjalan-jalan dan dia berkata akan mengadu di akhirat kelak jika kes menjadi semakin teruk.
Ini kerana sebab manusia yang degil ini, mereka tidak dapat menikmati nikmat solat pada waktunya.
Dan kepada yang bersatu bersama-sama prihatin dengan saranan kerajaan untuk duduk rumah saja, mereka ucapkan terima kasih dan semoga kita semua terlindung dari wabak bahaya ini.
Dan apa yang diharapkan di hujung luahannya semoga kita semua sama-sama dapat bermarathon menunaikan ibadah sepanjang bulan puasa nanti.
Kami yang jaga corona2 ni penat sgt. Xsempat solat(terpaksa solat jamak),makan, tukar pad- sampai xsedar bocor, bila nak tukar baju baru perasan. Balik lambat 1-2 jam tu semestinya, sbb ada byk bnda utk diselesaikan. Bila balik risau, kut2 dapat pesakit positif. Air mata mengalir xtentu masa. Xfikir pun pasal corona, tiba2 automatik keluar air mata. Taktau kenapa, mungkin burn out. Mungkin la. Tapi yg saya tak tahan adalah bila rasa nikmat ibadah ditarik. Nikmat solat pada waktunya ditarik. Mmg boleh jamak. Tp tetap rasa lain. Kami byk kali tgk seksanya sakratul maut. Kami takut. Kami nak solat. Kami nak memohon kepada Allah, kami nak laksanakan tugas hamba. Tapi bila jadi macam ni, susah. Sblm ni kerja kat dlm kecemasan mmg ada je waktu solat yg xsempat dikejar. Tp bila ada covid ni, makin teruk. So pada rakyat Malaysia yang degil, rs xpe utk keluar jalan2, kalau kes covid makin teruk selepas 31/3, kat akhirat nnt sy akn mengadu pada Allah. Sbb korang, kami xdpt nikmat solat pada waktunya. Pada yg bersatu memberi kerjasama pada kerajaan, terima kasih. Moga kita semua terlindung dari wabak ini. Dan semoga kita dapat maraton ibadah di bulan Ramadhan nanti bersama2.
Posting ini turut mendapat respon dari warganet apabila mendapat lebih 100K butang like dan lebih 37K menekan share. Mereka turut turut mendoakan barisan frontliner sentiasa dalam lindungan Allah.
Faiz Faizah WahabSemoga allah memberi ganjaran yg sebaik2 nye…aamiin.
Ell EllInsyaAllah…Kami sntsa doakan petugas kesehatan dilindungi Allah subhana WTA…Dan juga semuga semuga in cepat berlalu..aminnnn
Denila SyaAamiin, ini betul, semoga Allah akan membalas semua jasa bakti kamu penjawat awam KKM, harap kerajaan peka Dan perihatin kepada anggota KKM,dari segi kebajikan
Zainani HassanSemoga dipermdhkn urusan team di barisan hadapan… Ya Allah Lindungilah mereka…
Mohd Azidi KhairaniSelamat bertugas kpd sume staf KKM dan front liner yg sdg #fight dgn COVID-19.Semoga dilindungi & dirahmati Allah selalu…
Nany NorKita sama2 berdoa semoga pertugas dilindungi Allah subhana WTA.dan kita sebagai rakyat kenalah ikut perintah menteri dan agong supaya dok di rumah.
Anisah RosliAamiin Ya Rabballalaamiin dan selamat menjalankan tugas. Semoga Allah SWT melindungi kelian semua dari dijangkiti olih wabak ini. In Syaa Allah
Batalkan solat kerana anak menangis. Situasi ini mungkin pernah berlaku kalangan ibu yang mempunyai anak kecil.Tapi perlu diketahui bahawa adalah haram membatalkan solat fardu...